Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

Faktor-faktor kegagalan

Gerakan Menguatkan diri


Pendahuluan
• Latar Belakang
• Kekalahan kepada kuasa Barat memberi kesan besar kepada China, iaitu
menimbulkan kesedaran dalam kalangan pemimpin China untuk melindungi
kedaulatan Negara. Oleh itu, kerajaan China telah melaksanakan rancangan
yang dikenali sebagai “Gerakan Menguatkan Diri”.

• Konsep
• Gerakan Menguatkan diri merupakan satu Gerakan kesedaran untuk
memodenkan China setelah China kalah dalam dua siri peperangan dengan
pihak barat.
• Penutup pendahuluan
• Terdapat beberapa faktor yang membawa kepada kegagalan Gerakan ini.
1. Ketiadaan Pemimpin yang cekap
• Mencapai kejayaan yang terhad kerana tiada pemimpin yang cekap &
dinamik bagi menerajui gerakan ini.
• Malah kerajaan Manchu juga gagal melahirkan pemimpin-pemimpin yang
berkaliber bagi memimpin gerakan tersebut.
• Telah disingkirkan daripada istana pada tahun 1875 (pemimpin berkaliber
– Putera Kung).
• Maharani Dowager yang memegang tampuk pemerintahan selepas itu
bersifat antipemodenan.
2. Tentangan Golongan Konservatif
• Mendapat tentangan daripada golongan konservatif di istana Ching.
• Golongan konservatif menentang usaha memodenkan China
selepas Putera Kung disingkirkan daripada istana.
• Pada tahun 1875, Maharani Dowager yang mempunyai
sifat antipemodenan menerajui pemerintahan China.
• Baginda membelanjakan wang yang dikutip untuk memodenkan Negara
bagi mengindahkan istananya
• Golongan sarjana & pegawai-pegawai kerajaan China tidak menyokong
program pemodenan kerana mereka dikongkong oleh adat resam
tradisional & ajaran Confucius.
3. Masalah Kewangan

• Ekoran masalah kewangan yang dihadapi oleh China.


• Berlaku kerana ekoran bencana alam seperti banjir & kemarau pada
tahun 1840-an.
• Perbelanjaan untuk menghadapi peperangan & pemberontak
menambahkan beban kewangan kerajaan China.
• Kerajaan China membayar ganti rugi kepada kuasa-kuasa Barat
selepas Perang Candu Pertama & Perang Candu Kedua.
• Hal ini telah menyebabkan program pemodenan tidak dapat
dijalankan
4. Ketiadaan Penyelarasan

• Gerekan ini mencapai kejayaan yang terhad kerana tiada


kerjasama antara kerajaan pusat dengan kerajaan di peringkat
wilayah.
• Tidak mendapat kerjasama & sokongan daripada kerajaan pusat
• Li Hung-chang, Tseng Kuo-fan & Tso Tsung-tang tidak
memberikan kerjasama kepada kerajaan pusat.
5. Kesan Imperialisme Barat dan Jepun

• Menyebabkan Gerakan Menguatkan Diri tidak mencapai kejayaan.


• Keadaan politik di China tidak stabil kerana peperangan yang
dilancarkan oleh kuasa-kuasa Barat.
• Malah menyebabkan kerajaan China terpaksa menanggung kos
perbelanjaan perang yang tinggi. Kerajaan China terpaksa membayar
ganti rugi yang tinggi kepada kuasa-kuasa Barat
6. Pemodenan Terhad

• Kerajaan China tidak bersedia untuk melakukan pembaharuan-


pembaharuan radikal bagi memodenkan Negara.
• Tidak bersedia untuk melakukan rombakan serta menyusun semula
institusi-insitusi tradisional bagi memodenkan Negara.
• Hanya meminjam teknologi Barat untuk memodenkan Negara
berasaskan institusi-institusi tradisional yang sedia ada.
• Sikap kerajaan China tidak sanggup mengorbankan nilai-nilai dan
institusi tradisional menjejaskan pencapaian ini.
7. Kelemahan Dinasti Manchu

• Tidak mempunyai sistem pentadbiran yang teratur & sistematik.


• Tidak dapat mengawal amalan rasuah & penyelewengan yang
berleluasan dalam kalangan pegawai-pegawai kerajaan.
• Menyalahgunakan dana yang diperuntukkan oleh kerajaan pusat bagi
melaksanakan program-program ini.
• Menyebabkan Gerakan Menguatkan Diri tidak berjaya.
Kesimpulan
• Walaupun berusaha memajukan Negara bagi menjamin kedaulatan
wilayah, langkah memajukan China kurang berjaya.
• Kegagalan China dalam usaha pemodenan ini terbukti apabila mereka
berjaya dikalahkan oleh negara kecil seperti Jepun dalam Perang
China-Jepun.
• Kekalahan kepada kuasa Barat memberi kesan besar kepada China,
iaitu menimbulkan kesedaran dalam kalangan pemimpin China untuk
melindungi kedaulatan Negara.

You might also like