Tema 1 Industri Di Jerman

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

Terangkan (tugasan) ciri-ciri

masyarakat industri (isu)di Jerman


(latar tempat) pada abad ke-18 hingga
ke-19 (latar masa)

Edited By : Muhammad Afif Sabirin Mohd Razi


PENGENALAN

Masyarakat industri di Jerman merujuk kepada masyarakat yang


terlibat dalam bidang perindustrian.(what) Masyarakat dicirikan 
menerusi pembahagian kerja dan bergantung kepada pengeluaran secara
besar-besaran.(how) Masyarakat industri Jerman (where) merupakan
masyarakat yang terlibat dalam pengeluaran barangan serta
perkhidmatan dengan menggunkan mesin.(what) Kemunculan
masyarakat industri bermula selepas tercetus Revolusi Perindustrian di
England pada abad ke-18.(when) Masyarakat industri telah menggantikan
masyarakat agraria yang muncul pada zaman praindustri.(why)
Masyarakat ini terdiri daripada dua golongan, iaitu pengusaha industri
dan pekerja industri.(what)
ISI 1

Antara ciri masyarakat industri di Jerman ialah bermula


sebagai masyarakat pertanian.(f) Perkembangan revolusi
perindustrian membawa perkembangan sektor pertanian.(h)
Kemajuan teknologi menyebabkan meningkatnya mekanisme dalam
kegiatan pertanian.(h) Contohnya proses penanaman dan penuaian
apabila terciptanya mesin.(c) Tambahan pula, pengkajian saintifik
tentang tanah misalnya, Humpray Davy telah menerbitkan buku
mengenai ilmu kimia dengan fisiologi tumbuh-tumbuhan.(h) Ujikaji
juga diadakan demi menghasilkan bahan kimia untuk tanaman.(h)
Selain itu, Justus Von Leibig menemui formula baru untuk
menghasilkan baja tiruan dan baja kimia.(c) Jelaslah bahawa
kegiatan perindustrian berpunca daripada kemajuan sektor
pertanian. (infrens)
ISI 2
Ciri masyarakat industri yang seterusnya ialah
masyarakat yg terlibat dalam perindustrian.(f)Keadaan ini berlaku
apabila pertambahan pembukaan lombong arang batu dan besi di
Saxony dan Silesia Barat Jerman.(h+c) Pengeluaran arang batu dan
besi juga bertambah antara abad 16 hingga 18.(h) Dengan ini
muncul pengusaha terkemuka seperti Alfred Krupp yang
mengeluarkan barang alat ganti dan peralatan besi.(c) Kemajuan
industri kulit juga mengubah kehidupan mewah, pertambahan
sistem komunikasi dan pengangkutan (h) Pembangunan industri
tekstil pula tertumpu di wilayah Rhineland.(c) Tuntasnya Jerman
telah menyeragamkan ciptaan mereka sekaligus memimpin dunia
industri kimia dan elektrik (inferens)
ISI 3
Dalam pada itu, perluasan perdagangan antarabangsa juga
antara salah satu ciri masyarakat industri di Jerman.(f) Ini kerana
berlaku perkembangan pembangunan perindustrian di Jerman yang
menyaksikan pertambahan dalam eksport.(h) sehingga
menimbulkan masalah dalam pemasaran barangan dan
mendapatkan lebih banyak sumber bahan mentah.(c) Perluasan
empayar dilakukan untuk meluaskan perdagangan dan berusaha
mendapatkan tanah jajahan di kawasan Pasifik.(h) Misalnya
penguasaan sebahagian New Guinea dan pembelian kepulauan
Carolina dari Sepanyol pada tahun1884.(c) Jerman meluaskan
hubungan perdagangan dengan China.(h) Kesannya, Jerman
memperluaskan empayarnya supaya lebih mudah untuk melakukan
aktiviti perdagangan (inferens)
ISI 4
Akhir sekali , ciri ciri masyarakat industri di Jerman ialah
kemajuan dalam sistem kewangan.(f) Pada tahun1880-an Bank of
Prussia menjalankan perniagaan perbankan sebagai joint stock
dalam pengeluaran kredit dan pelaburan kapital.(h) Oleh itu, empat
buah bank utama di Jerman yang terdiri daripada Disconto
Gesellischaft of Stuttgart (1851) Deutshe bank (1870), darmstadter
bank (1870), dan Dresdener Bank (1872) digabungkan dan dikawal
oleh D Bank.(c) Di samping kemunculan kelas pengusaha industri
baru di Jerman, dapat menggalakkan pertumbuhan industri.(h)
Sebagai contohnya perlombongan arang batu, besi, keluli, kapas dan
kain bulu serta sistem pengangkutan darat dan laut.(c) Implikasinya,
banyak tempat urusniaga, jualbeli dan penyimpanan wang yang
ditubuhkan untuk membangunkan negara Jerman.(inferens)
KESIMPULAN

Kesimpulannya, jelaslah bahawa masyarakat industri Jerman pada


ketika itu mempunyai kemajuan dari aspek perlombongan dan
pertanian yang membawa kepada perkembangan masyarakat
Jerman itu sendiri.(kesan jangka pendek) Hal ini dapat
meninggalkan pelbagai kesan sosial dan ekonomi masyarakat.
(kesan jangka panjang)

You might also like