Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 19

PEMUPUKAN KEKREATIFAN

-Kreativiti mesti dipupuk untuk mencapai kehidupan yang


sempurna.
-Sekolah merupakan tempat peringkat awal bagi memupuk kreativiti
kanak-kanak.
-kebijaksanaan seseorang melalui kreativitinya diharap dapat
menggalakkan penyelesaian pelbagai masalah dalam kehidupan
masyarakat
PEMUPUKAN KEKREATIFAN

-Pemikiran kreatif ialah penggunaan cara berfikir untuk


mengembangkan, memodifikasikan atau mereka cipta sesuatu yang
baru.

-Kemahiran berfikir secara kreatif merangkumi 2 komponen yang


utama iaitu

:- Kemahiran menjana iaitu mencipta idea-idea baru

:- Kemahiran mencantum atau memodifikasikan idea-idea yang sedia


ada.
MEMBENTUK ARAH KENDIRI PELAJAR
• Sekolah perlu memberi tumpuan yang lebih kepada arah kendiri pelajar.

• Guru boleh menjadikannya sebagai amalan, iaitu guru merupakan pemudah cara dan
pembimbing.

• Peranan yang sesuai dimainkan oleh guru ialah sebagai fasilitator dan pendorong agar
memotivasikan pelajar menggunakan cara pembelajaran sendiri untuk mencapai tahap
kesempurnaan diri

• Sekolah juga berperanan di atas pembinaan sikap pelajar


MEMBANTU KEMAJUAN PERWATAKAN

Sekolah memainkan peranan utama dalam dalam membentuk


perwatakan pelajar. Ini kerana masa pelajar banyak dihabiskan
di sekolah berbanding bersama keluarga.

Contoh: Kebanyakan keluarga hanya melibatkan diri dalam


aktiviti di organisasi agama untuk satu jam seminggu. Maka
sekolahlah yang memberi lebih kebebasan untuk
membincangkan masalah yang dihadapi oleh pelajar.
PENCAPAIAN INTELEK YANG TINGGI

Sekolah berperanan sebagai tempat untuk memupuk dan meningkatkan tahap


pencapaian intelek pelajar dari peringkat kanak-kanak. Keadaan ini
membolehkan pelajar menggunakan tahap intelek mereka untuk mencapai tahap
kualiti hidup yang dikehendaki serta mencapai kepuasan hidup.

Contoh:- Pelajar yang berjaya dalam SPM akan mudah mendapat tempat di
IPT. Seterusnya akan mudah memperolehi pekerjaan dan akhirnya memperolehi
kesenangan hidup.
PENGEKALAN PERSEKIRAN HUMANISTIK

- Generasi muda memerlukan persekitaran humanistik bagi proses pembelajaran


harian.

- Perlu didedahkan pengalaman dan nilai baik dalam segala perkara di sekeliling.

- Suasana masyarakat yang aman dan penyayang boleh membantu dalam


pembentukan watak baik di kalangan mereka.

- Perlulah sentiasa berada dalam persekitaran yang mempunyai persaingan agar


mereka terus memperkembangkan potensi diri mereka.
REKABENTUK KURIKULUM
BERORIENTASIKAN INDIVIDU
(Model Humanistik)
REKABENTUK KURIKULUM
BERORIENTASIKAN INDIVIDU

• Ia perlulah dapat menyesuaikan keperluan pelajar-pelajar secara berterusan.


1. Rekabentuk Kepelbagaian

• Rekabentuk yang dapat memenuhi keperluan pelajar.


• Biasanya, golongan guru yang terlibat dalam
pembentukannya.

• Mereka juga diberi peluang untuk membuat


pengubahsuaian dan menjadikan proses pembelajaran
lebih berkesan
2. Rekabentuk Mata Pelajaran

• Kurikulum disusun berdasarkan mata pelajaran.


• Dari tahap yang rendah kepada tahap yang lebih tinggi.
• Fokus: Guru.
• Sumber utama: Buku Teks
2. Rekabentuk Mata Pelajaran

• Kaedah: Penghafalan.
• Penilaian: Melalui ujian dan dilaporkan melalui rekod
yang menunjukkan gred pencapaian pelajar.
3. Rekabentuk Aktiviti

• Kurikulum ini disusun berdasarkan minat pelajar secara


psikologi.

• Fokus: Perkembangan sepenuhnya pelajar.


• Sumber: Pengalaman.
• Kaedah: Penyelesaian masalah di kalangan pelajar.
• Penilaian: Gambaran peribadi pelajar sebagai individu
yang unik.
4. Rekabentuk ‘Core’

• Kurikulum ini disusun mengikut keperluan masalah sosial.


• Fokus: Membantu pelajar memahami dan mengadaptasi dunia
sekeliling.

• Sumber: Masalah masyarakat.


• Kaedah: Penyelesaian masalah ke atas masalah yang
berorientasikan masyarakat.

• Penilaian: Gambaran pelajar sebagai penyumbang dalam


kumpulan dan insan yang telah disosialisasikan.
5. Rekabentuk Konsep Berterusan

• Menekankan kesinambungan antara konsep dengan mata


pelajaran.

• Kadang-kala sesuatu kurikulum akan melangkaui


batasan mata pelajaran dan membentuk kurikulum
bersepadu.
• Dalam konteks pendidikan Malaysia, kurikulum
bersepadu ini menjadi teras dalam sistem pendidikan
yang anggota masyarakatnya terdiri daripada pelbagai
kaum.
6. Rekabentuk Humanistik

• Melahirkan manusia profesional yang mempunyai kesedaran


humanistik dalam penyelarasan program harian mereka.
• Model Humanistik merangkumi:

1. persediaan untuk gaya pengajaran


2. keutamaan isi kandungan
3. pilihan bidang pelajaran
4. rancangan pengajaran dan pembelajaran
5. penyelesaian masalah
6. fleksibiliti perancangan
7. perancangan kajian semula dan tindakan terhadap sesuatu program
8. artikulasi

You might also like