Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 34

PERLINDUNGAN

KANAK-KANAK
DI TASKA

MOHAMAD ZUHDI HAMZAH


PEGAWAI DIBERI KUASA
TASKA DAN PUSAT JAGAAN
DAERAH HULU PERAK.
HAYATILAH….
MATLAMAT :
Mempertingkatkan kesedaran terhadap
penganiayaan kanak-kanak.
Mengetahui kepentingan kanak-kanak
mendapat perlindungan daripada
dianiayai.
OBJEKTIF:
Mengetahui definisi penganiayaan kanak-
kanak.
Mengetahui jenis-jenis dan tanda-tanda
penganiayaan kanak-kanak.
Mengetahui ciri-ciri kanak-kanak yang
didera.
Mengetahui cara pengendalian kanak-
kanak didera atau diabaikan oelh
pengasuh @ penyelia.
SIAPAKAH KANAK-KANAK?
Berusia
18 tahun ke bawah.
Mengikut definisi S.2 AKK 2001
HAK KANAK-KANAK.
CRC (Konvensyen Mengenai Hak Kanak-
kanak) – 20 Nov 1989
Menggariskan – perkembangan dan
pembangunan kanak-kanak yang menyeluruh
dari peringkat awal adalah suatu hak bagi
semua kanak-kanak.
4 hak kanak-kanak
1. Hak Kehidupan
2. Hak Perlindungan
3. Hak Perkembangan
4. Hak Penyertaan
PENGANIAYAAN KEPADA KANAK-
KANAK
PENDERAAN FIZIKAL
Kecederaan yang bukan disebabkan oleh
kemalangan.
Dilakukan oleh ibu/bapa/penjaga/ keluarga
terdekat/ keluarga luas.
Mendatangkan kecederaan pada fizikal
atau dalaman atau menyebabkan kematian.
Contoh: Pukul, menggunakan puntung
rokok, mengikat (menambat),
melemaskan, menghantuk.
PENDERAAN EMOSI
Penderaan emosi ialah sekiranya terdapat
gangguan yang kerterlaluan atau boleh
dilihat pada fungsi mental atau emosi
kanak-kanak yang dibuktikan dengan
adanya gangguan mental atau tingkah
laku, termasuk keresahan, kemurungan,
pengasingan diri, tingkah laku agresif atau
kerencatan perkembangan.
Definisi penderaan emosi masih kabur
dan tidak jelas.
Ciri-ciri:
1. Ibu/bapa/penjaga gagal memeberi
penjagaan berterusan.
2. Mengancam, mengutuk atau menjerit
pada anak
3. Menyebabkan anak hilang keyakinan diri,
menunjukkan rasa cemas dan melakukan
pengasingan hingga terganggu kesihatan
mental
PENDERAAN SEKSUAL
Penderaan yang dilakukan secara seksual
kepada kanak-kanak.
S.17 (1)(a) AKK 2001- mengambil bahagian
sebagai peserta atau pemerhati atau apa jua
aktiviti yang mempunyai unsur pornografi,
lucah, tidak sopan, gambar rakaman filem,
pita video atau apa jua pertunjukkan atau
tujuan ekploitasi seksual oleh mana-mana
orang yang bertujuan kepuasan seks orang
lain atau orang tersebut.
Tindakan Pendera Seksual
Melalui Perlakuan seksual
1. Menyentuh buah dada, kemaluan atau dubur.
2. Penetrasi
3. Seks luar tabii
Bukan Melalui Perlakuan Sentuhan
Mengintai
Membuat komen seksual
Mendedahkan bahagian sulit
Menunjukkan atau memberi bahan lucah
Memujuk kanak-kanak melakukan perlakuan
lucah.
Melalui Perlakuan Bukan Penderaan/
Kekerasan.
1.Perbezaan Kuasa
2.Perbezaan Pengetahuan
3.Perbezaan Kepuasan
DEFINISI
Suatu keberatan bagi mengadakan
pemeliharaan, makanan, pakaian atau
tempat tinggal yang mencukupi untuk
kanak-kanak.
JENIS PENGABAIAN HURAIAN
PENGABAIAN FIZIKAL KEGAGALAN MELINDUNGI KEADAAN
KESIHATAN FIZIKAL KANAK-KANAK YANG
MELIPUTI PENGABAIAN PEMAKANAN
SEIMBANG DAN KEGAGALAN PEMBERIAN
PERLINDUNGAN PERUBATAN.

PENGABAIAN EMOSI TIADA TINDAKAN OLEH PENJAGA KANAK-


KANAK BAGI MEMENUHI KEPERLUAN
KANAK-KANAK UNTUK PEMELIHARAAN
DAN PERKEMBANGANNYA.
CIRI-CIRI KANAK-KANAK YANG
DIDERA.
Berlainan dengan kanak-kanak lain – ibu bapa
menyatakan yang negatif terhadap kanak-kanak.
Kelihatan takut dengan ibu bapa/ penjaga
Terdapat kesan kecederaan yang tidak dirawat.
Kelihatan comot dan tidak terurus
Kanak-kanak menunjukkan tingkah laku
keterlaluan seperti menangis, agresif dan pasif.
Ragu-ragu dengan hubungan fizikal terutamanya
dengan orang dewasa
Perubahan tingkahlaku mendadak seperti
kencing dalam seluar, hisap ibu jari dan
terlalu malu.
Masalah pembelajaran dan sukar difahami
Sering ponteng atau lambat ke TASKA
Kelihatan letih dan mengantuk dalam kelas
Berpakaian yang cuba melindungi sesuatu.
KEWAJIPAN & TANGGUNG JAWAB
PENGASUH
PERKARA YANG PERLU
DIKETAHUI
Simpan rekod yang bertarikh tentang
pemerhatian
Butir-butir adalah sulit
MELAPORKAN tetapi TIDAK
BERHAK MENYIASAT.
Seorang pengasuh WAJIB memaklumkan
sebarang kejadian dera terhadap kanak-kanak
di TASKA/ PJ kepada Pelindung Kanak-
kanak di PKMD berhampiran.
S.29(1) AKK 2001- Jika seorang pengasuh
kanak-kanak atas alasan-alasan munasabah
bahawa seseorang kanak-kanak telah
dicederakan dari segi fizikal atau emosi
akibat teraniaya, terabai, terbuang atau
terdedah, atau teraniaya dari segi seks, dia
hendaklah dengan serta merta memberitahu
seorang Pelindung.
PROSEDUR MEMBUAT
LAPORAN
Datang sendiri ke PKMD berhampiran
dan buat laporan.
TALIAN NUR 15999, TELEDERA 1-
800-883-040
Laporkan ke balai polis berhampiran
Rujuk kanak-kanak ke klinik atau hospital
berhampiran.
KEGAGALAN MELAPOR.
S.29(2) AKK 2001 – mana-mana
pengasuh yang tidak mematuhi S.29(1)
AKK 2001 apabila disabitkan boleh:
1. DENDA TIDAK LEBIH RM 5000.00
atau
2. PENJARA TIDAK LEBIH 2 TAHUN
atau
3. KEDUA-DUANYA
PERBINCANGAN KUMPULAN
KECIL.
PECAHKAN KEPADA 4 KUMPULAN.
PILIH KAJIAN KES YANG
DIBERIKAN.
HURAIKAN DAN BENTANGKAN.
KESIMPULAN
Kanak-kanak mempunyai hak untuk
membesar dengan sempurna dan selamat
Pengasuh/ pengusaha perlu peka terhadap
perubahan pada kanak-kanak.
Pengusaha atau pengasuh perlu
menyediakan persekitaran yang selamat.
Pengusaha/ pengasuh perlu bertanggung
jawab ke atas kanak-kanak atau akan
dipertanggungjawabkan.
SEKIAN….

You might also like