Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

Perkembangan ilmu naqli zaman Khalifah

Abbasiyah
• Ilmu Tafsir al-Quran

• Ilmu Tafsir Quran tidak hanya tertumpu kepada teks sahaja yang melahirkan
tafsir bil matsur tetapi telah menekankan kepada kontekstual yang
melahirkan tafsir birra’yi seperti tafsir maudhui (memisahkan ilmu ke dalam
perkara tertentu mengikut mata pelajaran), tafsir adaby (kesusasteraan),
tafsir nuzuli(sebab turun ayat al-Quran) dan tafsir ilmu.
• Antara tokoh tafsir zaman Khalifah Abbasiyah ialah Zamakjsyari, seorang
ulama yang arif dalam bidang nahu, bahasa, tafsir, ma’ani dan bayan, Antara
karangannya yang terkenal ialah al-Khasaf dan Ibn Taimiyyah dengan
karyanya Majmu’al-Fatawa
• Ilmu Hadis

• Kajian hadis tertumpu kepada makna ketetapan daripada Nabi Muhammad


SAW di samping kajian daripada aspek riwayat dan dirayahnya yang
kemudian mendorong kepada kemantapan disiplin ilmu hadis.

• Antara tokoh hadis berpengaruh ialah Zamakhsyari yang juga imam dalam
bidang ilmu bahasa, ma'ani dan bayan. Antara karyanya ialah al-Falq iaitu
tentang tafsir hadis.
• Ilmu Kalam

• Ilmu Kalam adalah ilmu membicarakan tentang wujudnya Allah, cara mekrifat atau
mengetahui secara mendalam tentang sifat-sifat Allah, para rasulNya dan alam
akhirat dengan menggunakan dalil-dalil yang sah.
• Pemikiran teologi (ilmu berkaitan akidah) berkembang pesat pada zaman Khalifah
Abbasiyah merangkumi sistem, metodologi dan pokok kajiannya.
• Imam al-Ghazali menghasilkan karya Iqtishad fi al-I’tiqad manakala Imam al-Qusairy
an-Naisabury menghasilkan karya Risalatul Qusairiyah yang menentang keras
doktrin-doktrin aliran Muktazilah, Karamitah, Mujassimah (golongan yang
membincangkan sifat tuhan secara fizikal) dan Syiah.
• Ilmu Tasawuf

• Ilmu Tasawuf berkembang dengan kemunculan tokoh-tokoh tasawuf dan turut


menyumbang kepada kemunculan istilah-istilah tasawuf seperti zuhud, mahabbah,
makrifah dan al-ittihad (penyatuan).

• Ilmu Tasawuf mengalami pencemaran dengan pengaruh asing seperti fahaman


pantheisme (menyerah kepada takdir tanpa usaha). Suasana pencemaran
diselamatkan dengan kemunculan Imam al-Ghazali melalui karyanya Ihya Ulumuddin
yang berjaya membersihkan fahaman asing dengan mengemukakan falsafah akhlak
dan menentang teori pencantuman (Wahdatul Wujud) dan resapan.
• Ilmu Fiqah

• Ilmu Fiqah adalah bidang berkaitan perundangan dan hukum-hakam Islam serta
pengajaran di sebalik hokum hakam tersebut. Walaupun terdapat beberapa
peruntukan undang-undang yang jelas di dalam al-Quran dan as-sunnah seperti hukum
qisas, hudud, pewarisan dan sebagainya, namun masih banyak bidang perundangan
yang memerlukan kepada interpretasi. Secara teknikalnya, bidang ini dikenali dengan
nama ijitihad.
• Antara tokoh ilmu fiqh ialah Imam an-Nawawi dengan Kitab Hadis 40 dan Imam Ibn
Taimiyyah dengan karyanya Majmu al-Fatawa.
• Dari segi sejarah, ijitihad memang telah digunakan oleh umat Islam sejak zaman Nabi
Muhammad SAW.
Perkembangan ilmu naqli zaman Khalifah
Umayyah di Andalusia
• Ilmu Tafsir al-Quran

• Perkembangan ilmu tafsir al-Quran di Andalusia sebagai satu komponen disiplin ilmu
tersusun telah berlaku secara serentak dengan perkembangan ilmu-ilmu lain.
• Situasi ini mendorong para sarjana Islam menguasai pelbagai disiplin dmu secara
menyeluruh.

• Pemerintah kerajaan Muwahhidun bertanggungjawab dalam perkembangan ilmu tafsir di


Andalusia. Sarjana Islam digalakkan membuat tafsiran al-Quran bukan sahaja mengikut
ayat tetapi juga membuat pelbagai ulasan dan pendapat tentang ayat yang dibaca.
• Pengajian Islam termasuk pengajian al-Quran dan tafsir mula diserap masuk ke dalam sistem pendidikan Andalusia
setelah bertapaknya Islam.
• Ibn 'Atiyyah (meninggal 1146M) merupakan tokoh mufassir berpengaruh telah menghasilkan kitab tafsir 30 juruk iaitu
Al-Muharrar al-Wajiz. Beliau menggunakan kaedah Tafsir bi al-Ma’thur yang berpandukan al Quran, hadis dan athar
(riwayat sahabat) dalam mentafsirkan ayat al-Quran.
• Muhy al-Din Iba ‘Arabi (1163-1240M) melalui karya tafsirnya al-Quran al-Karim dengan memuatkan aliran Tafsir al-Sufi

• Imam al-Qurtubi (1214-1273M) melalui karya tafsirnya berjudul Al-Jami’ li Ahkam al-Quran dengan mendedahkan
aliran fiqh al-Maliki ketika membahaskan ayat-ayat hukum.

• Ibn Rushd (1126-1198M) mengetengahkan aliran Tafsir bi al-Ray al-Falsafi di dalam karyanya Al-Fast al-Maqol
• Perkembangan aliran pemikiran pada era pemerintahan Muwahiddun memberi impak kepada corak pentafsiran al-
Quran
• Ilmu Hadis
• Perkembangan bidang hadis dapat dikesan dengan kemunculan
tokoh hadis terkemuka seperti Ibn Abd al-Barr (978-1070 M)
• Ibn Abd al-Barr seorang ulama hadis terkenal di Andalusia dan
Afrika Utara. Beliau mendalami sejarah para sahabat nabi dan ilmu
Mustalah Hadis. Karya ulung beliau ialah Al-Istiab li Sahabah
• Ibrahim al-Ansari menghasilkan Kitab al-Arbain Hadithan al-
Buldaniyyah dan Kitab fi Tabyin al-Mushkilat al Hadithah
• Ilmu kalam
• Ilmu Kalam merupakan ilmu yang membicarakan tentang wujudnya Allah, cara bermakrifat atau mengetahui secara
mendalam tentang sifat-sifat Allah, para rasulNya dan alam akhirat dengan menggunakan dalil-dalil yang sah.
• Serentak dengan kemasukan aliran Asya'irah oleh Muhammad ibn Tumart di Andalusia pada zaman kerajaan Muwahiddun,
secara tidak langsung bibit-bibit ilmu kalam mula bertapak dan seterusnya mendapat tempat dalam kalangan masyarakat dan
sarjana Islam.
• Kemasukan aliran aliran sufi, zahiri, ahli kalam dan sebagainya membuktikan kerajaan Muwahiddun mengamalkan dasar
keterbukaan dan demokratik dalam proses perkembangan ilmu pengetahuan.
• Ini berbeza dengan kerajaan Islam sebelumnya iaitu kerajaan Murabitun yang rata-rata berpegang pada fahaman dan fiqh al-
Maliki dan kurang meraikan perkembangan aliran lain, bahkan menentang kemasukan aliran ilmu kalam.
• Ilmu Fiqh
• Setelah kerajaan Muwahiddun mengambil alih pemerintahan Andalusia daripada kerajaan Murabitun,
berlaku senario keterbukaan masyarakat dalam berpegang pada mazhab tertentu.
• Pengaruh ulama Maliki yang sebelum ini mendominasi mulai berkurangan pada zaman kerajaan
Muwahiddun.
• Kemunculan Imam al-Qurtubi melalui karya tafsir Al-Jami' li Ahkam al-Quran mencerminkan fenomena
keterbukaan mazhab apabila beliau tidak bersikap fanatik kepada mazhab Maliki, bahkan adakalanya beliau
turut mentarjih pandangan mazhab lain.
• Abu al-Qasim Abdullah dari Granada menghasilkan Kitab al-Tashil li Ulum al-Tanzil, Kitab al-Anwar al-
Saniyyah fi al-Alfaz al-Saniyyah, Kitab Masa'il Usul al-Fiqh dan Kitab al-Ahkam fi Usul al-Ahkam
• Ibn Hazm (1994-1065M) dianggap imam dalam ilmu fiqah di Andalusia telah menghasilkan karya al-Fasl fi al-
Milal wa '-Ahwa'wa 'i-Nithal.
• Antara ulama berpengaruh lain yang turut mewarnai perkembangan ilmu fiqh di Andalusia ialah Ziyad Ibn
Abdul Rahman yang mengajar fiqh menurut Mazhab Maliki, Ibn Yahya, Abu Bakar Ibn al-Quthiyah, Munzir Ibn
Said al-Baluthi dan Ibn Rushd.

You might also like