Hari Raya

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 16

Hari Raya Aidilfitri 

• (Arab: ‫ ;عيد ا لفطر‬ʿĪd al-Fiṭr; "perayaan buka puasa")


• disambut pada 1 Syawal tahun Hijrah.
• Perayaan tersebut juga dikenali sebagai Hari Raya Puasa, Hari Raya
Fitrah atau Hari Lebaran.
• Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan yang disambut oleh umat Islam di seluruh
dunia tidak kira bangsa sama ada Arab, Inggeris, Melayu, India-Muslim, Cina-
Muslim dan lain-lain bangsa di seluruh dunia yang beragama Islam bagi
menandakan berakhirnya bulan Ramadhan yang mana umat Islam telah menjalani
ibadat puasa dengan tekun.
• Ia merupakan antara dua perayaan terbesar bagi umat Islam, selain Hari Raya
Kurban.
Hari Raya Aidilfitri 
• Hari Raya Puasa bermula melalui dua cara; iaitu melalui rukyah (melihat anak bulan)
ataupun secara hisab (kiraan).
• Sekiranya melalui rukyah, apabila anak bulan kelihatan, ini menandakan bermulanya
bulan Syawal, iaitu bulan ke-10 dalam Takwim Hijrah Islam.
• Di Malaysia, anak bulan akan diperhatikan oleh pegawai bertugas pada sebelah
petang hingga waktu maghrib di beberapa tempat strategik.
• Antara lokasi terlibat untuk melihat anak bulan Ramadan adalah di Pontian Kecil,
Johor dan Kompleks Falak al-Khawarizmi Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara,
Melaka.
Zakat fitrah
‫زکاة ف طره‬
• Perayaan Hari Raya Puasa merupakan berakhirnya tempoh untuk membayar zakat
fitrah iaitu zakat yang dikenakan kepada mereka yang masih hidup sehingga masa
itu. 
• Zakat fitrah tidak perlu dibayar bagi mereka yang telah meninggal dunia.
Kebiasaannya orang Islam juga akan mula membayar zakat fitrah semenjak bulan
puasa bermula dan zakat fitrah ini akan berhenti dikutip apabila solat sunat Aidilfitri
 dimulakan.
• Oleh itu, pada kebiasaannya solat sunat Aidilfitri dilewatkan sedikit berbanding solat
sunat Aidiladha.
• Hikmahnya dilewatkan sedikit solat sunat Aidilfitri adalah bagi memberi peluang
kepada mereka yang belum membayar zakat untuk menunaikan kewajipan mereka
dan disunatkan makan dahulu sebelum pergi ke masjid.
Takbir ‫کبير‬:::‫ت‬
• Apabila tarikh Hari Raya telah ditentukan, umat Islam akan bertakbir dan
bertahmid sambil memuji kebesaran Allah.
• Tempoh bertakbir bagi Hari Raya Aidilfitri adalah antara terbenamnya
matahari(hari terakhir bulan Ramadan) sehingga solat sunat Hari Raya Aidilfitri
bermula pada pagi 1 Syawal tahun Hijrah.
Simbol‫يمبول‬::‫س‬
• Simbol terkenal bagi perayaan Hari Raya di Malaysia ialah ketupat. 
• Ketupat adalah juadah istimewa yang masih dihidangkan pada hari ini. Ketupat
adalah nasi yang dikukus di dalam anyaman daun kelapa atau daun palas dan
selalunya dihidangkan bersama dengan rendang.
• Juadah-juadah yang lain termasuklah lemang, lontong, dodol, dan kuih raya.
• Namun begitu, simbol lain yang berteraskan Islam seperti kalimah Allah dan
Nabi Muhammad, bunga-bungaan, tumbuh-tumbuhan, geometri, dan lain-lain
yang tiada unsur haram juga adalah digalakkan untuk digunakan sebagai simbol
perayaan Hari Raya Aidilfitri.
Hari Raya Aidilfitri di Asia Tenggara
• Idul Fitri atau Hari Raya Aidilfitri atau Lebaran merupakan cuti umum bagi Brunei, Indonesia, 
Malaysia, dan Singapura. Tradisi Aidilfitri di Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura, Filipina,
Selatan Thailand dan Cambodia agak serupa.
• Hari Raya Aidilfitri di Indonesia lebih dikenali sebagai Hari Raya Idul Fitri (atau lebih popular
sebagai Lebaran) dan ia merupakan salah satu cuti umum di Indonesia.
• Di Brunei, Malaysia dan Singapura, Hari Raya biasanya disebut sebagai Raya Aidilfitri (Jawi:‫هاري‬
‫لفطري‬::‫يعيدا‬:‫)را‬, Hari Raya Puasa, Hari Raya Fitrah mahupun Hari Lebaran.
• Di Filipina, di kalangan masyarakat Islam mereka, Aidilfitri dikenali "Araw ng Lebaran" / "Araw
ng Raya" atau di kalangan majoriti Kristian dan bukan Islam sebagai "Wakás ng Ramadán"
("Pengakhiran Ramadan")
• Aidilfitri hanya disambut sehari di kalangan masyarakat Islam Myanmar. Mereka menggelar
perayaan ini sebagai Eid Nei’ (Nei’=hari) atau Eid Ka Lay (Ka Lay=kecil) atau Shai Mai Eid (Shai
Mai= hidangan bihun manis dihidangkan dengan gajus goreng, hampas kelapa, kismis dan susu
yang secara tradisinya dimakan oleh masyarakat Islam Myanmar semasa Hari Raya).
Hari Raya Aidilfitri di negara-negara
lain.
• China
• Aidilfitri di China. Di China, daripada 56 kumpulan etnik yang diiktiraf, Aidilfitri disambut
sekurang-kurang oleh 10 kumpulan etnik Islam China. Kumpulan-kumpulan ini
merangkumi 18 juta orang mengikut statistik rasmi, namun beberapa pemerhati
mengatakan angka sebenar mungkin lebih besar.
• Greece
• Aidilfitri (Seker Bayram) disambut di Greece terutamanya di wilayah Thrace Barat yang
mempunyai minoriti penganut Islam, selain mereka turut meraikan Kurban Bayram dan 
Hıdırellez. Pada hari Bayram, ahli keluarga akan berkumpul, memakai pakaian terbaik dan
menyambut dengan sajian biasa selepas solat sunat Aidilfitri. 
• Amerika Syarikat
• Kebanyakan masyarakat Islam di Amerika Syarikat akan mengadakan solat sunat Aidilfitri
di pusat Islam, dewan konvensyen mahupun taman terbuka. Masyarakat Muslim dari
pelbagai budaya akan bersembahyang dan meraikan bersama-sama. Di beberapa buah
bandar, solat sunat Aidilfitri akan dilakukan beberapa kali bagi menampung jumlah jemaah
yang ramai. Adakala pihak masjid akan menyewa taman untuk masyarakat Islam
menunaikan solat sunat Aidilfitri di sana. 
Suasana Aidilfitri di China
Nostalgia Raya Dulu-dulu

You might also like