Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 48

RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU

MANUAL 2.0

SEKTOR PENGURUSAN INSTRUKSIONAL


CAWANGAN PROGRAM PENDIDIKAN KHAS
BAHAGIAN PENDIDIKAN KHAS
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PENULISAN RPI
BERFOKUSKAN KEPADA INTERVENSI BAGI
MENINGKATKAN KEFUNGSIAN MBK
DAN TIDAK LAGI BERFOKUS MATA PELAJARAN
DEFINISI INTERVENSI

Memberi perkhidmatan awal bagi rawatan, pemulihan,


bimbingan Nasihat, gabungan pendidikan, penjagaan diri,
interaksi sosial, Perkembangan kemahiran motor dan
sebagainya kepada kanak-kanak dan juga kelurga sebaik
sahaja sesuatu kecacatan dapat dikesan.
PERBEZAAN PENULISAN
OBJEKTIF DALAM RPH DAN RPI

RPH RPI

Murid boleh mengenal 6 Jamal boleh


huruf abjad iaitu huruf a menggunakan tangan
hingga f berpandukan untuk meneroka dan
gambar yang diberikan. memperoleh maklumat
tentang objek yang
diberikan.
PUNCA KUASA PENULISAN RPI :

Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013, Perkara 3.

Perkara 8(1)Bagi maksud melaksanakan Pendidikan Khas :-

• mana-mana orang yang terlibat dalam pelaksanaan Pendidikan Khas hendaklah


menggunakan Kurikulum Pendidikan Khas;

• seseorang guru hendaklah menggunakan RANCANGAN PENDIDIKAN


INDIVIDU; dan seseorang guru boleh membuat pengubahsuaian kepada :-

• kaedah atau teknik pengajaran dan pembelajaran;


• masa yang diperuntukkan bagi setiap aktiviti;
• susunan aktiviti; dan
• bahan bantu mengajar.

Perkara 8(2) Apa-apa pengubahsuaian yang dibuat di bawah perenggan (i)(c)


hendaklah mengikut Kurikulum Pendidikan Khas.
DEFINISI DAN KONSEP RPI

Rancangan Pendidikan Individu (RPI) adalah


satu DOKUMEN BERTULIS. Dirancang KHUSUS
untuk SESEORANG MURID. Dibentuk bertujuan
MENDOKUMENTASIKAN segala pengubahsuaian
dan INTERVENSI ke atas Program pembelajaran
serta perkhidmatan yang disediakan bagi
MENINGKATKAN KEFUNGSIAN MBK.
RPI DISEDIAKAN UNTUK…

 Minimumkan isu major / utama MBK.

 Hallahan, D.P.& Kaunffman, J.M. (1978) sebagai perjanjian


bertulis antara ibu bapa dan pihak sekolah tentang keperluan
MBK dan menyatakan perkhidmatan yang diperlukan bagi
membantu pencapaian murid.

 Suatu program yang berkaitan dengan pendidikan khusus


dan cara menangani untuk memenuhi keperluan MBK.
ELEMEN-ELEMEN
RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU (RPI)

PROSES

KEBOLEHPERCAYAAN KERJASAMA
ELEMEN-
ELEMEN
RPI
KEPUTUSAN BERKONGSI
BERSAMA MAKLUMAT

DOKUMENTASI
ELEMEN-ELEMEN
RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU (RPI)
1. Kerjasama

Merupakan elemen penting yang dirangka oleh sekumpulan individu


yang terlibat secara langsung dengan pendidikan dan kebajikan
MBK berkenaan. Oleh itu, ibu bapa dan guru merupakan orang yang
sangat penting dalam proses ini.

2. Berkongsi Maklumat

Mesti berdasarkan kepada maklumat daripada individu yang mempunyai


hubungan rapat dengan MBK. Maklumat ini mesti dikongsi bersama dan
menjadi asas kepada keputusan untuk membina perancangan pendidikan.

3. Keputusan Bersama

Guru, Ibu bapa dan kumpulan pelbagai disiplin bekerjasama untuk


menyediakan RPI. Mereka perlu membuat keputusan bersama untuk
menentukan apa yang diperlukan oleh MBK berkenaan dan bagaimana
RPI dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.
ELEMEN-ELEMEN
RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU (RPI)
4. Kebolehpercayaan

Kebolehpercayaan objektif pengajaran, prosedur penilaian perlu


diterangkan dalam RPI dan perlu dibuat semakan dari semasa ke semasa.

5. Dokumentasi

Bertujuan sebagai rujukan dan panduan untuk semua pihak yang


terlibat.

6. Proses

Meliputi aktiviti bagi memastikan perancangan pengajaran dan


pembelajaran yang sesuai serta berkesan dapat diberikan kepada
MBK. Di antara proses RPI yang terlibat adalah seperti berikut :-

 pra sidang
 sidang pertama ( mesyuarat )
 penulisan RPI
 pelaksanaan dan perekodan
 sidang kedua ( penilaian )
CIRI-CIRI
RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU
RPI
MENGIKUT SPESIFIK
URUTAN

MUDAH CIRI-CIRI KOMPREHENSIF


DIFAHAMI
RPI

BERSESUAIAN DIGUBAL
& BERSAMA
REALISTIK
1. KOMPREHENSIF
RPI merangkumi aspek ketidakupayaan murid,
termasuk aspek kognitif, bahasa dan komunikasi,
sosio emosi, tingkahlaku, motor kasar dan motor
halus sepertimana yang terkandung dalam domain
pendidikan khas.

2. SPESIFIK
Matlamat dan objektif bagi RPI dinyatakan dalam
bentuk tingkah laku yang dapat diperhatikan dan diukur.

3.REALISTIK DAN BERSESUAIAN


Perlu sesuai dengan matlamat dan objektif yang
dinyatakan dalam RPI yang disesuaikan dengan tahap
kefungsian serta mengikut kadar perkembangan sedia
ada murid.
4. MENGIKUT URUTAN
Penulisan RPI perlu dilaksanakan dengan mengikut
urutan proses yang ditentukan (rujuk Carta Alir)

5. REALISTIK
Perlu sesuai dengan matlamat dan objektif yang dinyatakan
dalam RPI yang disesuaikan dengan tahap kefungsian serta
mengikut kadar perkembangan sedia ada murid.

6. MUDAH DIFAHAMI
Penulisan RPI direkodkan dengan menggunakan bahasa
yang mudah difahami serta dapat dijelaskan apa yang perlu
diketahui oleh ibu bapa dan para professional.

7. DIGUBAL BERSAMA
Penulisan RPI adalah program yang dipersetujui bersama
oleh ibu bapa, guru, murid dan para professional yang
terlibat.
APLIKASI MODEL EPSTEIN (2002) TERHADAP
KEBERKESANAN PELAKSANAAN RPI

KEMAHIRAN
KOMUNIKASI KESUKARELAWAN
IBU BAPA

KEBERKESANAN
RANCANGAN
PENDIDIKAN INDIVIDU
(RPI)

PEMBELAJARAN MEMBUAT
DI RUMAH KOLOBORASI
KEPUTUSAN
DENGAN KOMUNITI
PENUBUHAN JAWATANKUASA RPI
DI PERINGKAT SEKOLAH

Penubuhan Jawatankuasa RPI di peringkat sekolah


amat perlu dilaksanakan bagi menjamin kelancaran
dan keberkesanan dalam menentukan isu major,
aktiviti intervensi, bentuk sokongan dan keperluan
lain yang diperlukan oleh seseorang MBK.
PERANAN DAN SUMBANGAN AJK RPI
1. Pentadbir Sekolah :

 mempengerusikan sesi sidang pertama dan kedua .


 memperkenalkan semua ahli jawatankuasa RPI.
 menjawab soalan-soalan berkaitan dengan pentadbiran
bertindak segera ke atas perkara yang perlu diselesaikan
berkaitan dengan pelaksanaan RPI.

2. Ibu / Bapa / Penjaga :

 memberi maklumat yang tepat tentang anaknya.


 berkerjasama menentukan isu major / utama anak mereka.
 menentukan matlamat jangka panjang yang diingini.
 bekerjasama mewujudkan kesinambungan pengajaran antara
sekolah dan rumah.
 mengambil dan menyemak RPI anak.
3. Guru Pendidikan Khas :

 mengumpul maklumat MBK.


 membuat modifikasi dan adaptasi kurikulum berdasarkan
kepada keperluan MBK.
 mengajar MBK secara individu berdasarkan kepada
keperluan dan kesesuaian MBK.
 mengambil tindakan ke atas perkara yang telah dipersetujui.
 memberi maklumat mengikut tahap keupayaan dan
kekurangan pembelajaran MBK.
 berhak menolak sebarang cadangan dari mana-mana pihak
jika cadangan itu di luar kemampuannya.
 membuat penilaian dan pemantauan ke atas MBK.

4. Pencatat Rancangan Pendidikan Individu (RPI)

 memastikan proses RPI iaitu sidang, matlamat, faktor


keupayaan dan akademik berfungsi ditulis oleh guru.

 bersidang dan berbincang dengan kumpulan permuafakatan


RPI bagi mengenalpasti isu major yang perlu diberikan
intenvensi untuk meningkatkan kefungsian MBK.
 menyediakan sidang, matlamat, faktor keupayaan dan akademik
berfungsi berdasarkan isu major yang telah diputuskan dalam
persidangan RPI.

 bertanggungjawab sepenuhnya atas pengisian RPI bagi MBK di


bawah penyelian masing-masing.

 memastikan sebarang perubahan pada intevensi perlu


dicatatkan oleh pencatat RPI selepas menerima makluman
daripada guru-guru.

 memantau intervensi mengikut keperluan masing-masing


dengan menjurus kepada kekangan utama yang dihadapi oleh
MBK.

 merancang dan melaksanakan pembelajaran dan


pemudahcaraan (PdPc) dengan menyediakan RPH dan RPT
(SPI Bil.3/1999): ( Penyediaan Rekod Pengajaran dan
Pembelajaran.

 Memaklumkan kepada penyelaras RPI untuk mengadakan


persidangan bagi membincangkan isu seterusnya sekiranya isu
major/utama telah berjaya diatasi.
5. Kumpulan Pelbagai Displin

 memberi khidmat bantuan kepada MBK mengikut


keperluan dan keutamaan.

 sebagai sukarelawan

 menyediakan maklumat professional tentang


permasalahan dan kekuatan MBK dari aspek kepakaran
mereka.
PENYEDIAAN
RPI
PENETAPAN PENCATAT RPI :

Pembahagian MBK mengikut kapasiti pencatat RPI adalah


Jumlah MBK BAHAGI Jumlah Guru.

Contoh:

Jumlah MBK : 55 orang


Bilangan Guru ( Tidak termasuk PKPK / Penyelaras ) : 13
PKPK /Penyelaras : 1
55 ÷ 6.5 x 1.5 = 12.69
55 ÷ 13 = 4.23

Seorang pencatat RPI akan menguruskan RPI bagi 4 orang


MBK sahaja.
PROSES PELAKSANAAN
RPI
Meliputi aktiviti bagi memastikan perancangan
pengajaran dan pembelajaran yang sesuai serta
berkesan dapat diberikan kepada MBK. Di antara
proses RPI yang terlibat adalah seperti berikut :

1.Pra Sidang
2.Sidang Pertama ( mesyuarat )
3.Penulisan RPI
4.Pelaksanaan
5.Perekodan
6.Sidang Kedua ( penilaian )
CONTOH CARTA ALIR PROSES
PELAKSANAAN RPI
CONTOH CARTA ALIR PROSES
PELAKSANAAN RPI
PRA SIDANG

OBJEKTIF / SIDANG OBJEKTIF /


STRATEGI PERTAMA ISU UTAMA
BARU (MESYUARAT) BERIKUTNYA

PENULISAN
RPI

PELAKSANAAN
RPI

PEREKODAN

SIDANG
GAGAL KEDUA OBJEKTIF
(PENILAIAN) TERCAPAI

Carta Alir Pembentukan Rancangan Pendidikan Individu (RPI)


Sumber : Buku Panduan RPI Murid-Murid Berkeperluan Khas 2000
Kementerian Pelajaran Malaysia
LANGKAH 1 - PRA SIDANG
( PENGUMPULAN MAKLUMAT ):
Bertujuan untuk menentukan isu utama dan kecil
berdasarkan kepada maklumat yang telah dikumpul dan
diperolehi semasa proses mengenalpasti kekuatan dan
kekurangan MBK dilaksanakan.

Tugas Dalam Pra Sidang :

1. Memanggil kumpulan pelbagai sokongan seperti :

• pengetua / guru besar ( jika perlu )


• penolong kanan pentadbiran ( jika perlu )
• guru kelas
• pencatat RPI
• guru mata pelajaran
• terapis (jika ada)
MENGENALPASTI MBK
a.Perkara yang perlu diberi perhatian dalam proses pengumpulan
maklumat
ialah :

•cara mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan MBK.


•individu yang akan mengumpul maklumat berkenaan.
•jenis-jenis bantuan yang diperlukan dalam proses mengumpul
maklumat.
• sejauh mana penglibatan MBK.
• sejauh mana penglibatan ibu / bapa / penjaga.
• sejauh mana penglibatan khidmat sokongan.
b. Mengumpul maklumat yang berkaitan dengan kekuatan, kekangan serta
keperluan MBK dalam menentukan isu major dan minor yang boleh
diperolehi melalui :

• borang biodata MBK


• laporan kesihatan (Borang Pendaftaran Penempatan OKU)
• borang kaji selidik akademik
• ujian diagnostik
• domain pendidikan khas
• pemerhatian ke atas MBK
c. Perbincangan tentang isu-isu / kekangan-kekangan untuk memilih
satu isu utama bagi setiap MBK.
d. Semua guru mata pelajaran menyatakan intervensi yang sesuai
untuk dimasukkan dalam penulisan RPI.
e. Maklumat yang terkumpul hendaklah dianalisa, dirumus dan
dicatat dalam borang rumusan Pra Sidang.

CONTOH ISU
UTAMA :
BIL. NAMA MBK DIAGNOSIS ISU UTAMA
Tidak boleh memegang pensel
1. Ali bin Bedul Syndrom Down dengan betul.
Tidak memahami arahan yang
2. Melah binti Bunga Autisme diberikan.
3. Donald ak Kintok Hyperaktif Tidak fokus dalam pembelajaran
ADHD

CADANGAN:
Guru-guru perlu mahir tentang Domain Pendidikan Khas kerana
kandungan dalam domain tersebut akan membantu untuk
memberikan intenvensi kepada MBK berdasarkan ISU UTAMA yang
telah dikenalpasti.
6 DOMAIN PENDIDIKAN KHAS
20 Ogos 2010 oleh Ahli Jawatankuasa Kerja LINUS-NKRA Bil.
13/2010 Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) bersetuju BPKhas
membina satu program alternatif bagi membantu MBK dalam
penguasaan literasi dan numerasi.

1. Kognitif

2. Bahasa dan Komunikasi

3. Tingkahlaku

4. Sosial emosi

5. Motor Kasar

6. Motor Halus
PERSEDIAAN AWAL UNTUK KE SIDANG PERTAMA IAITU:

• persediaan teperinci isu utama untuk setiap MBK.

• memo dalaman untuk pentadbir dan guru B&K / kaunselor

• surat panggilan ibu / bapa / penjaga

• surat panggilan kepada 3PK.

• surat persetujuan yang perlu ditandatangani oleh ibi / bapa /


penjaga.

• persediaan tempat bersidang.

• persediaan lain-lain untuk siding pertama bersama ibu / bapa /


penjaga MBK seperti juru bahasa isyarat.
LANGKAH 2 - SIDANG PERTAMA
( MESYUARAT )
TUGAS DALAM SIDANG PERTAMA :

1. memanggil kumpulan pelbagai displin (multidisplin) di


peringkat sekolah iaitu;

 pengetua / guru besar

 pk pendidikan khas / penyelaras program

 ibu / bapa / penjaga

 guru kelas

 pencatat rpi

 guru bimbingan&kaunseling / kaunselor

 terapis 3pk
2. mengedarkan maklumat yang diperolehi kepada semua ahli yang
terlibat.

3. pastikan setiap orang berpeluang untuk mengeluarkan idea dan


pendapat.

4. menerima pendapat dan persepsi daripada orang lain secara


terbuka.

5. menghormati setiap orang tanpa mengira pangkat dan jawatan.

6. pengenalan dan agenda mesyuarat

• peranan pengerusi mesyuarat adalah memperkenalkan


setiap ahli dan tugas masing-masing. pengerusi juga
perlu
menerangkan peranan ahli berkenaan dalam setiap
aspek
pendidikan MBK.
7. Membuat Analisa Isu Utama Untuk
Keperluan Intervensi Dalam Pembelajaran

8. Pembentukan Matlamat dan Objektif

9. Keputusan Untuk Mendapatkan Sokongan


(Resos)
10. Penulisan Rancangan Pengajaran

11. Sesi bersama ibu / bapa / penjaga

12. Penutup
CONTOH ILUSTRASI SIDANG PERTAMA :

PKPK/ Guru
Penyelaras Kelas

Guru Besar/ Guru B&K /


PK Pentadbiran MEJA Kaunselor

Ibu / Bapa / Pencatat


Penjaga RPI

Bincang&Tandatangan Setuju

Tidak Setuju Jalankan RPI

Ulang Proses
1&2
LANGKAH 3 – PENULISAN RPI :
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:
1. Tampal senarai isu utama untuk memudahkan semua
pihak mengingatinya, terutama guru-guru mata pelajaran.

2. Matlamat dan objektif yang khusus untuk MBK.

3. Strategi / pendekatan yang sesuai berdasarkan isu major.

4. Mengenal pasti keperluan bantuan yang diperlukan untuk


mencapai matlamat dan objektif.

5. Setiap guru yang masuk ke bilik darjah masih mengajar


menggunakan rancangan pengajaran harian (RPH) berdasarkan
potensi MBK namun setiap guru perlu menjalankan intervensi
bagi MBK secara terus semasa sesi PdP berlangsung.
6. Pelaksanaan intervensi untuk MBK boleh dilaksanakan
dalam 2 atau 3 atau 4 bulan atau bergantung kepada
keperluan MBK itu sendiri.
7. Pemantauan dan penilaian program.
LANGKAH 4 - PEREKODAN

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 pencatat RPI perlu merekod berkaitan aktiviti intervensi yang


telah dilaksanakan kepada MBK.

 disemak setiap 2 minggu di mana semua guru mata pelajaran


bersama pencatat RPI perlu berkumpul dan membincangkan
progres MBK.

 pencapaian selepas dua (2) minggu dibincang dan direkodkan.

 teruskan intervensi sekiranya MBK tidak menampakkan


perubahan dalam tempoh masa tersebut dengan guru perlu
mengubah kepada aktiviti yang baru.

 sekiranya MBK tersebut telah menampakkan perubahan yang


positif dalam aktiviti intervensi yang diberikan, pencatat
RPI boleh mengubahnya kepada isu utama yang
seterusnya.
PERSEDIAAN AWAL UNTUK SIDANG KEDUA

A. Persediaan awal untuk Sidang Kedua ( penilaian ) iaitu:

 memo dalaman kepada pentadbir, pencatat RPI, guru kelas


dan guru bimbingan kaunseling / kaunselor sekolah.

 surat panggilan ibu/bapa atau penjaga.

 surat panggilan kepada terapis (3PK) ( jika perlu ).

 surat panggilan pegawai pendidikan khas daerah ( jika perlu ).

 surat panggilan pegawai kebajikan daerah ( jika perlu ).

 persediaan tempat bersidang.

 persediaan lain-lain untuk sidang pertama bersama


ibu/bapa/penjaga MBK seperti juru bahasa isyarat
LANGKAH 6 -
SIDANG KEDUA (PENILAIAN)
FUNGSI DAN TUGAS SIDANG KEDUA ( Penilaian )
1. penyediaan RPI yang telah lengkap berdasarkan ISU UTAMA bagi
setiap orang murid yang telah DIPERSETUJUI bersama dalam
SIDANG PERTAMA.
2. Memaklumkan kepada ibu bapa / penjaga berkaitan
pencapaian anak mereka dan untuk mendapatkan persetujuan
bersama berkaitan perkara seperti berikut:
• isu utama telah selesai atau tidak dapat diselesaikan.
• mendapatkan keputusan sama ada isu utama perlu
diteruskan dengan isu utama yang sama atau tukar kepada
isu kedua bersesuaian dengan kaedaan semasa MBK
tersebut.
• ulang proses 4 (Pelaksanaan RPI) dan 5 (Perekodan)
sehingga berakhir tahun persekolahan.
• sekiranya semua isu utama atau kecil MBK telah
selesai maka RPI boleh ditamatkan apabila murid ke
Program Pendidikan Inklusif (PPI) penuh dan mengambil
peperiksaan awam.
CONTOH FORMAT PENULISAN RPI
Rancangan Pendidikan Individu
Mata Pelajaran : …………………………
Nama MBK : ……………………………. Tarikh Lahir :…………………………..
Kategori Ketidakupayaan : ……………………………. Diagnosis : …………………………..
Tarikh Mula : …………………………… Tarikh Semak : …………………………..

Pengetahuan Sedia Ada :


…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

Matlamat Jangka Panjang :


…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

Kekuatan / Minat MBK :


…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

Isu Major / Utama :


…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

OBJEKTIF STRATEGI PENGAJARAN PENILAIAN CATATAN


DAN PEMBELAJARAN
SENARAI AHLI JAWATANKUASA
RANCANGAN PENGAJARAN INDIVIDU ( RPI )
PERINGKAT SEKOLAH DI PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI )

1. Pengetua / Guru Besar Pengerusi

2. Penolong Kanan Pentadbiran Naib Pengerusi

3. Pkanan /Penyelaras Program Pendidikan Khas Setiausaha

4. Ahli Jawatankuasa RPI:

4.1 Guru Pendidikan Khas

4.2 Ibu /Bapa / Penjaga

4.3 Pakar Terapi

4.5 Pembantu Pengurusan Murid ( PPM )


PIHAK TERLIBAT / KHIDMAT SOKONGAN

1. Penolong Kanan Pendidikan Khas (PKPK)

2. Guru Kelas

3. Guru Mata Pelajaran

4. Ibu / bapa/ penjaga / ahli keluarga

5. Pentadbir sekolah

6. Pengamal perubatan

7. Pusat Perkhidmatan 3PK

• Jurupulih pertuturan
• Jurupulih anggota
• Jurupulih carakerja
• Ahli psikologi pendidikan

8. Guru Bimbingan&Kaunseling / Kaunselor

9. PPD ( Jika perlu )

10. JPN (Jika perlu)

11. JKM

12. Ngo Berkaitan


CONTOH PENULISAN RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU (RPI) MANUAL
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI :……………………………………

Nama: Ali bin Zam TarikhLahir : Tarikh Mula: Tarikh Semak:


19 Mac 2013 2. 2. 2019 2.05.2019
Kategori Kurang Upaya : Masalah Pembelajaran Diagnosis : SIndrom Down
Umur : 7 tahun
Isu Utama : Tidak boleh memberitahu apabila hendak ke tandas
Pengetahuan Sedia Ada Boleh mendengar arahan mudah
Matlamat Jangka Panjang Dapat memberitahu apabila hendak membuang air kecil atau air besar
Kekuatan / Minat Suka mendengar muzik
OBJEKTIF
Bahan Bantu Mengajar STRATEGI
Kad PENGAJARAN DAN
perkataan dan kad gambar PENILAIAN CACATAN
PEMBELAJARAN
Jangkamasa : 3 bulan
Murid akan dapat : 1. Lawatan ke tandas 1. Soal jawab lisan .
1. Memaklumkan 1.1 Guru membawa murid ke 2. Maklumat daripada guru Mata
apabila perlu ke tandas di kelas dan sekolah Pelajaran berdasarkan Isu
tandas 1.2 Latihan memberitahu apabila utama yang sama.
hendak ke tandas. 3. Latihan amali bermula dari
a. Guru membimbing murid 12.03 2019 hingga 21.05.2019
menggunakan perkataan
mudah
b. Guru membimbing murid
menggunakan isyarat
tangan
Tandatangan Ibu /Bapa /Penjaga : c. Latihan amalli keDitandas
Semak Oleh : Tandatangan Ibu/Bapa/Penjaga :
…………………………………… …………………… …………………………………………..
( ) ( ) ( )
Tandatangan Guru Pencatat : Di Sahkan Oleh : Tandatangan Guru Pencatat:
………………………………………. ……………………. ………………………………………..
( ) ( ) ( )
Tarikh Sidang Pertama : Tarikh Sidang Kedua :
……………………………….. ……………………………..
CONTOH SENARAI SEMAK RPI

Nama: Ali bin Zam Tahun : 1 Gemilang Komponen : Pengurusan Diri

Kemahiran Item Kemahiran Yang Diuji Boleh Sedang Sudah Catatan


Menguasai Menguasai Menguasai
3.1 Memaklumkan apabila perlu ke tandas. / /
3.1.1 Mengetahui lokasi tandas. /
3.1.2 Boleh menunjukkan arah tandas. /
3.1.3 Boleh membezakan tandas dan bilik-bilik lain. /
3.1.4 Boleh menyatakan apabila perlu ke tandas. /
3.1.5 Boleh memberi isyarat apabila perlu ke tandas.
3.1.6 Boleh melakonkan aksi secara lisan apabila perlu Tidak diuji
ke tandas.
3.1.7 Boleh melakonkan bersama rakan. Tidak diuji
3.1.8 Boleh membiasakan diri ke tandas setiap hari /
selepas rehat.
3.1.9 Boleh ke tandas bersama rakan selepas waktu /
rehat.
3.3 Menama dan mengenal jenis tandas dan alatan. /
3.3.1 Boleh menyebut alatan di dalam bilik air Tidak diuji
(berdasarkan gambar)
3.3.2 Boleh menyebut alatan di dalam bilik air Tidak diuji
(berdasarkan gambar)
3.3.3 Boleh menamakan gambar yang ditunjukkan. Tidak diuji
3.3.4 Boleh menyebut semula kedua-dua tandas. /
3.3.5 Boleh menunjukkan tandas cangkung atau duduk. /
3.3.6 Boleh mengecam lokasi mangkuk tandas. /
Pangakuan
3.3.7 Pencatat
Boleh mengecam RPI : ...............................................
bentuk paip air ( pili ) / Disemak : ......................................
Tarikh
3.3.8: ...............................
Boleh mengetahui bentuk paip air ( pili ) /
3.3.9 Mengetahui lokasi paip air dan hos air. /
DAPATAN ISU DALAM PENULISAN
RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU (RPI)

1. Sikap guru
2. Gangguan talian internet
3. Tiada kerjasama di antara pencatat RPI dan Guru Mata
Pelajaran
4. Guru-guru tidak mahir mengendalikan isu utama MBK
5. Kesinambungan penulisan RPI tidak berlaku di dalam sebuah
SPK dan PPKI
6. Sikap ibu bapa yang sambil lewa dan tidak mengambil berat
terhadap MBK
7. Kurang pemantauan dari pihak penguruan sekolah
8. Kelemahan dari aspek penguatkuasaan
RUMUSAN

Pelbagai cabaran yang dihadapi oleh guru pendidikan khas untuk


menterjemahkan RPI. Pelaksanaan RPI banyak bergantung pada proses
penyediaan RPI itu sendiri. Penyediaan RPI banyak bergantung kepada
kerjasama ibu bapa dan pihak pentadbir sekolah. Justeru itu, proses
penyediaan RPI memerlukan komitmen semua pihak agar RPI dapat dijalankan
dengan berkesan oleh guru-guru pendidikan khas di SPK dan PPKI.

Perbincangan dan pandangan bersama iaitu APAKAH LANGKAH-LANGKAH


PROAKTIF YANG PERLU KITA LAKUKAN bagi memastikan GURU-GURU PENDIDIKAN
KHAS menyediakan RPI bagi setiap orang MBK di SPK dan PPKI.
RPI
BUKAN RPT ATAU RPH
TETAPI
SALING BERKAITAN
SEKIAN
TERIMA KASIH

You might also like