Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 20

Lect 1

CIRI-CIRI KEUSAHAWANAN
CIRI-CIRI KEUSAHAWANAN

Ciri utama usahawan merupakan set


tingkah laku yang menyumbang ke atas
kejayaan seseorang usahawan berjaya.
Individu yang cenderung untuk
menceburkan diri dalam bidang
keusahawanan perlu memahami profil
usahawan berjaya, menghayati dan
mengamalkan ciri utama usahawan
berjaya
CIRI-CIRI UTAMA USAHAWAN

 KREATIF
 INOVATIF
 BIJAK MENGAMBIL PELUANG
 BERWAWASAN ATAU BERPANDANGAN
JAUH
 MEMILIKI DORONGAN DALAMAN
 TIDAK MUDAH PUTUS ASA
 BERANI MENGAMBIL RISIKO
1. KREATIF

 Bermaksud : mempunyai kebolehan


mencipta, menghasilkan dan
mengembangkan sesuatu produk atau
idea baru dan asli.
 Contoh :
* berkemampuan mencipta kereta

yang boleh terbang bila


diperlukan.
* penciptaan mesin Automatic Teller
2. INOVATIF
 Bermaksud: kebolehan untuk melakukan
pembaharuan atau pengubahsuaian
untuk mempertingkatkan atau
memperbaiki mutu sesuatu produk

 Kehendak manusia yang sentiasa


berubah merupakan penggerak kepada
inovasi

 Inovasi yang dilakukan akan


mengandungi elemen kreativiti di
dalamnya.
Sambungan………….

 Contoh: ketidakselesaan membawa


pelbagai jenis kad seperti lesen, kad
pengenalan, kad ATM dan lain-lain dapat
diatasi dengan mencipta satu kad serba
guna iaitu kad pintar

 Matlamat inovasi ialah untuk melakukan


sesuatu dengan efisyen dan berkesan
3. BIJAK MENGAMBIL PELUANG

 Peluang bermaksud kesempatan yang datang atau


dicari untuk direbut dan dimanfaatkan oleh
seseorang bagi mendapatkan hasil atau pulangan
yang menguntungkan

 Contoh: pembangunan kawasan perumahan baru


akan mewujudkan pelbagai peluang perniagaan
seperti peruncitan, pengangkutan dan komunikasi.

 Oleh itu usahawan perlu bijak merebut peluang dan


menjalankan perniagaan yang dapat memenuhi
keperluan dan kehendak penduduk
4. BERWAWASAN
 Wawasan ialah matlamat jangka panjang

 Wawasan memberi hala tuju yang menjadi panduan


kepada seorang usahawan

 Wawasan yang diimpikan perlu diisi dengan usaha


yang gigih dan realistik

 Contoh: Tan Sri Azman Hashim mempunyai


wawasan untuk mewujudkan satu rangkaian bank
sendiri
5. MEMILIKI DORONGAN
DALAMAN
 Dorongan dalaman : desakan yang terbit dari
dalam diri usahawan untuk mencapai kejayaan

 Usahawan yang mempunyai dorongan


dalaman yang kuat dapat membuktikan
kemampuan dirinya

 Dorongan dalaman meliputi keyakinan diri


untuk melakukan sesuatu tugas serta
menghadapi cabaran dengan jayanya.
6. TIDAK MUDAH PUTUS ASA
 Bermaksud: cekal menghadapi pelbagai
halangan dan cabaran

 Usahawan yang berjaya tidak mudah putus


asa apabila menghadapi kegagalan, berusaha
berulang kali untuk mengatasi cabaran yang
menghalang pencapaian matlamat

 Apabila gagal dia akan terus mencuba kerana


setiap kegagalan akan memberi pengajaran
yang sangat berguna
PROFIL USAHAWAN YANG
BERJAYA

 Profil usahawan yang berjaya adalah satu


gambaran yang menerangkan tentang latar
belakang dan faktor yang membawa
seseorang usahawan kepada kejayaan

 Usahawan yang berjaya boleh ditakrifkan


sebagai seorang usahawan yang telah
berjaya mendirikan dan memperluaskan
perniagaannya
PROFIL USAHAWAN YANG
BERJAYA

 LATAR BELAKANG
 FAKTOR DORONGAN
 KEGAGALAN DAN HALANGAN
 CARA MENGATASI KEGAGALAN DAN
HALANGAN
 KEJAYAAN
 PRINSIP HIDUP
LATAR BELAKANG
 Usahawan yang berjaya mempunyai faktor
latar belakang yang berbeza

 Antaranya: latar belakang keluarga sama


ada dari segi keluarga perniagaan atau
makan gaji, kedudukan di dalam keluarga
sama ada anak sulung atau tidak,
pengalaman kepimpinan dan pengurusan,
kemahiran teknikal dan kemahiran
hubungan manusia (interpersonal)
FAKTOR DORONGAN
 Dorongan: rangsangan dalaman dan luaran
yang diperlukan oleh usahawan untuk
mencapai kejayaan yang cemerlang

 Dorongan dalaman menjadi pemangkin untuk


berusaha bersungguh-sungguh – desakan dari
dalam diri sendiri

 Dorongan luaran adalah daripada ahli keluarga,


masyarakat, kerajaan, dewan-dewan
perniagaan dan tokoh korporat yang berjaya
KEGAGALAN DAN HALANGAN
 Terdapat 2 jenis halangan iaitu halangan
dalaman ( kelemahan diri sendiri) dan
luaran (faktor persekitaran, undang-undang
dan kebudayaan)

 Faktor yang menyebabkan kegagalan :


pengurusan kewangan yang tidak cekap,
tidak peka kepada maklumat sekeliling,
ketidakcekapan dalam pengeluaran dan
produk yang tidak kompetitif
Sambungan……

 Usahawan perlu menjadikan kegagalan


sebagai pengajaran, perlu memperbaiki
kesilapan dan mengelakkan dari melakukan
kesilapan yang serupa di masa hadapan
CARA MENGATASI KEGAGALAN
DAN HALANGAN
 Mengatur strategi perniagaan yang lebih mantap

 Melengkapkan diri dan sumber-sumber kawalannya


seperti tenaga kerja, teknologi pengeluaran, mesin,
peralatan dan bahan mentah

 Contoh: kegagalan menyiapkan projek perumahan


pada tempoh masa yang ditetapkan boleh diatasi
dengan perancangan yang rapi
KEJAYAAN
 Bermaksud: suatu kemajuan ke arah
pencapaian matlamat cemerlang

 Setiap individu mempunyai takrif kejayaan


yang tersendiri

 Seseorang usahawan akan sentiasa


berusaha untuk mencapai matlamat yang
telah ditetapkan
PRINSIP HIDUP
 Bermaksud: asas pegangan yang dijadikan
sebagai panduan dalam hidup seseorang

 Usahawan berjaya biasanya mempunyai


prinsip hidup sebagai pegangan mereka

 Contoh: jujur dalam urusniaga, amanah,


cekap, sederhana, telus mengendalikan
perniagaan dan lain-lain
SEKIAN
Semoga anda
mencapai kejayaan
sebagai seorang
usahawan.

You might also like