Pemeriksaan Pengujian

You might also like

Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 59

PEMERIKSAAN

DAN PENGUJIAN
PEMASANGAN PENGGUNA
PENGENALAN
TUJUAN:
  Tujuan pemeriksaan dan pengujian dijalankan
ke atas pemasangan pengguna atau alat
elektrik adalah untuk memastikan
keselamatan sesuatu pemasangan telah
terlaksana mengikut peraturan IEE, JKR, dan
TNB dan agar berfungsi dengan betul serta
selamat digunakan.
PENERANGAN

Pemeriksaan dan pengujian perlu dijalankan ke atas


perkara-perkara berikut:
1. Pemasangan baru.
2. Pemasangan penambahan atau pengubahsuaian.
3. Pemasangan elektrik yang sedia ada.
PEMERIKSAAN PENGLIHATAN
Tujuan pemeriksaan penglihatan dijalankan ialah:
1. Untuk memastikan bahan-bahan dan alat-alat yang
dipasang mengikut piawaian British (BS) atau dengan
kelulusan SIRIM. Sekiranya alat-alat tersebut tiada
mempunyai sebarang tanda-tanda kelulusan pihak
pemborong hendaklah mengemukakan surat
kelulusan berkenaan.
2. Untuk memastikan pemasangan tersebut dijalankan
mengikut peraturan IEE, JKR, dan TNB.
3. Untuk memastikan kerosakan yang nyata ( boleh
dilihat ) ke atas pemasangan atau kelengkapan
elektrik.
SENARAI PEMERIKSAAN
PENGLIHATAN
a. Semua wayer dan peralatan mestilah dipasang di tempat yang
boleh dilihat dan tidak terdedah dan boleh membahayakan
keadaan.
b. Saiz wayer dan penebat.
c. Semua alat-alat yang digunakan seperti suis, soket, fius dan lain-
lain mestilah diluluskan oleh ketua pemeriksa elektrik ( Sirim ).
d. Beban bagi suatu litar dan bilangan point di dalam satu litar,
contohnya bagi litar gelang bagi pemasangan domestik bilangan
soket tidak terhad bagi kawasan tidak melebihi 100m2,
sambungan yang betul ke atas soket alur keluar dan pemegang
lampu.
e. Papan meter contohnya bagi fasa tunggal domestik saiznya 9” x
12” jenis kayu keras / PVC.
f. Pengalir Bumi :-
i.        Perlindungan mekanikal mestilah baik
ii.       Pelindungan dari karat
iii.     Sambungan yang teguh ke eletrod bumi
iv.     Mengikut saiz
g. Eletrod Bumi:-
i.     Saiz dan ukuran panjang ( garis pusat 5/8 “ ( 16m 2 ) x 6’
rod bersalut Tembaga / kupram ) dan juga paip GI
dengan garis pusat 2” x 8’
ii. Jenis bahan ( copper / kupram / GI )
iii. Kotak bumi ( Earth chamber saiz 12” x 12” / PVC )
iv. Lebel amaran
h. Tanda – tanda pengenalan dan amaran.
i. Lebel pada suis gear dan control gear
ii. Pengenalan condiut dan trunking dengan cat berwarna
oren
iii. Tanda amaran kehadiran voltan 250V atau 415V tiga
fasa
UJIAN PEMASANGAN

Tujuan utama pengujian adalah untuk memastikan


pemasangan itu betul-betul selamat semasa
digunakan. Walau bagaimanapun ujian ini tidak
menjamin pemasangan tersebut di sepanjang
hayatnya. Oleh itu perlu diuji dari masa ke semasa
mengikut tempoh yang dikehendaki supaya sebarang
bahaya dapat di elakkan.
TURUTAN UJIAN

i. Ujian kekutuban ( polarity test ).


ii. Ujian penerusan ( continuity test ).
iii. Ujian Penebatan ( insulation test ).
iv. Ujian keberkesanan pembumian ( Earthing test ).
v. Ujian penerusan pengalir litar akhir gelang ( ring
circuit test ).
LAIN-LAIN UJIAN
i. Ujian rintangan elektrod bumi
ii. Ujian galangan kerosakan ke bumi ( earth fault loop
impedence )
iii. Ujian kendalian pemutus litar bocor ke bumi
iv. Ujian penebatan bagi beban strukrur bagi pembinaan
banggunan
v. Ujian bahan pemisah elektrik
vi. Ujian bahan perlindungan penutup dan penahan
vii. Ujian penebatan lantai dan dinding
UJIAN-UJIAN PENDAWAIAN
1. Ujian kekutuban ( Polarity test )
Tujuan ujian keketuban ialah untuk menentukan
keperluan-keperluan berikut memuaskan:-
a. Semua suis kawalan satu kutub seperti fius, suis
satu hala satu-kutub, termostat dan sebagainya
berada pada pengalir hidup sahaja.
b. Sesentuh luar pemegang lampu jenis Edison skru
disambung pada pengalir neutral.
c. Sambungan pada soket alur keluar bagi setiap
pengalir fasa, neutral dan bumi disambung pada
punca yang betul.
Ringkasnya ujian ini ialah untuk memastikan
sambungan kekutuban pada setiap alat tambah dan
alat elektrik berada pada tempat yang betul.
Kekutuban yang salah boleh mendatangkan bahaya
sama ada semasa membuat pemasangan, semasa
penggunaan alat atau kepada alat elektrik itu sendiri.
CARA-CARA
MENJALANKAN UJIAN
Ada dua cara untuk menjalankan ujian:-
a. Litar hidup
Alat penguji litar hidup:-
i. Lampu penguji 240Volt
ii. Jangka Volt

b. Litar mati
Alat penguji litar mati ialah:-
i. Jangka ohm (multimeter)
ii. Loceng penguji
iii. Test lamp ( lampu penguji berkuasa beteri )
UJIAN KEKUTUBAN
DENGAN LITAR MATI
Sebelum ujian litar mati dijalankan.
a. Hendaklah terlebih dahulu memotong bekalan
dengan mematikan suis utama.
b. Semua lampu hendaklah dikeluarkan dari
pemegangnya dan semua alat elektrik dipisahkan
dari sambungannya.
c. Semua fius dicabut, semua suis ditutup melainkan
fius pada papan agihan yang tidak perlu dicabut
bagi tujuan memudahkah kerja-kerja ujian
dijalankan.
UJIAN KEKUTUBAN
DENGAN LITAR HIDUP
Litar hidup bermakna pemasangan ini telah
menerima voltan bekalan yang sebenarnya.
Ujian ini dijalankan dengan menggunakan
lampu tungsten, lampu yang digunakan sebaik
baiknya berkadar 50 watt ke atas,
menggunakan voltmeter atau loceng yang
beroperasi pada voltan 240V ( atau mengikut
voltan bekalan ).
TATACARA PENGUJIAN

a. Tanggalkan semua beban daripada litar.


b. Semua suis hendaklah dimatikan ( pengujian pada
edison skru suis hendaklah dihidupkan )
( lihat rajah 4.1 dan 4.2 )
UJIAN PENERUSAN
( CONTINUITY TEST )

Ujian ini terbahagi kepada 2 bahagian iaitu:-


 
a. Ujian keselanjaran ( penerusan ) antara pengalir
fasa dan neutral
b. Ujian keselanjaran antara pengalir dan bumi.
Ujian keselanjaran antara
pengalir fasa dan neutral
Ujian ini bertujuan untuk memastikan bahawa litar akhir fasa dan
neutral mepunyai keselanjaran yang sempurna dan tidak
mempunyai kerintangan yang tinggi:-
 Sebelum ujian ini dijalankan pastikan:-
i. Semua fius, suis dan pengasing dihidupkan.
ii. Pengasing utama dimatikan dan fius utama dicabut.
iii. Untuk litar lampu sebaik-baiknya ujian dibuat sebelum
sambungan kepada kipas dan lampu dibuat. Jika sambungan
telah dibuat ujian ini boleh dibuat pada penyambungan.
Ujian keselanjaran
pengalir pelindungan.
Ujian ini adalah untuk memastikan bahawa pangalir
pelindungan di tiap-tiap terminal bumi dan soket dan
lain-lain pengikatan disambung secara terus menerus
ke terminal bumi utama.Ini juga bagi memastikan
penyambungan bumi betul tersambung terus menerus ke
eletrod bumi.
PERALATAN
Alat yang digunakan ialah ohm meter yang akan
dapat memberikan arus yang agak besar lebih
kurang 1.5 kali lebih besar dari arus biasa litar.
Tetapi tidak lebih dari 25amp. Alat ini juga
mengeluarkan voltan yang tidak melebihi 50V
arus ulang alik atau arus terus.
 
BACAAN
i. Bacaan rintangan yang rendah menunjukan keselanjaran
yang baik ( hanya bacaan rintangan antara pengalir fasa dan
neutral )
ii. Jika kebel fasa dan neutral sama besar dan sama jenis maka
boleh dianggap masing-masing mempunyai rintangan yang
sama. Ini bermakna nilai rintangan masing-masing bernilai
separuh daripada bacaan jangka ohm, oleh itu jika diketahuai
jumlah beban yang disambung boleh dikirakan susut voltan
pada litar berkenaan.
Nota:- ujian ini boleh dijalankan serentak dengan
keselanjaran litar perlindungan ini adalah kerana kedua-
duanya dilakukan mengikut kaedah yang sama.
KAEDAH-KAEDAH
a. Pintaskan sambungan terminal bumi utama dan terminal utama neutral.
b. Kemudian uji setiap soket di antara terminal bumi dan terminal neutral.
Dicadangkan dengan menggunakan soket. Keselanjaran adalah betul
apabila bacaan ohmmeter kurang daripada 1 ohm iaitu bacaan pengalir
neutral dan bumi sahaja. Sebaliknya kalau bacaan tinggi keselanjaran
adalah tidak betul ( mungkin terminal longgar ).
c. Untuk mengukur keselanjaran pengalir bumi gunakan pengalir bumi
seperti dalam gambarajah.
d. Untuk menguji keselanjaran pengalir-pengalir pengikatan kaedah ( c )
di atas boleh dipakai.
e. Untuk lain-lain terminal bumi alat-alat eletrik seperti pengasing, suis
fius pemegang lampu dan sebagainya kaedah ( a ) dan ( b ) boleh
dipakai.
 
( Lihat gambarajah E , F dan G )
Gambarajah E
13 A s/o

Neutral soket alur keluar.


Rintangan di antara fasa dan neutral di

Earth

Sambungan di antara
Fasa dengan neutral

Rajah E. Ujian keselanjaran di antara pengalir fasa dan neutral


Gambarajah F
13 A s/o

keluar.
dan neutral di soket alur
Neutral Rintangan di antara fasa

Earth

Sambungan di antara
Pengalir pelindungan
dengan neutral

Rajah F. Ujian keselanjaran di antara pengalir pelindungan dan neutral


Gambarajah G

Ohmmeter

Terminal bumi utama

Pengalir bumi

Eletrod bumi

Ujian keselanjaran
Rajah G. Ujian keselanjaran
Pengalir Bumi
Pengalir Bumi
UJIAN RINTANGAN PENEBATAN
( Insulatioan Resistance Test )
Untuk menguji samada penebat pendawaian atau alat
perkakas elektrik tidak membenarkan arus
bocor.Bahagian yang di uji adalah konduktor hidup ( L )
dengan konduktor bumi ( E ),konduktor neutral ( N )
dengan konduktor bumi ( E ) dan konduktor hidup ( L )
dengan konduktor neutral ( N ).Alat uji yang digunakan
adalah penguji rintangan penebatan yang berupaya
memberi satu ujian voltan a.t dua kali ganda voltan
bekalan normal sehingga 500 volt.
Tujuan
a. menentukan tiada penebat pengalir yang rosak dan
mengakibatkan arus bocor ke bumi
b. untuk keselamatan pengguna dari kesan renjatan
elektrik
Bahagian yang perlu diuji
a. Penebatan pendawaian hidup ( L ) dengan bumi
( E ) dan neutral ( N ) dengan bumi ( E )
b. Bahagian rangka-rangka logam termasuk
kondiut,trunking dan Duct.
 
Peraturan IEE
Menurut peraturan IEE,2 jenis rintangan penebat perlu
diuji iaitu:
Ujian 1.
a. sistem 1 Fasa – antara fasa dengan neutral
b. sistem 3 fasa – antara fasa dengan fasa dan
antara fasa dengan neutral
 
( sekiranya bacaan 0 atau antaranya hingga
1MΏ,berkemungkinan masih ada beban- off kan suis )
Ujian 2
antara PUNCA BUMI dengan semua PENGALIR FASA.
Langkah ujian:
i.tanggalkan semua beban
ii.On kan semua suis
iii.suis utama di OFF kan
iv.ukur pada bahagian pengalir yang di uji

Bacaan yang baik tidak kurang 1 Mega Ohm bagi pendawaian


dan 0.5 Mega Ohm bagi alat-alat elektrik.
Gambarajah
Soket alur keluar bersuis atau
tidak ( 5 mata )
Salur keluar mata lampu
Pemanas air ( 1 mata ) ( 4 mata )
Alat memasak disertakan
dengan suis ( 1 mata )
Pemanas lantai
Thormostat ( 1mata )

DFB

Suis Utama

Alat penguji penebatan


1000 V
Bekalan 240V
UJIAN KECEKAPAN PEMBUMIAN
( Effecting of earthing )
Pembumian merupakan perkara yang penting
untuk keselamatan pengguna apabila berlaku
kebocoran arus kebumi. Jika pembumian yang
dibuat tidak berkesan dan pengguna menyentuh
bahagian logam yang terdedah pada alat elektrik, maka
pembumian tersebut tidak akan dapat melindungi
pengguna daripada renjatan yang disebabkan oleh
kebocoran arus. Ujian pembumian ini boleh dibahagikan
kepada empat jenis iaitu:-
JENIS-JENIS UJIAN

1. Ujian pemutus litar bocor ke bumi.


2. Ujian Impedans Gelung bumi.
3. Ujian bagi pengalir keselanjaran bumi.
4. Ujian rintangan eletrod bumi
Ujian pemutus litar bocor ke bumi

Ujian di bawah boleh dijalankan untuk mementukan


keberkesanan ELCB:-
 
i. Ujian menekan punat tekan ( push button )
ii. Ujian dengan menggunakan lampu ( test lamp )
iii. Ujian dengan menggunakan transformer dua belitan (
primary and secondary )
Ujian menekan punat tekan
( push button )

 Setiap ELCB disediakan punat uji. Ia perlu dan


hendaklah selalu diuji dengan menekannya, jika
ELCB terpelantik (trip) serta merta menunjukan ELCB
bekerja dengan baik.
 Walaubagaimana pun ujian ini tidak dapat
menunjukkan kepekaan ELCB iaitu kebolehan ia
terpelantikk apabila bahagian logam yang dikawal
meningkat voltan kapada antara 40V hingga 50V
akibat kebocoran berlaku.
Ujian menggunakan lampu pijar

Sambungkan lampu uji pada mana-mana terminal samada di


soket alur keluar, pemegang lampu, papan agihan dan lain-lain
di antara terminal L dan E.
Hasil ujian
a. Ujian ELCB kendalian Arus jika lampu menyala serta merta ELCB
akan terpelantik, maka menunjukkan ELCB bekerja dengan baik.
b. Jika lampu menyala tetapi ELCB tidak terpelantik ini menunjukan
samada ELCB rosak atau terdapat aliran arus bocor selari ke
bumi.
c. Ujian dengan lampu tidak dapat menentukan kepekaan ELCB
iaitu bagi memastikan ELCB terpelantik apabila voltan bocor
pada logam peralatan yang dikawal meningkat ke 50V.
Ujian dengan menggunakan transformer
dua belitan ( primary and secondry )
Kendalian

-  X,Y & Z ialah gelung pengubah ( transformer ) yang mana X dan


Y mempunyai lilitan bertentangan arah dan Z adalah gelung
skunder.
-  Semasa dalam keadaan normal arus akan mengalir melalui X dan
Y dalam keadaan seimbang.
-  Apabila berlaku kebocoran arus atau arus lebih,arus menjadi
tidak seimbang dan gelung X dan Y mengaruhkan voltannya
pada gelung Z.
-   Ini menyebabkan Z mendapat arus dan mengalir pada geganti
(relay ) dan akan memutuskan litar pada nilai yang ditentukan.
-   Dalam keadaan biasa,punat tekan uji ditekan untuk mengadakan
ketidakseimbangan arus.
UJIAN BAGI PENGALIR
KESELANJARAN BUMI
Bertujuan memastikan pengalir perlindungan di tiap-
tiap terminal bumi soket, lain-lain pengalir ikatan
tersambung secara terus-menerus ke terminal utama
bumi dan juga tersambung terus menerus ke
elektrod bumi.. Juga memastikan pengalir-pengalir
perlindungan disambung secara betul dan berkesan
mengikut peratiran IEE sebelum bekalan diberikan
betul-betul tersambung terus menerus ke elektrod
bumi.
Life

Neutral
Ohm meter
Bumi
Ujian dilakukan di antara
punca bumi dan neutral
Terminal bumi dan neutral
dipintaskan
RAJAH 1
- Sambungkan terminal utama bumi dan terminal utama
neutral ( Rajah 1).
- Uji antara terminal bumi dan neutral.
- Bagi mengukur keterusan pengalir bumi, gunakan
pengalir bantu (Rajah 2).
- Bagi menguji keterusan pengalir ikatan kaedah Rajah 2
boleh digunakan.
- Untuk lain-lain terminal bumi alat-alat elektrik seperti
pengasing, suis fius, pemegang lampu, lampu
pendaflour dan sebagainya, kaedah (i) dan (ii) boleh
digunakan.
- Jika menggunakan buzzer kaedah masih lagi sama
tetapi untuk memastikan keterus dalam keadaan baik,
buzzer mesti berbunyi bila ujian dilakukan.
Bil Jenis pengalir Bacaan ( tidak lebih )

1 Pengalir Aluminium 1.0 Ω

2 Pengalir Kuprum 1.0 

3 Paip Konduit 0.5 


Terminal utama bumi

Pengalir bumi

Elektrod bumi

Rajah 2
UJIAN RINTANGAN
ELEKTROD BUMI

Ujian rintangan bumi ini dilakukan adalah untuk


mencari nilai rintangan bumi yang baik , dimana
elektrod ditanam bagi menyalurkan arus bocor ke
bumi dengan mudah serta mengelakkan kerosakkan
pada litar dan nyawa.
EARTH TESTER

6
1

2
3

5 4
 1. Terminal ‘E’ = Untuk sambungan kelektrod bumi yang
hendak diuji
Terminal P & C = Untuk sambungan ke spike P wayar bewarna
kuning dan juga ke spike C wayar
bewarna merah .
 
2. Sekil dail = 0 hingga 1000 ohm bacaan pada dail
hendaklah bersetentangan dengan Indik
( no.6 ) adalah nilai bacaan rintangan
elektrod bumi apabila litar bridge telah
seimbang .

3. Penunjuk = Penunjuk ini adalah satu galvanometer


yang menunjukkan tiga perkara berikut :
i. Keadan bateri
ii. Voltan eletrod yang di uji
iii. Ke seimbangan litar bridge
4. Suis tekan - Butang ini hendaklah ditekan apabila hendak
mengetahui keadaan bateri dan juga
pengukur rintangan .

Nota : Ia tidak boleh digunakan bila pengukuran voltan


elektrod sedang dibuat .

5. Suis pemilih - Suis ini mempunyai tiga kedudukan iaitu pada


tanda ohm (pengukuran rintangan
elektrod) , V (pengukuran voltan elektrod
bumi ) dan B (mengetahui keadaan bateri ).
 
6. Indek - Satu point dimana bacaan sekil dail yang
bertentangan dengannya adalah merupakan
bacaan rintangan elektrod bumi .
UJIAN PENERUSAN LITAR AKHIR
GELANG ( ring circuit test )

Ujian ini dijalankan adalah bertujuan untuk


memastikan setiap pengalir mempunyai keterusan
yang baik disepanjang litar gelang. Terdapat tiga
kaedah yang biasa digunakan untuk membuat ujian
ini.
r1 r2
a. Rintangan pengalir fasa
dan pengalir neutral
diambil bacaan.
i. r1 pengalir neutral.
ii.r2 pengalir fasa.

b. Nilai rintangan pengalir fasa, pengalir neutral dan


pengalir bumi mestilah sama sekiranya saiz pengalir sama
( bacaan di dalam 0.05 ).
c. Semasa pengujian dijalankan pengalir yang diuji
mestilah dalam kedaan tersambung.
d. Nilai rintangan bagi hujung ke hujung pengalir pelindung
adalah r2 dan dibahagi 4 dapat nilai R2.
Pengalir fasa
Pengalir neutral

a. Pengalir fasa dan pengalir neutral dipintaskan


terlebih dahulu seperti rajah di atas..
b. Rintangan pengalir diantara pengalir fasa dan
pengalir neutral diukur pada soket alir keluar.
c. Bacaan yang didapati adalah R1.
a. Pengalir fasa dan pengalir
perlindungan dipintaskan terlebih
dahulu seperti rajah di atas.
b. Rintangan di antara pengali fasa dan
pengalir perlindungan diukur pada
soket alir keluar.
c. Bacaan didapati adalah R2.
Pengalir perlindungan Pengalir fasa

(R1 t R2) mestilah sama nilai dengan ,di mana r1 dan r2


adalah bacaan keterusan antara hujung-hujung pengalir.
KESIMPULAN

Semua pemasangan tidak kira samada pemasangan


itu adalah baru,penambahan atau pengubahsuaian
dan yang sediada hendaklah dijalankan ujian.Ini
adalah untuk menjamin keselamatan pengguna dari
bahaya dan kerugian akibat dari kerosakan atau
kesilapan pemasangan tersebut.
TAMAT

You might also like