Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 33

PENGURUSAN

RISIKO &
LIABILITI
Kokurikulum, Sukan &
Pendidikan Jasmani
 4 November 2010, PULAU PINANG
 Seorang kanak-kanak, meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang (HPP) akibat cedera parah selepas dihempap
tiang gol di padang sekolahnya. Kejadian yang berlaku di Kepala Batas ini melibatkan murid tahun dua dari
Sekolah Kebangsaan Kepala Batas.

 30 Januari 2008, KEDAH


 Di Sungai Petani, Kedah, seorang murid tahun empat maut selepas dihempap tiang gol ketika bermain di tepi
padang Sekolah Kebangsaan Taman Sri Wang (SKTSW). Kejadian berlaku selepas waktu persekolahan
sementara menunggu kedatangan bapanya.

 7 Mac 2000, PAHANG


 Seorang pelajar tingkatan dua sebuah sekolah menengah maut selepas dihempap tiang gol ketika bermain di
padang sekolah di Kuantan, Pahang. Sementara itu, Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid menegaskan
pentadbir sekolah perlu ambil tindakan proaktif bagi memastikan keselamatan infrastruktur di premis mereka.

 12 Julai 2016, KELANTAN


 meninggal dunia kerana cedera parah akibat ditimpa tiang bola baling di sebuah sekolah menengah di Gua
Musang. Kejadian berlaku kira-kira jam 9 pagi ketika mangsa dikatakan terjatuh di depan pintu gol semasa
hendak menendang bola kerana padang licing dan secara tiba-tiba tiang gol tumbang, menghempap kepala
mangsa.


Definisi Risiko

 Sebarang dan setiap perkara yang boleh


mengganggu kelancaran dan
keberkesanan pengurusan.

 Keadaan yang tidak menentu tentang


kehilangan dan yang boleh mendatangkan
masalah kepada pekerjaan dan individu
(Greene,Trieschmann & Gustarson, 1992)
Definisi Pengurusan Risiko
Satu proses yang sistematik oleh pihak
pengurusan bagi menghalang/
mengurangkan sebarang kemungkinan dari
berlakunya kecederaan terhadap individu
serta menggelakkan kerugian dari tuntutan
kewangan kepada organisasi akibat dari
kecuaian dan keadaan tidak menentu.
Matlamat Pengurusan Risiko

Mewujudkan satu keadaan yang selamat bagi


mengelak daripada berlakunya kemalangan,
kecederaan atau kematian semasa
pengendalian sesuatu aktiviti kokurikulum.
Bidang Pengurusan Risiko
 Sumber Manusia
- kakitangan yang layak
- pemain (ganjaran)
- pengawasan/ penyeliaan
- khidmat perubatan yg cukup
- latar belakang aspek perundangan sukan
 Peralatan

- digunakan utk sukan yg dikhaskan/tujuan


ianya dibuat.
- peralatan mendpt pengiktirafan/kelulusan.
- alat canggih/ terkini.
- alat selalu diperiksa/pengurusan inventori.
 Kemudahan

- selamat digunakan utk akt. Sukan.


- digunakan sebagaimana dirancang.
- rekabentuk/struktur sesuai.
- diselenggara dengan wajar.
- pengawasan/penyeliaan yang baik.
 Polisi Dan Prosedur

- adakah mempunyai polisi/prosedur


tertentu.
- sistem penyelenggaraan berkesan
- mempunyai insuran
(kemudahan,pelajar,pemain,pekerja)
- polisi perubatan/keselamatan
(komprehensif dibuat sebelum sebarang
penglibatan sukan)
Mengenalpasti Risiko

Adalah proses menentukan risiko yang


berpotensi menghalang program, aktiviti,
atau perancangan daripada mencapai
matlamatnya. Ia termasuk mendokumen
dan menyampaikan kebimbangan.
Bagaimana Mengenalpasti Risiko
(Elemen Penting Dalam Mengurus Risiko)

 Senarai Kemalangan
 Analisa Penyata Kewangan
 Carta Aliran
 Analisa Kontrak
 Periksa Lokasi
 Analisa Statistik
Teknik Pengurusan Risiko
 Mengelakkan Risiko
- crowd control policy.
- pembentukan bajet utk baiki
kemudahan/beli alatan baru.
- tukar venue (cuaca buruk,rusuhan dll)
- Tukar tarikh/tunda
 Meminimumkan Risiko

- Protective equipment (body pack,ball


guard,mask, dll)
- Guna venue tertutup (jerebu,guruh, dsb)
 Pindahkan Risiko
- Pindahkan risiko kepada pihak yang lebih mampu/
bersedia. (cth: Insuran)

 Mengekalkan Risiko
- mengekalkan risiko tetapi membuat persediaan yang
munasabah (cth: kecederaan – pegawai
perubatan,ambulan,1st aid, ganti rugi – bayar
pampasan jika berlaku kemalangan)
Proses Mengurus Risiko
 Kenalpasti
 Analisa/ kajian penilaian
 Nilai/ buat ranking
 Rawat risiko/Pilih teknik
 Memantau Dan Nilai semula
Kod Etika Perguruan Malaysia
Berdasarkan Laporan Suruhanjaya DiRaja Mengenai
Perkhidmatan Perguruan Malaysia Barat (1971)

1.Perhubungan antara guru dan pelajar.


2.Perhubungan antara guru dan pengurusan/
rakan sejawat.
3.Perhubungan antara guru dan ibu bapa.
4.Perhubungan antara guru dan masyarakat
serta negara.
Konsep undang-undang berkaitan
kecuaian guru
Kecuaian mengikut undang2 Tort
Kesalahan kerana cuai ketika menjalankan
tugas sebagai individu yang layak atau
gagal untuk menjalankan kewajipan
sebagai individu yang layak tersebut
terhadap tugas yang ditanggung.
Elemen-elemen dalam ‘kecuaian’
1. Wujud elemen tugas/berjaga-jaga.
2. Pelanggaran atau ketidakpatuhan kepada
tugas tersebut (Breach of Duty)
3. Terdapat hubungan rapat antara tingkah
laku defendan dengan kecederaan
/kehilangan/kerosakan yang dialami plaintif
(causation/ proximate cause).
4. Wujud Kerosakan atau kecederaan yang
dialami.
Individu/Guru Yang Boleh Di
Sabitkan Sebagai Cuai
1. Cuai (tidak berhati2/ambil mudah/tidak
peduli/lalai).
2. Memberikan panduan / pengawasan yang
tidak betul.
3. Bertindak dalam situasi / keadaan yang boleh
menimbulkan risiko, walaupun langkah
berjaga-jaga telah diambil.
4. Tindakan tidak munasabah/tidak rasional yang
boleh menghasilkan risiko kecederaan terus.
Sambungan……….

5. Situasi dimana orang ketiga, pelajar atau benda-


benda yang tidak bernyawa, spt peralatan
gimnastik, tiang gol yang boleh mendatangkan
kecederaan.
6.Mengarahkan pelajar bagi menggunakan peralatan
yang merbahaya, sedangkan mereka tidak terlatih
untuk menggunakannya.
7.Gagal untuk menyediakan pelan kecemasan.
8.Membiarkan pelajar untuk melibatkan diri dalam
aktiviti yang berisiko, walaupun sedar beliau tidak
berpengetahuan.
9.Menghalang/menidakkan individu lain sebagai
pembantu dalam aktiviti yang berisiko.
Kewajipan Berjaga-Jaga Guru
Semua guru dianggap mempunyai kewajipan
berjaga-jaga yg dipertanggungjawabkan kpd
mereka. Guru dikehendaki oleh masyarakat
untuk mengambil alih peranan dan tanggung
jawab ibu bapa selepas ibu bapa menghantar
anak mereka ke sekolah. Oleh yang demikian
peluang untuk mengelak daripada memikul
tanggung jawab ini adalah mustahil. Peranan ini
disebut in loco parentis.
Panduan Bagi Menggelakkan
Negligence Charge
1. Memastikan status kesihatan pelajar.
2. Pastikan tahap kecergasan serta kemahiran pelajar.
3. Berikan bantuan perubatan kepada pelajar yang
mengalami kecederaan serius.
4. Gunakan perkhidmatan pakar bagi bidang yang kita kurang
mahir.
5. Pastikan kawasan aktiviti adalah selamat.
6. Pastikan pelajar menggunakan peralatan yang sepatutnya
bagi aktiviti yang memerlukan peralatan sedemikian
7. Sentiasa berikan penjelasan serta amaran sebelum
membenarkan pelajar terlibat dalam kelas / pertandingan
Konsep Kecuaian Guru & Kecuaian Pendidikan
Kecuaian guru merupakan kesalahan
individu/guru yang cuai ketika menjalankan
tugas yang dipertanggungjawabkan kepada
mereka.
Kecuaian guru hanya dapat dibuktikan di
mahkamah sekiranya 4 elemen kecuaian
boleh dibuktikan oleh pihak pendakwa.
Kecuaian pendidikan merujuk kepada
kegagalan guru untuk mendidik pelajar.
Fenomena “Bush Lawyer Children”

Merujuk kepada perbuatan menggunakan


unsur ancaman/ tindakan mahkamah
terhadap guru yang mengambil tindakan
disiplin terhadap pelajar, umpamanya
mendenda pelajar dan sebagainya.
Panduan Yang Harus Di Ambil Oleh Guru
PJ Bagi Mengelakkan Tindakan
Mahkamah.
 Pemeriksaan kesihatan.
 Profil pelajar.
 Perlindungan insuran.
 Mengambil kira tahap kemahiran serta kecergasan
sebelum mengajar aktiviti
 Pemberitahuan dan penerimaan risiko.
 Perancangan serta pemantauan.
 Jangan sekali-kali meninggalkan sesi kelas tanpa
pengawasan walaupun kecemasan.
 Terdapatnya persediaan/ sesi warm-up yang teratur
sebelum permulaan aktiviti.
Kod Keselamatan Bagi Guru
Kokurikulum, PJK / Jurulatih
 Pastikan guru mempunyai kelayakan perguruan/ pendidikan,
sijil kejurulatihan, termasuk first-aid (CPR).
 Mengajar setiap masa di dalam lingkungan ‘peraturan dan
undang-undang’ yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.
 Pengawasan dan amaran bagi meminimakan bahaya.
 Pastikan aktiviti yang akan dijalankan adalah bersesuaian
dengan tahap pelajar.
 Jangan memaksa pelajar untuk melakukan aktiviti yang
mereka tidak mampu @ tidak mahir.
 Sentiasa memeriksa peralatan/kemudahan, samada ianya
selamat/ sempurna untuk digunakan.
Liabiliti Vikarius

Konsep Liabiliti Vikarius merujuk kepada


keadaan dimana pihak majikan dianggap
turut bertanggungjawab terhadap
kesalahan pekerjanya dalam sesuatu
tuntutan kes kecuaian oleh pihak tertentu.
Pengurusan Risiko Bagi Golongan
Keperluan Khas.
Satu program berbentuk individu dan
melibatkan berbagai aktiviti senaman,
permainan dan sukan yang diubah suai dan
direka bentuk khas dengan mengambil kira
aspek penyertaan serta keselamatan
golongan berkeperluan khas.
Murid Berkeperluan Khas (MBK)
Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013
mendefinisikan MBK adalah murid yang diperakukan oleh
pengamal perubatan, ahli optik, ahli audiologi dan ahli
psikologi sebagai murid yang mempunyai:

a) Ketidakupayaan penglihatan.
b) Ketidakupayaan pendengaran.
c) Ketidakupayaan pertuturan.
d) Ketidakupayaan fizikal.
e) Masalah pembelajaran.
f) Mana-mana kombinasi ketidakupayaan (a) hingga (e).
Murid-Murid Berkeperluan Khas (MBK)

Murid-murid Pintar Cerdas ( gifted ) yang


mempunyai kebolehan yang jauh lebih
tinggi daripada murid-murid normal juga
diklasifikasikan sebagai MBK. Murid-murid
ini memerlukan pengubahsuaikan kepada
kurikulum dan kaedah mengajar supaya
mereka dapat merealisasikan potensi
mereka ( Heward 2003 ).
Di jalankan mengikut 8 langkah :
1. Mengenal pasti pelajar yang berkeperluan khas.
2. Perbincangan dengan ibu-bapa MBK.
3. Penempatan pelajar ikut keupayaan.
4. Perancangan jadual waktu.
5. Konsep intergrasi berdasarkan tahap kontinum/
pembelajaran inklusif.
6. Aktiviti sukan diubahsuai.
7. Kemudahan program diubahsuai.
8. Zero Reject Policy
Zero Reject Policy
Dasar Zero Reject Policy adalah bagi memastikan Murid
Berkeperluan Khas (MBK), menerima pendidikan selari
dengan ketidakupayaan mereka. Peraturan-Peraturan
Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013 menyatakan
bahawa MBK perlu diberi peluang untuk mendapatkan
akses kepada pendidikan yang sesuai dan relevan. Hal
ini bagi memastikan tiada murid dalam kalangan orang
kelainan upaya (OKU) dinafikan daripada memasuki
alam persekolahan.
 
SELESAI

You might also like