Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 26

1.

Isu-isu Konflik Semasa


Persempadanan dan Tuntutan
Bertindih di Malaysia
• Ruang udara
• Laut
• Darat
PENGENALAN

- Secara tradisionalnya, sesebuah negara yang


berdaulat sepatutnya mempunyai sempadan yang
tetap
dan jelas (Fox, 1997).
- Sempadan antarabangsa merupakan garisan
sempadan yang membahagikan sesebuah negara
dengan negara lain.
Penentuan dan pengiktirafan sempadan
bergantung kepada beberapa keadaan :
1- antaranya ialah Uti Possidetis Juris (suatu prinsip
undang-undang antarabangsa yang dikhususkan
kepada negara-negara yang baharu ditubuhkan)
2- pembentukan sungai dimana sungai-sungai besar
digunakan sebagai pemisah antara dua atau lebih
kawasan. Dalam situasi ini terdapat satu garisan
tengah yang dikenali sebagai thalweg yang dijadikan
garis sempadan dua atau lebih kawasan ini.
3- penentuan dan pengiktirafan juga dirujuk kepada
keadaan di mana perkhidmatan iaitu wilayah yang
dimiliki oleh salah satu negara digunakan untuk
memberikan perkhidmatan dan mempunyai
kepentingan kepada negara lain.
KONFLIK PERSEMPADANAN

Faktor-faktor berlaku konflik sempadan


antarabangsa :
1- Apabila dua atau lebih negara bersaing secara terbuka
mengenai kawasan atau wilayah dengan mengatakan
kawasan tersebut di bawah wilayah atau negaranya
akibat daripada penetapan sempadan yang kurang jelas.
2- Konflik juga berlaku apabila undang-undang
antarabangsa tidak mempunyai peraturan yang terperinci
di dalam mendefinisikan soal kedaulatan sesebuah
negara.
3- Kerana kepentingan sejarah, kawasan yang
strategi serta mempunyai kepentingan dari segi
ekonomi.
4- Pertikaian yang berlaku kerana budaya dan
agama terjadi apabila perbezaan budaya dan
agama ini membawa kepada penyingkiran
kumpulan lain di suatu kawasan.
- Contoh pertikaian sekitar sempadan Jurusalem
dalam kalangan penganut Yahudi,Kristain dan
Islam. Perkara yang sama juga berlaku di
Semenanjung Gaza di Palestin antara Israel
dan Palestin.
5- Pertikaian yang berlaku disebabkan kedudukan sesuatu kawasan, pertikaian sumber dan juga pertikaian budaya.
- Pertikaian kedudukan berlaku apabila kedudukan sesuatu kawasan itu tidak menentu. Sesebuah negara mungkin tidak bersetuju dengan garis sempadan yang ditandai tidak tepat, berubah atau telah lapuk seperti kedudukan wilayah Cordillera del Condor di antara Ecuador dan Peru.
PERTIKAIAN DAN KONFLIK DI LAUT

1- Pertikaian Pulau Ligitan dan Pulau Sipadan

2- Pertikaian Pulau Batu Puteh

3- Pertikaian Pulau Spartly


Pertikaian Pulau Ligitan dan Pulau Sipadan
Kedudukan Geografi
- Pulau Ligitan dan Pulau Sipadan terletak di Laut Sulawesi.
Jarak antara kedua-dua pulau ini hanyalah kurang lebih 15.5
batu nautika. Pulau Ligitan ialah sebuah pulau yang kecil dan
bersifat kekal di atas aras laut. Kawasan ini terletak lebih
kurang 21 batu nautika dari Tanjung Tutop,
daerah Semporna di Sabah.
- Manakala Pulau Sipadan yang mempunyai keluasan kurang
lebih 0.13 km persegi terletak lebih kurang 15 batu nautika
dari Tanjung Tutop dan 42 batu nautika dari kawasan timur
Pulau Sebatik.
- Pulau Sipadan merupakan pulau yang terhasil daripada
aktiviti gunung berapi yang dikelilingi dengan batu karang.
Pulau Sipadan telah dibangunkan sebagai pulau peranginan
untuk aktiviti penyelaman skuba sejak tahun 1980an.
Pertikaian Pulau Batu Puteh
Kedudukan Geografi

- Pulau Batu Puteh merupakan sebuah pulau batu granit


yang terletak di timur Selat Singapura, berhadapan Laut
China Selatan.
- Pulau Batu Puteh ini bersaiz 137meter panjang,
60-meter lebar dan meliputi kawasan kira-kira 8,560 meter
persegi ketika air surut.
- Terletak kirakira 24 batu nautika ke arah timur Singapura
dan 7.7 batu nautika ke arah selatan negeri Johor.
Pertikaian Pulau Spartly
Kedudukan Geografi

- Kepulauan Spratly merupakan gugusan daratan terpencil


yang terletak di tengah-tengah Laut China Selatan antara
Filipina, Vietnam dan Malaysia.
- Kepulauan Spratly terdiri daripada kira-kira 230 pulau,
bank-bank, terumbu, beting dan cays. Antaranya, terdapat
25 berada di atas paras laut, dan tujuh mempunyai
keluasan melebihi 0.5 km persegi. Kepulauan bertaburan
di kawasan seluas dengan anggaran 400 batu nautika dari
timur ke barat dan 500 batu nautika dari utara ke selatan.
- Kawasan laut yang mengandungi pulau-pulau ini adalah
800,000 km persegi atau 38% daripada perairan Laut
China Selatan.
PERTIKAIAN DAN KONFLIK DI RUANG
UDARA
- Malaysia juga berdepan dengan konflik di ruang udara
apabila
1 adanya pencerobohan ruang udara negara ini.
- Kamus Dewan Bahasa menjelaskan ceroboh bermaksud
masuk ke kawasan orang atau ke wilayah sesebuah negeri
dan sebagainya tanpa kebenaran (dengan tujuan untuk
mengganggu, mencabuli, melanggari dan sebagainya).
- Walaupun ruang udara mempunyai persempadanan untuk
menentukan kedaulatan negara masing-masing, ruang
angkasa tidak mempunyai hak kedaulatan.
- Namun begitu, pencerobohan terhadap sesebuah negara
boleh berlaku dari ruang angkasa apabila melibatkan
pemetaan dan penderiaan jauh.
Beberapa Pencerobohan Ruang Udara
Malaysia:
1- Media tempatan pada 1 Jun 2021 melaporkan 16
pesawat tentera udara China, iaitu People’s
iberation Army Air Force (PLAAF) telah
memasuki ruang udara Zon Maritim Malaysia (https
://dewanmasyarakat. jendeladbp.my/2021/06/04/517/).
2- Akhbar online Mstar melaporkan sebanyak 985
pergerakan pesawat Singapura dikesan
mencerobohi ruang udara Malaysia pada tahun
2008, 1286 pergerakan pada tahun 2009 dan 218
pergerakan pesawat pada tahun 2010 dan sehingga
Mei 2011 sebanyak 19 pergerakan pesawat
Singapura dikesan menceroboh ruang udara
Malaysia (Mstar, 20 Jun 2011).
3- Dilaporkan juga sejak awal Oktober 2021 pesawat
Tentera Udara Singapura terbang rendah di ruang udara
daerah Pasir Gudang, Johor. Namun begitu pihak
Angkatan Tentera Malaysia menyatakan ia bukan
pencerobohan tetapi merupakan latihan ketenteraan dan
penerbangan pesawat-pesawat itu juga telah mendapat
kelulusan diplomatik bagi tujuan latihan tersebut dan
kawasan ruang udara Pasir Gudang merupakan laluan
penerbangan yang dibenarkan sewaktu latihan
berkenaan berlangsung.
Faktor-faktor Pencerobohan:
1- Pihak China mendakwa bahawa ia adalah rutin biasa
yang dilakukan oleh tentera udara China di perairan selatan
atau Kepulauan Spartly dan tidak menyasarkan mana-mana
negara.
- Mengikut laporan media, Menteri Pertahanan ketika itu
Dato’ Seri Hishamuddin Hussein menyatakan tindakan 16
pesawat China itu merupakan satu pencerobohan yang
salah kepada ruang udara kita, sekali gus menggugat
kedaulatan Malaysia.
Tindakan Malaysia :
1- Apabila berlaku pencerobohan pesawat China, pihak Wisma
Putra memanggil Duta Besar China ke Malaysia untuk
memberikan penjelasan berhubung dengan insiden
penerbangan itu.
2- Kementerian Luar juga akan mengeluarkan nota bantahan
diplomatik terhadap pencerobohan itu kepada Pemerintah
Republik Rakyat China.
3- Bagi menjamin keselamatan ruang udara negara ini,
kerajaan telah mengisytiharkan pewujudan kawasan larangan
kekal di ruang udara Pasir Gudang berkuat kuasa 1 Januari
lalu (2019) dengan Jabatan Penerbangan Awam (DCA)
mengeluarkan Notis Kepada Juruterbang (NOTAM) pada 25
Disember lalu (Selangorkini,8 Januari 2019).
PERTIKAIAN DAN KONFLIK DI DARAT
1- Malaysia dan Brunai
- Malaysia bersempadan dengan negara Indonesia, Brunei,
Singapura dan Thailand.
- Malaysia dan Brunei berkongsi perbatasan darat
sepanjang 481 kilometer tetapi setakat ini hanya 207
kilometer yang sudah dimuktamadkan antara negara itu
dengan kerajaan Sarawak.
- Pertikaian sempadan Malaysia-Brunei ke atas Limbang,
adalah susuk baru dalam sejarah pertikaian sempadan
yang akan memberi kesan terhadap hubungan diplomatik.
- Limbang satu kawasan darat yang subur dan kawasan
kaya dengan sumber asli, khususnya minyak, asalnya
adalah sebahagian daripada jajahan Brunei.
- Isu sempadan darat dan maritim antara Malaysia
dengan Brunei Darussalam diselesaikan menerusi
dokumen yang ditandatangani oleh Perdana Menteri
Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan
Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah di Bandar Seri
Begawan. - Berdasarkan dokumen itu, Brunei
menggugurkan tuntutan terhadap daerah Limbang di
Sarawak, Malaysia dan kedua-dua negara akan
menubuhkan satu suruhanjaya bersama untuk
memperincikan kerja menentukan sempadan.
2- Malaysia dan Indonesia
- Perbatasan darat antara Indonesia-Malaysia membentang
sepanjang 2019 km dari Tanjung Batu di Kalimantan barat
laut melewati dataran tinggi.
- Perbatasan darat memisahkan kedua negara di Pulau
Kalimantan dan perbatasan maritim di sepanjang Selat
Melaka Laut Cina Selatan dan Laut Sulawesi.
- Wujud masalah sempadan tertangguh (OBPs). Tiga OBPs
itu berada dalam Sektor Sabah Kalimantan Utara di Pulau
Sebatik (daerah Tawau/daerah Nunukan), Sinapad-Sungai
Sesai dan subsektor dari penanda sempadan B 2700 hingga
penanda sempadan B 3100, di daerah Pensiangan/daerah
Lumbis Ogong.
- Malaysia dan Indonesia menandatangani
Memorandum Persefahaman (MoU) bagi
menyelesaikan isu sempadan antarabangsa.
Memorandum ini mengenai Penandaan dan
Pengukuran Sempadan Antarabangsa Malaysia
(Sabah dan Sarawak) dan Indonesia (Kalimantan
Utara dan Kalimantan Barat)
ePembelajaran

1- Bincangkan punca-punca berlakunya


pertikaian konflik di laut dan penyelesaiannya
iaitu di :
i- Pulau Ligitan dan Sipadan
ii- Pulau Batu Puteh
iii- Pulau Spartly
Tutorial

1- Nilaikan keberkesanan usaha-usaha


menyelesaikan masalah persempadanan dan isu
pertindihan tuntutan dalam kalangan negara
yang terbabit.
TERIMA KASIH

You might also like