Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

Huraikan struktur masyarakat

feudal di England dari abad ke-


16 hingga abad ke-17.
PENDAHULUAN:
Masyarakat feudal merupakan masyarakat yang berhierarki di mana
kedudukan setiap lapisan ditentukan melalui penguasaan terhadap
tanah. Sistem feudal muncul di England pada abad ke-11 Masihi semasa
pemerintahan Raja William Penakluk. Menjelang zaman pertengahan,
sistem feudal menjadi lebih teratur di seluruh Eropah dan England.
Masyarakat feudal di England terdiri daripada golongan pemerintah dan
golongan yang diperintah. Golongan pemerintah terdiri daripada raja,
bangsawan dan pahlawan manakala golongan yang diperintah terdiri
daripada petani dan hamba. Setiap lapisan masyarakat dalam sistem
feudal mempunyai kedudukan dan peranan masing-masing.
ISI 1:
Kedudukan yang paling tinggi dalam struktur masyarakat feudal di
England dari abad ke-16 hingga abad ke-17 terletak pada raja. Dalam
sistem feudal di England, raja mempunyai kuasa mutlak dalam
pemerintahan. Raja bergantung kepada golongan bangsawan bagi
mengukuhkan kedudukan dan kekuasaannya. Semasa pemerintahan
dinasti Tudor dan Stuarts, sistem pemerintahan monarki mutlak
diamalkan di England. Walaupun pemerintah mempunyai kuasa mutlak,
namun dalam menjalankan pemerintahan mereka tertakluk kepada
undang-undang Magna Carta.
ISI 2:
Selain itu, dalam struktur masyarakat feudal, golongan bangsawan berada
di lapisan kedua di bawah raja. Golongan bangsawan membantu raja dalam
hal ehwal pentadbiran dan menguruskan ekonomi. Mereka menerima dan
memerintah tanah yang diperoleh secara langsung daripada raja. Sebagai
balasan, golongan bangsawan membayar cukai dan memberitahu bantuan
ketenteraan kepada raja. Menjelang abad ke-16 dan 17, kedudukan dan
peranan pengaruh golongan bangsawan merosot. Perkembangan dalam
politik dan ekonomi menyebabkan kedudukan raja semakin kukuh.
Kedudukan yang semakin kukuh membolehkan raja mengawal golongan
bangsawan yang semakin lemah. Di samping itu, raja tidak bergantung
kepada golongan bangsawan dal menjalankan pentadbiran.
ISI 3:
Seterusnya, dalam struktur masyarakat feudal, golongan pahlawan
berada di bawah golongan bangsawan. Golongan ini mempunyai pasukan
tentera dan menawarkan perkhidmatan tentera kepada raja dan tuan
tanah. Mereka menerima ganjaran dalam bentuk tanah, harta rampasan
perang daripada raja atau tuan tanah. Mereka juga mempunyai hak
untuk merngutip cukai daripada penduduk di bawah penguasaan
mereka. Menjelang abad ke-16 dan 17, perubahan dalam politik
menyebabkan kedudukan dan peranan golongan pahlawan berubah.
Perkembangan ini menyebabkan raja tidak bergantung kepada pahlawan
untuk mendapat bantuan ketenteraan. Sebaliknya, raja menubuhkan
pasukan tenteranya sendiri yang terdiri daripada petani dan rakyat biasa.
ISI 4:
Di samping itu, dalam struktur masyarakat feudal England, golongan
petani berada di bawah penguasaan golongan bangsawan. Mereka
mengusahakan tanah milik tuan tanah dan sebagai balasan menerima
perlindungan daripada mereka. Perubahan yang berlaku dalam bidang
ekonomi menyebabkan kehidupan petani berubah. Kemunculan kilang-
kilang perindustrian menyebabkan golongan petani berhijrah ke bandar.
Selain itu, bekerja sebagai pekerja di kilang perindustrian, mereka
menjadi buruh upahan kepada tuab tanah. Menjelang abad ke-16 dan
17 Masihi, golongan petani tidak terikat kepada tuan-tuan tanah.
ISI 5:
Akhirnya, golongan yang mempunyai kedudukan terendah dalam
struktur masyarakat feudal di England adalah golongan hamba.
Golongan hamba pada zaman pertengahan tidak memiliki tanah dan
terikat kepada tuan tanah. Menjelang abad ke-16 dan 17, perubahan
dalam bidang ekonomi, politik, dan sosial menyebabkan kedudukan
golongan hamba turut berubah. Golongan hamba dibebaskan oleh tuan
tanah dan sebahagian daripada mereka berhijrah ke bandar.
PENUTUP:
Kesimpulanya, menjelang abad ke-16 dan 17, berlaku perubahan yang
amat ketara dalam struktur masyarakat feudal di England.
Perkembangan pesat dalam idang ekonomi, politik dan sosial
menyebabkan kedudukan dan peranan masyarakat turut berubah.
Perubahan ini menyebabkan sistem feudal yang mencorakkan
kehidupan masyarakat di Eropah mulai lenyap. Perkembangan ini
melahirkan masyarakat baru yang berfikiran terbuka serta tidak terikat
kepada gaya hidup tradisional.

You might also like