Professional Documents
Culture Documents
Content Standard 5 Implement Safety Measures
Content Standard 5 Implement Safety Measures
Content Standard 5 Implement Safety Measures
FUNCTION
SEMESTER 4/ TAHUN 2 SVM ETE
PN. SITI ROSLIDA BINTI MUHAMMAD YUSOF
CONTENT STANDARD 5: IMPLEMENT SAFETY MEASURES
(MELAKSANAKAN LANGKAH KESELAMATAN)
Pengenalpastian hazard bermakna pengenalpastian kejadian yang tidak diingini atau syarat-syarat yang
membawa kepada pewujudan mekanisme bahaya yang membolehkan kejadian yang tidak diingini itu
berlaku.
CONTENT STANDARD 5: IMPLEMENT SAFETY MEASURES
(MELAKSANAKAN LANGKAH KESELAMATAN)
• Menurut OHSA 18002, risiko adalah gabungan kemungkinan (kebarangkalian) dan akibat sesuatu
peristiwa berhazard berlaku. Risiko juga boleh ditakrifkan sebagai gabungan-gabungan faktor-faktor
kebarangkalian berlakunya peristiwa malang, dedahan dan impak kemalangan tersebut.
Kebarangkalian di sini bermaksud cara kemalangan itu berlaku.
CONTENT STANDARD 5: IMPLEMENT SAFETY MEASURES
(MELAKSANAKAN LANGKAH KESELAMATAN)
• Bahaya lebih menerangkan dedahan relatif seseorang kepada hazard. Perkataan ini lebih bersifat
perkataan yang menerangkan atau menunjukan sesuatu keadaan risiko. Misalnya, seseorang yang
sentiasa terdedah kepada hazard berada di dalam keadaan lebih berbahaya berbanding dengan
seseorang yang tidak terdedah kepada hazard.
CONTENT STANDARD 5: IMPLEMENT SAFETY MEASURES
(MELAKSANAKAN LANGKAH KESELAMATAN)
• Perhubungan di antara hazard, risiko dan bahaya lebih mudah diterangkan dengan menggunakan contoh.
Asid hidroklorik pekat adalah hazard kimia kerana sifat intrinsik korosifnya yang berpotensi mengakibatkan
kemudaratan kepada kesihatan manusia dan kerosakan kepada sesetengah bahan. Risiko percikan asid
ke muka pekerja adalah tinggi bagi mereka yang tidak memakai perisai muka berbanding dengan mereka
yang memakainya. Bahaya jika mempipet asid dengan hidroklorik dengan mulut.
CONTENT STANDARD 5: IMPLEMENT SAFETY MEASURES
(MELAKSANAKAN LANGKAH KESELAMATAN)
• Sistem pengurusan risiko keselamatan dan kesihatan pekerjaan adalah berkenaan mengurus risiko yang
berkaitan dengan pekerja, aktiviti dan suasana kerjanya. Oleh kerana terdapat terlalu ramai pekerja, aktiviti
dan berbagai suasana kerja serta kombinasi ketiga-tiganya, maka pengurusannya hanya boleh dibuat
melalui suatu sistem pengurusan. Risiko keselamatan dan kesihatan di tempat kerja melibatkan empat
peringkat utama yang berlaku secara berturutan dan saling memberikan input untuk memastikan
pengurusan yang berkesan.
CONTENT STANDARD 5: IMPLEMENT SAFETY MEASURES
(MELAKSANAKAN LANGKAH KESELAMATAN)
• a)Mengenalpasti hazard
HIRARC
• b)Menilai risiko
• c)Mengawal risiko
• d)Mengukur pencapaian
Rujuk di sini
CONTENT STANDARD 5: IMPLEMENT SAFETY MEASURES
(MELAKSANAKAN LANGKAH KESELAMATAN)
• Peringkat pertama melibatkan proses mengenalpasti hazard yang ada di tempat kerja atau di dalam
tugas. Hazard yang telah dikenalpasti dinilai risikonya secara kuantitatif atau kualitatif dan ditentukan
samada risiko tersebut boleh diterima, berada di dalam had terima atau sebaliknya. Keputusan
seterusnya ialah mengambil langkah-langkah mengawal risiko berada di tahap yang baik, pencapaian
pengurusan perlu dipantau dan diukur. Maklumbalas yang diterima dari pengukuran pencapaian
digunakan di setiap peringkat system pengurusan agar segala perubahan kawalan yang lebih sesuaian
CONTENT STANDARD 5: IMPLEMENT SAFETY MEASURES
(MELAKSANAKAN LANGKAH KESELAMATAN)
• Berdasarkan takrifan hazard (di atas) kita akan dapati berbagai-bagai jenis hazard yang boleh ditemui di
dalam sesuatu tugas atau tempat kerja. Jika kita diminta menyenaraikan hazard-hazard ini, biasanya
kita akan terfokus kepada apa yang biasa kita lihat, nyata dan mengakibatkan maut atau kecederaan
sahaja. Oleh kerana terlalu banyak hazard yang ada, di sini kita akan menyentuh hanya yang berikut:
• (i) hazard fizikal
• (ii) hazard kimia
• (iii) hazard biologikal
• (iv) hazard ergonomik
CONTENT STANDARD 5: IMPLEMENT SAFETY MEASURES
(MELAKSANAKAN LANGKAH KESELAMATAN)
Hazard Fizikal
• Hazard fizikal ialah hazard yang bahaya berpunca dari mesin dan peralatan yang digunakan. Sesuatu
mesin dan peralatan dianggap merbahaya jika:
• a. Direka tidak selamat dan tidak sempurna.
• b. Tidak diselenggara dengan baik
• c. Dijalankan oleh pekerja tidak terlatih
• d. Digunakan bukan untuk kerja sebenar
• e. Digunakan dalam keadaan yang berbeza-beza
• f. Ditukar/dipinda secara haram
• g. Pekerja tidak bersedia atau tidak menumpukan perhatian semasa menggunakannya
CONTENT STANDARD 5: IMPLEMENT SAFETY MEASURES
(MELAKSANAKAN LANGKAH KESELAMATAN)
Hazard Kimia
• Antara kemalangan industri yang dilaporkan ialah kecederaan akibat sentuhan dan terhidu
bahan kimia. Bahan kimia yang digunakan di kilang-kilang adalah merbahaya dan boleh
menyebabkan kecederaan jika terdedah tanpa dilindungi. Bahan-bahan kimia seperti asid,
alkali, gas, pelarut, simen, getah sintetik, gentian kaca dan pelekat adalah bahan yang
merbahaya dan perlu diambil langkah-langkah keselamatan apabila mengendalikannya.
CONTENT STANDARD 5: IMPLEMENT SAFETY MEASURES
(MELAKSANAKAN LANGKAH KESELAMATAN)
Hazard Kimia
• Bagi sesetengah individu, habuk kayu dan minyak semulajadi dari haiwan boleh
menyebabkan tindakbalas pada kulit. Antara kesannya ialah kulit akan melecur, melepuh,
terbakar dan akan meninggalkan kesan parut. Bahagian lain yang mudah terdedah pada
bahan kimia ialah mata, hidung, kerongkong serta bahagian atas saluran pernafasan. Kesan
bahan kimia adalah bergantung kepada nilai pH, kepekatan, tempoh dedahan dan sifat
tindak balas sesuatu bahan kimia.
CONTENT STANDARD 5: IMPLEMENT SAFETY MEASURES
(MELAKSANAKAN LANGKAH KESELAMATAN)
Hazard Biologikal
• Pekerja yang terlibat dengan analisis spesimen biologi biasanya akan terdedah kepada
jangkitan penyakit. Tahap bahaya sesuatu spesimen biologi adalah berbeza-beza mengikut:
Hazard Biologikal
• Laluan masuk ke dalam anggota badan adalah:
• a) penyerapan, terjadi melalui luka dan calar pada kulit, menyerap masuk melalui
kulit atau mata, sentuhan dengan tangan atau perkakas yang tercemar
• b) inokulasi terus terjadi dengan alat kaca yang pecah, jarum dan lain-lain di mana
agen penjangkit boleh masuk terus ke dalam darah.
• c) Penelanan melalui mulut boleh terjadi dengan menghisap rokok, makan, menggigit
kuku dan makan tanpa mencuci tangan
• d) Pembentukan aerosol, hasil daripada pelbagai prosedur makmal seperti tumpahan,
pengemparan, pengoncangan, penghomogenan, pembakaran dan percikan.
CONTENT STANDARD 5: IMPLEMENT SAFETY MEASURES
(MELAKSANAKAN LANGKAH KESELAMATAN)
Hazard Ergonomik
c) Aduan/laporan/cadangan
Seseorang pengurus biasanya ditugaskan mengurus aktiviti dan proses kerja
yang luas dan kadangkala umum skopnya. Keadaan ini mungkin menyukarkan
mereka mengenalpasti semua hazard yang berkaitan dengan setiap proses
kerja di dalam kawalanya. Hazard baru juga boleh timbul akibat perubahan
struktur, proses dan sistem kerja dan mesin. Keadaan ini membuat seorang
pengurus memerlukan bantuan pekerja di bawahnya untuk mengenalpasti
hazard.
CONTENT STANDARD 5: IMPLEMENT SAFETY MEASURES
(MELAKSANAKAN LANGKAH KESELAMATAN)
b. Kedudukan mangsa
• mangsa yang tertiarap hendaklah ditelentangkan di atas permukaan rata dan keras
CONTENT STANDARD 5: IMPLEMENT SAFETY MEASURES
(MELAKSANAKAN LANGKAH KESELAMATAN)
i. 4 kitaran lengkap
• Lakukan 2 hembusan pernafasan diikuti dengan 15 kali tekanan berturut-turut sebanyak 4
kitaran
CONTENT STANDARD 5: IMPLEMENT SAFETY MEASURES
(MELAKSANAKAN LANGKAH KESELAMATAN)
i. 4 kitaran lengkap
• Lakukan 2 hembusan pernafasan diikuti dengan 15 kali tekanan berturut-turut sebanyak 4
kitaran
CONTENT STANDARD 5: IMPLEMENT SAFETY MEASURES
(MELAKSANAKAN LANGKAH KESELAMATAN)
k. Baringkan pemulihan
• Baringkan mangsa dalam kedudukan pemulihan
Cardiopulmonary resuscitation (CPR)
CPR atau ‘Cardiopulmonary Resuscitation’ adalah satu kaedah rawatan
pemulihan sistem jantung (cardio) dan paru-paru / penafasan (pulmonary)
dengan cara memastikan bekalan darah dan oksigen dapat diteruskan ke
seluruh tubuh seseorang yang mengalami serangan jantung di mana ianya
telah berhenti berdenyut dan berfungsi secara normal.
Rujukan Manual CPR untuk Komuniti
CONTENT STANDARD 5: IMPLEMENT SAFETY MEASURES
(MELAKSANAKAN LANGKAH KESELAMATAN)
Lazimnya mangsa yang terkena renjatan elektrik tidak sedarkan diri, hilang daya pernafasan
dan terkena denyutan jantung
Bahagian badan mangsa yang terkena renjatan elektrik akan kelihatan kesan terbakar dan
berkemungkinan mengalami kecederaan dalaman
CONTENT STANDARD 5: IMPLEMENT SAFETY MEASURES
(MELAKSANAKAN LANGKAH KESELAMATAN)
2. Gunakan bahan bukan pengalir untuk mengalihkan pengalir yang masih hidup. Lebih lama
arus mengalir ke tubuh mangsa akan menyebabkan denyutan jantung terhenti
Keselamatan
Diri
CONTENT STANDARD 5: IMPLEMENT SAFETY MEASURES
(MELAKSANAKAN LANGKAH KESELAMATAN)
CONTENT STANDARD 5: IMPLEMENT SAFETY MEASURES
(MELAKSANAKAN LANGKAH KESELAMATAN)
Renjatan Elektrik
Arus Kesan
1 mA Renjatan ringan
Renjatan kuat hingga menyebabkan
lecur dan hilang kawalan otot
10mA
Lecur
Menampakkan tanda kemerah-kemerahan
Tahap 1 pada kulit
Menyebabkan kulit menggelembung dan
Tahap 2 mengandungi cecair
Lecur hingga ke bahagian tubuh yang
menyebabkan kegagalan otot
Tahap 3 Tahap yang paling teruk serta memerlukan
rawatan pakar untuk memulihkan mangsa
CONTENT STANDARD 5: IMPLEMENT SAFETY MEASURES
(MELAKSANAKAN LANGKAH KESELAMATAN)
Kebakaran
Kebakara Jenis kebakaran
n
Kelas A Bahan pepejal berunsur organik seperti kayu,
kertas, kain dan sebagainya
Kelas B Terdiri daripada bahan cecair iaitu minyak,
petrol, diesel, turpetin dan yang seumpamanya
Kelas C Berpunca daripada gas seperti metana, butana
dan sebagainya
Kelas D Terdiri daripada kebakaran logam
CONTENT STANDARD 5: IMPLEMENT SAFETY MEASURES
(MELAKSANAKAN LANGKAH KESELAMATAN)
Letupan
·Berpunca daripada litar pintas antara kabel hidup dan
neutral
·Letupan kuat boleh menyebabkan kebakaran besar,
kehilangan nyawa dan kemusnahan harta benda
CONTENT STANDARD 5: IMPLEMENT SAFETY MEASURES
(MELAKSANAKAN LANGKAH KESELAMATAN)
CONTENT STANDARD 5: IMPLEMENT SAFETY MEASURES
(MELAKSANAKAN LANGKAH KESELAMATAN)
MERAWAT MANGSA RENJATAN
ELEKTRIK
Keperluan pematuhan ini adalah kepada semua produk KPD yang digunakan di tempat kerja,
termasuk produk KPD yang diimport dan buatan tempatan. Untuk mendapatkan kelulusan,
semua KPD mesti mempunyai laporan ujian jenis penuh dan lesen pensijilan produk dari
Badan Pemeriksa / Persijilan Bebas yang dilantik oleh DOSH iaitu SIRIM Qas International
Sdn Bhd.
Kelengkapan Pelindungan Peribadi adalah kelengkapan yang diperlukan untuk memberikan
perlindungan kepada pemakainya daripada hazard yang sedang ditangani. Antara contoh
kelengkapan ini termasuklah baju kalis api
Kelengkapan Perlindungan Peribadi yang biasa digunakan dalam operasi kecemasan. Oleh
kerana kelengkapan ini merupakan benteng terakhir bagi pemakainya daripada bencana
hazard, maka adalah penting kelengkapan ini dipilih dan digunakan mengikut spesifikasi
pembuatan dan kegunaannya yang berkesan.
CONTENT STANDARD 5: IMPLEMENT SAFETY MEASURES
(MELAKSANAKAN LANGKAH KESELAMATAN)
CONTENT STANDARD 5: IMPLEMENT SAFETY MEASURES
(MELAKSANAKAN LANGKAH KESELAMATAN)
Goggle pula lebih tahan hentakan dan diperolehi dalam bentuk cermin
berwarna dan ianya melindungi seluruh kawasan mata dari bahaya yang
datang dari semua arah.
CONTENT STANDARD 5: IMPLEMENT SAFETY MEASURES
(MELAKSANAKAN LANGKAH KESELAMATAN)
i. Untuk memberikan perhatian yang munasabah bagi keselamatan dan kesihatan dirinya dan orang lain yang
mungkin terjejas oleh tindakan atau peninggalannya semasa bekerja.
ii. Untuk bekerjasama dengan majikannya atau mana-mana orang lain dalam menunaikan apa-apa kewajipan atau
kehendak yang dikenakan ke atas majikan atau orang lain melalui akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat
di bawahnya.
iii. Untuk memakai atau menggunakan pada sepanjang masa apa-apa kelengkapan atau pakaian perlindungan yang
disediakan oleh majikan bagi maksud mencegah apa-apa risiko kepada keselamatan dan kesihatannya.
iv. Untuk mematuhi apa-apa arahan atau langkah tentang keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang
diperkenalkan oleh majikannya atau mana-mana orang lain melalui atau di bawah akta ini atau mana-mana
peraturan yang dibuat di bawahnya.
v. Seseorang yang melanggar peruntukan seksyen ini adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan,
boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau
kedua-duanya.
CONTENT STANDARD 5: IMPLEMENT SAFETY MEASURES
(MELAKSANAKAN LANGKAH KESELAMATAN)
5.4 AKTA KESELAMATAN & KESIHATAN PEKERJAAN (AKKP)
KEWAJIPAN PEKERJA, PEGAWAI KESELAMATAN DAN KESIHATAN (SHO) DAN
JAWATANKUASA KESELAMATAN DAN KESIHATAN
b) Penubuhan Jawatankuasa Keselamatan Dan Kesihatan di tempat kerja
i. Tiap-tiap majikan hendaklah menubuhkan Jawatankuasa Keselamatan Dan Kesihatan di tempat kerja
mengikut seksyen ini jika [Rujuk kepada ACT 514, Part VII, Section 30(1) ] :terdapat empat puluh orang atau
lebih diambil kerja di tempat kerja; atau Ketua Pengarah mengarahkan penubuhan jawatankuasa
sedemikian di tempat kerja.
ii. Keanggotaan Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan yang ditubuhkan di bawah Seksyen 30(1) Bahagian
VII Akta 514, pemilihan atau perlantikan pekerja ke jawatankuasa itu, kuasa anggota-anggota jawatankuasa
itu dan apa-apa perkara lain yang berhubungan dengan penubuhan atau prosedur jawatankuasa itu hendaklah
sebagaimana yang ditetapkan.
iii. Setiap majikan hendaklah berunding dengan jawatankuasa keselamatan dan kesihatan untuk membuat dan
menyenggara perkiraan yang akan membolehkannya dan pekerja-pekerjanya bekerjasama dengan berkesan
dalam menggalakkan dan membangunkan langkah-langkah untuk memastikan keselamatan dan kesihatan
pekerja-pekerja di tempat kerja serta dalam mengukur keberkesanan langkah-langkah itu
iv. Seseorang yang melanggar peruntukan seksyen ini adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan
boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan
atau kedua-duanya.
CONTENT STANDARD 5: IMPLEMENT SAFETY MEASURES
(MELAKSANAKAN LANGKAH KESELAMATAN)
5.4 AKTA KESELAMATAN & KESIHATAN PEKERJAAN (AKKP)
KEWAJIPAN PEKERJA, PEGAWAI KESELAMATAN DAN KESIHATAN (SHO) DAN
JAWATANKUASA KESELAMATAN DAN KESIHATAN
c) Fungsi Jawatankuasa Keselamatan Dan Kesihatan
i. Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan yang ditubuhkan dl tempat kerja menurut Seksyen 30
Akta 514 :
ii. Hendaklah sentiasa mengkaji semula langkah-langkah yang diambil untuk memastikan
keselamatan dan kesihatan pekerja di tempat kerja.
iii. Hendaklah menyiasat perkara-perkara berikut di tempat kerja :-
• yang dianggap oleh anggota jawatankuasa itu atau orang yang diambil bekerja di tempat itu tidak
selamat atau memberi risiko kesihatan dan
• yang telah diadukan untuk perhatian majikan.
iv. Hendaklah cuba menyelesaikan apa-apa perkara yang dlsebut dalam perenggan (ii) di atas dan jika
ia tidak berupaya berbuat demikian hendaklah meminta Ketua Pengarah supaya menjalankan suatu
pemeriksaan di tempat kerja bagi maksud Itu.
v. Hendaklah mempunyai apa-apa fungsi lain yang boleh ditetapkan oleh majikan.
CONTENT STANDARD 5: IMPLEMENT SAFETY MEASURES
(MELAKSANAKAN LANGKAH KESELAMATAN)
CONTOH
TEMPAT KERJA
KEMALANGAN DI
OBJEK
- TERJATUH
- TERGELINCIR
- BERLANGGAR
- MELETUP
- TERBAKAR