Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 20

UNIT 13: Elakkan Kemalangan

(Bantuan Awal)-Maklumat tambahan

Pendidikan Kesihatan Tahun 5


NAMA GURU: MOHD DZULHAFIZ SAMSUDIN

BANTUAN AWAL MELECET DAN MELECUR


(BUKU TEKS PJPK MUKA SURAT 103-104)
STANDARD KANDUNGAN

• 9.1 Pengetahuan asas pertolongan cemas dan


kemahiran bertindak dengan bijak Mengikut
situasi
• Melecet
• Melecur
STANDARD PEMBELAJARAN

•9.11 Menyatakan punca melecet dan


melecur
•9.12 Membincangkan Langkah-Langkah
bantuan awal melecet dan melecur
OBJEKTIF PEMBELAJARAN

• Pada akhir pdpr murid akan dapat,


• Membincangkan langkah-langkah
bantuan awal melecet dan melecur
Melecur & Melepuh
• Pengenalan

• Melecur merupakan kecederaan biasa yang mudah di cegah.


Melecur mudah berlaku akibat kecuaian. Kecederaaan akibat
melecur biasanya berlaku ke atas kanak-kanak kerana sifat
ingin tahu dan gerakan motor yang belum matang.
Sebab-sebab biasa melecur boleh berlaku
ialah:
• Lepuhan akibat daripada air panas atau cecair masakan.
• Objek panas seperti sterika, dapur.
• Haba daripada minyak masak yang terlampau panas, percikan api.
• Kebakaran bahan kima yang menghakis.
• Kebakaran elektrik seperti bermain dengan plug elektrik,sambungan wayar
dan soket yang terdedah.
• Terdedah terlalu lama kepada pancaran cahaya matahari.
Tanda dan gejala
• Melecur terbahagi kepada :

• Permukaan Kulit
• Ia hanya melibatkan permukaan kulit sahaja. Kulit menjadi merah dan sakit, tetapi tiada gelembung.
• Kulit Dalam
• Ia melibatkan lapisan luar kulit. Selain kulit menjadi merah, panas atau sakit, kulit juga melepuh.
• Keseluruhan Kulit
• Ia melibatkan semua lapisan kulit termasuk tisu dalaman kulit. Kulit kelihatan pucat, keras dan
menggelupas. Ia tidak menyakitkan dan mungkin terdapat kerosakan pada salur saraf.
KOMPLIKASI

• Komplikasi yang serius boleh berlaku sekiranya sebahagian besar


permukaan kulit melecur dan melibatkan bahagian dalaman kulit :

• Jangkitan – demam, bernanah, sakit yang teruk dan kulit menggelembung.

• Komplikasi jangka panjang ialah terjadinya parut.


Rawatan
• Jika sebahagian kulit sahaja yang melecur(kurang daripada saiz tapak tangan), ia boleh dirawat di rumah.

• Lucutkan pakaian yang ketat dan barang hiasan dengan berhati-hati.


• Siram kawasan yang melecur di bawah aliran air selama lebih kurang 15 minit.
• Sapukan krim atau losyen yang sesuai.
• Jangan sesekali menggunakan minyak gris, mentega, minyak rambut atau ubat gigi yang mana ianya boleh
menyebabkan jangkitan.
• Minum ubat paracetamol (sirap) untuk mengurangkan kesakitan.
• Jangan pecahkan gelembung. Sekiranya ia pecah, biarkan sahaja.
• Anda perlukan imunisasi untuk menghalang tetanus. Dapatkan khidmat doktor.
Rawatan lanjutan di hospital perlu diambil
sekiranya :
• Keseluruhan kulit terbakar.
• Kulit yang melecur melebihi saiz tapak tangan mangsa.
• Jika ia melibatkan bahagian mulut, tekak, mata, telinga, muka atau kawasan kelamin.
• Melecur disebabkan bahan-bahan kimia.
• Melecur akibat renjatan elektrik.
• Terjadi kepada kanak-kanak yang mempunyai alahan.
• Ikut arahan bagi tahap melecur dan melepuh yang dialami. Balut kawasan yang melecur dan melepuh
dengan kain yang bersih atau pembalut. Anak anda memerlukan suntikan tetanus sekiranya belum
pernah mendapatkan suntikan tersebut sebelum ini atau suntikan terakhir yang diterima adalah lebih
daripada 5 tahun.
Pencegahan
• Jauhkan kanak-kanak daripada dapur yang panas, air panas dan barang-barang elektrik.
• Jangan biarkan kanak-kanak dalam ‘baby walker’ di kawasan dapur.
• Jangan mendukung anak kecil ketika memasak.
• Jangan membawa masakan panas ketika anak-anak berada berhampiran.
• Jauhkan mancis, pemetik api dan rokok daripada kanak-kanak.
• Jangan biarkan anak-anak bermain dengan barangan elektrik di rumah.
• Jangan biarkan wayar barangan elektrik berjuntai dan simpan sterika panas di tempat yang selamat.
• Jangan gunakan alas meja kerana kanak-kanak kecil boleh menariknya jatuh.
Pemulihan
• Rawatan urutan kanak-kanak dan rawatan terapi bergantung pada tahap
kecederaan.
• Sesetengan kecederaan memerlukan rawatan seperti pembedahan untuk
menampal kulit.
LATIHAN PADA HARI NI

• https://wordwall.net/play/20027/792/496
SEKIAN TERIMA KASIH

You might also like