Leftenan Adnan (Peristiwa)

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 17

LEFTENAN

ADNAN
WIRA BANGSA
(Abdul Latip bin Talib)
Tema
Keberanian seorang askar Melayu semasa mempertahankan tanah air
daripada dijajah oleh kuasa asing.

Peristiwa/bukti:

Bukti yang pertama ialah keberanian dalam usaha untuk mempertahankan negara daripada
dijajah oleh tentera Jepun. Leftenan Adnan berani berjuang menentang tentera Jepun sehingga ke
titisan darah yang terakhir walaupun tanpa senjata.

Selain itu, keberanian Leftenan Adnan menganggotai barisan ketenteraan askar Melayu. Beliau
sanggup menjalani latihan sebagai tentera yang keras dan penuh disiplin sehinggakan akhirnya
Leftenan Adnan berjaya muncul sebagai rekrut terbaik.

Seterusnya, keberanian untuk mematahkan serangan tentera Jepun. Leftenan Adnan tidak
menyerah kalah serta tidak gentar walaupun pihak Jepun menyuruh beliau untuk menyerah diri dan
membedil kubu dari udara. Keberanian Leftenan Adnan telah menaikkan semangat juang askar Melayu.
Binaan Plot
Permulaan:

Pengarang menceritakan kehidupan Leftenan Adnan semasa kecil yang membesar bawah jagaan
bapanya Pak Saidi dan Mak Milah. Adnan mendapat pendidkan awal di sekolah Inggeris di pekan
Sungai Ramal sebelum memasuki kem tentera di Port Dickson untuk melayakkannya menjadi
askar Melayu. Dia berkahwin dengan Sophia dan mendapat tiga orang anak sebelum Perang
Dunia Kedua.

Perkembangan:

Perkembangan cerita bermula apabila Jepun mula mendarat di Kota Bharu dan tercetusnya
Perang Dunia Kedua. Leftenan Adnan dan kumpulannya daripada Kompeni C diarahkan ke Pasir
panjang dan Bukir Candu bagi menyekat kemaraan tentera Jepun yang ketika itu sudahpun
berjaya menguasai beberapa tempat di Tanah Melayu. Pasir Panjang dan Bukit Candu
merupakan laluan ke Alexandria yang merupakan depot penyimpanan peluru dan hospital tentera.
Di Pasir Panjang pasukan Leftenan Adnan berjaya menembak mati beberapa orang tentera Jepun
sehingga memaksa tentera Jepun berundur. Namun begitu kedatangan semula pasukan tentera
Jepun dengan bilangan yang lebih ramai menyebabkan askar dalam Kompeni C berjuang bermati-
matian sehingga kehabisan peluru.
Binaan Plot
Klimaks:

Pertahanan di Bukit Candu semakin meruncing kerana askar Melayu terus diasak oleh tentera
Jepun. Askar Melayu terus berjuang dan tidak menyerah kalah. Ketika itu peluru hampir habis
dan banyak askar Melayu terkorban sedangkan tentera Jepun semakin ramai menghampiri Bukit
Candu. Semua askar Melayu terkorban dan Leftenan Adnan turut tercedera. Tentera Jepun telah
berjaya menawan Leftenan Adnan lalu diserkup dengan guni. Tentera Jepun kemudiannya telah
menggantungkan Leftenan Adnan yang cedera parah itu pada dahan pokok ceri lalu ditikam
bertubi-tubi oleh setiap tentera Jepun dengan bayonet sehingga mayatnya hancur.
Peleraian:

Pada 15 Ogos 1945 Jepun telah menyerah kalah dengan pengeboman Hirosyima dan Nagasaki.
Sophia membesarkan anak-anaknya dengan mengerjakan sawah dan memotong getah sebelum
berkhidmat semula sebagai guru di sekolah Sungai Ramal. Akhirnya Sophia berkahwin dengan
Ustaz Ridwan dan berpindah ke Melaka.
Peristiwa Menarik
1) Sewaktu Leftenan Adnan berani mempertahankan tanah air.

- Leftenan Adnan berani berjuang menentang tentera Jepun sendirian sehingga ke titisan
darah yang terakhir walaupun tanpa senjata.

2) Semasa Leftenan Adnan bijak mengesan taktik musuh.

- Leftenan Adnan bijak membaca helah tentera Jepun walaupun mereka menyamar
sebagai askar India dengan memakai turban ketika cuba menyerang askar Melayu.

3) Sewaktu Leftenan Adnan menyertai bidang ketenteraan.

- Leftenan Adnan yang bertugas sebagai guru sanggup meninggal kerjayanya untuk
memasuki bidang ketenteraan demi berjuang mempertahankan tanah air.
Konflik/Cabaran & Penyelesaian
- Konflik dengan ibunya berkaitan cita-citanya Adnan meredakan konflik ini dengan menjadi
untuk menjadi askar. seorang guru di Sekolah Sungai Ramal. Namun,
selepas setahun berkhidmat sebagai guru,
Bukti peristiwa: beliau mengambil keputusan untuk menyertai
Selepas tamat belajar, Adnan menyuarakan Rejimen Askar Melayu. Adnan meleraikan
hasrat untuk menjadi askar kepada kedua ibu konflik dengan memujuk ibunya serta
bapanya. Pak Saidi menerima baik cita-cita menjelaskan niat suci untuk berbakti pada
tersebut namun, Mak Milah tidak bersetuju negara tercinta. Akhirnya, Mak Milah merestui
dengan hasrat Adnan. Mak Milah lebih pemergian Adnan untuk menjadi askar dan
berbangga jika Adnan bekerja di pejabat atau menjalani latihan sebagai tentera.
menjadi seorang guru.

- Konflik dengan strategi serangan tentera Konflik ini dapat ditangani oleh Leftenan Adnan
Jepun. melalui kebijaksaannya yang berjaya mengesan
teknik penyamaran tentera Jepun dengan
Bukti peristiwa: mengamati senjata mereka serta formasi
Leftenan Adnan telah menghadapi serangan tentera yang salah. Malah, saiz tubuh mereka
sengit daripada tentera Jepun. Sepasukan juga lebih kecil jika dibandingkan dengan saiz
askar Jepun telah menyamar sebagai tentera tubuh tentera Sikh. Leftenan Adnan telah
Sikh serta cuba mendekati kubu pertahanan mengarahkan pasukannya menembak mati
Leftenan Adnan. semua tentera Jepun yang menyamar.
Sesebuah novel banyak memaparkan pelbagai peristiwa. Berdasarkan sebuah novel
yang telah anda pelajari, jelaskan dua peristiwa yang boleh dijadikan teladan dan
kemukakan alasan anda.

Berdasarkan novel yang telah saya kaji iaitu Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip
Talib, terdapat beberapa peristiwa yang boleh dijadikan teladan iaitu

1) Peristiwa Leftenan Adnan bersungguh-sungguh mempertahankan Bukit Candu


daripada ditawan oleh tentera Jepun.

Walaupun kakinya telah tercedera akibat ditembak oleh tentera Jepun, Leftenan Adnan tidak
menyerah kalah sehingga titisan darah yang terakhir. Peristiwa ini boleh dijadikan teladan
kerana telah menimbulkan semangat patriotik dalam diri saya untuk terus menjaga kedaulatan
dan keamanan negara daripada diceroboh oleh musuh negara.
Sesebuah novel banyak memaparkan pelbagai peristiwa. Berdasarkan sebuah novel
yang telah anda pelajari, jelaskan dua peristiwa yang boleh dijadikan teladan dan
kemukakan alasan anda.

2) Peristiwa Leftenan Adnan menggunakan kebijaksanaannya semasa menghadapi


strategi serangan tentera Jepun.
Leftenan Adnan bijak membaca helah tentera Jepun walaupun mereka menyamar sebagai
askar India dengan memakai turban ketika cuba menyerang askar Melayu. Peristiwa ini
membuktikan seseorang pemimpin itu perlulah sentiasa bijak mengenal pasti strategi yang
digunakan oleh musuh serta menangani serangan tersebut.

3) Peristiwa Pak Saidi menghantar Adnan ke sekolah Inggeris walaupun mendapat


tentangan daripada penduduk kampung.
Pak Saidi sanggup menerima kutukan orang kampung dan digelar pembelot kerana
menghantar anaknya ke sekolah Inggeris. Peristiwa ini boleh dijadikan teladan kerana kita
hendaklah menuntut ilmu demi masa depan walaupun terpaksa menghadapi pelbagai cabaran.
Berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji jelaskan sebab-sebab novel tersebut
dianggap istimewa dan boleh menarik minat pembaca.

Berdasarkan novel yang saya kaji iaitu Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip
Talib, novel tersebut mempunyai banyak keisitimewaan daripada pelbagai aspek.

Keistimewaan yang pertama adalah pengutaraan tema yang baik oleh pengarang. Tema
novel ini mengisahkan keberanian seorang anggota tentera dalam mempertahankan tanah air.
Leftenan Adnan bin Saidi telah menunjukkan keberanian dan kecekalan sejak kecil serta
mendapat dorongon daripada bapanya untuk menjadi askar. Keperwiraan beliau terbukti
apabila beliau berjuang menentang musuh hingga ke hujung nyawa.
Di samping itu, novel ini juga istimewa dan menarik kerana mengandungi banyak nilai
dan pengajaran yang boleh dijadikan iktibar kepada masyarakat. Antara nilai yang terdapat
dalam novel ini ialah nilai cinta akan negara. Leftenan Adnan yang bertugas sebagai guru
sanggup meninggalkan kerjaya tersebut untuk memasuki bidang ketenteraan demi berjuang
mempertahankan tanah air. Pengajarannya ialah, sebagai anak muda, kita mestilah sanggup
berkorban demi kedaulatan tanah air.

Selain itu, novel ini juga menarik perhatian pembaca dan istimewa kerana perwatakan
watak utama di dalam novel ini berjaya meninggalkan kesan yang mendalam dalam jiwa
pembaca terutama generasi muda yang masih mempunyai kudrat untuk berjuang
mempertahankan negara . Watak Leftenan Adnan merupakan simbol keberanian dan
ketabahan anak muda dalam perjuangan. Beliau berani berjuang melawan
tentera Jepun walaupun tanpa senjata hingga ke titisan darah terakhir.
Dalam novel yang dikaji, bahagian peleraian cerita diakhiri dengan kejayaan.
Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, jelaskan dua peristiwa yang membuktikan
kejayaan tersebut.

Novel yang saya kaji ialah Leftenan Adnan Wira bangsa karya Abdul Latip
Talib. Peristiwa pertama yang membuktikan kejayaan pada peleraian cerita ialah
peristiwa Pak Saidi berjaya membunuh beberapa orang tentera Jepun
dengan sebilah keris pusaka peninggalan ayahnya. Pak Saidi berbuat begitu
kerana dia ingin membalas dendam atas kematian anaknya Pak Saidi tidak mahu
pihak penjajah Jepun terus berkuasa di Tanah Melayu.
Selain itu, peristiwa kedua yang membuktikan kejayaan pada peleraian cerita
adalah berita kemenangan tentera British dalam Perang Dunia Kedua. Jepun
menyerah kalah dan telah menandatangani surat perjanjian menyerah kalah secara
rasmi. Pada 15 Ogos 1945, British telah mengambil alih pentadbiran di Tanah
Melayu semula setelah pakatan Amerika Syarikat dan British berjaya mengebom
Bandar Hiroshima dan Nagasaki.

Rentetan daripada itu, kehidupan di Tanah Melayu mulai aman. Sophia,


isteri Leftenan Adnan dan keluarganya berjaya diselamatkan daripada menjadi
mangsa kekejaman Jepun kerana penduduk kampung berpakat menyembunyikan
mereka apabila tentera Jepun mencari mereka di Kampung Sungai Ramal. Sophia
akhirnya menjadi guru di Sekolah Sungai Ramal dan berkahwin dengan Ustaz
Ridhwan serta hidup bahagia hingga ke akhir hayatnya. Peristiwa ini
membuktikan kejayaan Sophia membina hidup baharu selepas tragedi yang
menimpa Leftenan Adnan.
Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, huraikan perwatakan watak utama yang
terdapat dalam novel tersebut.

Novel yang saya kaji ialah Leftenan Adnan Wira Bangsa hasil karya Abdul latip Talib. Watak utama dalam
novel tersebut ialah Leftenan Adnan. Beliau merupakan
Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, huraikan dua nilai tanggungjawab yang
terdapat dalam novel tersebut.

Novel yang telah saya kaji ialah Leftenan Adnan Wira Bangsa, karya Abdul Latip
Talib. Nilai tanggungjawab yang dapat dilihat ialah tanggungjawab terhadap keluarga.
Nilai tersebut dipaparkan melalui watak Pak Saidi yang mengambil berat pelajaran anak-
anaknya. Dia menghantar Adnan belajar di sekolah Inggeris walaupun mendapat
tentangan penduduk Kampung Sungai Ramal. Pak Saidi sedar akan tanggungjawab
seorang ketua keluarga demi memastikan anak-anaknya mempunyai masa depan yang
terjamin dan dapat berbakti kepada masyarakat dan negara.

Selain itu, nilai tanggungjawab juga dipaparkan melalui watak Adnan. Beliau
menggalas tanggungjawab memimpin Regimen Askar Melayu. Leftenan Adnan
menyuntik semangat askar Melayu yang lain supaya tidak berputus asa walaupun
kehabisan senjata demi mempertahankan keselamatan negara. Kematian beliau berakhir
dengan sungguh tragis. Pengorbanan Leftenan Adnan demi tanggungjawab
mempertahankan negara perlu kita teladani.
Di samping itu, Sophia juga menggalas tanggungjawab untuk menjaga anak-
anaknya. Selepas Jepun menyerah kalah, Sophia mula bekerja di sawah dan menoreh
getah demi menyara anak-anaknya. Apabila Sekolah Kebangsaan Ramal dibuka, dia telah
ditawarkan semula untuk mengajar di sekolah itu. Peristiwa ini membuktikan Sophia tetap
melaksanakan tugasnya sebagai seorang ibu.
Perkembangan cerita sesebuah novel bergantung pada peranan yang dimainkan oleh
watak utama dan watak sampingannya. Jelaskan dua peristiwa yang melibatkan watak
utama daripada sebuah novel yang telah anda kaji.

Novel yang telah saya kaji ialah Leftenan Adnan Wira Bangsa, karya Abdul Latip
Talib. Peristiwa pertama yang melibatkan watak utama pada perkembangan cerita ialah
peristiwa kedatangan Jepun ke Tanah Melayu. Jepun mula mendarat di Kota Bharu
dan tercetusnya Perang Dunia Kedua. Leftenan Adnan dan kumpulannya telah diarahkan
ke Pasir Panjang dan Bukit Candu bagi menyekat kemaraan tentera Jepun.

Selain itu, peristiwa kedua yang melibatkan watak utama pada perkembangan cerita ialah
pasukan Leftenan Adnan berjaya menembak mati beberapa orang tentera Jepun
ialah sehingga memaksa tentera Jepun berundur. Namun begitu kedatangan semula
pasukan tentera Jepun dengan bilangan yang lebih ramai menyebabkan askar dalam
Kompeni C berjuang bermati-matian sehingga kehabisan peluru.
Konflik merupakan satu daripada teknik penceritaan yang dapat mengembangkan
sesebuah cerita. Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, jelaskan dua
konflik yang dihadapi oleh watak utamanya.

Novel yang telah saya kaji ialah Leftenan Adnan Wira Bangsa, karya Abdul Latip
Talib. Berdasarkan novel tersebut, watak utamanya ialah Leftenan Adnan yang
sememangnya berhadapan dengan pelbagai konflik. Konflik pertama yang dihadapi oleh
watak utama ialah konflik antara Adnan dengan ibunya. Ibunya tidak membenarkan Adnan
menjadi askar kerana tidak sanggup berpisah dengan Adnan yang perlu menjalani latihan
ketenteraan di Port Dickson. Namun akhirnya, ibu Adnan akur dengan kehendak anaknya
serta menghormati keputusan Adnan yang ingin menjadi seorang askar.

Konflik kedua yang dihadapi oleh watak utama ialah konflik antara Leftenan Adnan
dengan pihak Jepun. Banyak anggota Kompeni C di bawah pimpinan Leftenan Adnan
terkorban ketika bertempur dengan tentera Jepun di Pasir Panjang dan Bukit Candu.
Leftenan Adnan terus memberikan kata-kata semangat kepada anak-anak buahnya
walaupun mereka semakin kehabisan peluru. Walaupun tentera Jepun berjaya menembusi
pertahanan kubu askar Melayu dan Leftenan Adnan turut terkorban , namun semangat
beliau tetap utuh saat menghadapi konflik tersebut.

You might also like