05 - Sebatian Karbon (BM)

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 40

BAB 5

SEBATIAN KARBON
TEMA 2
PENEROKAAN UNSUR DALAM ALAM
5.1
PENGENALAN
SEBATIAN
KARBON
SEBATIAN KARBON DALAM ALAM
• Sebatian yang mengandungi unsur karbon, C.
• Terbahagi kepada dua jenis iaitu sebatian karbon organik dan sebatian karbon
bukan organik.

SEBATIAN KARBON ORGANIK SEBATIAN KARBON BUKAN ORGANIK


Berasal daripada benda hidup Berasal daripada benda bukan hidup
Petroleum, gas asli, arang batu, sutera Batu kapur, karbon monoksida
KITAR KARBON
• Unsur karbon dikitar melalui proses-proses seperti respirasi, pembakaran,
penguraian dan fotosintesis.

RESPIRASI
PEMBAKARAN membebaskan KARBON diserap oleh
tumbuhan FOTOSINTESIS
PENGURAIAN DIOKSIDA
PENGARATAN

membekalkan oksigen
KITAR KARBON
PROSES YANG MENAMBAHKAN KANDUNGAN PROSES YANG MENGURANGKAN
GAS KARBON DIOKSIDA DI ATMOSFERA KANDUNGAN GAS KARBON DIOKSIDA DI
ATMOSFERA
Respirasi, pembakaran, penguraian, pengaratan Fotosintesis

KLIK pada gambar untuk video


KEPENTINGAN
KITAR KARBON
• Mengekalkan kepekatan karbon di
atmosfera dalam 0.03%
• Kandungan karbon dioksida yang
berlebihan di udara boleh
menyebabkan kesan rumah hijau
yang boleh membawa kepada
peningkatan suhu bumi iaitu
pemanasan global.
• Pemanasan global membawa kepada
banyak kesan buruk lain seperti
kemarau, banjir, kebakaran hutan
dan sebagainya.
• Memastikan bekalan karbon
mencukupi untuk semua organisma.
5.2
HIDROKARBON
HIDROKARBON

• Sebatian hidrokarbon ialah sebatian


karbon organik yang terdiri daripada
unsur karbon dan hidrogen sahaja.
• Contoh: Petroleum, gas asli dan
arang batu.

Gas asli

Petroleum

Petroleum dan gas asli berasal daripada hidupan akuatik yang mati dan terbenam di dasar laut yang
dikenakan tekanan tinggi selama berjuta-juta tahun. Sisa hidupan akuatik yang tertanam di dasar laut ini
menjadi lapisan tebal batu dan lumpur. Hasil daripada tekanan oleh lapisan pasir dan lumpur,
haba yang diserap daripada persekitaran dan proses penguraian oleh bakteria mengubah sisa itu menjadi
petroleum dan gas asli.
HIDROKARBON

• Proses pembentukan arang batu:


1. Sisa tumbuhan mati tertanam secara
semula jadi di dalam tanah.
2. Selepas berjuta-juta tahun, sisa itu
tertanam semakin jauh di bawah
lapisan batu tebal.
3. Penggabungan kesan tekanan oleh
lapisan batu, haba yang diserap
daripada persekitaran dan proses
penguraian oleh bakteria mengubah
fosil tumbuhan menjadi arang batu.
PENYULINGAN
BERPERINGKAT
PETROLEUM
• Petroleum ialah suatu campuran
hidrokarbon.
• Petroleum diasingkan melalui proses
penyulingan berperingkat.
• Pecahan-pecahan petroleum
mempunyai takat didih yang
berbeza.

KLIK pada gambar untuk video


PECAHAN PETROLEUM DAN
KEGUNAANNYA
JULAT TAKAT PECAHAN PETROLEUM KEGUNAAN
DIDIH (oC)
<30 Gas petroleum cecair Gas memasak
30 – 75 Petrol Bahan api untuk kereta dan di loji penapisan minyak
75 – 150 Nafta Untuk membuat pelarut, racun perosak dan bahan
asas dalam industri petrokimia
150 – 230 Kerosin Bahan api kapal terbang
230 – 250 Diesel Bahan api untuk bas, lori
250 – 300 Minyak pelincir Digunakan di dalam mesin
300 – 350 Minyak bahan api dan lilin Digunakan untuk kapal dan stesen jana kuasa. Lilin
parafin paraffin digunakan untuk membuat lilin, vaselin dan
lain-lain
>350 Bitumen Digunakan untuk menurap jalan raya
SEBATIAN HIDROKARBON TEPU DAN
TAK TEPU
HIDROKARBON TEPU HIDROKARBON TAK TEPU
• Mempunyai ikatan kovalen tunggal di • Mempunyai sekurang-kurangnya
antara atom karbon dengan atom satu ikatan kovalen ganda dua (C=C)
karbon (C-C) atau ikatan kovalen ganda tiga (C=C)
di antara atom karbon.
SIRI HOMOLOG
• Sebatian organik yang mempunyai sifat kimia yang serupa.
• Alkana
1. Sebatian hidrokarbon tepu
2. Mempunyai ikatan kovalen tunggal dengan atom karbon lain (-C-C-)
3. Formula: CnH2n+2
4. Penamaan berakhir dengan -ana
• Alkena
1. Sebatian hidrokarbon tak tepu
2. Mempunyai sekurang-kurangnya satu ikatan kovalen ganda dua (-C=C-)
3. Formula: CnH2n
4. Penamaan berakhir dengan -ena
NAMA ALKANA DAN ALKENA
• Penamaan berdasarkan bilangan karbon (n) sesuatu sebatian.
• Akhir nama adalah mengikut kumpulan seperti ALKANA (-ana) dan ALKENA (-ena)

BILANGAN KARBON, n ALKANA ALKENA


1 Metana -
2 Etana Etena
3 Propana Propena
4 Butana Butena
5 Pentana Pentena
6 Heksana Heksena
SUMBER TENAGA ALTERNATIF DAN TENAGA
BOLEH BAHARU DALAM KEHIDUPAN HARIAN

• Bahan api fosil seperti petroleum, gas asli dan arang batu ialah sumber tenaga
tidak boleh baharu yang semakin berkurang.
• Sumber tenaga alternatif seperti tenaga solar, tenaga biojisim ialah contoh
sumber tenaga boleh baharu yang dapat membekalkan tenaga bagi keperluan
harian kita.
• Sumber tenaga boleh baharu tidak mudah habis.
5.3
ALKOHOL
ALKOHOL
• Sebatian organik yang mempunyai unsur karbon, hidrogen dan oksigen.
• Mempunyai kumpulan berfungsi yang dipanggil kumpulan hidroksil (-OH)
• Penamaan alkohol adalah mengikut bilangan unsur karbon dan berakhir dengan
sebutan (–ol)
• Contoh: Metanol, etanol, propanol, butanol, pentanol
• Alkohol boleh dihasilkan melalui proses penapaian dengan menggunakan
tindakan yis terhadap makanan yang mengandungi glukosa atau kanji.
PROSES PENYEDIAAN
ALKOHOL
• Dalam proses penapaian, enzim
zimase dalam yis menukarkan
glukosa kepada etanol dan karbon
dioksida.

Glukosa zimase Etanol + Karbon dioksida

Yis bertindak balas ke atas gula dan membebaskan


gas karbon dioksida yang akan mengeruhkan air kapur.
PROSES
PENYULINGAN
• Dijalankan untuk mendapatkan
alkohol yang tulen.
• Hasil turasan daripada proses
penapaian dipanaskan pada suhu
78oC.
• Alkohol dan air mempunyai takat didih
yang berbeza. Oleh itu, suhu
pemanasan mestilah dijaga.
• BERHATI-HATI untuk tidak
memanaskan hasil turasan melebihi
78oC supaya alkohol yang tulen dapat
diperoleh.

Suhu pemanasan tidak boleh terlalu tinggi kerana takat didih bagi • Serpihan porselin ditambahkan
alkohol hanya 78oC. untuk mengelakkan buih terbentuk.
Kondenser Liebig digunakan untuk memastikan wap terkondensasi
menjadi cecair yang dikumpul di dalam bikar iaitu alkohol tulen.
SIFAT FIZIK ALKOHOL
1. Tidak berwarna
2. Cecair pada suhu bilik
3. Mempunyai bau yang tersendiri
4. Takat didih meningkat apabila bilangan atom karbon meningkat
5. Keterlarutan dalam air berkurang apabila bilangan atom karbon meningkat
6. Mudah meruap
7. Mudah terbakar
SIFAT KIMIA ALKOHOL
1. PEMBAKARAN
• Terbakar dalam udara untuk menghasilkan karbon dioksida dan wap air.

Alkohol + Oksigen Karbon dioksida + Wap air

2. PENGESTERAN
• Bertindak balas dengan asid organik untuk menghasilkan ester dan air.
• Ester ialah sebatian kimia yang berbau harum dan digunakan dalam makanan, minyak
wangi, alat kosmetik dan sebagainya.
Alkohol + Asid organik Ester + Air
Menghasilkan nyalaan biru yang tidak berjelaga

BAHAN API

Menjadi pelarut dalam cat,


Menghasilkan antiseptik PERUBATAN INDUSTRI varnis, cecair pencuci, dll.
dan ubat batuk

KEGUNAAN
ALKOHOL

MINYAK MINUMAN Dihasilkan melalui proses


WANGI KERAS penapaian glukosa dengan
yis

KOSMETIK
Alkohol sebagai pelarut dalam pelbagai
barangan kosmetik dan minyak wangi
KESAN PENGAMBILAN ALKOHOL
SECARA BERLEBIHAN
1. Menyebabkan ketagihan
2. Wanita hamil yang banyak meminum minuman
beralkohol berisiko mengakami kecacatan pada bayi
yang dikenali sebagai sindrom fetal alkohol.
3. Merosakkan sel-sel otak, koordinasi dan sistem saraf
terjejas, hilang keseimbangan badan dan sukar
menganggar jarak
4. Penglihatan kabur
5. Kadar degupan jantung meningkat dan seterusnya
meningkatkan tekanan darah
KLIK pada gambar untuk video
6. Merosakkan sel-sel hati dan boleh membawa kepada
sirosis hati dan kanser hati
7. Merosakkan ginjal
5.4
LEMAK
LEMAK TEPU LEMAK TAK TEPU
Diperoleh daripada haiwan Diperoleh daripada tumbuhan
LEMAK

Pepejal pada suhu bilik Cecair pada suhu bilik • Sebatian karbon organik yang
Takat lebur tinggi Takat lebur rendah mengandungi karbon, hidrogen dan
oksigen.
Bilangan atom hidrogen Bilangan atom hidrogen
dalam molekul maksimum dalam molekul belum • Dibahagikan kepada lemak tepu dan
maksimum lemak tak tepu.

Tidak boleh menambah atam Boleh menambah atom


hidrogen ke dalam molekul hidrogen ke dalam molekul

PERSAMAAN
1. Sebatian organik yang mengandungi unsur karbon,
hidrogen dan oksigen
2. Tidak larut dalam air

KLIK pada gambar untuk video


KEPENTINGAN LEMAK
1. Membekalkan tenaga
2. Bertindak sebagai penebat haba dalam badan
3. Kolesterol membentuk membran sel, sintesis jus hempedu dan hormon seks
serta penghasilan vitamin D pada kulit yang terdedah kepada cahaya matahari.
4. Membantu dalam penyerapan vitamin A, D, E dan K di dalam badan.
KESAN PENGAMBILAN MAKANAN YANG MENGANDUNGI
LEMAK BERLEBIHAN TERHADAP KESIHATAN

1. Batu karang hempedu dan jaundis


• Kolesterol yang berlebihan dalam darah menyebabkan pembentukan batu karang
hempedu yang menyekat salur hempedu.
• Salur hempedu yang tersekat menyebabkan jaundis.

2. Mendapan kolesterol pada bahagian dalam dinding arteri dan aterosklerosis


• Mendapan kolesterol menyebabkan lumen arteri menjadi semakin sempit.
• Mengganggu dan menyekat aliran darah dalam keadaan yang dikenali sebagai
aterosklerosis.
• Boleh menyebabkan strok
5.5
MINYAK
SAWIT
STRUKTUR BUAH
KELAPA SAWIT
• Buah kelapa sawit terdiri daripada
tiga bahagian iaitu:
1. Sabut (mesokarp) – menghasilkan
paling banyak minyak
2. Tempurung (endokarp) – tidak
menghasilkan minyak
3. Isirung (kernel) – menghasilkan
minyak paling berkualiti
PENSTERILAN
Membunuh mikroorganisma

PENANGGALAN
Meleraikan buah kelapa sawit daripada tandannya

PENCERNAAN
Mengasingkan sabut dan isirung untuk proses secara berasingan
PROSES
PENGEKSTRAKAN SABUT (PENGEKSTRAKAN ISIRUNG (PENGEKSTRAKAN
MINYAK SAWIT (PO)) MINYAK ISIRUNG SAWIT (PKO))
MINYAK SAWIT
SECARA INDUSTRI PENURASAN PENURASAN
Mengasingkan gentian sabut daripada
Mengasingkan isirung daripada PKO
PO

PENULENAN
Stim dialirkan untuk menghilangkan
bau dan karbon yang diaktifkan untuk
menghilangkan warna

PO tulen PKO tulen


KOMPONEN DALAM MINYAK SAWIT
• Minyak sawit terdiri daripada dua bahagian iaitu gliserol dan asid lemak.

MINYAK SAWIT

GLISEROL ASID LEMAK

• Komposisi minyak sawit terdiri daripada asid lemak tepu seperti asid palmitik dan
asid stearik serta asid lemak tak tepu seperti asid oleik dan asid linoleik.
(RUJUK BUKU TEKS muka surat 164)
SIFAT KIMIA MINYAK SAWIT
1. Pengoksidaan
• Berlaku apabila molekul minyak sawit bergabung dengan oksigen dalam udara untuk
menghasilkan radikal bebas dan sebatian berbahaya kepada kesihatan manusia.

2. Hidrolisis
• Berlaku apabila molekul minyak sawit bertindak balas dengan air untuk menghasilkan
gliserol dan asid lemak.

Minyak sawit + Air Gliserol + Asid lemak

3. Pengesteran
• Berlaku apabila molekul asid lemak dalam minyak sawit bertindak balas dengan alkohol
untuk menghasilkan ester (metil ester), iaitu biodiesel minyak sawit.
PROSES PENGEMULSIAN
MINYAK SAWIT
• Proses minyak sawit dipecahkan kepada titisan
minyak sawit yang lebih kecil.
• Hal ini meningkatkan jumlah luas permukaan
minyak dan seterusnya meningkatkan kadar
pencernaan minyak sawit.

KLIK pada gambar untuk video


KANDUNGAN NUTRISI DALAM
MINYAK SAWIT

1. Mempunyai kandungan lemak tepu dan lemak tak tepu yang seimbang.
2. Kaya dengan vitamin E dan vitamin A.
3. Kaya dengan bahan antioksida seperti kerotena dan vitamin E yang
melambatkan atau menghentikan proses pengoksidaan.
4. Mengandungi kurang daripada 1% bahan-bahan seperti sterol, fosfatida,
triterfenik dan alkohol alifatik yang boleh menambah nilai nutrisi, kestabilan
dan memudahkan penapisan minyak.
KEGUNAAN MINYAK
SAWIT
1. Digunakan dalam pembuatan alat
kosmetik
2. Digunakan sebagai minyak masak,
minyak sayuran, marjerin
3. Digunakan dalam pembuatan
coklat
4. Digunakan untuk membuat
suplemen vitamin E
5. Digunakan dalam pembuatan
sabun
PENGHASILAN SABUN
• Sabun merupakan garam asid lemak yang dihasilkan daripada tindak balas antara
minyak sawit dengan alkali pekat (larutan natrium hidroksida pekat atau larutan
kalium hidroksida pekat).

Minyak sawit + Alkali Garam asid lemak (sabun) + Gliserol

• Proses penghasilan sabun dipanggil saponifikasi.


KOMPONEN
MOLEKUL SABUN
• Molekul sabun terdiri daripada dua
bahagian iaitu:
1. Bahagian kepala atau HIDROFILIK
yang larut dalam air.
2. Bahagian ekor atau HIDROFOBIK
yang tidak larut dalam air.
TINDAKAN PENCUCIAN SABUN
Apabila sabun melarut dalam air, tegangan permukaan air
berkurang

Permukaan kain dibasahi oleh air sabun

Bahagian ekor (hidrofobik) akan melarut dalam kotoran


manakala bahagian kepala (hidrofilik) melarut dalam air

Tindakan menggosok atau memberus membantu


menanggalkan kotoran bergris pada pakaian

Buih-buih sabun memerangkap titisan gris dalam air sabun KLIK pada gambar untuk video

Kotoran bergris dibuang semasa membilas bersama-sama


dengan air sabun dan buih sabun.
1. PENGGUNAAN TANAH
• Penanaman semula dijalankan untuk mengoptimumkan
penggunaan tanah

2. AIR SISA
PENGURUSAN • Air kumbahan kilang minyak sawit (Palm oil mill effluent,
LESTARI DAN POME) dijadikan baja organik dan bahan tenaga biogas
KEPENTINGANNYA 3. KUALITI UDARA
DALAM INDUSTRI • Kualiti udara meningkat melalui proses fotosintesis yang
dijalankan oleh pokok kelapa sawit
KELAPA SAWIT
4. SISA KELAPA SAWIT
• Konsep sifar sisa (zero waste) dengan menukarkan sisa
kelapa sawit kepada pelbagai jenis produk yang berguna
(rujuk buku teks m/s 170)
TAMAT BAB 5

You might also like