Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

Bincangkan peranan PBB dalam mengekalkan keamanan dunia

selepas Perang Dunia Kedua.

Pendahuluan

 Pertubuhan bangsa-bangsa bersatu ditubuhkan pada bulan Oktober 1945. Matlamat


utama penubuhan PPB adalah memelihara keamanan dan keselamatan sejagat. PPB juga
memainkan peranan menyelesaikan konflik antarabangsa secara aman tanpa penggunaan
kekerasan.
 Sejak awal penubuhan hingga hari ini, PPB telah memberikan sumbangan amat besar
dalam memelihara keamanana dan kesejahteraan masyarakat dunia.
menyelesaikan masalah kemerdekaan wilayah jajahan

• Huraian - Menurut Artikel 73, Piagam PBB, PPB diamanahkan untuk mentadbir wilayah
jajahan memastikan penduduk wilayah mendapat layanan saksama, mendapat
perlindungan daripada keganasan, menggalakkan pemerintahan sendiri.
• Contoh - Pada tahun 1947, jawatankuasa untuk kemerdekaan wilayah telah dibentuk.
• Huraian contoh - Pada tahun 1960, PBB meluluskan pengisytiharan tentang pemberian
kemerdekaan kepada wilayah dan penduduk yang terjajah yang dikemukakan oleh 43 buah
negara Afro-Asia.
• Penegasan isi - Hal ini membuktikan PBB berjaya menangani masalah kemerdekaan
wilayah jajahan.
memainkan peranan dalam menyelesaikan masalah pelarian.

• Huraian - PBB telah menubuhkan International Refuges Organization (IRO) bagi


menempatkan semula, mengahantar pulang dan memberi perlindungan kepada 1 000 000
pelarian.
• Contoh - Bagi menangani masalah pelarian, PPB mengadakan rundingan diplomatik bagi
menempatkan pelarian dinegara-negara tertentu.
• Huraian Contoh - Pada tahun 1952, UN High Commissioner For Refuges (UNHCR)
ditubuhkan untuk menengani masalah pelarian dengan lebih berkesan.
• Penegasan isi - Maka jelaslah PBB berusaha untuk menyelesaiakan masalah pelarian.
A Menghapuskan Dasar apartheid

• Huraian - Dasar Aparteid merupakan dasar yang diamalkan oleh kerajaan Afrika Selatan
bagi membezakan taraf penduduk berdasarkan warna kulit.
• Contoh - Pada tahun 1962, Majlis Perhimpunan Agung PPB menubuhkan jawatankuasa
khas bagi menangani masalah apartheid.
• Huraian Contoh - PPB menyarankan semua negara anggota PPB menutuskan hubungan
diplomatik dengan Afrika Selatan. Pada tahun 1963, Majlis Perhimpunan Agung
meluluskan Perisytiharan Pembasmian Segala Bentuk Diskriminasi Ras.
• Penegasan Isi - Akhirnya, tiada lagi diskriminasi terhadap golongan kulit hitam.
Menangani konflik antarabangsa

• Huraian - PBB memainkan peranan dalam menyelesaikan konflik secara aman .


• Contoh - Majlis keselamatan PPB memainkan peranan dalam menyelesaikan konflik
dengan aman. Pada tahun 1946, Majlis keselamatan berjaya mengundurkan tentera soviet
union dari utara iran. Pada tahun 1956, Majlis keselamatan berjaya menyelesaikan krisis
Terusan Suez.
• Huraian Contoh - Pada tahun 1960 – 1962, PPb mengantar pasukan pendamai ke wilayah
Congo. Pada tahun 1964 – 1974, PPB memainkan peranan dalam mengawal persengketaan
di Cyprus daripada merebak.
Perlumbaan senjata

• Huraian - PBB juga mengawal perkembangan persenjataan moden yang mengancam


keselamatan dunia. PBB mengambil langkah untuk menykat penggunaan senjata nuclear
dan senjata kimia yang meninggalkan kesan buruk terhadap mangsa perang.
• Contoh - Kejayaan yang dicapai oleh PPB ialah, mempengaruhi Soviet Union dan Amerika
Syarikat mengundurkan peluru berpandu masing-masing dalam krisis di Cuba. Kejayaan
yang kedua yang dicapai oleh PPB ialah mempengaruhi pihak-pihak yang terlibat dalam
peperangan Iran-Iran untuk mencapai gencatan senjata.
Kesimpulan

Kesimpulannya, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu berjaya mempertahankan keamanan dan


kesejahteraan masyarakat dunia dengan berkesan. PPB mengambil langkah-langkah yang
berkesan bagi menangani konflik yang melibatkan negara-negara anggota.

You might also like