Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 34

UAE1112 ASAS EKONOMI

TOPIK 2 : PERMINTAAN,
PENAWARAN DAN KESEIMBANGAN
PASARAN
Disediakan oleh : Cik Sakilah Binti Arbani
Kolej Vokasional Sandakan
HASIL PEMBELAJARAN (CLO ) :
CLO2 MEMBENTANGKAN KONSEP ASAS
EKONOMI SECARA BERKUMPULAN

2.1Menerangkan Konsep Permintaan

2.2 Mengenal pasti Konsep Penawaran

2.3 Menerangkan keseimbangan pasaran


UAE1112 ASAS EKONOMI
TOPIK 2 2.1.1 HUKUM PERMINTAAN

2.1 KONSEP
PERMINTAAN
Permintaan ialah keinginan dan
kesanggupan seseorang pengguna
untuk membeli sesuatu barang dan
perkhidmatan pada suatu tingkat
harga dalam suatu jangka masa
tertentu.
UAE1112 ASAS EKONOMI
TOPIK 2

HUKUM PERMINTAAN TERJADI


KERANA :

Kesan penggantian
Utiliti sut bertambah kurang
Barang pengganti memberi kesan kepada kuantiti Hukum utiliti Sut Bertambah Kurang
barang yang diminta kerana apabila berlaku menyatakan bahawa tingkat kepuasan
perubahan harga ke atas barang (X), sementara
akan berkurangan ke atas sesuatu barang
harga barang lain (Y) (barang penggenap) tidak
berubah sedangkan pendapatan benar tidak yang digunakan apabila kuantiti barang
berubah, maka akan menyebabkan kuantiti barang yang digunakan semakin bertambah
(X) yang diminta berkurangan.

Contoh:
Contoh:
Permintaan pengguna terhadap air minuman, apabila cuaca terlalu panas
Apabila harga Milo meningkat, pengguna akan mencari barang pengganti dan berasa haus, pengguna sanggup membayar dengan harga yang relatif
yang lebih murah contohnya Vico. Hal ini menyebabkan pengguna akan tinggi. Pengguna sanggup bayar RM10 untuk satu unit botol air pertama.
kurang membeli Milo dan kuantiti yang diminta oleh Milo akan jatuh kerana Kesediaan membayar semakin berkurang bagi setiap tambahan botol air
harga yang meningkat. yang diminum.
UAE1112 ASAS EKONOMI
TOPIK 2

KELUK PERMINTAAN :

Keluk permintaan merupakan satu keluk yang


menunjukkan hubungan antara tingkat harga
sesuatu barang dengan kuantiti yang diminta.

Keluk permintaan menyambungkan setiap


kombinasi harga dan kuantiti sesuatu barang yang
diminta. Keluk permintaan mencerun ke bawah dari
kiri ke kanan (cerun negatif).

Ciri-ciri keluk permintaan adalah mencerun ke


bawah dari kiri ke kanan dan menunjukkan
hubungan negatif antara harga (P) dengan
kuantiti diminta (D).
Pembentukan Keluk Permintaan
Kombinasi Harga(RM) Kuantiti (Unit)
A 3 5
B 2 10
C 1 15

Berdasarkan keluk permintaan di atas:


* Andaikan harga asal adalah RM2 dan kuantiti yang diminta
adalah 10 unit.

* Jika harga jatuh dari RM2 kepada RM1, kuantiti yang diminta
akan meningkat daripada 10 unit kepada 15 unit.

* Jika harga meningkat dari RM2 kepada RM3, kuantiti yang


diminta akan menurun dari 10 unit kepada 5 unit.

*Keluk permintaan menunjukkan hubungan yang negatif dan


bercerun dari kanan ke kiri.
LATIHAN KELUK PERMINTAAN
Berikut merupakan jadual permintaan pelancong-pelancong
terhadap beg tangan yang diperbuat daripada kayu rotan.
Pelancong Harga (RM) Kuantiti diminta
(Unit)
A 10 40
B 15 28
C 20 20
D 25 12
E 30 5

Lukiskan keluk permintaan pelancong tersebut pada kertas graf.


Permintaan Individu dan Permintaan
Pasaran

Permintaan Pasaran
Permintaan Individu
Permintaan pasaran pula
Permintaan individu ialah adalah jumlah permintaan
permintaan ke atas semua individu dalam
sesuatu barang oleh pasaran pada suatu tingkat
seseorang individu pada harga dalam suatu tempoh
suatu tingkat harga masa tertentu. Jumlah
dalam suatu tempoh permintaan pasaran diperoleh
masa tertentu. ini dapat setelah mencampurkan
ditunjukkan melalui keluk permintaan individu terhadap
permintaan individu. sesuatu barang dan
perkhidmatan pada tingkat
harga dalam suatu tempoh
masa tertentu.
Jadual permintaan individu dan permintaan pasaran
Bagi melukiskan keluk permintaan pasaran, kita
perlu membentukan satu jadual permintaan
pasaran. Jadual ini diperolehi dengan
menggabungkan kuantiti barang yang diminta oleh
beberapa orang pengguna untuk mendapatkan
suatu barang pada suatu tingkat harga tertentu.

Kuantiti Kuantiti Kuantiti


Harga
Kombinasi diminta diminta Pasaran
Buku(RM)
(Abu) (Ali) (Unit)
A 2.00 your title4
Add 3 7 Add your title
Add your words here,according Add your words here,according
to your need to draw the text to your need to draw the text
B 1.00box size 8 5 13 box size
Andaikan satu pasaran terdiri daripada dua
individu sahaja, iaitu Abu dan Ali. Pada tingkat
harga RM2, kuantiti buku yang diminta oleh Abu
ialah sebanyak 4 unit, manakala kuantiti buku yang
diminta oleh Ali pula ialah sebanyak 3 unit. Oleh
itu, kuantiti diminta di pasaran pula sebanyak 7
unit ( 4 unit + 3 unit) hal ini dapat ditunjukkan pada
titik A.
· Apabila harga buku jatuh dari RM2 ke RM1,
maka kuantiti diminta oleh Abu bertambah dari 4
unit ke 8 unit. Begitu juga jumlah kuantiti yang
diminta oleh Ali iaitu berlaku pertambahan dari 3
unit ke 5 unit. Oleh itu, kuantiti buku yang diminta
di pasaran ialah sebanyak 13 unit ( 8 unit + 5
unit ). Hal ini dapat ditunjukkan pada titik B.

· Apabila titik A dan B disambungkan, maka


Add your title Addkeluk
terbentuklah your title pasaran. Keluk
permintaan
permintaan pasaran bentuknya lebih landai
Add your words here,according Add your words here,according
daripada keluk permintaan individu (Abu & Ali)
to your need to draw the text to your need to draw the text
yang lebih curam.
box size box size
Penentu-penentu Permintaan
07
Dasar
kerajaan

02 04 06
Harga barang Cita rasa
Musim
lain pengguna
* Perubahan
harga barang
pengganti
01 *Perubahan 03 05
harga barang
Harga barang penggenap Jangkaan
Pendapatan
itu sendiri harga pada
pengguna
masa depan
PERUBAHAN KELUK PERMINTAAN
PERUBAHAN HARGA BARANG ITU
SENDIRI
• andaikan harga barang asal 0P0, dan kuantiti asasl
0Q0 pada titik A
• Apabila harga naik dari 0P0 ke 0P1, kuantiti diminta
menurun daripada 0Q0 kepada 0Q1. Dapat
ditunjukkan oleh pergerakan dari titik A ke B di
sepanjang keluk permintaan DD. dinamakan
penguncupan permintaan
• Apabila harga turun dari 0P0 ke 0P2, kuantiti diminta
meningkat daripada 0Q0 kepada 0Q2. ditunjukkan
oleh pergerakan dari titik A ke C di sepanjang keluk
permintaan DD. Dinamakan pengembangan
permintaan
PERUBAHAN KELUK PERMINTAAN
PERUBAHAN FAKTOR-FAKTOR LAIN
• andaikan harga barang asal 0P0, dan kuantiti asasl
0Q0
• Perubahan faktor lain seperti kenaikan pendapatan
menyebabkan kuantiti diminta meningkat kepada
0QO kepada 0Q1 walaupun haga tetap pada 0P0.
Ditunjukkan oleh peralihan keluk permintaan ke
kanan, iaitu dari D0D0 ke DIDI. Dinamakan
penambahan permintaan.
• sebaliknya, kejatuhan pendapatan menyebabkan
kuantiti diminta menurun daripada 0Q0 kepada 0Q2
walaupun harga tetap pada 0P0. Ditunjukkan oleh
peralihan keluk permintaan ke kiri, iaitu dari D0D0 ke
D2D2 dinamakan pengurangan permintaan
TUGASAN

Anda dikehendaki
menyiapkan semua soalan
yang diberikan...
UAE1112 ASAS EKONOMI
TOPIK 2

2.1.1 HUKUM PENAWARAN


Hukum penawaran menerangkan hubungan
2.2 KONSEP positif antara harga dengan kuantiti sesuatu
barang yang ditawarkan. Semakin rendah
PENAWARAN harga sesuatu barang, semakin sedikit kuantiti
Penawaran adalah kuantiti sesuatu barang barang tersebut ditawarkan. Sebaliknya
yang sanggup ditawar oleh pengeluar atau semakin tinggi harga sesuatu barang, semakin
firma pada tingkat harga tertentu dalam banyak kuantiti barang yang ditawarkan.
jangka masa tertentu. Semakin tinggi tingkat
harga, semakin banyak barang yang sanggup
dikeluarkan oleh pengeluar. Hal ini kerana,
pengeluar mengutamakan
keuntungan.
UAE1112 ASAS EKONOMI
TOPIK 2

KELUK PENAWARAN :

Keluk penawaran menunjukkan kuantiti barang yang


ditawarkan oleh firma pada pelbagai tingkat harga.
Keluk penawaran menyambungkan setiap kombinasi
harga dengan kuantiti sesuatu barang yang
ditawarkan.

Keluk penawaran mencerun ke atas dari kiri ke


kanan (cerun positif).
Pembentukan Keluk Penawaran
KOMBINASI HARGA(RM) KUANTITI DITAWAR(UNIT)
A 2.00 1
B 4.00 2
C 6.00 3

Berdasarkan keluk penawaran di atas:

* Andaikan harga asal adalah RM4 dan kuantiti


ditawarkan
sebanyak 2 unit sahaja
* Jika harga jatuh dari RM4 kepada RM2, kuantiti
yang ditawarkan berkurang daripada 2 unit kepada 1
unit
* Jika harga meningkat dari RM4 kepada RM6,
kuantiti yang ditawarkan akan meningkat daripada 2
unit kepada 3 unit.
Penawaran Individu dan Penawaran Pasaran

PENAWARAN INDIVIDU PENAWARAN PASARAN


kesanggupan seorang pengeluar untuk kesanggupan semua penjual dalam
menawarkan sesuatu barang pada satu tingkat pasaran untuk menawarkan sesuatu
harga dalam jangka masa tertentu.
barang pada satu tingkat harga dalam
tempoh masa tententu.
JADUAL PENAWARAN INDIVIDU DAN PENAWARAN PASARAN
Jadual penawaran individu adalah jadual yang
menunjukkan hubungan antara kuantiti suatu
barang yang ditawarkan oleh sesebuah firma
dalam suatu pasaran pada suatu tingkat harga
tertentu dalam satu jangka masa tertentu

Penawaran
Kombinasi Harga (RM) Qs Firma A Qs Firma B
Pasaran
A 4 8 14 22
B Add your title 3 5 10 ............
Add your title
Add your words here,according Add your words here,according
C 2
to your need to draw the text 3 6 ............
to your need to draw the text
box size box size
D 1 0 2 ............
Jadual penawaran pasaran ialah jadual yang menunjukkan hubungan
antara kuantiti suatu barang yang ditawarkan oleh semua firma dalam
suatu pasaran pada suatu tingkat harga tertentu dalam satu jangka masa
tertentu.
PEMBENTUKAN KELUK PENAWARAN
PASARAN
Huraian Pembentukan Keluk Penawaran Pasaran

· Pada harga RM4 kuantiti sos tomato yang ditawar


oleh Firma X ialah 5 botol, Firma Y ialah 8 botol dan
penawaran pasaran 13 botol ditunjukkan pada titik a.
· Pada harga RM3 kuantiti sos tomato yang ditawar
oleh Firma X ialah 4botol, Firma Y ialah 6 botol dan
penawaran pasaran 10 botol ditunjukkan pada titik b.
· Pada harga RM2 kuantiti sos tomato yang ditawar
oleh Firma X ialah 3 botol, Firma Y ialah 4 botol dan
penawaran pasaran 7 botol ditunjukkan pada titik c.
· Pada harga RM1 kuantiti sos tomato yang ditawar
oleh Firma X ialah 2 botol, Firma Y ialah 2 botol dan
penawaran pasaran 4 botol ditunjukkan pada titik d.
· Apabila titik-titik a, b, c dan d disambungkan maka
terbentuklah keluk penawaran pasaran
· Keluk penawaran pasaran mencerun ke atas dari kiri
ke kanan
· Wujud hubungan yang positif antara harga
dengan kuantiti yang ditawarkan
• perubahan • perubahan • faktor-faktor • Tingkat
harga PENENTU-PENENTU
barang harga barang PENAWARAN
pengeluaran teknologi
itu sendiri lain yang
berkaitan

Add title
Add your text Add your text
• matlamat • Dasar kerajaan • Daya
Add your text
Add your text
• bilangan
Add your text
Add your text
pengeluar pengeluaran pengeluar
buruh
Add title
Add your text Add your text
Add your text Add your text
Add your text Add your text
PERUBAHAN KELUK PENAWARAN
PERUBAHAN HARGA BARANG ITU
SENDIRI
• andaikan harga barang asal 0P0, dan kuantiti asasl
0Q0 pada titik A
• Apabila harga naik dari 0P0 ke 0P1, kuantiti
ditawarkan meningkat daripada 0Q0 kepada 0Q1.
Dapat ditunjukkan oleh pergerakan dari titik A ke B di
sepanjang keluk penawaran. dinamakan
pengembangan penawaran
• Apabila harga turun dari 0P0 ke 0P2, kuantiti
ditawarkan menurun daripada 0Q0 kepada 0Q2.
ditunjukkan oleh pergerakan dari titik A ke C di
sepanjang keluk penawaran SS. Dinamakan
penguncupan penawaran
PERUBAHAN KELUK PENAWARAN
PERUBAHAN FAKTOR-FAKTOR LAIN
• andaikan harga barang asal 0P0, dan kuantiti asasl
0Q0
• Perubahan faktor lain seperti kejatuhan harga input
menyebabkan kuantiti diminta meningkat kepada
0QO kepada 0Q1 walaupun haga tetap pada 0P0.
Ditunjukkan oleh peralihan keluk penawaran ke
kanan, iaitu dari S0S0 ke SISI. Dinamakan
penambahan penawaran.
• sebaliknya, kenaikan harga menyebabkan kuantiti
ditawarkan menurun daripada 0Q0 kepada 0Q2
walaupun harga tetap pada 0P0. Ditunjukkan oleh
peralihan keluk permintaan ke kiri, iaitu dari S0S0 ke
S2S2 dinamakan pengurangan penawaran
TUGASAN

1. Dengan menggunakan rajah, huraikan perubahan yang


berlaku pada penawaran kereta apabila :
a) Kerajaan mengurangkan cukai ke atas pengeluar
b) Cukai import kereta dinaik

2. Dengan menggunakan rajah, huraikan kesan terhadap


keluk permintaan apabila
c) harga barang penggenap naik
d) pengguna menerima kenaikan pendapatan
Pasaran :
tempat penjual dan pembeli bertemu
2.3 KESEIMBANGAN PASARAN untuk urus niaga. terdapat dua pihak
yang mempunyai matlamat yang berbeza

PEMBELI
PENJUAL
ingin membeli barang yang ditawarkan
ingin tawarkan barang pada harga
pada harga yang terendah
tertinggi untuk mencapai
untuk mencapai kepuasan yang
keuntungan yang maksimum
maksimum
Andaian Keseimbangan Pasaran
• Keseimbangan pasaran ialah suatu keadaan di mana jumlah permintaan sama
dengan jumlah penawaran pada suatu tingkat harga tertentu.

• Terma keseimbangan digunakan dalam ekonomi untuk menerangkan keadaan di mana


semua pemboleh ubah telah mencapai titik yang mantap tanpa sebarang
kecenderungan untuk berubah. Keseimbangan hanya akan berubah sekiranya
penentu permintaan atau penawaran berubah.

• Melalui keluk pula, keseimbangan dapat ditentukan apabila keluk permintaan


bersilang dengan keluk panawaran di pasaran pada suatu tingkat harga tertentu.
Persilangan tersebut akan menentukan harga keseimbangan dan kuantiti
keseimbangan.
Tingkat
Situasi
Harga
RM1 Ketidakseimbangan pasaran berlaku kerana lebihan permintaan.Kuantiti
dimintaadalah 18 unit, tetapi jumlah yang ditawarkanadalah 8 unit.Maka wujud
lebihan permintaansebanyak 10 unit.Ini menyebabkan harga naik dan pengeluar
menambahkanpenawaran sementara permintaan berkurang.Proses ini berterusan
sehingga pasaran mencapai keseimbangandi tingkat harga RM2dan kuantiti
keseimbangan 13 unit.

RM2 Keseimbangan tercapai.Ini bermakna tiada lebihan atau kuranganpenawaran dan


permintaan berlaku.Dicapai pada tingkat harga RM2 dengan kuantiti keseimbangan
13 unit.

RM3 Ketidakseimbangan pasaran berlaku kerana lebihan penawaranKuantiti yang


ditawarkan adalah 18 unit,tetapi jumlah yang diminta hanyalah 8 unit. maka wujud
lebihan penawaran sebanyak 10 unit.Ini menyebabkan harga turundan pengeluar
mengurangkan penawaransementara permintaan meningkat.Proses ini berterusan
sehingga pasaran mencapai keseimbangandi tingkat harga RM2dan kuantiti
keseimbangan 13 unit.
2.3 KESEIMBANGAN PASARAN
Perubahan Permintaan
 Keseimbangan pasaran asal tercapai pd titik E apabila keluk
DD=SS pada tingkat harga dan kuantiti keseimbangan iaitu P
dan Q.
 Pertambahan permintaan menyebabkan keluk permintaan
beralih ke kanan dari DD ke D1D1. Pada P, kuantiti ditawarkan
ialah Q manakala kuantiti diminta ialah Q2. Oleh itu berlaku
lebihan permintaan sebesar QQ2.
 Lebihan permintaan menyebabkan harga cenderung untuk naik.
Kenaikan harga menyebabkan Qd berkurang manakala Qs
bertambah.
 Proses ini akan berterusan sehingga mencapai keseimbangan
pd titik E1.
 Oleh itu, keseimbangan baharu tercapai pd titik E1 apabila keluk
D1D1=SS pada tingkat harga dan kuantiti keseimbangan iaitu P1
dan Q1
 Kesan, harga dan kuantiti pasaran naik dr P ke P1 dan Q kpd
Q1.
2.3 KESEIMBANGAN PASARAN
Perubahan Penawaran
 Keseimbangan pasaran asal tercapai pd titik E apabila keluk
DD=SS pada tingkat harga dan kuantiti keseimbangan iaitu P dan
Q.
 Pengurangan penawaran menyebabkan keluk penawaran beralih
ke kiri dari SS ke S1S1.

 Pada P, kuantiti diminta ialah Q manakala kuantiti ditawarkan


ialah Q2.
 Oleh itu berlaku lebihan permintaan sebesar Q2Q.
 Lebihan permintaan menyebabkan harga cenderung untuk naik.
 Kenaikan harga menyebabkan Qd berkurang manakala Qs
bertambah.
 Proses ini akan berterusan sehingga mencapai keseimbangan
baru pd titik E1.
 Oleh itu, keseimbangan baharu tercapai pd titik E1 apabila keluk
S1S1=DD pada tingkat harga dan kuantiti keseimbangan iaitu P1
dan Q1
 Kesan, harga pasaran naik dr P kpd P1 manakala kuantiti pasaran
turun dari Q kpd Q1..
PERUBAHAN PERMINTAAN DAN PENAWARAN
SERENTAK  Keseimbangan pasaran asal tercapai pd titik E apabila keluk
DD=SS pada tingkat harga dan kuantiti keseimbangan iaitu P
dan Q.
 Pengurangan permintaan melebihi pertambahan
penawaran menyebabkan keluk permintaan beralih ke kiri
dari DD ke D1D1 melebihi peralihan keluk penawaran ke
kanan dari SS ke S1S1.
 Pada P, kuantiti diminta ialah Q2 manakala kuantiti
ditawarkan ialah Q3.
 Oleh itu berlaku lebihan penawaran sebesar Q2Q3.
 Lebihan penawaran menyebabkan harga cenderung untuk
turun.
 Penurunan harga menyebabkan Qd bertambah manakala Qs
berkurang.
 Proses ini akan berterusan sehingga mencapai
keseimbangan baru pd titik E1.
 Oleh itu, keseimbangan baru tercapai pd titik E1 apabila
keluk S1S1=D1D1 pada tingkat harga dan kuantiti
keseimbangan iaitu P1 dan Q1
 Kesan, harga dan kuantiti pasaran turun dr P ke P1 dan Q
kpd Q1.
TUGASAN

Barang M dan barang N merupakan pengganti. Dengan


menggunakan rajah, jelaskan kesan terhadap harga dan
kuantiti keseimbangan barang N jika penawaran barang
M meningkat.

Bincangkan ??
TUGASAN
2. Di beri fungsi permintaan dan fungsi penawaran bagi barang X adalah seperti berikut:
Qd = 44 – 3P
Qs = 4 + 5P

Di mana P ialah harga barang X, Qd ialah kuantiti diminta barang X dan Qs ialah kuantiti ditawar barang X.

(a) Lengkapkan jadual dibawah pada ruangan yang kosong


Harga(RM) Kuantiti Kuantiti
diminta(unit) ditawar(unit)
4.00
6.00
8.00
10.00
12.00

(b) Tentukan harga dan kuantiti keseimbangan pasaran barang X. [2m]

(c) Lakarkan keluk permintaan dan keluk penawaran barang X. [2m]

(d) Pada tingkat harga RM4.00 dan RM7.00, apakah yang berlaku di pasaran barang X? Apakah yang akan terjadi kesan daripada keadaan tersebut?
[4m]

(e) Sekiranya fungsi penawaran berubah menjadi Qs = 5P

(i) Tentukan harga dan kuantiti keseimbangan pasaran baru. [2m]


(ii) Apakah kesannya kepada harga dan kuantiti keseimbangan. [2m]
(iii) Hitung peratus perubahan harga dan kuantiti keseimbangan. [4m]
TUGASAN
Jadual dibawah menunjukkan kuantiti diminta dan kuantiti ditawar untuk barang X pada setiap tingkat harga
Harga (RM) Kuantiti diminta (unit) kuantiti ditawar (unit)
1 60 20
2 50 30
3 40 40
4 30 50
5 20 60
(a) Tentukan harga dan kuantiti keseimbangan pasaran. [2m]

(b) Lakarkan keluk permintaan dan keluk penawaran. Tunjukkkan harga dan kuantiti pasaran. [2m]

(c) Sekiranya kuantiti ditawar meningkat sebanyak 10 unit pada setiap tingkat harga,

(i) Bina jadual tingkat harga dan kuantiti ditawar yang baru. [2m]

(ii) Lakarkan keluk penawaran yang baru dalam rajah yang sama dalam soalan (b). [1m]

(iii) Tentukan harga dan kuantiti keseimbangan yang baru. [2m]

(e) Jelaskan tiga (3) faktor yang menyebabkan peralihan keluk penawaran pada soalan (c). [6m]
Thank you

You might also like