Tajuk 3 - Kebudayaan

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 20

KEBUDAYAAN

Asmawi Ibrahim
UniSZA
KONSEP
Secara umum kebudayaan bermaksud cara
hidup sesuatu masyarakat. Bagi ahli-ahli
sains sosial istilah berkenaan mempunyai
maksud yang luas. Beberapa takrifan yang
dibuat oleh sebilangan tokoh berkaitan
dengannya jelas menunjukkan keadaan
demikian. Antara lain:
• Takrifan oleh Koentjaraningrat
Kebudayaan berasal daripada kata ‘budi’ atau ‘akal’.
Oleh yang demikian Koentjaraningrat mendifinisikan
kebudayaan sebagai hal-hal yang berkaitan dengan
akal.

• Takrifan yang dibuat oleh Edward B. Taylor.


`Kebudayaan ialah satu keseluruhan cara hidup yang
termasuk dalamnya pengetahuan, kepercayaan, seni,
moral, ekonomi, undang-undang, adat resam, bahasa
dan lain-lain kemahiran yang diperolehi manusia
sebagai ahli masyarakat’
• Takrifan oleh Ralph Linton.
`kebudayaan ialah segala yang dipelajari dan
diulangi dalam sesebuah masyarakat, iaitu
warisan sosial ahli-ahli masyarakat’.
• Sebagai rumusan, takrifan kepada istilah
kebudayaan diberi penekanan kepada dua aspek
berikut: (i) kebudayaan sebagai satu keseluruhan
cara hidup. (ii) merupakan suatu yang dipelajari
oleh setiap anggota bagi masyarakat berkenaan.
UNSUR-UNSUR KEBUDAYAAN

Para ahli antropologi berpendapat


kebudayaan sesuatu masyarakat terdiri
daripada beberapa unsur atau aspek.
Contohnya, suatu kebudayaan mengandungi
unsur berkaitan peralatan yang digunakan,
bahasa, pengetahuan, sistem ekonomi yang
diamalakn dan sebagainya.
UNSUR KEBUDAYAAN SEJAGAT

Unsur-unsur kebudayaan sejagat adalah unsur


yang terdapat dalam kebudayaan setiap
masyarakat. Mengikut Koentjaraningrat(1970)
unsur-unsur berkenaan adalah seperti berikut:
• Peralatan dan kelengkapan hidup - Meliputi
peralatan yang digunakan untuk perhubungan,
peralatan dalam kegiatan ekonomi, peralatan
untuk menyediakan makanan, perhiasan, pakaian
dan sebagainya.
• Sistem dan aktiviti ekonomi - Bagaimana
pemilikan harta dilakukan, dan aktiviti-aktiviti
yang dilaksanakan oleh anggota masyarakat.
• Sistem kemasyarakatan - Meliputi sistem
kekeluargaan, ketuaan dan lain-lain organisasi
sosial yang wujud dan diamalkan.
• Bahasa - Lisan dan tulisan.
• Kesenian - Seni rupa, seni suara, seni gerak
dan seni bina.
• Pengetahuan - Pengetahuan berkaitan
persekitaran kehidupan, teknologi,
perkembangan semasa samada pada paras
setempat mahupun dunia luar.
• Agama/ kepercayaan - Bentuk dan upacara
berkaitan.
Secara terperinci unsur kebudayaan sesuatu
masyarakat boleh dikenal pasti dengan
memahami aspek-aspek berikut:
• Trait kebudayaan - Ciri-ciri khusus bagi sesuatu unsur
kebudayaan.
• Item kebudayaan – Ciri-ciri yang lebih khusus bagi
unsur dan trait kebudayaan berkenaan.
Contoh:
Dalam masyarakat petani, aktiviti pertanian yang dijalankan
merupakan unsur kebudayaan bagi masyarakat berkenaan.
Sedangkan jenis pertanian dilaksanakan adalah trait kebudayaan,
dan cara dilaksanakan merupakan item kebudayaan mereka.
Perkaitan di antara unsur kebudayaan dengan aspek-aspek kebudayaan yang lebih
khusus dapat ditunjukkan seperti berikut:

Kebudayaan

Unsur Unsur
Kebudayaan Kebudayaan

Trait Trait Trait


Kebudayaan Kebudayaan Kebudayaan

Item Item Item


Kebudayaan Kebudayaan Kebudayaan
BAHAGIAN-BAHAGIAN
KEBUDAYAAN

Untuk memahami kebudayaan dengan lebih


jelas lagi, para pengkaji membahagikannya
kepada tiga bahagian, iaitu kebudayaan
kebendaan, kebudayaan kognitif dan
kebudayaan normatif
Kebudayaan Kebendaan

Kebudayaan kebendaan meliputi subjek-subjek fizikal


kebudayaan berserta cara-cara penggunaannya.
Antaranya ia meliputi subjek dalam aspek berikut:
• Seni bina masyarakat.
• Peralatan yang digunakan sehari-hari.
• Bentuk ukiran
• Anyaman
• Tarian
• Pakaian
• Pola perlakuan
Kebudayaan Kognitif

Meliputi keseluruhan pemikiran yang ada pada


sesebuah masyarakat. Dengan lain perkataan
ia merupakan world view masyarakat, yang
merakumi pelbagai aspek berikut:
• Simbol
• Bahasa
• Pengetahuan
• Kepercayaan
• Nilai
Kebudayaan Normatif

Bahagian kebudayaan yang berkaitan


peraturan tingkah laku anggota masyarakat. Ia
memberi garis panduan kepada tingkah laku
yang wajar dan tidak wajar bagi masyarakat
berkenaan. Para ahli antropologi
mengariskan dua aspek kebudayaan normatif,
iaitu mores dan folkways
• Mores.
Asas penting yang menentukan tingkah laku
dalam masyarakat. Selalunya ia merujuk
kepada kepercayaan dan adat resam
masyarakat berkenaan.
• Folkways.
Peraturan-peraturan yang berkaitan dengan
tingkah laku seharian – tingkah laku yang
diterima dan menjadi resam dalam
masyarakat.
CIRI-CIRI KEBUDAYAAN

Ciri-ciri umum bagi sesuatu kebudayaan dapat dinyatakan


seperti berikut:
• Kebudayaan bukan diwarisi secara biologi, sebaliknya
ia dipelajari setelah individu dilahirkan.
o Kebudayaan yang diamalkan anggota masyarakat
diperturunkan kepada generasi berikut (generasi baru)
melalui proses enkulturasi (proses penyaluran kebudayaan).
Contoh, jenis-jenis makanan yang menjadi kebiasaan dalam
masyarakat Melayu akan diperkenal/perturunkan kepada
generasi muda masyarakat berkenaan.
o Dalam proses penyaluran kebudayaan memberi
kemungkinan berlakunya perkara berikut:
 Timbunan kebudayaan - anggota masyarakat
menyampaikan item dan trait kebudayaan yang
diwarisi, dan pengalaman hidupnya sebagai tambahan
kepada item dan trait kebudayaan berkenaan.

 Pengikisan budaya - anggota masyarakat tidak


menyampaikan sebahagian item dan trait kebudayaan
yang diwarisi kepada generasi baru.
• Kebudayaan bersifat dinamik.
Setiap kebudayaan akan mengalami perubahan
atau perkembangan. Perubahan yang berlaku
akan dapat disedari apabila membandingkan
amalan semasa dengan amalan generasi
terdahulu dalam pelbagai aspek.
Contoh:
Amalan dalam masyarakat Melayu kini berbeza
dengan amalan dalam masyarakat Melayu di
zaman kesultanan Melaka.
• Kebudayaan sebagai suatu gabungan andaian
yang sama-sama dipegang oleh anggota
masyarakat.
o Ia mengandungi; (a) Tindakan-tindakan yang
diterima dan ditolak. (b) tindakan yang dilarang
dan diizinkan oleh masyarakat.
o Segala bentuk idea di atas membolehkan individu
dalam satu konteks budaya mengetahui cara
untuk bertindak atau berpelakuan dalam keadaan
tertentu dengan sewajarnya.
• Kebudayaan mempunyai sistem simbol tertentu.
Semua kebudayaan dapat difahami melalui simbol-simbol yang
terdapat dalam masyarakat.

Contoh, dalam masyarakat Melayu:


a. Baju kurung/baju Melayu adalah simbol bagi pakaian Melayu.
b. Masjid melambangkan tempat ibadat dan kepercayaa anggota
masyarakat kepada Allah A.W.T.
c. Reka bentuk bahagian-bahagian masjid mempunyai simbol
tersendiri yang melambangkan kesempurnaan agama Islam.
Antaranya reka bentuk kubah masjid yang bulat dan juga ukiran-
ukiran yang terdapat di lain-lain bahagian.

You might also like