Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

SINOPSIS NOVEL

HEMPASAN OMBAK
(BAB 13&14)
OLEH: Mohamad Davine Fashah Bin Zulkifli Wong & Shaanjey Devh A/L
Raggu
Ketika jam menunjukkan pukul 2:00 pagi, seisi rumah Hajah Zaoyah dikejutkan dengan
bunyi letupan yang kuat. Penghuni rumah terjaga. Alangkah terkejutnya mereka apabila
mendapati bengkel tempat pengeluaran batik moden dijilat api.

Farid berusaha memadamkan kemaraan api dengan alat pemadam api, tetapi gagal. Jiran
tetangga datang dan cuba membantu. Menurut Farid, terdapat banyak tong gas di dalam

Bab 13
bengkel itu.

Pasukan Bomba dan Penyelamat datang memadamkan api tersebut. Kakitangan Tenaga
Nasional juga datang untuk memutuskan bekalan elektrik untuk mengelakkan api merebak

(Api)
ke seluruh bangunan. Akhirnya, bengkel tersebut tinggal rangka. Lebih 75 peratus
peralatan dan bahan mentah untuk membuat batik musnah.

Farid terpaku di hadapan bengkel hingga azan subuh berkumandang. Farid menerima
dugaan yang menimpanya sebagai takdir.

Apabila pekerja tiba, Farid mengarahkan pekerja batik asli bekerja seperti biasa kerana
bengkel batik asli tidak terjejas. Sementara itu, mereka yang bekerja di bengkel batik
moden diarahkan membantu mana-mana kerja yang perlu.
Pasukan polis, Pasukan Bomba dan Penyelamat, dan kakitangan Bahagian Forensik dari Jabatan Kimia
Malaysia datang untuk menyiasat. Kemudian pegawai penyiasat daripada Pasukan Bomba dan
Penyelamat merumuskan bahawa kebakaran berlaku angkara perbuatan sabotaj.

Ketika itu, Farid teringat surat layang dan ancaman daripada lelaki yang membuat kacau di bengkelnya.
Pihak polis yakin kebakaran itu bermotifkan jenayah lalu meminta Farid mengikutnya ke balai polis
untuk diambil keterangan.

Di balai polis, Inspektor Rusman menjelaskan, pihaknya telah memberkas Mahmood di sebuah klinik
ketika lelaki itu sedang menerima rawatan kerana tersiram lilin batik.

Mahmood mempunyai rekod jenayah dan merupakan pekerja Syarikat Batik Rajawali. Pemilik syarikat
tersebut ialah, Mukhtar bin Yusof dan kini pihak polis berusaha untuk memberkasnya.

Pulang dari balai polis, Zuraida sudah berada di rumahnya. Apabila Farid memaklumkan kebakaran
dirancang oleh Mukhtar, ibunya dan Zuraida amat terkejut.
Penangkapan Mukhtar atas tuduhan membakar bengkel kepunyaan
Farid telah disiarkan oleh akhbar. Mukhtar didakwa mengupah tiga
orang samseng untuk melakukan perbuatan tersebut. Rayuan
Mukhtar untuk diikat jamin telah ditolak oleh hakim.

Tiga hari selepas peristiwa kebakaran bengkel, Mokhsein datang ke

Bab 14
bengkel Farid sekembalinya dari Singapura. Mokhsein memberitahu
bahawa dia juga menerima surat ugutan daripada Mukhtar agar
tidak membantu perniagaan Farid.

(Ombak) Kemudian Mokhsein memberitahu khabar gembira, iaitu dua buah


butik di Singapura dan Ampang Park mahu melanggani batik
moden keluaran Farid. Mokhsein berjanji akan membantu Farid
menjadi pembekal pakaian siap.

Kata-kata itu memberi semangat semula ke dalam jiwa Farid.


Zuraida pula menjelaskan, kerana kekurangan ilmu dalam bidang
perniagaan, dia mengikuti kursus luar kampus dalam bidang
Pentadbiran Perniagaan di UiTM Dungun pada setiap hujung
minggu.
Zuraida mencadangkan, agar Farid menimba ilmu lagi memandangkan terdapat banyak kolej di Kuala
Terengganu.

Seterusnya, ketika Farid tertidur pada siang hari, dia bermimpi Mahkamah Rendah Kuala Terengganu
menjatuhkan hukuman terhadap Mukhtar. Farid pula membeli syarikat kepunyaan Mukhtar yang hampir
dilelong oleh bank. Kemudian Farid menemui Mukhtar dan memaafkan kesalahan lelaki itu.

Apabila dia terjaga, ibunya memaklumkan bahawa Mukhtar kini berada di Penjara Marang dan dijatuhi
hukuman penjara selama tiga tahun.

Kemudian Farid dan Zuraida mengikuti Mokhsein serta isterinya menghadiri majlis perkahwinan
Hartini Noor di Kuantan.
TAMAT

You might also like