Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

KELAB PENCEGAHAN JENAYAH

SK ST.MARY,SIBU
Ikrar
Kami,
Ahli-ahli Kelab Pencegahan Jenayah,
Malaysia
Berikrar,
Bahawa Kami Akan Berusaha,
Menjadi Ahli Yang Sentiasa Mematuhi,
Peraturan dan Perlembagaan Kelab,
Peraturan Sekolah dan
Undang-undang negara
Demi Memartabatkan Nama Baik Kelab dan Sekolah,
Berlandaskan,
Taat dan Patuh Kepada Ajaran Agama,
Taat dan Patuh Kepada Perlembagaan Kelab dan,
Taat dan Patuh Kepada Peraturan Sekolah,
Kami Berjanji,
Akan Sentiasa Berusaha Menjadi Ahli Yang Berketerampilan,
Berakhlak Mulia, Bertanggungjawab, amanah,
Dan adil Dalam Melaksanakan Tanggungjawab.
Kami Berjanji,
Akan Cuba Sedaya Upaya Untuk,
Mencegah, Menghindari dan Memerangi Jenayah,
Demi Untuk Kesejahteraan Seluruh Warga Malaysia.
Lagu

Kelab Pencegahan Jenayah


Sekolahku Yang Tercinta
Menjunjung Rukun Negara
Mendukung Peraturan Sekolah

Walau Di Mana Kami Berada


Kami tetap Tunaikan Amanah, Tanggungjawab
Yang Diberi
Bermoral Beretika

Walau Di mana Kami Berada


Kami Tetap Tunaikan Amanah, Tanggunjawab
Yang Diberi
Bermoral Beretika

C/O MARI CEGAH JENAYAH


Semua Hindari Bersama
Mari Perangi jenayah
Tanggungjawab Kita Semua

MARI CEGAH JENAYAH


Semua Hindari Bersama
Mari Perangi Jenayah
HIDUP BEBAS AMAN MERDEKA (2X)
HIDUP BEBAS…………. AMAN MERDEKA ………….!
Latar Belakang KPJ
Kelab Pencegahan Jenayah ialah kelab yang ditubuhkan di semua
sekolah rendah dan sekolah menengah kerajaan merujuk kepada
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 5/2006, Kementerian Pelajaran
Malaysia.

Matlamat Penubuhan KPJ


1. Membangkitkan kesedaran dan kepekaan murid-murid terhadap
kemungkinan wujudnya gejala antisosial di sekeliling mereka.

2. Mewujudkan kerjasama yang erat di antara pihak sekolah dan


pihak polis dalam usaha mencegah perbuatan jenayah sama ada di
dalam atau di luar sekolah.

3. Membentuk komuniti murid yang mempunyai kesedaran tinggi


terhadap aspek pencegahan jenayah dan mempunyai kefahaman
tentang penguatkuasaan undang-undang dalam konteks mewujudkan
masyarakat yang harmoni dan aman.
Objektif KPJ
1. Melahirkan kesedaran dan rasa tanggungjawab dalam
pencegahan jenayah.
2. Menanamkan nilai-nilai moral yang tinggi di kalangan murid.
3. Menimbulkan kesedaran bahawa pencegahan adalah lebih
baik daripada memerangi jenayah.
4. Menyediakan garis panduan tentang cara-cara pencegahan
dan menjalankan aktiviti yang bersesuaian.
5. Melahirkan murid-murid yang bertanggungjawab dalam hal
menangani jenayah demi agama, bangsa dan negara.
VISI

Matlamat penubuhan Kelab Pencegahan


Jenayah di sekolah adalah untuk membentuk
komuniti murid yang mempunyai kesedaran
tinggi terhadap aspek pencegahan jenayah
dan mempunyai kefahaman tentang
penguatkuasaan undang-undang dalam
konteks mewujudkan masyarakat yang
harmoni dan aman.
MISI

Melahirkan kesedaran dan rasa tanggungjawab dalam


pencegahan jenayah.
Menanamkan nilai-nilai moral yang tinggi dalam
kalangan murid.
Menimbulkan kesedaran bahawa pencegahan adalah
lebih baik daripada memerangi jenayah.
Menyediakan garis panduan tentang cara-cara
pencegahan dan menjalankan aktiviti yang berfaedah.
Melahirkan murid yang bertanggungjawab kepada
agama, bangsa dan negara dalam hal menangani
jenayah.

Moto KPJ“Mencegah lebih baik daripada


Memerangi”

You might also like