Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 17

CT10103

TEORI DAN
Format proposal METOD
PENYELIDIKAN
SENI
Miss Terry Ojudah
Penyusunan
Tajuk Kajian
1.1 Pendahuluan
1.2 Latar Belakang Kajian
1.3 Isu dan Pernyataan masalah
1.4 Objektif Kajian
1.5 Soalan Kajian
1.6 Kepentingan Kajian
1.7 Metodologi Kajian
1.8 Sorotan Literatur
1.9 Limitasi/skop kajian
1.10 Rujukan

Ct10103 Teori dan metod penyelidikan seni


1.1 Pendahuluan

•Bahagian ini adalah pengenalan pada isu yang berkaitan dengan


kajian/penyelidikan secara umum. Huraiannya hendaklah memberi
gambaran awal terhadap skop kajian yang dilaksanakan oleh calon.

Ct10103 Teori dan metod penyelidikan seni 3


1.2 Latar Belakang Kajian

•Bahagian ini menghuraikan secara umum tentang kajian yang


dijalankan. Pemerihalan bahagian ini merupakan pencetus kepada
gagasan kajian.

Ct10103 Teori dan metod penyelidikan seni 4


1.3 Isu dan Pernyataan masalah

•Bahagian ini menerangkan apakah isu/masalah yang ingin dikaji dalam


penyelidikan. Calon perlu menjelaskan mengapa kajian tersebut perlu
dijalankan berasaskan hujah dan bukti yang berkaitan.

Ct10103 Teori dan metod penyelidikan seni 5


1.4 Objektif Kajian

•Objektif kajian seharusnya spesifik, boleh diukur, kebolehcapaian,


realistik dan bersesuaian dengan tempoh kajian. Penulisan objektif perlu
dalam bentuk kata kerja yang berkaitan dengan bidang dan tahap kajian
masing-masing.

Ct10103 Teori dan metod penyelidikan seni 6


1.5 Soalan Kajian

•Bahagian ini mengandungi soalan yang hendak dijawab dalam kajian.


Soalan kajian biasanya dibina berasaskan objektif kajian dan perlu
mempunyai kaitan dengan pernyataan masalah.

Ct10103 Teori dan metod penyelidikan seni 7


1.6 Kepentingan Kajian

•Bahagian ini memperincikan secara jelas impak kajian dan


menjelaskan apakah faedah faedah daripada hasil kajian kepada
organisasi, masyarakat, negara, agensi berkaitan dan perkembangan
ilmu dalam bidang yang dikaji.

Ct10103 Teori dan metod penyelidikan seni 8


1.7 Metodologi Kajian

•Bahagian ini berbeza antara satu disertasi/tesis dengan disertasi/tesis yang lain
bergantung kepada bidang disiplin ilmu yang dikaji dan ia mungkin tidak ada dalam
disertasi/tesis yang berbentuk teoritikal. Bahagian ini mengandungi penerangan dan
justifikasi terhadap material, pendekatan teoritikal, reka bentuk eksperimen dan
kaedah (termasuk analisis statistik) yang digunakan bagi mencapai objektif
penyelidikan. Material dan kaedah yang digunakan dalam penyelidikan perlu
diterangkan dengan mendalam dan tepat. Rujukan bagi kaedah dan prosedur yang
digunakan perlu dinyatakan.

Ct10103 Teori dan metod penyelidikan seni 9


1.8 Sorotan Literatur

•Tinjauan literatur merupakan penulisan yang kritikal dan analitikal tentang penulisan ilmiah yang
telah diterbitkan oleh sarjana dan penyelidik tentang topik yang dikaji. Tujuannya adalah untuk
menyampaikan kepada pembaca apakah teori, konsep dan hujahhujah yang telah digunakan dalam
merangka penyelidikan serta membincangkan kekuatan dan kelemahan kajian yang telah dijalankan
berkaitan tajuk dan skop kajian ini. Tinjauan literatur perlu berkisar kepada soalan kajian yang
dibentuk. Bahagian ini bukan setakat menyenaraikan bahan-bahan yang diperoleh atau satu
himpunan rumusan kajian terdahulu semata-mata. Sebaliknya calon perlu menunjukkan sintesis
keputusan dalam bentuk rumusan tentang penyelidikan yang telah diketahui atau tidak diketahui,
mengenal pasti kontroversi dalam bidang yang dikaji, dan seterusnya membentuk soalan-soalan
kajian yang memerlukan penyelidikan selanjutnya. Hasil tinjauan literatur ini boleh digunakan untuk
membantu membentuk rasional kajian, mengenal pasti pembolehubah, serta memilih metodologi
kajian yang bersesuaian.

Ct10103 Teori dan metod penyelidikan seni 10


Contoh Sorotan Literatur
Bahagian ini akan tertumpu kepada sintesis kajian lepas mengenai pengaruh landskap terapeutik
terhadap kesihatan awam, elemen-elemen yang mendukung fungsi landskap terapeutik dan juga
faktor-faktor landskap terapeutik yang menyebabkan komuniti bandar berkunjung ke kawasan
rekreasi.
Tema 1: Pengaruh landskap terapeutik terhadap kesihatan komuniti bandar
Gesler (1992) Gesler membahagikan konsep pengaruh terapeutik lanskap ini kepada tiga jenis iaitu
“Therapeutic Landscape: Medical issues persekitaran semulajadi, persekitaran sosial dan persekitaran kerohanian. Deskripsi asas
in Light of new cultural Geography” lanskap terapeutik adalah sesuatu lanskap yang berkait rapat dengan penyembuhan dan
pemulihan. Penyembuhan lanskap ini dibahagikan kepada dua jenis iaitu secara tradisional dan
bukan tradisional. Secara tradisionalnya, gunung yang dilihat mempunyai kuasa ghaib untuk
menyembuhkan penyakit. Secara bukan tradisional pula, Gesler menetapkan kawasan tersebut
adalah lebih formal seperti pejabat doktor dan hospital. Semua jenis tersebut memberi
pengaruh kepada hubungan antara penyakit dan keagamaan serta kuasa penyembuhan oleh
persekitaran fizikal terutamanya air.

William (1998) Sesuatu ruang yang secara fizikal dan psikologikal persekitarannya dikaitkan dengan
“Therapeutic Landscape in Holistic penyembuhan dan rawatan. Lanskap terapeutik bukan sahaja dapat diaplikasikan dalam
Medicine” penyembuhan daripada penyakit tetapi juga kepada penyelenggaraan kesihatan. William
menyatakan bahawa persekitaran hanya boleh dikatakan sebagai ‘terapeutik’ sekiranya
hubungan di antara ‘sihat’ dan ‘muktamad’ wujud di antara seorang individu dan persekitaran
tersebut.

9/3/20XX Presentation Title 11


Contoh Sorotan Literatur
Margaret dan McGrath (2017) Konsep ini penting untuk menerangkan bagaimana tempat-tempat tertentu boleh
dianggap membantu dalam proses penyembuhan. Dalam erti kata lain, kawasan
yang mempunyai ciri tertentu boleh meningkatkan kesihatan. Terdapat kawasan
yang boleh membantu menyembuhkan sebarang penyakit yang tidak dapat dirawat
secara rawatan moden. Dalam konsep ini, simbolik penyembuhan yang
digambarkan adalah alam semulajadi seperti tumbuh-tumbuhan dan air.

Ariane (2006) Sesuatu tempat yang dapat menggalakkan kesihatan fizikal dan mental,
penyembuhan dari segi mental, emosi, fizikal dan rohani. Ini bermakna, ciri-ciri
landskap ini dapat mempengaruhi masyarakat untuk melawat tempat tersebut untuk
tujuan penyembuhan dan pengekalan kesihatan.

9/3/20XX Presentation Title 12


Tema 2: Elemen-Elemen Yang Mendukung Fungsi Landskap Terapeutik

Dalam lanskap terapeutik, terdapat beberapa elemen penting yang memberi pengaruh kepada kesihatan individu. Berikut merupakan antara elemen yang telah dibincangkan oleh Gesler (1992).

Elemen Contoh dari Gesler (1992)


Persekitaran “... kuasa penyembuhan dapat ditemui pada persekitaran fizikal, udara yang segar, air dari kawasan luar bandar dan pemandangan yang cantik..”

Air “salah satu aspek persekitaran fizikal yang menjadi penyembuh kepada kebanyakan masyarakat adalah air. Sungai dan badan air yang lain menyediakan
kuasa penawar dan pemulih serta kuasa ajaib.”

Perasaan pada kawasan “maksud atau kepentingan sesuatu tempat yang khusus yang menyebabkan seorang individu berasa dekat dengan tempat tersebut”
“amat jelas sekali bahawa tempat perlindungan Epidaurian mempunyai perasaan yang kuat pada kawasan tersebut.”

Jauh daripada tekanan “spa kesihatan telah menjadi satu tempat yang memberi harapan untuk menjaudi diri daripada tekanan atau kerja.”
“lanskap semulajadi secara intimnya dihubungkan dengan interaksi sosial atau komunikasi dengan komuniti lain dan ini adalah salah satu daripada cara
untuk mengelak daripada berasa tekanan”

Maksud kawasan “sesetengah kawasan mempunyai maksud yang negatif diberikan kepada nilai individu atau maksud simbolik terhadap sesuatu lanskap”
“kepentingan pembinaan taman untuk mewujudkan suasana harmoni”

Hubungan sosial “kawasan taman bukan sahaja tempat untuk menenangkan minda tetapi juga sebagai tempat untuk berinteraksi dengan individu lain”

Aktiviti harian “kawasan untuk beriadah pada setiap petang”


Konteks sejarah “minat berkebun di taman merupakan satu perkara yang sudah lama berlaku. Berkebun pada asasnya dilihat sebagai sesuatu aktiviti yang digunakan pada
masa lapang malah ia juga merupakan salah satu cara yang paling bermanfaat untuk menyembuhkan atau memulihkan penyakit”

Kepercayaan, philosophy, “bagi sesetengah orang, taman dirujuk sebagai kawasan yang mempunyai maksud ontologikal, menganggap kawasan tersebut sebagai ‘home as heaven’
tanggapan, persepsi dan kawasan yang selamat di mana mereka dapat berundur daripada konflik dan urbanisasi yang giat berlaku”

Simbolik Empat manfaat kepada lanskap semula jadi : sumber alam; memudahkan kecekapan bangunan; mendukung simbol yang mengukuhkan kedudukan
budaya dan diri; dan merupakan lencongan yang menyenangkan

9/3/20XX Presentation Title 13


Penilaian Proposal
1. Sekiranya 10 item ini iaitu dari item 1 - item 10 ada dalam cadangan proposal ..pelajar akan dapat 10
markah

1. Pengenalan
2. Latar belakang kajian
3. Isu dan pernyataan masalah
4. Objektif
5. Soalan kajian
6. Kepentingan kajian
7. Metodologi kajian
8. Sorotan literatur
9. Limitasi/skop kajian
10.Rujukan

2. 5 markah lagi ialah berdasarkan kajian yang releven, isi dan hubungan diantara item-item yang ada
dalam proposal.

3. 5 markah ialah format penulisan sumber dan rujukan.

9/3/20XX Presentation Title 14


Penilaian Akhir

Sorotan Literatur Pembentangan


•1. Setiap objektif dikembangkan dengan sorotan •1. Disampaikan dengan jelas dan yakin (4
yang sesuai. (5 markah) markah)
•2. slide yang tersusun mengikut sorotan (4
•2. Penulisan sorotan yang senada dengan
markah)
permasalah kajian (5 markah) •3. menepati masa (max 10 minit) (4 markah)
•3. Dapat menghubungkaitkan aspek yang disorot •4. Dapat menjawab soalan dengan
dengan model/teori yang baik/kandungan pembentangan tidak tersasar dari
•berkaitan (5 markah) sorotan yang dihantar (4 markah)
•4. Kaedah penulisan mengikut gaya UMS/APA (5 •5. kerja berpasukan (4 markah)
markah)

9/3/20XX Presentation Title 15


Timeline Assessment

Hantar progress draft pertama – tajuk proposal. Hantar proposal. Pembentangan sorotan literatur

Week 5 Week 7-10

Week 3-4 Week 6 Week 11-14

Pemilihan tajuk dan pembuatan draft sorotan


Send full draft proposal.
literatur

9/3/20XX Presentation Title 16


Thank you
terriejohnny25@gmail.com

You might also like