10 - Nota T4 KSSM (BM)

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 39

BAB 10

KIMIA DALAM PERUBATAN DAN


KESIHATAN
Tema 3: Penerokaan Unsur dalam Alam
10.1
PERUBATAN TRADISIONAL,
PERUBATAN MODEN DAN
PERUBATAN KOMPLEMENTARI
Perubatan Tradisional
◦ Berasaskan alam semula jadi
◦ Diperoleh daripada tumbuhan, haiwan dan bahan semula jadi yang diaplikasikan secara khusus mahupun
gabungan bagi diagnosis dan merawat penyakit.
◦ Ciri-ciri perubatan tradisional:
1. Keberkesanan rawatan lebih perlahan dan memakan masa
2. Diwarisi dan diamalkan turun temurun
3. Pembuktian keberkesanan secara pengalaman
4. Kos rawatan rendah
5. Rawatan menggunakan bahan semula jadi
Perubatan Moden
◦ Campuran seni merawat dengan pelbagai bidang ilmu sains yang mempunyai hubungan langsung dengan
sains kesihatan dan bioperubatan.
◦ Melibatkan perubatan klinikal, penyelidikan perubatan dan pembedahan dalam mengubati penyakit dan
merawat kecederaan.
◦ Ciri-ciri perubatan moden:
1. Rawatan menggunakan ubat-ubatan sintetik
2. Menggunakan kaedah moden
3. Rawatannya lebih berkesan dan lebih cepat
4. Pembuktian keberkesanan secara klinikal
5. Kos rawatan yang mahal
Perubatan Komplementari
◦ Merujuk kepada kepelbagaian kaedah dalam penjagaan kesihatan.
◦ Merangkumi dua bahagian utama iaitu produk semula jadi, senaman badan dan minda.
◦ Kaedah ini digunakan bersama rawatan moden bagi merawat sesuatu penyakit.
◦ Ciri-ciri perubatan komplementari:
1. Tidak melibatkan pembedahan dan jahitan
2. Tidak menggunakan ubat-ubatan terapeutik, dadah dan bahan sintetik kimia
3. Mengambil kira pandangan pengamal perubatan moden dan tradisional
Ubat-ubatan
◦ Ubat ialah dadah atau bahan yang diambil untuk mengawal kesihatan, merawat atau mencegah penyakit.
◦ Mesti didapatkan daripada pihak-pihak yang bertauliah.
◦ Ubat tradisional ialah ubat yang diperoleh daripada sumber semula jadi seperti tumbuhan dan haiwan
tanpa diproses secara kimia.
◦ Ubat ini diamalkan sejak generasi terdahulu.
Ubat Tradisional
◦ Kebaikan aloe vera (lidah buaya):
1. Merawat selaran matahari dan kesan melecur
pada kulit
2. Kaya dengan bahan antioksidan
3. Mengurangkan masalah plak pada gigi
4. Merawat pedih ulu hati
Ubat Tradisional
◦ Kelebihan ginseng:
1. Mengelakkan diabetes
2. Membantu membaiki kesihatan kulit dan
rambut
3. Membantu untuk mengurangkan berat badan
4. Membantu mengurangkan risiko penyakit
Alzheimer
Ubat Tradisional
◦ Kelebihan halia:
1. Membantu pencernaan
2. Melegakan loya
3. Membaiki paras kolesterol dalam darah
4. Merendahkan aras glukosa darah
5. Mengurangkan keradangan
Ubat Tradisional
◦ Kelebihan bunga raya:
1. Merendahkan tekanan darah
2. Kaya dengan bahan antioksidan
3. Melegakan sakit kepala
4. Boleh digunakan untuk merawat masalah
keguguran rambut
Ubat Tradisional
◦ Kelebihan kulit kayu manis:
1. Merendahkan aras glukosa darah
2. Kaya dengan bahan antioksidan
3. Boleh digunakan untuk merawat penyakit
malaria
4. Mengurangkan keradangan
5. Mengelakkan penyakit jantung
Ubat Moden
◦ Ubat moden ialah ubat yang dihasilkan di dalam makmal untuk kegunaan ramai dan dijual di pasaran
secara meluar.
◦ Terdapat pelbagai bentuk seperti pil, kapsul, pasta, ampaian dan larutan.
◦ Dikelaskan kepada tiga jenis iaitu:
1. Analgesik – Untuk melegakan kesakitan
2. Antibiotik – Untuk membunuh atau menghalang pertumbuhan bakteria
3. Psikoteraputik – Untuk merawat pesakit psikiatrik
Antibiotik
◦ Untuk membunuh atau menghalang pertumbuhan bakteria.
◦ Dihasilkan secara sintetik menggunakan mikroorganisma seperti bakteria dan kulat
◦ Contoh:
1. Streptomisin dihasilkan daripada bakteria untuk merawat penyakit batuk kering
2. Penisilin dihasilkan daripada kulat untuk merawat penyakit tuberculosis, sifilis dan radang paru-paru
Video 1
Psikoteraputik
◦ Untuk merawat pesakit yang mempunyai masalah psikologi
◦ Mesti diambil atas nasihat doktor dan bukannya dengan sewenang-wenangnya
◦ Mempengaruhi emosi, pemikiran dan kelakuan pesakit
◦ Tiga jenis psikoteraputik:
1. Perangsang – Untuk merangsang dan mengaktifkan aktiviti otak, badan dan perasaan pesakit
◦ Contoh: Amfetamina, metamfetamin
2. Antidepresan – Untuk merawat kemurungan
◦ Contoh: Imipramin, amitriptilin, amoksapina
3. Antipsikotik – Untuk mengawal keresahan dan memberikan kesan penenang
◦ Contoh: Barbiturat, haloperidol
Perubatan Komplementari
◦ Rawatan holistik termasuk fizikal, mental dan emosi pesakit.
◦ Contoh:
1. Akupunktur
◦ Rawatan yang melibatkan jarum kecil steril dimasukkan ke dalam titik-titik tertentu dipanggil titik akupunktur pada
kedalaman berlainan.
◦ Membantu merangsang sistem saraf untuk melegakan rasa sakit
Akupunktur (Video 2)
Perubatan Komplementari
2. Urut tradisional
◦ Urut ialah kaedah yang memanipulasi tisu lembut dalam badan menggunakan tangan, jari dan penumbuk.
◦ Untuk melegakana rasa sakit, keresahan, kelelahan, ketegangan otot dan masalah saraf
3. Kiropraktik
◦ Rawatan untuk membetulkan semula sendi, sakit belakang dan leher, sakit kepala atau apa-apa kecederaan daripada
bersukan
◦ Tidak memerulkan ubat-ubatan
Perubatan Komplementari
4. Homeopati
◦ Rawatan perubatan yang berdasarkan simptom pada pesakit
◦ Rawatan diberikan untuk menguatkan keimunan badan untuk melawat penyakit
◦ Rawatan bukan untuk membunuh patogen

5. Terapi herba
◦ Menggunakan tumbuhan atau apa-apa bahagian pada tumbuhan
◦ Kaedah yang popular kerana ia tidak meninggalkan kesan sampingan dan tidak melibatkan penggunaan dadah
Penggunaan Perubatan Tradisional,
Moden dan Komplementari
◦ ubat dihasilkan oleh manusia atau didapati daripada alam semula jadi
◦ Ubat tradisional diperoleh daripada sumber alam semula jadi manakala ubat moden dihasilkan oleh
manusia.
Ubat Buatan Manusia Ubat daripada Sumber Semula Jadi
Dihasilkan di makmal dan dikomersialkan secara Diperoleh daripada tumbuhan dan haiwan
meluas untuk kegunaan ramai
Diambil secara berterusan atau berhenti apabila Diambil atau masa yang lama supaya berkesan
telah sembuh
Bukti penyembuhan berdasarkan ujian klinikal Bukti penyembuhan melalui kepercayaan dan
pengalaman orang terdahulu
Berisiko mendapat kesan sampingan jika:
• Digunakan tanpa nasihat daripada doktor
• Pesakit tidak mengikut dos yang betul
Kesan Penyalahgunaan Ubat-ubatan
◦ Penyalahgunaan ubatan berlaku apabila seseorang menggunakan ubat-ubatan tanpa preskripsi doktor.
◦ Kesan sampingan merujuk kepada kesan yang tidak diingini daripada penggunaan ubat.
◦ Kesan sampingan daripada penyalahgunaan ubat-ubatan:
1. Kematian
2. Alahan, muntah-muntah, sakit kepala, demam dan pengsan
3. Ketagihan
4. Menyebabkan ubat kurang berkesan untuk melawan penyakit
10.2
RADIKAL
BEBAS
Radikal Bebas
◦ Radikal bebas ialah atom atau molekul yang kekurangan satu elektron yang menjadikannya tidak stabil,
reaktif dan cenderung untuk menyerang atom atau molekul lain.
Kesan Radikal Bebas terhadap Kesihatan
Manusia
◦ Pengoksidaan
1. Proses yang berlaku apabila bahan tidak balas kehilangan elektron
2. Berlaku secara semula jadi
3. Menghasilkan radikal bebas

◦ Dua faktor yang menyebabkan pembebasan radikal bebas dalam badan ialah metabolisme dan keradangan.

◦ Faktor luaran yang menggalakkan pembebasan radikal bebas ialah:


1. Asap rokok
2. Pendedahan kepada sinar radiasi
3. Cahaya matahari
4. Pencemaran udara
Kesan Radikal Bebas terhadap Kesihatan
Manusia
◦ Kesan buruk radikal bebas terhadap kesihatan manusia:
1. Memusnahkan struktur DNA
2. Menyebabkan penyakit kronik seperti penyakit kardiovaskular
3. Menyebabkan ketidak suburban
4. Merosakkan buah pinggang, hati dan peparu
5. Mempercepat proses penuaan
Video 3
10.3
BAHAN ANTIOKSIDAN
Bahan antioksidan
◦ Bahan antioksidan ialah sebatian kimia yang diperlukan oleh badan kita untuk melambatkan atau
menghentikan proses pengoksidaan.
◦ Bahan antioksidan melindungi sel-sel badan daripada radikal bebas
◦ Mengelakkan penyakit tertentu.
◦ Badan kita boleh menghasilkan bahan antioksidan sendiri.
◦ Akan tetapi, semakin kita meningkat usia, badan kita menghasilkan kurang bahan antioksidan .
◦ Kita boleh mendapatkan bahan antioksidan daripada makanan.
Bahan Antioksidan dalam
Makanan
Beta kerotena
◦ Boleh diperoleh daripada makanan yang berwarna
jingga, kuning atau merah
◦ Kelebihan:
1. Membaiki penglihatan
2. Anti penuaan dan kaya dengan bahan antioksidan
3. Mengelakkan penyakit jantung
4. Membersihkan badan
5. Mengelakkan kanser dan strok
Bahan Antioksidan
dalam Makanan
Lutein
◦ Boleh diperoleh daripada sayur-sayuran hijau
yang berdaun
◦ Kelebihan:
1. Bagus untuk kesihatan mata
2. Mengelakkan atau melambatkan
pertumbuhan katarak pada mata
3. Anti keradangan
4. Kaya dengan bahan antioksidan
Bahan Antioksidan dalam
Makanan
Likopena
◦ Boleh dijumpai dalam sayur-sayuran dan buah-buahan yang
berwarna merah
◦ Kelebihan:
1. Mengelakkan diabetes, penyakit jantung dan osteoporosis
2. Bertindak sebagai pelindung matahari semula jadi yang
melindungi kulit
3. Anti penuaan dan kaya dengan bahan antioksidan
4. Mengelakkan katarak dan bagus untuk kesihatan mata
Bahan Antioksidan dalam
Makanan
Vitamin C
◦ Dikenali sebagai asid askorbik
◦ Vitamin larut air
◦ Boleh dijumpai kebanyakannya dalam buah-buahan
sitrus dan sayur-sayuran
◦ Kelebihan:
1. Kaya dengan bahan antioksidan
2. Meningkatkan sistem keimunan
3. Mengelakkan kanser dan strok
4. Bagus untuk kesihatan kulit dan mata
Bahan Antioksidan dalam
Makanan
Vitamin E
◦ Dikenali sebagai alfa-tokoferol
◦ Vitamin larut lemak
◦ Boleh dijumpai dalam kebanyakan minyak dan buah-buahan
◦ Kelebihan:
1. Bahan antioksida yang berkesan
2. Anti penuaan
3. Melindungi daripada penyakit kardiovaskular
4. Menguatkan sistem keimunan
Bahan Antioksidan vs Radikal Bebas
◦ Bahan antioksidan bertindak balas dengan radikal bebas dengan mendermakan elektron kepada atom
yang tidak stabil akibat proses pengoksidaan
◦ Bahan antioksida boleh diperoleh daripada makanan
◦ Bahan antioksidan boleh menghentikan kesan buruk daripada radikal bebas di dalam badan
Bahan Antioksidan vs Radikal Bebas (Video 4)
Faktor yang Mempengaruhi
Proses Pengoksidaan dalam
Makanan
◦ Proses pengoksidaan berlaku apabila makanan
terdedah kepada udara
◦ Pengoksidaan menyebabkan makanan seperti
epal dan pisang menjadi keperangan
◦ Satu cara untuk mengelakkan pengoksidaan pada
epal ialah dengan menuang jus leman pada
permukaan epal. Jus lemon mengandungi bahan
antioksidan. Maka, epal akan kekal kelihatan
segar
10.4
PRODUK KESIHATAN
Bahan Aktif dalam Produk Kesihatan
◦ Bahan aktif ialah komponen tertentu di dalam sesuatu produk mempunyai kesan terhadap penyembuhan
atau pencegahan penyakit.
◦ Bahan aktif yang sama memberi kesan yang sama sungguhpun daripada jenama yang berlainan.
◦ Terdapat beberapa bahan aktif yang tidak boleh digunakan bersama-sama kerana boleh memudaratkan
kesihatan.
Produk Kesihatan
◦ Suplemen diambil untuk merawat penyakit dan mengekalkan kesihatan badan.
◦ Produk kesihatan yang berkualiti membantu meningkatkan keimunan dan untuk pertumbuhan yang
normal.
◦ Gaya hidup yang sibuk dan diet tidak seimbang menyebabkan produk kesihatan menjadi satu keperluan.
◦ Walau bagaimanapun, kita mestilah berhati-hati sebelum mengambil produk kesihatan.
◦ Kita dinasihatkan supaya mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum mengambil produk
kesihatan.

You might also like