Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 22

TAMADUN TANAH MELAYU

PN. NOR AZNIDA BINTI NOORUL-DIN


OBJEKTIF:
• Menjelaskan pembentukan tamadun Melayu
• Mengaitkan agama Islam dengan pembentukan tamadun Melayu
• Menyenaraikan ciri-ciri tamadun Melayu
• Membuktikan tamadun Malaysia berasaskan tamadun Melayu
• Membezakan Melayu Deutro dengan Melayu Proto dalam konteks
tamadun Melayu di alam nusantara.
PENGENALAN:
• Tamadun merupakan suatu peradaban masyarakat yang
mempunyai penyusunan strafikasi masyarakat yang
kompleks mengikut pengkhususan pekerjaan dan tahap
sosial yang berbeza yang menetap di sesebuah perbandaran.
• Orang Islam di Malaysia berteraskan budaya Melayu yang
beragama Islam.
• Tamadun Melayu sinonim dengan agama Islam.
KONSEP TAMADUN MELAYU:
• Dibentuk oleh sekelompok manusia yang dikenali sebagai kumpulan orang melayu
dan bertempat di suatu wilayah di Asia Tenggara ( Gugusan Kepulauan Melayu,
Gugusan Kepulauan Indonesia, Nusantara, Alam Melayu dan Tanah Jawi ).
• Istilah Melayu terbahagi kepada dua iaitu:
• Melayu : Suatu rumpun bangsa Melayu yang menggunakan bahasa Melayu.
• Kemelayuan : merujuk kepada erti “nilai anutan” dan “jati diri Melayu”
• Istilah melayu boleh ditakrifkan berdasarkan kriteria rumpun bangsa dan Bahasa
iaitu Melayu
• Antara pelbagai suku yang tergolong dalam Melayu- Indonesia – Jawa, Sunda,
Madura, Aceh, Minangkabau, Bajau, Murut, Bugis, Sasak, Melanau, Iban dan Sulu.
KONSEP TAMADUN MELAYU:
• Melayu merupakan satu masyarakat peribumi atau masyarakat
asal rantau ini ( Malay Archipelago ), Kepulauan Melayu atau
Alam Melayu.
• Mereka dapat hidup aman damai disebabkan sifat adaptif,
akomodatif dan asimilatif.
• Jati diri bangsa melayu mantap kerana nilai kemelayuan yang
dimiliki.
• Tamadun Melayu dibangunkan secara menyeluruh oleh bangsa
Melayu berteraskan Bahasa melayu setelah kedatangan dan
PEMBENTUKAN TAMADUN
MELAYU:
Kronologi pembentukan tamadun Melayu:
• Zaman Paleolitik ( zaman batu awal ) – 35000 tahun
• Zaman Mesolitik ( zaman batu tengah ) – 11000 tahu
• Zaman Neolitik ( zaman batu baru ) – 5000 tahun da
• Zaman besi – 2500 tahun yang lalu
• Zaman kedatangan Islam – abad ke-11 Masihi.

Tamadun Melayu – Bangsa Melayu – Gugusan kepulau


( The Malay Archipelago )
STRUKTUR MASYARAKAT
MELAYU:
P
E
M Susunan ini diambil kira bahawa orang melayu
adalah penduduk asal di dalam
I Ketamdunan Melayu.
M
P Orang Melayu telah wujud lebih awal iaitu kira-
PEMBES
I kira 12,000 tahun terdahulu.
AR
N
ISTANA Mereka merupakan orang-orang yang mendiami
Kawasan Asia Tenggara yang
RAKYAT merupakan dataran besar yang merangkumi
JELATA pulau Sumatera, Semenanjung Tanah Melayu,
Pulau Jawa dan juga Pulau Borneo.
AKTIVITI AWAL TAMADUN
MELAYU:
• Tertumpu kepada aktiviti maritim.
• Pelabuhan dibina untuk perniagaan jarak jauh. Aktiviti ini dikuasai
oleh pemimpin sesebuah kerajaan dan rangkaian perhubungan ini
memerlukan masa dan penempatan yang agak lama dan tetap untuk
memudahkan pengekalan perhubungan.
• Pelabuhan di Semenanjung Malaysia begitu penting kerana melalui
perairan Selat Melaka. Ia berfungsi sebagai tempat berehat untuk
kapal-kapal yang akan meneruskan pelayaran sama ada ke Barat atau
ke Timur mengikut musim yang bersesuaian.
FAKTOR KEAGAMAAN:
• Tamadun awal di Kuala Selinsing, Perak tidak berfungsi sebagai
sebuah pusat keagamaan.
• Temuan artifak membuktikan bahawa tamadun ini tidak
dipengaruhi oleh kebudayaan Hindu- Buddha.
• Menggunakan sistem tulisan Pahlavi ( Sanskrit ) untuk menulis
dalam Bahasa Melayu.
• Wujudnya bandar, penempatan yang tersusun , pusat keagamaan
dan pembinaan monumental (besar) menggunakan batu.
• Contoh kerajaan Melayu awal yang dipengaruhi oleh Hindu-
KEPAKARAN DAN TEKNOLOGI:
• Kebudayaan orang Melayu berjaya menghasilkan tamadun awal di Asia Tenggara.
• Teknologi yang ada pada masa itu mampu untuk menguasai perdagangan jarak jauh
yang melalui kawasan perairan kerajaan melayu.
• Selepas kemunculan tamadun Melayu, perkembangan seterusnya adalah dalam
membentuk kerajaan Melayu Islam.
• Kesinambungan daripada kerajaan Melayu awal dan kerajaan Melayu Islam Melaka
telah membentuk Kerajaan Persekutuan Malaysia kini.
• Perkembangan pengubahsuaian kerajaan Melayu Islam mengambil masa 500 tahun
dilakukan oleh penjajah Inggeris.
• Perkembangan kerajaan Melayu dari dahulu hingga kini mengambil masa 2,000 tahun.
World View:
• Tamadun Melayu adalah tamadun yang menyeluruh.
• Tamadun ini muncul bermula dengan penerimaan Islam oleh
masyarakat rantau alam Melayu secara keseluruhan.
• Peranan pendakwah telah memberi kesan yang amat besar dalam
pembinaan tamadun Melayu dengan melakukan hubung jalin
diantara suku kaum Melayu yang ada.
• Tamadun Melayu terbina di atas nilai falsafah Islam mengikut
acuan masyarakat Melayu.
CIRI-CIRI TAMADUN MELAYU:
• Sistem perundangan yang jelas dan teratur serta nilai etika dan
moral yang berwibawa.
• Kemajuan ilmu pengetahuan- perkembangan novasi sains,
teknologi, kesenian, kesusasteraan, falsafah dan sebagainya.
• Terdapat penempatan masyarakat Melayu di beberapa Kawasan.
• Jangka hayat tamadun Melayu yang stabil dan Panjang.
• Wujudnya system organisasi sosial dan institusi sosial
• Penggunaan sistem tulisan, komunikasi dan bahasa yang sama
serumpun.
HUBUNGAN TAMADUN MELAYU DENGAN
ISLAM:
• Interaksi antara tamadun Melayu dan Islam bermula apabila kedatangan
orang Arab . Ada pendapat mengatakan melalui orang India dan orang
China.
• Kedatangan Islam telah mengubah kepercayaan kehidupan beragama
daripada:
• Dinamisme : Kepercayaan semua benda yang hidup atau mati mempunyai kuasa ghaib
dan boleh mempengaruhi baik dan buruk kepada manusia.
• Animisme : Kepercayaan bahawa roh tidak ada ada pada benda hidup, tetapi ada juga
pada benda yang lain.
• Naturisme : Sistem falsafah dan sifat semulajadi
• Pluralisme : Hinduisme dan Buddhisme
• Monotisme : Menyembah tuhan yang esa
TAMADUN MELAYU ASAS TAMADUN
MALAYSIA.

PEMBINAAN PENGAMALAN
PENERAPAN
INSTITUSI AGAMA
NILAI JATI DIRI
PENDIDIKAN ISLAM
ASAS
PEMBENTUKAN
TAMADUN MELAYU
PEMBINAAN
PENGAMALAN PEMUPUKAN
NILAI POLITIK
PEMBANGUNAN NILAI ESTETIKA
DAN
EKONOMI DAN BUDAYA
PERUNDANGAN
PENGAMALAN AGAMA ISLAM:
• Islam telah membawa perubahan secara drastik dengan
menekankan unsur akidah, akliah, persamaan sosial, keadilan
dan kemuliaan insan.
• Agama Islam dengan sifat murunah (lentur) sangat sesuai dengan
jiwa dan budaya masyarakat Melayu yang bersifat lemah lembut
dan saling bertolak ansur.
• Dorongan belajar : membaca al-quran, membaca kitab-kitab.
• Pendidikan Islam bermula di istana, kemudian ke masjid,
madrasah, pondok, sekolah dan universiti.
PENERAPAN NILAI JATI DIRI:
• Pengamalan 5 rukun negara dan nilai patriotisme.
• Nilai yang menjadi asas kepada tamadun Melayu ialah :
bertanggungjawab, jihad, istiqomah, ihsan, jujur dan
ikhlas, adil, bijaksana,bertolak ansur, cekap, produktif,
dedikasi dan kerjasama.
• Pembentukan jati diri Melayu bermula dari keluarga.
• Keluarga adalah agen sosialisasi utama dalam masyarakat.
PEMUPUKAN NILAI ESTETIKA:
• Masyarakat Melayu terkenal dengan nilai seni estetika
contohnya seni sastera, seni lagu, seni tari, seni ukir, seni
bina, senia hias dan seni drama.
• Dalam hal pembinaan masjid pula pengaruh dan kesan
diadaptasi dari seni reka Islam daripada Timur Tengah
( reka bentuk kubah, hiasan mimbar dan hiasan
dalaman ).
• Seni ukir batu nisan dan seni tulisan khat berinspirasikan
tamadun Islam.
PEMBINAAN NILAI POLITIK DAN
PERUNDANGAN:
• Kedatangan Islam telah merubah aspek politik dan perundangan dan di tandai
oleh Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-13.
• Politik islam adalah melalui musyawarah. Keadaan ini telah diimplimentasikan
di setiap jabatan kerajaan
• Pengamalan sistem politik secara demokrasi dalam menentukan dan memilih
kepimpinan negara.
• Sistem perundangan Malaysia telah dipengaruhi oleh Islam sejak pemerintahan
kerajaan Melayu Melaka. Antara bidang tumpuan ialah kekeluargaan
( munakahat ), jual beli (muamalat), jenayah (jinayat) dan kemasyarakatan
(muamalat) dan juga bidang sivil.
PEMBINAAN PEMBANGUNAN EKONOMI:
• Telah mencatat sejarah kegemilangannya dalam urusan
perdagangan dengan negara penjajah dari Eropah seperti
Belanda dan Inggeris dan juga negara Timur Tengah (Arab).
• Barangan dagangan: barangan logam, rempah ratus, pembinaan,
kayu kayan dan pertanian.
• Urusan jual beli dijalankan dengan menggunakan wang emas.
• Perkembangan ekonomi yang pesat telah menuntut keperluan
tenaga kerja di sector perladangan dan perlombongan.
• Dasar Ekonomi Baru juga telah merapatkan jurang perbezaan
TAMADUN MELAYU DI ALAM
NUSANTARA:
• Alam melayu merujuk kepada kepulauan Indonesia, Tanah Melayu dan
kepulauan Borneo dan Filipina. Tamadun Melayu berusia 5,000 tahun
manakala tamadun Melayu Deutro ( Melayu baru) adalah 3,000 s.m.
• Melayu Proto : (Melayu asli)
• ( Pelaut ) yang belayar sepanjang Sungai Mekong, China, Myanmar,
Laos, Kemboja, Vietnam, Thailand hingga Semenanjung Tanah Melayu.
• Terkenal dengan Teknik menanam tanaman padi untuk dibuat nasi.
• Melayu Deutro : (1500 s.m)
• Mempunyai kemahiran yang tinggi dalam menangkap ikan.
• Pertembungan dan perkahwinan campur telah berlaku di kalangan
Melayu Proto dengan Melayu Deutro dengan masyarakat Jawa, serta
penduduk tempatan dari keturunan Australisasi dan Negrito.
TAMADUN AWAL RUMPUN
MELAYU:
• Tamadun Khmer Funan di Delta Mekong (1-6 masihi hingga tahun 800 masihi).
• Kerajaan Funan merangkumi sebahagian besar Indo- China sehingga ke Selatan Thailand dan utara
Semenanjung Tanah Melayu.
• Setelah kerajaan Funan dijatuhkan oleh Kemboja dan Chenla telah berlaku migrasi mencari
perlindungan semasa Empayar Khmer Angkor sehingga mereka sampai ke Palembang dan Melaka.
• Inskripsi Batu Bersurat Kedukan Bukit telah menunjukkan tulisan yang digunakan seperti yang
tulisan pada pintu ( Yunan) menggunakan tulisan tradisional minoriti Dai.
• Hubungan antara Melayu – Cham telah dikesan melalui persamaan Bahasa yang ditemui
dibeberapa tempat di Kembojadesa, Kampong Cham dan Kampong Chhnang.
• Raja Champa telah memeluk Islam setelah kalah dalam peperangan dengan Vietnam. Migrasi telah
berlaku apabila Raja Muslim yang terakhir Po Chien telah berhijrah ke Selatan Kemboja sementara
yang tinggal di pesisir pantai telah berhijrah ke Terengganu dan sebahagiannya ke Kelantan.
SLIDE TAMAT:

You might also like