Professional Documents
Culture Documents
BAB10
BAB10
MATEMATIK PENGGUNA:
PENGURUSAN KEWANGAN
MATLAMAT KEWANGAN
SMART
Matlamat kewangan atau financial
goals yang jelas ialah satu aspek
paling penting dalam perancangan
kewangan.Selain itu,matlamat
kewangan yang berkonsep SMART
akan membantu seseorang individu
untuk mengawal perbelanjaan supaya
dapat mencapai matlamat kewangan
yang dikehendaki.
Lima kunci komponen utama
dalam strategi ini ialah,
S SPECIFIC (KHUSUS)
M MEASURABLE(BOLEH DIUKUR)
A ATTAINABLE(BOLEH DICAPAI)
R REALISTIC(BERSIFAT REALISTIK)
Specific(khusus)
Matlamat Encik Yusuf adalah untuk menyambut Hari Keluarga di Port
Dickson.Dalam hal ini,matlamat Encik Yusuf bukan sekadar ingin pergi
bercuti tetapi beliau menetapkan lokasi yang specific(khusus).
Measurable(boleh diukur)
Matlamat khusus Encik Yusuf boleh dihitung kerana beliau mengetahui
jumlah wang yang akan diperlukan untuk menyambut Hari
Keluarga.Dalam hal ini,matlamat Encik Yusuf bukan sekadar memerlukan
wang tetapi beliau mengetahui jumlah wang yang diperlukan untuk
menyambut Hari Keluarga tersebut.
Attainable(boleh dicapai)
Matlamat kewangan Encik Yusuf boleh dicapai dengan
menyimpan RM250 sebulan daripada jumlah pendapatan
bulanan beliau sebanyak RM2500.
Realistic(bersifat realistik)
Matlamat kewangan Encik Yusuf yang hendak
menyambut Hari Keluarga di Port Dickson dalam masa 6
bulan adalah bersifat realistik.Beliau akan menyimpan
RM250 sebulan untuk mencapai tujuan tersebut.
Time-bound(tempoh masa)
Matlamat kewangan Encik Yusuf mempunyai tempoh
masa iaitu enam bulan.
Oleh itu,Encik Yusuf mengamalkan
matlamat kewangan berpandukan
konsep SMART.
SEKIAN TERIMA
KASIH..