Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 33

MPU 3122 HUBUNGAN

ETNIK
TOPIK 5:
Perlembagaan Malaysia Dalam
Konteks Hubungan Etnik

MANIMARAN VADIVELU
JHEP, IPGKI
Undang-undang sama ada bertulis/ tidak, yang menentukan organisasi kerajaan, pembahagian
Konsep Perlembagaan
kuasa antara pelbagai badan kerajaan dan prinsip-prinsip umum bagaimana kuasa-kuasa tersebut
dilaksanakan.

Sumber undang-undang tertinggi sesebuah negara dan setiap individu perlu mematuhi
keluhurannya.

Undang-undang asas pemerintahan negara.

Panduan bagi membentuk undang-undang sama ada di pihak kerajaan atau rakyat.
Konsep Perlembagaan
Perlembagaan bertujuan untuk
Perlembagaan diperlukan untuk
mewujudkan satu rangka politik,
menjamin kestabilan politik serta
ekonomi dan sosial yang dapat
pemerintahan negara yang cekap dan
memudahkan perpaduan nasional dan
adil.
pembangunan negara.

Perlembagaan Malaysia mengandungi 15,


183 Perkara dan 13 Jadual.
Parlimen (Badan perundangan), badan Umumnya Perlembagaan Malaysia
eksekutif (Kabinet & jentera kerajaan) menyentuh bidang kuasa eksekutif, legislatif,
dan badan kehakiman memperolehi kehakiman, kedudukan agama Islam,
kuasa daripada Perlembagaan. kewarganegaraan, Bahasa Kebangsaan,
kedudukan istimewa orang Melayu,
Bumiputera Sabah dan Sarawak dan lain-lain.
2.Perlembagaan
Sejarah Penggubalan Perlembagaan Persekutuan Malaysia
1. Perlembagaan Persekutuan Tanah
Malayan Union 1946 Melayu 1948

3.Perlembagaan
Persekutuan Tanah 4.Perlembagaan
Melayu Malaysia 1963
(Kemerdekaan) 1957
Perlembagaan Malayan Union

Selepas Jepun menyerah kalah 1945, British datang


semula ke Tanah Melayu.

British memperkenalkan British Military Administration


(BMA) atau Pentadbiran Tentera British.

Pada tahun 1946, Malayan Union (MU) diperkenalkan untuk


menggantikan BMA.
Perlembagaan Malayan Union:
Sebab-sebab penubuhan Malayan Union

i. Menyatukan negeri-negeri dan meningkatkan kecekapan pengurusan


pentadbiran. (Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, Negeri-Negeri Selat dan Negeri-
Negeri Melayu Tidak Bersekutu memerlukan perbelanjaan yANg besar dan sistem
pentadbiran terpisah).

ii. British menyimpan perasaan anti Melayu kerana orang Melayu


bekerjasama dengan Jepun dan pengenalan Malayan Union dapat melemahkan
kuasa Raja-Raja Melayu.

iii. Menjadi asas kepada penduduk Tanah Melayu ke arah pemerintahan


sendiri.
Perlembagaan Malayan Union

MU ditubuhkan pada 1 April 1946 dengan Sir Edward Gent menjadi


Gabenor yang pertama.

Semua negeri Malayu, Pulau Pinang dan Melaka disatukan di bawah kerajaan pusat.
MU akan diperintah oleh seorg Gebenor British dgn bantuan Majlis Mesyuarat
Persekutuan dan Majlis Perundangan.

Singapura dijadikan tanah jajahan berasingan di bawah kuasa seorang


Gebenor British.

Kedaulatan Raja-Raja Melayu dihapuskan.


Sultan hanya berkuasa dan boleh bersuara dalam soal berkaitan agama Islam dan
adat istiadat Melayu sahaja.

Hak kerakyatan yang sama semua orang tanpa mengambil kira bangsa dan
keturuanan.
Perlembagaan Malayan Union
• Orang Melayu menentang penubuhan MU kerana:
• i. Kuasa Raja-Raja Melayu dilenyapkan dalam urusan
pentadbiran negeri.
• ii. Pemberian hak kerakyatan yang sama pada kaum-
kaum lain melalui prinsip Jus Soli.
• iii. Hak sama rata kepada semua warganegara tanpa
mengira bangsa iaitu penduduk pribumi tidak memiliki apa-
apa keistimewaan.
• iv. Cara Harold Mac Michael mendapatkan tandatangan
raja-raja Melayu yang menggunakan cara paksaan dan
ugutan.
Perlembagaan Malayan Union
• Penentangan hebat orang Melayu berlaku di beberapa buah negeri di
Tanah Melayu.
• Walaupun wujud tentangan daripada orang Melayu, MU diistiharkan
pada 1 April 1946 dengan Sir Edward Gent sebagai Gabenor pertama.
• Orang Melayu telah memulaukan majlis pengistiharan tersebut.
• Dari tahun 1946-1948 Dato Onn Jaafar mengetuai orang Melayu
menentang MU .
• Tan Cheng Lock memimpin orang bukan Melayu menyokong MU tetapi
tidak semua etnik Cina menyokong MU.
• Ekoran penentangan kuat daripada orang Melayu akhirnya British
membatalkan cadangan penubuhan MU.
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948
• British menubuhkan Jawatankuasa Kerja pada Julai 1946 yang
terdiri daripada 4 orang wakil Raja Melayu, 2 orang wakil UMNO
dan 6 pegawai British.
• Jawatankuasa tersebut bertanggungjawab merangka
perlembagaan baru yang boleh diterima oleh orang Melayu.
• Dis 1946 British menubuhkan Jawatankuasa Perunding untuk
mendapatkan pandangan orang bukan Melayu mengenai draf
perlembagaan yang disediakan oleh Jawatankuasa kerja.
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948

• Akhirnya British mengistiharkan Persekutuan Tanah Melayu pada 1


Feb 1948.
• Ciri-ciri penting Perjanjian Persekutuan Tanah Malayu:
• i. Sembilan negeri Melayu terlibat dalam Persekutuan berserta P.
Pinang dan Melaka. Singapura kekal menjadi tanah jajahan yang
berasingan.
• ii.Kerajaan Persekutuan Tanah Malayu akan diketuai oleh Persuruhjaya
Tinggi British dan dibantu oleh Majlis Perundangan Persekutuan dan
Majlis Mesyuarat Kerja Persekutuan.
• iii. Majlis Mesyuarat Kerja Persekutuan terdiri daripada 3 ex-officio, 4
orang anggota rasmi, 9 orang Yang Dipertua Majlis-Majlis Mesyuarat
Negeri dan 2 orang wakil Majlis Tempatan Melaka dan P. Pinang dan
10 orang anggota rasmi dan 50 ahli tidak rasmi.
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948

• iv. Sultan diberi semula hak dan kuasa memerintah tetapi dengan nasihat
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Majlis Perundangan Negeri.
• v. Syarat-syarat kewarganegaraan diperketatkan. Hal ini berkaitan Fasal
124(1)(a) berkenaan dengan kewarganegaraan yang terbahagi kepada
dua:
 Memperoleh kewarganegaraan melalui kuat kuasa undang-
undang
 Menjadi warganegara dengan cara kemasukan atau permohonan
• vi.Orang Melayu diberi hak istimewa sebagai kaum bumiputera dan
mempunyai perwakilan terbesar dalam Kerajaan Persekutuan dan
Negeri.
• Orang Melayu berpuas hati dengan perlembagaan baharu ini. Walau
bagaimanapun, orang bukan Melayu menimbulkan reaksi yang berbeza
disebabkan ketidakpuasan hati mereka tentang undang-undang
kerakyatan yang ketat.
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
(Kemerdekaan) 1957
• Penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (Communities
Laison Committee /GLC) 1949 yang terdiri daripada pelbagai etnik
telah berusaha menyelesaikan masalah perlembagaan, politik dan
ekonomi yang wujud akibat permintaan yang berlainan daripada
pelbagai etnik.
• Tokoh-tokoh yang menganggotai jawatankuasa tersebut ialah Dato’
Onn Jaafar, Dato’ Abdul Wahab Abdul Aziz, Tan Cheng Lock, C.C,
Dr.J.S. Goonting dan Tan E.E.C Thuraisingham.
• Kebanyakan cadangan GLC telah dimasukkan ke dalam usul-usul
perundangan yang diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan.
• Jawatankuasa ini telah berjaya memupuk persefahaman antara
pemimpin pelbagai kaum.
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957
• Pada tahun 1951 Sistem Ahli dipekenalkan oleh British dgn melantik beberapa
orang wakil warganegara Persekutuan Tanah Melayu menjadi ahli dalam Majlis
Mesyuarat Kerja Persekutuan.
• Tindakan ini memberi peluang pemimpin tempatan mendapat pengalaman
memerintah secara demokrasi.
• Feb 1952, Pilihanraya dalam Majlis Perbandaran Kuala lumpur dengan 12
kerusi dipertandingkan oleh UMNO dan MCA ynag telah membuat pakatan
tidak resmi.
• Kerjasama ini akhirnya menjurus ke arah penubuhan Perikatan pada tahun
1953.
• Parti Perikatan memenagi 9 kerusi dan selebihnya dikuasai oleh Parti
Kemerdekaan Tanah Melayu (IMP).
• Pembentukan Perikatan menunjukkan kerjasama erat di kalangan etnik di
Tanah Melayu ke arah menuju kemerdekaan melalui perkongsian yang
diterujui oleh UMNO.
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957
• Pada tahun 1953 Parti Perikatan mendesak British mengadakan pilihanraya
untuk seluruh Tanah Melayu bagi mengisi kerusi Majlis Perundangan
Persekutuan.
• Pada 27 Julai 1955, Parti Perikatan yang terdiri daripada UMNO, MCA dan MIC
telah meletakkan semua calon di 52 kerusi yang dipertandingkan diikuti Parti
Negara dan parti-parti lain.
• Keputusan pilihanraya berpihak kepada Parti Perikatan yg memenangi 51
daripada 52 kerusi yang dipertandingkan dan PAS memenangi 1 kerusi.
• Pada Jan 1956 , satu rombongan dikuasai oleh Tunku Abdul Rahman dan 8
orang wakil yang telah dipersetujui berangkat ke London.
• Orang Melayu dan bukan Melayu telah bersama-sama berunding dengan
Kerajaan British untuk menuntut kemerdekaan Tanah Melayu.
• Lapan orang wakil terdiri daripada wakil Raja-Raja Melayu dan Parti Perikatan.
• Wakil Parti Perikatan ialah Tunku Abdul Rahman, Datuk Abdul Razak Hussein,
Kol. H.S. Lee, Dr Ismail Datuk Abdul Rahman dan T,H Tan.
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957
• Hasil perundingan tersebut, Perjanjian London telah ditandatangani pada 8
Feb 1956 seperti berikut:
• i. British memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu pada 31 Ogos
1957.
• ii. Tanah Melayu berada dalam lingkungan Komanwel dan menjalankan
pemerintahan secara demokrasi.
• iii. British mendapat hak menempatkan tenteranya di Tanah Melayu melalui
Anglo-Malayan Defence Treaty 1956.
• iv. Sebuah badan bebas ditubuhkan bagi Perlembagaan Tanah Melayu iaitu
Suruhanjaya Reid.
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957
• Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu digubal oleh suruhanjaya Reid
(1956) dengan keahlian ialah Lord Reid, Sir Ivor Jennings, Sir William
McKell, B.Malik dan Hakim Abdul Hamid.
• Perjanjian London telah menetapkan agar perlembagaan yang ingin
digubal perlu mengambil kira perkara berikut:
• i. Pembentukan sebuah Persekutuan dengan kerajaan pusat yang kuat.
• ii. Pemeliharaan kedudukan, keistimewaan dan hak Raja-Raja Melayu.
• iii.Pewujudan jawatan Ketua Negara yg bergelar Yang di Pertuan Agong.
• iv.Pemeliharaan hak-hak istimewa orang Melayu serta hak-hak yang sah
milik kaum-kaum lain.
• v.Pembentukan satu sistem kewarganegaraan yang seragam untuk seluruh
Persekutuan Tanah Melayu.
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957
• Pesuruhjaya Reid telah meminta cadangan dan pandangan daripada
parti politik, orang ramai, individu-individu dan Raja-Raja Melayu.
• Suruhanjaya telah menerima 131 memorandum bertulis dan bersidang
banyak kali.
• Ini menunjukkan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu telah
mendapat persetujuan dan pandangan majoriti kaum Malaysia.
• Perlembagaan ini bukan sahaja dokumen perundangan tetapi kontrak
sosial dan perjanjian perdamaian.
• Melalui kontrak sosial, orang bukan Melayu diberi hak
kewarganegaraan yang longgar berasaskan prinsip jus soli.
• Hak orang Melayu dikekalkan dalam perlembagaan mengenai agama
Islam, bahasa Melayu dan kedudukan istimewa orang Melayu.
• Akhirnya terbentuk Perlembagaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957.
Perlembagaan Malaysia 1963
• Perlembagaan Malaysia sekali lagi diperbaharui apabila Singapura, Sabah
dan Serawak bergabung dengan Tanah Melayu untuk membentuk Malaysia
pada 16 Sept 1963.
• Perlembagaan ini mengandungi 15 bahagian, 183 perkara dan 13 Jadual.
Perlembagaan tersebut juga mengandungi beberapa tambahan yang
menyentuh kepentingan penduduk Sabah dan Sarawak.
• Perkara 161 memperuntukkan penggunaan bahasa Inggeris serta bahasa
ibunda di Sabah dan Sarawak dengan memberikan kelonggaran dari segi
penggunaan bahasa. Bahasa Inggeris boleh digunakan sebagai bahasa rasmi
sehingga 10 tahun dari tarikh kemerdekaan negeri.
• Perkara 161a menyentuh kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan
Sarawak
• Perkara 161b sekatan kepada bukan permastautin, hak untuk menjalankan
amalan di bahagian mahkamah di dalam negeri Sabah dan Sarawak.
Unsur-unsur Dalam Perlembagaan

Dalam usaha pembentukan Perlembagaan Malaysia, unsur


sejarah negara yang unik serta kepelbagaian budaya menjadi
perkiraan serta keutamaan. Adunan unsur yang terdapat dalam
sistem Kerajaan Melayu lama dan budaya penjajahan asing
menjadi ramuan kepada penghasilan Perlembagaan Malaysia
Empat aspek yang merangkuminya ialah instituisi beraja, agama
Islam, bahasa Melayu serta kedudukan istimewa orang Melayu.
Kesemuanya menjadi kontrak sosial yang membentuk
masyarakat majmuk yang saling memahami
Unsur tradisi dalam Perlembagaan Malaysia
Pemerintahan Beraja

Setelah mencapai Konsep Raja


kemerdekaan, institusi Berperlembagaan ialah
beraja dikekalkan di raja bertindak mengikut
bawah konsep Raja lunas perlembagaan
Berperlembagaan. yang telah ditetapkan.

Kuasa Raja diwakilkan


Raja akan menerima
kepada kabinet yang
nasihat daripada
diketui oleh Perdana
anggota Kabinet
Menteri
Agama Persekutuan

Perkara 3 Perlembagaan
menjelaskan bahawa agama
Islam ialah agama rasmi
bagi Persekutuan tetapi
agama-agama lain boleh
diamalkan dengan bebas.
Kebebasan beragama dijamin dalam perlembagaan terhadap
semua agama iaitu setiap orang berhak untuk menganut dan
mengamalkan agamanya mempunyai hak untuk menguruskan hal
agamanya sendiri, menubuh dan menyelenggara institusi bagi
maksud agama atau khairat dan memperolehi dan memiliki harta
benda serta memegang dan mentadbir mengikut undang-undang.
Agama Persekutuan

Namun begitu hak-hak seseorang untuk mengembangkan


agama boleh dikawal atau disekat oleh undang-undang negeri
atau undang-undang Persekutuan bagi kes Wilayah
Persekutuan, jika pengembangan itu dibuat di kalangan mereka
yang telah menganut agama Islam-Perkara 11(4).
Bahasa Kebangsaan

Maksud rasmi
Perkara 152 (1) ditakrifkan oleh
menguatkuasakan bahasa Perkara 152 (6)
Melayu sebagai bahasa dengan makna apa-
kebangsaan persekutuan. apa jua maksud
kerajaan sama ada
Bahasa ini secara kerajaan persekutuan
automatik menjadi bahasa atau kerajaan negeri
perantaraan untuk dan termasuklah apa-
digunakan dalam semua apa maksud sesuatu
maksud rasmi. pihak berkuasa awam
Bahasa Kebangsaan

Namun begitu perkara ini juga melindungi bahasa-bahasa


lain dan seterusnya memperuntukkan bahawa tiada siapa
pun boleh dilarang atau ditahan daripada menggunakan
(selain maksud rasmi) atau mengajar atau belajar bahasa
lain
Kedudukan istimewa orang-orang Malayu dan Bumiputera Sabah dan
Sarawak.

Perkara 160(2) Perlembagaan Malaysia,


orang Melayu ditakrifkan sebagai
seorang yang beragama Islam, bertutur
bahasa Melayu dan mengamalkan adat
istiadat Melayu.

Bumiputera di Sabah dan Sarawak


(termasuk bukan Melayu) termasuk dlm
golongan yang menerima keistimewaan
sepertimana yang diperolehi orang
Melayu di Semenanjung.
Kedudukan istimewa orang-orang Malayu dan
Bumiputera Sabah dan Sarawak.

Perkara 153 Perlembagaan telah memaktubkan Hak


Istimewa orang Melayu dan bumiputera Sabah dan
Sarawak meliputi perkhidmatan awam: Perkara 153
(2, 3 dan 4), ekonomi: Perkara 153 (6), pelajaran:
Perkara 153 (2, 3 dan 4), kedudukan istimewa orang
Melayu yang lain termasuklah peruntukan Perkara 89
dan 90 berhubung dengan tanah rizab Melayu.

Hak-hak ini tidak boleh dipertikaikan dan ia dilindungi


di bawah Akta Hasutan 1948 (Pindaan 1971).
Hak keistimewaan
Rasional Perkara 153 ialah perkhidmatan awam ialah ini meliputi pejawatan dal
Bumiputera
Walaupun kedudukan etnik Melayu/rezab yang memperuntukan bagi Melayu dan
perkhidmatan awam, biasiswa, pendidikan
mengenai pendidikan termaktub dalam Perkara
Bumiputera Sabah dan Sarawak memandangkanpermit dan lesen perniagaan.
pada era
153, namun toleransi antara etnik dapat penjajahan dan awal kemerdekaan
dilihat
melalui pengekalan sekolah-sekolahkekurangan
Cina danorang Melayu menjawat jawatan
Tamil. profesional dalam perkhidmatan awam berbanding
Selain itu berkaitan dengan Perkara 89 dan
bukan bumiputera. (Perezaban tanah)
Sarawak.
Kedudukan istimewa orang-orang Malayu dan Bumiputera Sabah dan
Kedudukan Kaum Lain

Kaum-kaum lain mempunyai hak yang sah sebagimana diperuntukkan dalam undang-undang.

Orang bukan Melayu berhak mengecapi nikmat yang sama sebagai warga negara Malaysia.

Bahagian 2 Perlembagaan Persekutuan menyebut hak asasi individu yang dikategorikan kepada kebebasan mutlak dan kebebasan terhad.
Kedudukan Kaum Lain

Fasal 2 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan seorang warganegara itu tidak


boleh dibezakan semata-mata atas sebab agama, kaum, keturunan atau tempat lahir.

Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kebebasan warganegara


untuk bercakap, berhimpun dan menubuhkan persatuan.

Perkara 11 menyebut setiap warganegara berhak menganut dan mengamalkan agama


masing-masing.
menarik diri,
Borneosasi, pegawai

British,Perjanji
kewangan,
kedudukan
an khas
kaum Malaysi
asli/
Bumiputera
a yangBorneo
Utara, dibuat
kerajaan
• Perjanji
pada
negeri,an jangka
tahun20 masa
peralihan, pelajaran,
Perkara
1963
perlindungan
dan 18
merupa
kepada Perkara
kan
perlembagaan,
dalam
satu
perwakilan
Perlem dalam
persetu
parlimen
bagaan
juan
persekutuan,
Persekunama
yang
negeri, nama
ketua tuan
telah
tanah,
negeri,sebagai
disepak
hutan,hakkerajaan
ati
tempatan dan lain-
mutlak
antara
lain. Sabah
pemim
dan
pin
Sarawa
Tanah
k.
Melayu,
Sabah
dan
Perjanjian 18 Perkara (Sarawak) dan 20 Perkara (Sabah)
Sarawa
k yang
RUMUSAN
• Perlembagaan Malaysia merupakan satu manifestasi permuafakatan
serta perkongsian pemilikan negara secara keseluruhannya. Walaupun
peringkat awal penggubalan perlembagaan bermula, iaitu Malayan
Union tidak menjurus kepada kesepakatan rakyat, tetapi selepas
bantahan tercetus, idea itu terpaksa ditamatkan.
• Selepas itu, penggubalan perlembagaan yang berkait dengan
Malaysia lebih mencorakkan permuafakatan pelbagai kaum yang mula
mencorakkan kehidupan masyarakat Malaysia.
• Rakyat pelbagai kaum merupakan penentu kepada kestabilan negara
tercinta dengan terus menghayati kontrak sosial dan prinsip kesatuan
rakyat.

You might also like