Topik 1

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 40

PENGENALAN SAINS SUKAN

TOPIK 1

KONSEP
KONSEP

• Sukan ialah satu bentuk aktiviti manusia


yang wujud mengikut perkembangan
zaman.

• Contoh: menari, memburu,


menunggang kuda, lawan
pedang dan bermain bola.
• Aktiviti ini melibatkan pertandingan atau
cabaran bagi mencapai matlamat yang telah
ditetapkan. (Hawkey, 1993)

• Kesimpulannya, sukan ialah aktiviti fizikal


manusia yang berunsurkan pertandingan dan
tertakluk pada peraturan atau undang-undang
yang telah ditetapkan.
1.1 Definisi Sains Sukan

Sains Sukan ialah bidang yang


mengaplikasikan sains ke dalam sukan dan
menggabungkan disiplin-disiplin seperti
perubatan sukan, anatomi, psikologi sukan,
fisiologi, biomekanik dan pemakanan sukan.
- aplikasi ilmu sains ke dalam aktiviti sukan
Prestasi Sukan

• Pengetahuan tentang kaedah dan teori sains


sukan akan meningkatkan prestasi atlet,
jurulatih dan pegawai sukan.

• kajian oleh saintis sukan menjadikan program


latihan yang lebih sistematik
Ekonomi

• Sukan dapat membantu meningkatkan


ekonomi negara melalui:
- mewujudkan peluang perniagaan
- menggalakan penyertaan atlet, saintis
sukan, pelancong dan penaja dalam sesuatu
kejohanan
Kerjaya
• Perkembangan sukan dapat mewujudkan
peluang pekerjaan

- jurulatih sukan
- pegawai sukan
- wartawan sukan
- ahli psikologi sukan
- pegawai perubatan sukan
Rekreasi

• Pengetahuan sukan dapat dimanfaatkan dalam


aktiviti rekreasi.

• mengetahui cara penggunaan alatan rekreasi


dengan betul.
Kesihatan
• Bantu meningkatkan tahap kesihatan dan
kecergasan

• Mengetahui kaedah dan prosedur latihan


untuk elak dari kecederaan

• Mengetahui diet yang sesuai


1.3 Dasar Sukan Negara (DSN)

• Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS)


telah mewujudkan DSN dan digubal pada 20
Januari 1988.

• Bertujuan untuk menjadikan masyarakat


Malaysia sihat, cergas dan berdisiplin.
Definisi DSN

• Satu dokumen yang komprehensif ke arah


perkembangan, kemajuan dan pembangunan
sukan negara.

• Penggubalan DSN melibatkan agensi kerajaan,


bukan kerajaan, pertubuhan-pertubuhan sukan,
IPT, badan sukarela dan orang perseorangan.
DSN terbahagi kepada:
1. SUKAN UNTUK SEMUA (Sukan Massa)

• Bertujuan untuk memelihara dan meningkatkan tahap


kesihatan dan kesejahteraan masyarakat.
• Melibatkan aktiviti rekrerasi berbentuk fizikal dan
sukan spontan.
• Menggalakkan penyertaan yang luas.
• Contoh: Larian Merdeka, Senamrobik Hari Keluarga.
2. SUKAN UNTUK KECEMERLANGAN
(Sukan Prestasi Tinggi)

• Bertujuan untuk meningkatkan prestasi atlet pada


peringkat tertinggi.
• Atlet diberi peluang bertanding di peringkat
kebangsaan dan antarabangsa.
• Atlet boleh mendapatkan khidmat jurulatih yang
diiktiraf dan berlatih di luar negara.
1.3.1 Rasional Dasar Sukan Negara

• Peringkat Individu - sukan membantu:


– Pembentukan sahsiah, kesedaran diri dan
membangkitkan semangat pertandingan.
– Peningkatan tahap kesihatan dan kecergasan fizikal.
– Penggunaan masa senggang yang berfaedah.
– Pengurangan tekanan hidup moden
– Interaksi sosial yang bermakna.
• Peringkat Masyarakat - sukan membantu:

– Pembinaan kualiti fizikal dan moral masyarakat


– Pewujudan persekitaran yang selesa untuk memupuk
hubungan komuniti yang baik
– Peningkatan tahap komuniti dan produktiviti
– Pencegahan penjenayah dengan masa lapang yang
berfaedah.
• Peringkat Antarabangsa -
sukan membantu:

– Pencapaian kecemerlangan pada peringkat


tertinggi
– Peningkatan maruah bangsa dan negara
– Pemupukan persahabatan
Objektif DSN

• Membentuk masyarakat yang sihat, berdisiplin dan


bersatu padu dalam sukan.
• Menyediakan kemudahan bagi memenuhi keperluan
sosial, psikologi dan fisiologi.
• Membangun dan meningkatkan pengetahuan dan
amalan sukan di kalangan orang awam.
• Mencapai kecemerlangan di peringkat tertinggi dengan
semangat kesukanan dan meningkatkan imej negara.
Personel
1.3.2 Strategi dan Perlaksanaan Dasar

• Perancangan
– Perlu program jangka panjang untuk pembangunan
atlet, jurulatih, pentadbir dan pegawai sukan.

– Dalam perancangan program perlu pertimbangkan


perkara berikut:
• Jenis sukan yang berpotensi untuk dimajukan
• Jenis sukan yang sesuai dengan fizikal rakyat
Malaysia
• Organisasi
– KBS - menyelaras program Sukan Massa
– MSN - menyelaras sukan prestasi tinggi
– KPM - berperanan melatih guru dalam mata
pelajaran PJPK, Sains Sukan dan
kokurikulum
– MSSM - mencungkil bakat murid dalam sukan
– MASUM - menggalakkan pelajar IPT dalam
aktiviti sukan
– MAKSAK- menyelaras aktiviti sukan di dalam
perkhidmatan awam.
– MOM - menentukan pemilihan atlet dan
program latihan untuk ke pertandingan
antarabangsa.
• Personel
– Sektor swasta dan dermawan digalakkan menaja
kegiatan sukan
– Persatuan sukan perlu tingkatkan strategi
pemasaran bagi menstabilkan kewangan

• Kewangan
– badan-badan sukan perlu melantik personel yang
berpengalaman untuk merancang dan melaksana
program sukan.
• Insentif (sumbangan/hadiah)
– Diberikan dalam bentuk biasiswa,
penganugerahan, cuti, elaun, sara hidup, insuran,
yuran pendidikan, pengambilan kerja dan
kemasukan IPT.

– Bertujuan untuk mendorong atlet meningkatkan


prestasi dari semasa ke semasa.
• Kemudahan
– KBS bertanggungjawab menyediakan kemudahan
utama sukan kepada masyarakat dan atlet.

– Kerajaan pula merancang kemudahan sukan di


peringkat negeri, daerah, kawasan bandar dan luar
bandar.
1.4 Etika dalam Sukan

• Amalan Beretika

– Berkelakuan baik
– Berdisiplin, bekerjasama, dan jujur
– Mempunyai semangat kesukanan yang tinggi
– Hormat, patuh dan terima keputusan pengadil dan
pegawai sukan.
• Amalan tidak beretika

– Memberi maklumat peribadi palsu


– Membantah / menentang sesuatu keputusan
– Tidak hadir dalam sesi latihan
1.5 Patriotisme dalam sukan
• Atlet melambangkan imej negara

• Atlet mestilah bertanding dengan semangat juang yang


tinggi

• Bagi meningkatkan semangat patriostisme di kalangan


atlet, slogan seperti “MALAYSIA BOLEH”
dilaungkan.
Sejarah Perkembangan Sains Sukan
Sejarah Perkembangan Sains Sukan
Sejarah Perkembangan
Sains Sukan di Malaysia
Sejarah Perkembangan
Sains Sukan di Malaysia
Kerjaya Sains Sukan
Kerjaya Sains Sukan
Kerjaya Sains Sukan
Soalan Latihan

1. Berikan maksud Sains


Sukan
Soalan Latihan

2. Senaraikan kepentingan
Sains Sukan
Soalan Latihan
3. Apakah dasar sukan yang dilaksanakan
berdasarkan gambar?
Soalan Latihan
4. Berikan satu ciri Dasar Sukan
Berprestasi Tinggi
Soalan Latihan
5. Apakah tindakan anda kepada
pasukan yang anda sokong mengalami
kekalahan yang teruk?
Sekian, TERIMA KASIH !

You might also like