Syarahan

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

Shakira Langkah-langkah Memupuk Semangat Perpaduan

Syarahan
Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang berhormat Guru Besar, guru-guru dan rakan-
rakan yang dikasihi. Salam sejahtera saya ucapkan. Tajuk syarahan saya pada hari ini ialah”
Langkah-langkah Memupuk Semangat Perpaduan.”

Para hadirin,

Negara kita terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Cina dan India.
Perpaduan kaum amat diperlukan untuk membina negara yang harmoni. Terdapat beberapa
langkah untuk memupuk semangat perpaduan.

Antaranya, ibu bapa haruslah mendidik anak-anak mereka supaya berbaik-baik


dengan kaum lain. Kita wajar menghormati agama dan budaya kaum lain. Sikap prasangka
terhadap kaum lain perlu dikikis.

Hadirin yang dihormati,

Aktiviti gotong-royong juga dapat memupuk semangat perpaduan. Kerjasama


daripada semua penduduk setempat diperlukan untuk membersihkan kawasan kediaman.
Justeru itu, kita boleh memahami adat resam setiap kaum dengan lebih mendalam.

Akhir sekali, Hari Keluarga wajar diadakan sekurang-kurangnya dua kali setahun.
Sebelum saya mengundurkan diri, saya ingin menegaskan sekali bahawa rakyat
Malaysia harus bersatu padu untuk mencapai Transformasi Nasional 2050. Bak kata
peribahasa, “ bersatu kita teguh, bercerai kita roboh”. Saya menyusun sepuluh jari untuk
meminta maaf sekiranya saya terlanjur kata.

Sekian, terima kasih.


Aliff Malaysia Negara yang Unik
Syarahan
Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang berhormat Guru Besar, guru-guru dan rakan-rakan yang
dikasihi. Salam sejahtera saya ucapkan. Tajuk syarahan saya pada hari ini ialah” Malaysia Negara
yang Unik.”

Para hadirin,

Malaysia sebuah Negara yang unik menjadi tarikan pelancong asing dari negara Eropah, Timur
Tengah dan Asia timur. Para pelancong datang ke Malaysia untuk melihat dengan lebih dekat ciri-
ciri dan amalan kebudayaan pelbagai kaum. Sebagai buktinya, Malaysia telah menjadi destinasi
pelancong yang paling selamat apabila dipilih sebagai negara kedua paling aman oleh Institusi
Keamanan pada tahun 2015.

Bukan itu sahaja, amalan rumah terbuka Malaysia pada musim perayaan jelas mencerminkan
amalan kebudayaan pelbagai kaum dan memperlihatkan nilai perpaduan dalam kalangan masyarakat
Malaysia. Yang ziarah menziarahi, makan bersama, dan beramah mesra. Juadah seperti rendang
ayam, ketupat, kuih bakul dan tose menjadi hidangan bersama dan sungguh enak.

Hadirin yang dihormati,

Secara tuntasnya, semangat perpaduan dan kepelbagainya yang diamalkan menjadikan negara
Malaysia unik. Kita seharunya bersyukur dan bangga kerana dilahirkan di bumi yang bertuah ini.
Oleh itu, marilah kita bersatu tanpa mengira budaya bangsa dan agama kerana Malaysia negara yang
Adam Ke Arah Mewujudkan Masyarakat Penyayang
Syarahan
Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang berhormat Guru Besar, guru-guru dan rakan-rakan yang
dikasihi. Salam sejahtera saya ucapkan. Pada hari yang mulia ini, izinkan saya menyampaikan satu
syarahan yang bertajuk “ Ke arah Mewujudkan Masyarakat Penyayang”.

Hadirin yang dihormati,

Salah satu matlamat wawasan negara yang ingin dicapai oleh pemimpin kita ialah melahirkan
masyarakat penyayang. Kelahiran dan kewujudan masyarakat penyayang dapat membentuk dan
membina negara maju dalam semua bidang, iaitu ekonomi, politik dan sosial.

Langkah pertama untuk mewujudkan masyarakat penyayang ialah mewujudkan perasaan


muhibah antara kaum dan menghapuskan sifat perkauman. Penubuhan Rukun Tetangga merupakan
satu cara perasaan muhibah dapat disuburkan dalam diri masyarakat Malaysia yang memaparkan
kebudayaan dan adat resam semua kaum.

Sambutan Hari Keluarga yang sering dianjurkan oleh kerajaan atau badan-badan swasta
merupakan satu langkah ke arah mewujudkan masyarakat penyayang. Sambutan yang diadakan ini
dapat mengeratkan siratulrahim dan kemesraan dalam sesebuah institusi keluarga.

Selain itu, sekolah juga dapat memainkan peranan ke arah mewujudkan masyarakat penyayang.
Aktiviti yang dijalankan adalah melalui aktiviti kokurikulum seperti persatuan, unit beruniform dan
permainan. Melalui aktiviti inilah semangat perpaduan, semangat muhibah dan bersatu padu antara
Hadirin yang dihormati,

Tegasnya, masyarakat penyayang penting demi perpaduan dan keharmonian dalam


kalangan masyarakat majmuk di Malaysia.

Sekian, terima kasih.


Muhaimin Cara-cara Melaksanakan Amalan Berjimat Cermat
Syarahan
Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang berusaha Guru Besar, guru-guru dan rakan-rakan yang
dikasihi. Salam sejahtera saya ucapkan. Tajuk syarahan saya pada hari ini ialah” Cara-cara
Melaksanakan Amalan Berjimat Cermat.”

Hadirin yang dimuliakan,

Amalan berjimat cermat bermaksud kita mestilah berhemat dalam perbelanjaan.


Simpanlah semasa rezeki mendatang dan gunakan semasa kecemasan. Seharusnya amalan mulia ini
dijadikan budaya hidup kita sepanjang masa.

Dalam pada itu, ibu bapa juga wajar mendidik anak-anak mereka dengan amalan ini. Ibu
bapa seharusnya memberi galakan kepada anak-anak dalam menyimpan wang belanja sekolah, duit
raya dan sebagainya dalam tabung dan seterusnya membuka akaun di bank.

Hadirin yang dimuliakan,

Salah satu cara lain dalam berhemat ialah menanam sayur-sayuran secara hidroponik. Jika
setiap keluarga mengamalkannnya, sudah tentu negara dapa menjimatkan berjuta-juta ringgit bagi
sayur-sayuran dari negara lain.

Selain tu, kawallah nafsu ketika berbelanja. Ketepilah barangan import dan belilah
barangan buatan Malaysia yang lebih murah harganya. Laburkan sebahagian daripada pendapatan
Hadirin yang dihormati,

Sekianlah sahajalah syarahan saya pada kali ini. Sebelum berundur, saya menyeru agar
semua pihak menjadikan amalan berjimat sebagai budaya hidup.

Sekian, terima kasih.


Lily Perlunya Para Pelajar Menghormati Guru
Syarahan
Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang berusaha Guru Besar, guru-guru dan rakan-rakan yang
dikasihi. Salam sejahtera saya ucapkan. Berdirinya saya di sini adalah untuk menyampaikan sebuah
syarahan yang bertajuk “ Perlunya Para Pelajar Menghormati Guru”.

Hadirin sekalian,

Guru banyak menabur jasa kepada kita. Guru memberi pelajaran dan mendidik kita agar
menjadi insan yang berguna. Oleh yang demikian, kita perlulah menghormati mereka.

Bagaimanakah kita menghormati mereka? Kita hendaklah menurut nasihat dan tunjuk ajar
yang diberikan oleh mereka. Melawan guru ialah sikap yang tidak baik kerana boleh mendatangkan
akibat yang buruk kepada diri kita.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Kita juga boleh menghormati guru dengan cara menjaga hati dan perasaan mereka.
Berbudi bahasalah terhadap guru kita kerana mereka insan yang telah menabur jasa untuk menjadi
ihsan berguna. Guru akan berasa gembira dan bangga jika murid-murid memiliki budi pekerti yang
mulia.

Guru banyak berkorban masa, tenaga, dan wang ringgit demi kejayaan anak-anak
muridnya. Oleh itu, balaslah segala pengorbanan guru dengan cara menghormati mereka. Janganlah
Para hadirin,

Tanpa guru siapalah kita. Kita akan mendapat banyak kebaikan jika
berbuat baik terhadap guru. Sekian sahaja syarahan saya pada kali ini.

Sekian, terima kasih.

You might also like