Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

INSTITUSI

MASYARAK
AT
KUMPULAN 4
PENGENALAN
Hubungan sesama insan adalah penting dalam Islam. Islam amat menekankan perihal pentingnya
hidup bermasyarakat. Masyarakat yang harmoni dan bersatu padu adalah asas kepada negara yang
aman damai. Nilai-nilai seperti kejiranan, kerjasama, belas kasihan, bersopan santun, merendah diri,
tolong menolong dan lain-lain adalah amalan yang seharusnya diamalkan oleh bukan sahaja umat
Islam tetapi juga harus dicontohi oleh kaum bukan Islam.
KONSEP
Perkataan masyarakat bererti “Kumpulan manusia yang hidup bersama di satu tempat dengan aturan dan
cara tertentu”. Aturan dan cara tertentu tidak akan dapat direalisasikan tanpa pemimpin dan rakyat. Ini
kerana aturan perlu diwujud dan dikuatkuasakan. Oleh itu perkataan masyarakat hampir sama ertinya
dengan negara “Suatu masyarakat yang menduduki kawasan tertentu dan diperintah oleh kerajaan”.

Walau bagaimanapun perkataan masyarakat lebih umum daripada perkataan negara. Ini kerana masyarakat
digunakan untuk kelompok-kelompok tertentu seperti masyarakat kampung, masyarakat bandar, masyarakat
Melayu, masyarakat Arab dan lain-lain.

Dalam erti yang luas masyarakat dimaksudkan dengan keseluruhan hubungan dalam hidup bersama dengan
tidak dibatasi oleh lingkungan bangsa dan lain-lain.
CIRI-CIRI
Di dalam masyarakat sekurang-kurangnya mempunyai tiga ciri-ciri berikut:

a) Kelompok manusia.

b) Tinggal di kawasan-kawasan tertentu.

c) Mempunyai peraturan yang mengatur yang diistilahkan sebagai kebudayaan, adat istiadat, hukum dan undang-
undang.

Kombinasi daripada tiga faktor di atas membentuk apa yang dinamakan sebagai masyarakat. Inti pengertian masyarakat
ialah pergaulan hidup. Ini kerana manusia ialah makhluk berjiwa masyarakat. Pergaulan hidup diatur dan dikendalikan oleh
apa yang diistilahkan sebagai “kebudayaan” masyarakat tertentu.

Kebudayaanlah yang menunjukkan jalan ke arah mana pergaulan hidup harus dibawa. Tetapi tafsiran kebudayaan seperti ini
tidak sesuai dengan kebudayaan Islam. Ini kerana kebudayaan Islam berteraskan wahyu, bukan hasil pemikiran manusia
semata-mata.
PERANAN DAN KEPENTINGAN
lam mempunyai pendekatan tersendiri berhubung dengan tanggungjawab individu. Al-Qur’an dan as-Sunnah
telah menggariskan aturan mengenai tugas dan tanggungjawab individu. Antaranya ialah:       

I. Tanggungjawab untuk berjihad, terutama apabila berlaku keadaan yang mengancam keselamatan diri,
kebebasan mengamalkan agama, sama ada agama Islam sendiri mahupun bukan Islam yang bernaung di
bawah negara Islam.

II. Larangan daripada menimbulkan ancaman peperangan atau penindasan dan larangan daripada
menggugat perpaduan dan kesatuan umat.

III.  Tugas untuk menegur dan memerhatikan kegiatan kerajaan serta mengkritik polisi pemerintahan dan
perundangan, jika terdapat keadaan yang menggambarkan bahawa sesuatu perkara telah dikendalikan
secara salah.
CABARAN MASA KINI
I. Cabaran Politik Cabaran pembentukan masyarakat majmuk dalam aspek politik jelas kelihatan apabila
pelbagai pihak akan memperjuangkan hak dan kepentingan kaum masing-masing. Sejak mengecapi
kemerdekaan, sistem demokrasi berasaskan parlimen dan raja berpelembagaan terus diamalkan dalam
sistem politik di negara ini.

II. Cabaran Ekonomi  Cabaran hubungan etnik dalam pembentukan masyarakat majmuk di malaysia juga
dikenal pasti dari aspek ekonomi. Hal ini dapat dilihat terutamanya perbezaan dalam aspek pekerjaan
dimana hal ini berlaku disebabkan penguasaan sektor ekonomi yang tidak adil. Dominasi yang berlaku
dalam sektor ekonomi telah menyebabkan wujudnya jurang pendapatan antara kaum

III. Cabaran Sosial  Sejajar dengan perkembangan teknologi pada masa kini, telah meningkatkan
pengunaan media sosial dalam kalangan masyarakat Malaysia. Di mana, media sosial menjadi sebuah
platform yang bebas untuk masyarakat menyatakan pendapat masing-masing mengenai sesuatu perkara
LANGKAH-LANGKAH
MENGATASI CABARAN
i. Pihak Kerajaan Pihak kerajaan mempunyai peranan penting dalam merealisasikan perpaduan kaum, usaha yang efisien
dan seiring dengan arus permodenan perlu dibuat bagi membentuk perpaduan kaum di negara ini. Tidak dapat
dinafikan media sosial mempunyai peranan penting dalam menjadi platform dalam menyebarkan maklumat tentang
inisiatif kerajaan untuk menyatupadukan rakyat 13 seperti menyiarkan tentang kempen kempen dan aktiviti yang dapat
melibatkan semua bangsa.

ii. Pihak Masyarakat Perkahwinan Campur   Terdapat banyak kebaikan hasil daripada perkahwinan campur kepada
masyarakat majmuk di Malaysia. Salah satunya, dengan menggalakkan perkahwinan campur di Malaysia dapat
melahirkan satu perspektif baru dalam memahami perbezaan budaya yang membolehkan kita sebagai masyarakat
lebih menghormati bangsa lain yang mempunyai cara kehidupan yang berbeza

iii. Pihak Ibu Bapa Menghantar Anak Ke Sekolah Wawasan Sekolah wawasan merupakan salah satu ikhtiar dalam
mewujudkan anak bangsa Malaysia yang bersifat saling bergaul dan bercampur dengan bangsa dan kaum lain dengan
menggabungkan tiga sekolah rendah yang berbeza iaitu Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK), Sekolah Jenis Kebangsaan
Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT)
JANGKAAN MASA DEPAN
TERHADAP INSTITUSI
1. untuk membentuk semangat nasionalisme demi mempertahankan negara daripada penjajahan. Dalam
mendepani zaman modenisasi pada ketika ini, pertahanan negara bukan sahaja bergantung kepada kekuatan
tentera tetapi sebaliknya bergantung kepada masyarakat yang memilih pemimpin terbaik daripada kalangan
mereka.

2. Untuk menjamin keselamatan dan kesejahteraan setiap penduduk. Perbezaan kaum hadir bersama perbezaan
bahasa, budaya dan juga pemikiran. Namun, nilai kemanusiaan dan agama yang mendorong ke arah kebaikan
adalah sama sahaja. Sifat hormat-menghormati dan saling bertolak ansur menjadi tunjang utama yang perlu
dipraktikkan oleh masyarakat kita.

3. Dapat membantu negara untuk mencapai wawasan dan kemajuan yang lebih baik. Seperti yang
dibincangkan, perbezaan kaum masih menjadi polemik pada hari ini terutamanya di arena politik negara.
Sepatutnya selepas lebih 50 tahun mengecapi kemerdekaan masyarakat kita lebih cakna terhadap isu-isu lain
yang lebih penting seperti aras pendidikan negara serta taraf kehidupan masyarakat umum.
KESIMPULAN
Dapatlah disimpulkan bahawa, berbagai kaedah dan pendekatan yang tepat diperlukan untuk mengurus hubungan etnik
dalam melaksanakan kegiatan yang melibatkan masyarakat supaya dapat mengharungi isu dan cabaran berkaitan dengan
masyarakat majmuk di Malaysia. Interaksi aktif antaranya ialah kerajaan, individu atau masyarakat dalam kehidupan sehari-
hari dapat memperkuatkan dan memupuk hubungan sosial rentas etnik, agama dan budaya. Oleh itu, sesebuah negara
sangat bergantung kepada perpaduan etnik dalam melahirkan keamanan dan kemakmuran dalam negara.

Perpaduan kaum amat penting untuk Malaysia mengorak langkah membentuk negara bangsa dan berupaya menjadi sebuah
negara yang mampu berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara negara maju lain. Ini boleh dipelajari dari isu isu yang
pernah berlaku dan juga sejarah lepas untuk menimbulkan kesedaran dan memahami konsep masyarakat majmuk.

Akhir sekali, meskipun berhadapan dengan banyak cabaran dari segi ekonomi, politik dan sosial namu dengan adanya usaha dari
pelabagai pihak bukan sahaja kerajan tetapi masyarakat dan juga individu dapat memastikan hubungan etnik masyarakat
kepelbagaian di Malaysia kekal harmoni dan dinamik.

Penutup kata, pembinaan negara bebilang kaum yang harmoni terletaknya pada rakyat kerana mereka merupakan asset negara yang
tidak ternilai harganya
RUJUKAN
•https://www.scribd.com/document/53234254/Cadangan-Cara-Mengatasi-Masalah-Sosial

•https://www.semakan.my/gejala-sosial/

•https://susunatur2.wordpress.com/2020/07/23/cabaran-cabaran-yang-perlu-dihadapi-oleh-remaja-pada-
masa-ini-dan-pada-masa-hadapan/
•http://path2wardstafaqquh.blogspot.com/2013/08/institusi-kemasyarakatan-dalam-islam.html#

You might also like