Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

Taburan Suhu

• Secara menegak
• Secara mendatar
Konsep:
-perubahan suhu akibat pertambahan ketinggian sesuatu kawasan
di permukaan bumi

Penerangan:
• ditentukan oleh proses pemindahan haba oleh pergerakan udara
secara menegak
• perubahan suhu menegak berlaku melalui pengeluaran haba
pendam akibat proses pemeluwapan
• semakin tinggi sesuatu kawasan,semakin rendah suhu/semakin
sejuk.
• kadar purata pengurangan suhu ialah setiap kenaikan 100
meter , suhu jatuh sebanyak 0.65 darjah
Faktor yang mempengaruhi taburan suhu secara menegak:
• Lapisan udara yang berhampiran permukaan bumi lebih tumpat
dan mempunyai banyak bahan-bahan yang menyerap
bahangan.Bahangan diserap oleh bahan-bahan seperti wap-wap
air, habuk,debu,gas-gas dan partikel terampai yang terdapat
dengan banyaknya berhampiran permukaan bumi.Seterusnya
membebaskan bahangan tersebut secara beransur-ansur.
• Manakala lapisan atas atmosfera udaranya lebih nipis,kering
dan bersih.Oleh penyerapan dan pembebasan bahangan kurang
berlaku.Kesannya lapisan atmosfera bahagian atas menjadi
lebih sejuk.
Konsep:
-perubahan suhu antara satu tempat dengan satu tempat yang lain
mengikut kedudukan garis lintang (latitud)
garisan khatulistiwa panas,garisan sartan dan garisan jadi
sederhana,HU dan HS sejuk.

Penerangan:
• di kawasan garisan khatulistiwa (0 darjah) , beza antara
tahunannya adalah kecil sepanjang tahun ( 1-2 darjah celcius
shj)
• beza antara suhu tahunan semakin besar bermula dari
khatulistiwa ke arah kawasan berlatitud tinggi.
Faktor yang mempengaruhi taburan suhu secara mendatar:
a)kedudukan garis lintang/latitud
-suhu semakin berkurang bermula dari latitud khatulistiwa ke
arah kedua-dua kutub
-perbezaan suhu antara latitud kerana bahangan matahari lebih
tertumpu ke kawasan khatulistiwa kerana kawasan khatulistiwa
lebih dekat dengan matahari.
b)pengaruh kebenuan dan lautan
-daratan lebih cepat menjadi panas berbanding lautan pada waktu
siang.Oleh itu, kawasan tengah benua lebih panas berbanding
kawasan pinggir laut.
-pada waktu malam,kawasan pinggir laut menjadi lebih panas
berbanding dengan kawasan tengah benua kerana air masih lagi
membebaskan habanya.
c) pengaruh badan-badan air yang besar
-badan-badan air seperti tasik dapat mengurangkan suhu sekitarnya pada musim
panas dan menambahkan suhu sekitarnya pada musim sejuk.

d) Pengaruh arus lautan


-arus lautan dunia dapat menyederhanakan suhu musim dingin dan musim panas
Kawasan-Kawasan yang dilaluinya.
-pengaliran arus lautan dari Kawasan khatulistiwa ke arah kutub dapat
memanaskan udara di Kawasan kutub

e)Pengaruh angin lazim


-Angin yang bertiup seringkali dapat menyederhanakan suhu Kawasan yang
dilaluinya.
Contonya: angin baratan (angin lazim) yang panas bertiup ke arah pantai barat
Eropah telah meningkatkan suhu Kawasan pinggir pantai barat Eropah tersebut.
f)Pengaruh banjaran gunung
-banjaran gunung termasuk arah dan darjah kecerunan amat
berkesan mempengaruhi suhu di Kawasan-Kawasan di latitud
sederhana
-di HU cerun yang menghadap ke selatan menerima lebih banyak
bahang matahari berbanding cerun yang menghadap ke utara.Oleh
itu, di HU cerun yang menghadap selatan suhu lebih tinggi
berbanding cerun yang menghadap utara.
g)Pengaruh / litupan tumbuhan
-tumbuhan berperanan untuk mengurangkan suhu sesuatu Kawasan
-Kawasan yang mempunyai tumbuhan yang banyak , memiliki suhu
lebih rendah berbanding Kawasan lapang
-melalui proses perpeluhan, tumbuhan mengeluarkan manik-manik
air yang dapat menyederhanakan suhu persekitaran.

You might also like