Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 30

IJAZAH SARJANA MUDA PENGAJIAN ISLAM DAKWAH

SEM 8

ULAMA DAN MASYARAKAT (DWI41703)

NAMA PENSYARAH:
FATIMAH NAZIFAH BINTI KAMARUDIN

TAJUK: IMAM AHMAD BIN HANBAL

NAMA PELAJAR:

1. WAN MUHAMMAD HAFIZI BIN WAN ZALIZAN (056268)


2. HABIBURRAHMAN ZULKARNAIN (056192)
3. ABDUL RAHIM BIN ABDUL MANAF (056754)
4. MUHAMMAD LUQMAN HAKIMI BIN SALIM (056692)
5. MUHAMAD FAKHRUL AZAM BIN RAMDAN (055078)
OBJEKTIF KAJIAN

• Untuk mengetahui latar belakang Imam Ahmad bin Hanbal menerusi


biografi, riwayat hidup, keperibadian, pendidikan dan kerjaya.

• Untuk menjelaskan sumbangan Imam Ahmad Bin Hanbal kepada


masyarakat dan agama serta dunia keilmuan Islam.

• Untuk menelusuri peranan Imam Ahmad Bin Hanbal sebagai tokoh


ilmuwan Islam, pengasas Mazhab dan penggerak dakwah Islam.

• Untuk menerangkan cabaran dan halangan yang dihadapi oleh Imam


Ahmad Bin Hanbal sepanjang hidup beliau.
LATAR BELAKANG IMAM AHMAD BIN HANBAL

2.1 Biografi dan


Riwayat hidup

2.2 Keperibadian
Kandungan:

2.3 Pendidikan

2.4 Guru Imam Ahmad bin Hanbal


BIOGRAFI DAN RIWAYAT HIDUP

• Nama lengkap beliau adalah Abu Abdillah Ahmad bin Muhammad bin Hanbal bin Hilal bin Asad

bin Idris bin Abdullah bin Hayyan bin Abdullah bin Anas bin Auf bin Qasith bin Mazin bin Syaiban bin

Dzuhl bin Tsa’labah Az-Zuhli As-Syaibani.

• Beliau lahir di Baghdad pada bulan Rabiulawal tahun 164 Hijrah (780 Masihi)

• Beliau hidup dalam keadaan keluarga yang sederhana

• Ayahnya, Muhammad bin Hanbal terkenal sebagai pejuang manakala ibunya adalah Syarifah

Maimunah binti Abdul Malik Al-Syaibani.

Nur Khalilah binti Zul Affanddi, “Imam Ahmad bin Hanbal”, Kolej Universiti Islam Sains dan Teknologi.
• Beliau merupakan seorang mujtahid dalam mazhab dan ahli hadis.

• Bapa beliau meninggal dunia semasa kecil dan dijaga oleh ibunya.

• Pada umur 14 tahun, beliau belajar untuk mengarang dan menghafal Al-Quran.

• Beliau menerima ujian yang berat pada tiga zaman kekhalifahan iaitu Al-Ma’mun, Al-Mu’tashim

dan Al-Watsiq.

• Beliau dimasukkan ke dalam penjara selama 30 bulan dan dibebaskan selepas tempoh tersebut.

• Beliau diarahkan untuk tidak boleh berdakwah sepanjang lima tahun pada zaman Al-Watsiq.

• Pemerintahan Al-Mutawakkil telah menyelamatkan Imam Ahmad bin Hanbal.

• Beliau meninggal dunia pada bulan Rejab, tahun 214 Hijrah Ketika berusia 77 tahun.

Nur Khalilah binti Zul Affanddi, “Imam Ahmad bin Hanbal”, Kolej Universiti Islam Sains dan Teknologi.
Keperibadian

• Beliau mempunyai daya ingatan yang kuat, memahami apa yang dihafal dan kesabaran yang tinggi.

• Beliau tidak riak dan menjauhi gurau senda.

• Orang yang sangat bersih, zuhud dan menjaga maruah.

• Beliau beribadat di waktu malam sebanyak 300 rakaat dan 150 rakaat sewaktu dirinya sudah uzur.

• Beliau rajin membaca Al-Quran dan khatam seminggu sekali.

Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri, Imam Ahmad bin Hanbal, (2013), Perpustakaan Negara Malaysia.
PENDIDIKAN

• Antara ilmu yang dipelajari beliau adalah ilmu Al-Quran, Hadis, Bahasa Arab, Fiqh, Usul Fiqh, Ilmu nasakh dan
Mansukh dan sebagainya.
• Pada umur 14 tahun, beliau menghafal Al-Quran, mempelajari bahasa dan mengarang syair.
• Pada umur 16 tahun, beliau mula mendampingi guru Hasyim bin Basyr bin Khazin al-Wasiti untuk mempelajari
ilmu hadis.
• Beliau telah berkujung ke Basrah, Yaman, Makkah, Kufah dan Jazirah. Pengembaraan pertama ke Kufah pada
tahun 133 Hijrah, ke Basrah pada tahun 186 Hijrah dan mengerjakan haji yang pertama pada 187 Hijrah.
• Beliau telah berguru dengan pelbagai ulama termasuklah Imam Syafie, Ali bin Mujahid, Sufyan bin Uyainah dan
ramai lagi.
• Karya beliau, al-Musnad telah menghimpunkan 40 000 hadis.

Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri, Imam Ahmad bin Hanbal, (2013), Perpustakaan Negara Malaysia.
Guru Imam Ahmad bin Hanbal

1) Abi Yusuf Yaakub bin Ibrahim al-Qadi

• Guru pertama dan murid kepada Imam Abu Hanifah.

• Beliau mempelajari ilmu fekah dan hadis

2) Husyaim bin Basyir

• Guru yang banyak mempengaruhi beliau.

• Beliau bersamanya selama empat tahun dan telah menulis lebih tiga ribu buah hadis

3) Imam Syafie

• Beliau bertemunya semasa menunaikan ibadah haji.

• Beliau mempelajari cara mengeluarkan kesimpulan daripada hukum-hukum.

Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri, Imam Ahmad bin Hanbal, (2013), Perpustakaan Negara Malaysia.
Fiqh Menurut Imam Ahmad Bin Hanbal & Metode Istinbath Hukumnya

Fiqh Imam Ahmad Hanbal

• Imam Ahmad tidak pernah membukukan fatwa-fatwa fiqhnya dan tidak pula menekankan fatwa tersebut

kepada anak muridnya.

• Pemikiran fiqh Imam Ahmad sangat dipengaruhi oleh pengetahuannya yang mendalam tentang hadis.

• Dia menentang keras pendapat yang berdasarkan kepada Al-quran semata-mata yang mengabaikan hadis.

• Beliau sangat teliti dalam memilih hadis-hadis terutama yang berkaitan dengan hukum

• Manakala hadis yang tidak berkaitan dengan hukum, beliau melonggarkan pemilihannya kerana

sebahagian daripada hadis-hadis tersebut boleh diterima sbg hujah.

Jundi, Abd. Al-Halim. 1970. Ahmad Ibn Hanbal Imam Ahl al-Sunnah. Uni Emirat Arab. Al-majlis al-A’la Syuun al-Islamyyah
• Imam Ahmad berprinsip bahawa setiap fatwa harus berdasarkan dalil-dalil yang boleh

diterima dan dipertanggungjawabkan, dan beliau menentang fatwa tanpa dasar yang kuat

atau fatwa yang berdasarkan pemikiran sahaja.

Jundi, Abd. Al-Halim. 1970. Ahmad Ibn Hanbal Imam Ahl al-Sunnah. Uni Emirat Arab. Al-majlis al-A’la Syuun al-Islamyyah
Metode Istinbat Hukum Fiqh Imam Ahmad

• Imam Ahmad memiliki metod atau kaedah tersendiri dalam mengistinbatkan suatu hukum.

• Metodologi fiqh Imam Ahmad dapat disarikan dari fatwa-fatwa fiqh yang disampaikan kepada murid dan

pengikutnya.

• Ibnu Qayyim dalam kitabnya I'lam al-Muqqi'in menjelaskan terdapat lima dalil yang menjadi dasar istinbat

hukum beliau, iaitu:

1. Nas (Al-Quran & Sunnah)

2. Fatwa sahabat (tiada perselisihan antara mereka & ada perselisihan)

3. Hadis Mursal & Hadis Dha’if

4. Qiyas (Al-Masalih, Istislah, Az-Zara’i)

5. Ijma’
Musa, Muhammad Yusuf. 1953. al-Madkhal li al-Dirasah al-Fiqh al-Islamy. Misra: Dar al-Ma’ari
Qaththan, Manna' Kholil. 1989. al-Tasyri wa al-Fiqh fi al-Islamy: Tarikhan wa Manhajan: Misra; Dar al-Maarif
Perkembangan Fiqh Mazhab Hanbali

• Imam Ahmad yang berasal dari kota Baghdad, menjadikan tempat kelahirannya

sebagai asas pengajaran dan penyebaran mazhabnya.

• Di kota Baghdad tersebut terkenal dengan kecenderungan terhadap aliran Al-Ra’y,

sedangkan Imam Ahmad menggunakan kaedah fiqh berorientasikan hadis.

• Pengikut mazhab Hanbali tidak begitu banyak.

• Dari Baghdad, mazhab ini berkembang ke Syam dan Mesir. Pada saat itu mazhab

Hanbali sekarang tersebar di Jazirah Arab, Palestin, Syiria, dan Iraq. Jumlah

penganutnya sekitar 10 juta orang menurut perhitungan tahun 1988.

Shiddiqie, TM. Hasbi, 1973, Pokok-pokok Pegangan Imam Mazhab dalam Membina Hukum Islam. Jilid I Cet. I, Jakarta: Bulan Bintang.
Sirry, Mun'im A, 1995. Sejarah Fiqh Islam. Sebuah Pengantar. Cet. I Surabaya: Risalah Gusti.
Yanggo, Huzaemah Tahido. 1997. Pengantar Perbandingan Mazhab. Cet. I; Jakarta: Logos.
• Imam Ahmad tidak membukukan fatwa-fatwa fiqhnya, tetapi terdapat banyak kitab yang dikarang oleh

anak-anak murid dan pengikutnya seperti kitab Musnad, Al-Nasikh wa Al-Mansukh, Al-muqaddam wa Al-

Muakkhar dan lain-lain lagi.

• Di antara murid beliau yang berjasa dalam mengembangkan dan menyebarkan mazhab Hanbali adalah

Shaleh dan Abdullah bin Ahmad Ibn Hanbal.

• Kitab mazhab Hanbali yang terkenal adalah Mukhtasar al-Khiraqi, karya Abu Qasim Umar ibn Husen ibn

Hanbal, dan kitab syarah ibn Qudamah berjudul al-Mughni. Kedua-dua kitab ini banyak disyarah oleh

para ulama’.

Shiddiqie, TM. Hasbi, 1973, Pokok-pokok Pegangan Imam Mazhab dalam Membina Hukum Islam. Jilid I Cet. I, Jakarta: Bulan Bintang.
Sirry, Mun'im A, 1995. Sejarah Fiqh Islam. Sebuah Pengantar. Cet. I Surabaya: Risalah Gusti.
Yanggo, Huzaemah Tahido. 1997. Pengantar Perbandingan Mazhab. Cet. I; Jakarta: Logos.
Turutan 4 Mazhab dan Kaitannya (Hanafi > Maliki > Syafi’e > Hanbali)

Mazhab Hanafi

• Diasaskan oleh Imam Abu Hanifah, atau nama sebenarnya Nu’man bin Tsabit. Lahir pada tahun 80 Hijrah. Beliau adalah
seorang berjiwa besar dan berakhlak tinggi. Juga beliau seorang yang bijak dalam ilmu pengetahuan. Cekap
memberikan satu-satu keputusan bagi masalah-masalah atau yang dihadapi.

• Iman Abu Hanifah terkenal sebagai seorang alim dalam ilmu fiqh di negeri Iraq. Dan beliau juga sebagai ketua ahli fikir
(ahli ra`u). Golongan cerdik pandai pada masa itu menyifatkan beliau sebagai “akal dalam ilmu pengetahuan”.

• Semasa hidupnya, beliau dapat menuruti bermacam-macam pertumbuhan dan perkembangan ilmu pengetahuan, baik
di bidang ilmu dan politik mahupun ilmu agama. Zaman beliau memang dikenali sebagai zaman pertumbuhan politik,
agama dan ideologi-ideologi dan pelbagai pengaruh. Beliau dapat hidup dalam dua zaman pemerintahan Umaiyah dan
juga di zaman pemerintahan `Abasiyah.

• Abu Hanifah seorang yang luas pemikiran dan banyak ilmu. Tetapi beliau sangat merendah diri. Beliau tidak terpedaya
dengan fikirannya sendiri.

• Abu Hanifah seorang yang berperibadi tinggi dalam majlis perbahasan. Beliau tidak sekali-kali menghina mereka yang
berbahas dan tidak pernah mengkafirkan sesiapa yang berbahas dengannya, kerana beliau berpendapat : “Sesiapa
yang mengkafirkan seseorang maka ia terlebih dahulu kafir dari orang itu.”
Mazhab Maliki

• Pengasas mazhab Maliki ialah Malik Bin Anas, lahirnya di kota Madinah dalam tahun 93 hijrah. Beliau dilahirkan 13 tahun
selepas lahirnya Iman Abu Hanifah. Semasa hidupnya, Iman Malik dapat menurut dua corak pemerintahan : Umaiyah dan
Abasiyah, di mana perlingkahan sengit dua pemerintahan sering terjadi.

• Iman Malik menghafaz Al-Quran dan hadith-hadith Rasulullah S.A.W. Ingatannya sangat kuat dan menjadi adat kepadanya.

• Pada permulaan hidup Imam Malik bercita-cita menjadi biduan tetapi ibunya menasihatkan supaya beliau meninggalkan cita-
cita itu, dan meminta beliau supaya mempelajari ilmu fiqh, beliau menerima nasihat ibunya dengan baik.

• Imam Malik adalah seorang yang aktif dalam menuntut ilmu. Beliau banyak membuat perhubungan dengan ahli-ahli hadith
dan ulama sehngga beliau dianggap sebagai ketua atau imam bagi ilmu hadith.

• Sanad-sanad yang dibawa oleh beliau termasuk salah satu sanad yang terbaik dan benar. Beliau seorang yang dipercayai,
adil dan kuat ingatannya, cermat dan halus memilih perawi hadith.

• Sebelum Imam Malik menjadi guru, beliau lebih dahulu mendalami dalam bidang pelajaran sehinggakan kadang-kala beliau
tidak tidur.

• Hukum-hukum fiqh yang diberikan oleh Imam Malik adalah berdasarkan Al-Quran dan hadith. Imam Malik menjadikan hadith
sebagai pembantu bagi memahami Al-Quran dan beliau sangat cermat dalam memberi penerangan dan hukum-hukum.

• Imam Malik sering berfikir panjang sebelum memberi satu-satu hukum atau fatwa kerana beliau sangat teliti dan bimbang
akan disoal di akhirat jika fatwa yang diberinya adalah salah.
Mazhab Syafi’e

• Mazhab Syafie adalah diasaskan oleh Muhamad bin Idris Al-Syafie. Beliau dilahirkan pada tahun 105 hijrah, sebuah bandar yang bernama
Ghizah di Palestin . Beliau adalah keturunan Bani Hashim dan Abdul Mutalib. Keturunannya bertemu dengan keturunan Rasulullah S.A.W.
pada datuk Rasulullah iaitu Abdul Manaf.

• Pada permulaannya beliau cenderung dalam bidang sastera dan syair-syair, tetapi beliau mengubah pendiriannya kepada mempelajari ilmu
fiqh dan hadith hingga sampailah beliau ke kemuncak yang paling tinggi dalam bidang tersebut.

• Imam Syafie ialah imam yang ketiga mengikut susunan tarikh kelahiran. Beliau adalah penyokong kepada ilmu hadith dan pembaharu agama
(mujaddid) bagi abad yang ke-2 hijrah.

• Semasa muda Imam Syafie hidup dalam kemiskinan akan tetapi sangat rajin hingga beliau terpaksa mengumpul batu-batu, belulang, pelepah
tamar dan tulang-tulang untuk ditulis di atasnya, terkadang-kadang beliau terpaksa pergi ke tempat-tempat perhimpunan orang ramai meminta
kertas untuk menulis pelajarannya.

• Imam Syafie menghafaz Al-Quran dengan mudah, iaitu semasa beliau masih kecil lagi, beliau menghafaz dan menulis hadith-hadith. Beliau
sangat tekun mempelajari kaedah-kaedah dan nahu bahasa Arab. Untuk tujuan itu beliau pernah mengembara ke kampung dan tinggal
bersama dengan puak Hazyal selama 10 tahun.

• Salah seorang guru Imam Syafie dalam pelajaran ilmu fiqh dan hadith ialah Imam Malik. Ilmu fiqh yang dibawa oleh Imam Syafie adalah
merupakan satu zaman perkembangan ilmu fiqh dalam sejarah perundangan Islam kerana beliaulah yang menghimpunkan atau menyatukan
ilmu fiqh ahli-ahli aqli dan fikir dengan ilmu fiqh ahli-ahli akal dan hadith.

• Ilmu fiqh Imam Syafie juga merupakan ikatan sunnah dan qias, dan pemikiran dengan beberapa pertimbangan dan sekatan sebagaimana ia
juga ilmu fiqh yang menetapkan cara-cara atau peraturan untuk memahami Al-Quran dan Al-Hadith. Juga ia menetapkan kaedah-kaedah
pengeluaran hukum dan kesimpulannya.
Mazhab Hanbali

• Nama bagi pengasas Imam Hanbali ialah Ahmad Bin Mohamad Bin Hanbal. Lahir di bandar Baghdad pada tahun 164
hijrah.

• Ibnu Hanbal adalah dari keluarga miskin, kerana bapanya tidak meninggalkan di waktu matinya melainkan sebuah
rumah yang kecil yang didiaminya. Untuk menampung kehidupannya, belaiu terpaksa bekerja di kedai jahit untuk
mengambil upah.

• Ibnu Hanbal menuntut ilmu sepanjang hayatnya. Beliau tetap mempelajari hadith sehingga beliau menjadi seorang
imam.
• Imam Syafie adalah salah seorang dari guru Ahmad Bin Hanbal. Ibnu Hanbal bertemu Imam Syafie semasa di Hijaz,
sewaktu beliau menunaikan fardu haji, Imam Syafie mengajar di Masjidil Haram.

• Ibnu Hanbal mempelajari daripadanya, kemudian mereka bertemu pula pada kali kedua di Baghdad, Imam Syafie
menasihatinya supaya beliau mengikutnya ke Mesir. Imam Ibnu Hanbal bercadang mengikutinya tetapi niatnya tak
sampai.
SUMBANGAN IMAM AHMAD BIN HANBAL

AGAMA PENULISAN
Al-Quran Fatwa Sahabat Hadith Dhaif

AGAMA Feqah Imam Ahamd bin Hanbal terdiri


daripada lima landasan, iaitu: As-Sunnah Hadith Mursal Kias

• Hadits Nabi SAW yang dianggapnya sah untuk dijadikan sumber hukum, maka beliau berpegang teguh kepadanya,
meskipun pendapat tersebut berbeza dengan pendapat sahabat.

• Berpegang teguh pada sunnah Nabi SAW di samping Al-Quran dan mengabaikan segala bentuk pendapat yang berbeza
dengan prinsip yang merupakan sangat mendasar dalam pembentukan Mażhab Hanbali.

• Seterusnya beliau juga berpegang pada fatwa sahabat yang diperselisihkan, dengan cara memilih
pendapatnya yang menurutnya lebih dekat kepada Al-Quran dan sunnah Nabi SAW

• Imam Ahmad bin Hanbal bukan saja menggunakan hadits mursal sahabi (hadis yang diriwayatkan
oleh seorang atau beberapa orang sahabat, tetapi ia tidak mendengar secara langsung dari Nabi
SAW) seperti yang diterima kebanyakan ulama mujtahid, tetapi juga mursal at-tabi‟I (hadis yang
diriwayatkan generasi langsung sesudah tabi‟in dari Nabi SAW tanpa menyebut tabi‟in dan sahabat
yang menerima hadis itu dari Nabi SAW).
• Selain itu, Imam Ahmad bin Hanbal menerima hadits-hadits daif yang berhubungan dengan fadhail
a’mal. Ia menerima hadits da‟if selama kedaifannya bukan disebabkan perawinya terkenal dengan
pembohongan.
Abdullahmutazahhid 2013 Sejarah Kemunculan Mazhab
https://abdullahmutazahhid.wordpress.com/2013/02/08/sejarah-kemunculan-mazhab/
• Disamping melakukan kias, kadang-kadang Imam Ahmad pun menggunakan al-Mashalih al-Mursalah
terutama dalam bidang siyasah.

• Sebagai contoh, Imam Ahmad pernah menetapkan hukum tazir terhadap orang yang selalu berbuat
kerosakan dan menetapkan hukum had yang lebih berat terhadap orang yang minum khamar pada
siang hari di bulan Ramadhan.

• Cara tersebut banyak diikuti oleh pengikut-pengikutnya. Begitu juga dengan istihsan, istishab dan Sadd
al-Zara‟i, sekalipun Imam Ahmad itu sangat jarang menggunakannya dalam menetapkannya dalam
hukum.

Abdullahmutazahhid 2013 Sejarah Kemunculan Mazhab


https://abdullahmutazahhid.wordpress.com/2013/02/08/sejarah-kemunculan-mazhab/
AL-MUSNAD

PENULISAN
• Musnad adalah kumpulan beberapa hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad

• Anaknya, Abdullah bin Ahmad Ulama hadis sepakat tentang jumlah • Imam Ahmaad telah mencurahkan
menyusunnya semula sesuai hadis yang terdapat dalam musnad pengorabanan yang sangat banyak
dengan klasifikannya. Ahmad iaitu sebanyak 40000 hadis. dan manhaj yang betul dalam menulis
Walaupun begitu, ada antara kitab al-Musnad.
• Dari penjelasan di atas, dapat mereka yang mengatakan bahawa
disimpulkan bahawa Abdullah bin di antara 40 000 hadis tersebut, ada • Beiau meriwayatkan dari yang tsiqah
Ahmad yang mengumpulkan 10 000 hadis yang berulang dan 10 pada zamannya dengan syarat hadis
kitab al-Musnad dan 000 pula dikenalpasti diperolehi itu bersambung kepada Nabi SAW
menyusunnya dengan gaya yang daripada anaknya. manakala setiap yang tidak
agak asing dari kebiasaan para bersambung sanadnya dianggap hadis
ahli hadis kerana semua kitab dhaif walaupun perwinya tsiqah.
hadis sahih disusun berdasarkan
sususnan bab fiqh sehingga • Dengan cara ini, beliau berhasil
mudah difahami. mengumpulkan banyak hadis, memilih
yang sudah dikumpulkannya serta
menghapuskan bahagian yang
Jundi, Abd. Al-Halim. 1970. Ahmad Ibn Hanbal Imam Ahl al-Sunnah. Uni Emirat Arab.
meragukan.
Al-majlis al-A'la li Syuun al-Islamyyah
KARYA-KARYA IMAM HANBAL

1. Al-Musnad
2. Kitab Tafsir al-Qur’an
3. Kitab al-Nasikh wa al-Mansukh
4. Kitabb al-Muqaddam wa al-Muakhkhar fi al-Qur’an
5. Kitab Jawabatu al-Qur’an
6. Kitab al-Tarikh
7. Kitab Mansiku al-Kabir
8. Kitab Manasiku al-Saghir
9. Kitab Tha’atu al-Rasul
10. Kitab al-‘Illah
11. Kitab al-Shalah.

Jundi, Abd. Al-Halim. 1970. Ahmad Ibn Hanbal Imam Ahl al-Sunnah. Uni Emirat Arab.
Al-majlis al-A'la li Syuun al-Islamyyah
PERANAN IMAM AHMAD BIN HAMBAL

1) Sebagai Tokoh

Faqih dalam ilmu hadis serta fiqh

• Telah menghafaz lebih 700,000 hadis


• Mengembara ke luar Baqhdad untuk mencari ilmu
• Menulis pelbagai kitab-kitab

Tidak takut menyatakan kebenaran

• Peristiwa beliau dipenjara ketika zaman Khalifah Harun Al-Rashid


• Penyebaran fahaman muktazilah selepas kewafatan Harun Al-Rashid

Al-Qattan, Manna‘. 1996. Tarikh al-Tasyri‘ al-Islamiyy al-Tasyri‘ wa al-Fiqh. Riyadh: Maktabah alMa‘arif.
2) Sebagai Mazhab

Keempat dari fuqahak Islam

• Bermazhab bermaksud memilih keputusan dan kefahaman terbaik dalam isu-isu atau hukum-
hukum furu‘ (cabang) berdasarkan dalil-dalilnya yg berbentuk zanni, terutama al-Quran dan
sunnah, serta melalui kaedah-kaedah pendalilan yang terbaik menurut pandangan ijtihad mereka.
Jika bukan kerana tujuan ini, maka tidak ada maknanya bermazhab. Hukum-hakam yang sudah
jelas dan berbentuk qat’i tidak termasuk dalam persoalan bermazhab, seperti hukum berwuduk,
bilangan waktu solat & bilangan rakaat solat.

Al-Qattan, Manna‘. 1996. Tarikh al-Tasyri‘ al-Islamiyy al-Tasyri‘ wa al-Fiqh. Riyadh: Maktabah alMa‘arif.
ERA PERKEMBANGAN MAZHAB

Era ini bermula sejak diutuskan Muhammad bin Abdullah menjadi seorang Rasul Allah
Tahap 1 dan mengembangkan agama tauhid yang baru, iaitu Islam. Pada ketika ini sumber
syariat adalah penurunan wahyu berupa al-Quran dan tunjuk ajar Rasulullah s.a.w.

Mulai tahun 41H/661M, setelah berlakunya persaingan dan pergolakan politik,


Tahap 2 pemerintahan Islam beralih ke Dinasti Umayyah. Dalam era ini banyak pengaruh luar
yang berasal daripada Byzantium, Parsi dan India masuk mencemari pemerintahan
Dinasti Umayyah. Pola pemerintahan mula bertukar sedikit sebanyak ke arah sekular
yang mengasingkan antara agama dan pentadbiran negara.

Selepas kejatuhan Dinasti Abbasiyyah, umat Islam berada dibawah beberapa kelompok
Tahap 3 kerajaan yang berasingan. Masing-masing mempunyai kaedah pemerintahan yang
tersendiri dan masing-masing mempunyai mazhab rasmi yang dijadikan sumber rujukan
pelaksanaan syariat Islam.

Kurun ke 12H/18M dan 13H/19M menyaksikan beberapa gerakan dan revolusi muncul
di beberapa bahagian dunia Islam bagi menghapuskan ketaksuban mazhab dan taqlid,
Tahap 4 meruntuhkan tembok-tembok pemisah mazhab dan membangkitkan semula umat Islam
dari tidur sekian lama.
Ahmad, Mohd Saleh. 1999. Pengantar Syariat Islam. Kuala Lumpur: Pustaka Haji Abdul Majid.
3) Sebagai penggerak Islam
 Meninggalkan aliran mazhab kepada umat Islam

 Sumber rujukan agama


• Pelbagai kitab-kitab yang menjadi rujukan masyarakat
• Karya paling terkenal adalah kitab al-Musnad yang menghimpunkan 40 000 buah
hadis
• Kitab Az Zuhd: kitab yang berkaitan dengan sifat zuhud, ucapan Rasulullah SAW &
para sahabat
• Kitab Ushulus Sunnah: berkaitan konsep-konsep agama Islam
• Kitab Ar Radd 'ala Az Zindiqah wa Jahmiyyah: berkaitan salah faham terhadap tafsir
ayat Al-Quran

http://mufti.terengganu.gov.my/index.php/bayan-almunir/persoalan/435-pandangan-agama-yang-patut- dipegang
CABARAN DAN HALANGAN DALAM HIDUP IMAM
AHMAD BIN HANBAL

 KESUSAHAN HIDUP

Bapa Imam Ahmad Bin Hanbal meninggal dunia semasa beliau masih kecil dan beliau tidak
sempat untuk mengenali bapanya. Beliau menjadi yatim sejak kecil dan dijaga oleh ibunya.
Imam Ahmad bin Hanbal hidup miskin kerana bapanya tidak meninggalkan harta kepadanya
kecuali sebuah rumah dan sebidang tanah yang kecil. Beliau hidup dalam kesusahan
sehingga terpaksa bekerja untuk menyara kehidupannya. Beliau pernah bekerja di kedai-
kedai, seperti yang diceritakan oleh Ibn Rajab al-Hanbali. Kadangkala, beliau memungut sisa-
sisa makanan yang ditinggalkan selepas musim menuai, selepas mendapat keizinan daripada
tuannya. Pada masa yang lain, beliau mengambil upah menulis, menenun kain atau
menjualnya. Adakalanya beliau terpaksa mengambil upah membawa barang-barang dijalan.

Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri, Imam Ahmad bin Hanbal, (2013), Perpustakaan Negara
Malaysia
 FITNAH MU’TAZILAH
• Cabaran yang paling hebat dihadapi oleh Imam Ahmad Bin Hanbal ialah pada zaman pemerintahan Khalifah al-Ma’mun, al-
Mu’tasim dan al-Wasiq. Pada masa sama ini, fahaman Mu’tazilah telah berkembang dan menjadi mazhab rasmi negara
Mereka membawa tuntutan bahawasanya al-Quran adalah makhluk. Pada waktu ini, Imam Ahmad Bin Hanbal telah dipaksa
mengakui bahawa al-Quran adalah makhluk namun tuntutan itu ditolak oleh beliau sehingga beliau menerima hukuman
daripada penguasa. Beliau menganggap al-Quran bukanlah makhluk tetapi kalam Allah. Setelah kewafatan al-Ma’mun,
kerusi khalifah diganti oleh Abu Ishaq Muhammad bin Harun ar-Rasyid yang dikenali dengan nama Khalifah al-Mu’tasim
yang memiliki persefahaman yang sama dengan khalifah sebelumnya. Oleh yang demikian, berlarutanlah tempoh Imam
Ahmad bin Hanbal meringkuk didalam penjara dengan penuh penderitaan. Menyaksikan keadaan ini, seorang anak
muridnya bertanya, :
• “Mengapa tuan tidak berbohong sahaja agar tidak dihukum mati. Sekiranya tuan dihukum bunuh, umat Islam akan
kehilangan seorang contoh ikutan, perkara itu lebih berbahaya demi kelangsungan Islam daripada kebohongan tuan kepada
pemerintah”.
• Jawab Imam Ahmad, “Tidak, Aku lebih memilih mati daripada aku menyesatkan umat ini. Di negeri ini terdapat ramai orang
yang mencatit setiap perkataanku. Sekiranya aku mengatakan al-Quran adalah makhluk, telah berapa ramai orang yang aku
sesatkan. Dan begitulah umat yang seterusnya. Lebih baik aku mati daripada banyak orang yang tersesat”.
• Imam Ahmad bin Hanbal dibebaskan semasa al-Wasiq menaiki takhta.
• Pada 232 H, pemerintahan seterusnya diserahkan kepada Al-Mutawakkil. Semasa beliau menjadi penguasa, beliau
mengembalikan semula pemahaman yang sebenar. Beliau berpegang teguh terhadap al-Quran dan as-sunnah dan
menghapuskan segala ajaran di zaman khalifah sebelumnya.

Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri, Imam Ahmad bin Hanbal, (2013), Perpustakaan Negara Malaysia
 MENUNTUT ILMU

• Ketika Imam Ahmad bin Hanbal pergi mengunjungi Imam Abdurrozzaq di Yaman, beliau telah
kehabisan bekal di tengah jalan. Beliau memperkerjakan dirinya pada orang yang boleh
menghantarnya hingga beliau tiba didestinasi yang dituju. Ada ketika, Imam Ahmad bin Hanbal
menggadaikan terompahnya pada seorang tukang roti demi mendapatkan makanan ketika beliau
keluar meninggalkan Yaman.

• Menurut Al-Hafiz Ibn Katsur, pakaian Imam Ahmad Bin Hanbal pernah dicuri sewaktu berada di
Yaman dan beliau duduk termanggu didalam rumah dan menutup pintu. Para sahabat yang lain
segera menghulurkan bantuan dengan menawarkan emas kepada beliau lalu ditolaknya dan hanya
mengambil sekeping wang dinar sebagai imbalan atas kitab yang Imam Ahmad bin Hanbal tulis
kepada mereka. Imam Ahmad bin Hanbal melakukan perjalanan dalam rangka menuntut ilmu ke
berbagai negeri seperti Syam, Maghribi, Madinah dan Yaman.

• Imam Abdurrozzaq sering menangis jika disebutkan tentang Imam Ahmad bin Hanbal kerana
teringat akan semangat dan penderitaannya dalam menuntut ilmu. Meskipun banyak rintangan
yang dihadapi oleh beliau, namun itu tidak menjadi alasan kerana semangat cintakan ilmu.

Hasan Jufri Official Website, August 2021


PENUTUP

Imam Ahmad sebagai seorang Muhaddith dan pernah faqih tidak dapat dinafikan. Kitab

al-Musnad merupakan bukti monumental kepakaran beliau dalam bidang hadith.

Sementara itu, kepakaran beliau dalam bidang fiqh dapat dikesan terutamanya daripada

aktiviti pelajar dan pengikutnya yang sangat berjasa dalam mengumpul, merumus

semula, mengolah dan mengembangkan fatwa fiqh Imam Ahmad. Pemikiran fiqh Imam

Ahmad banyak dipengaruhi oleh hadith dan keluasan ilmunya tentang hadith. Hal ini

dapat dilihat dengan jelas daripada penempatan hadith-hadith dalam usul fiqh mereka

dan penggunaan hadith dan fatwanya. Oleh itu, gaya pemikiran fiqh Ahmad Ibn Hanbal

juga dinamakan fiqh sunnah

You might also like