Hbhe2203 Topik 6

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 17

HBHE2203 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

TOPIK 6 - PERTUMBUHAN DAN


PERKEMBANGAN BAYI , KANAK-KANAK DAN
REMAJA
HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1.Menjelaskan perubahan dan perkembangan fizikal bayi,


kanak- kanak dan remaja;

2.Menghuraikan perubahan dan perkembangan emosi bayi,


kanak- kanak dan remaja; dan
6.1 PERUBAHAN DAN PERKEMBANGAN FIZIKAL
LELAKI DAN PEREMPUAN
• Terdapat tiga peringkat dalam perubahan fizikal manusia, iaitu peringkat
kanak-kanak, peringkat umur 5 hingga 12 tahun, dan peringkat awal
remaja.

6.1.1 Peringkat Kanak-kanak


Peringkat awal seseorang kanak-kanak perempuan dan lelaki boleh
dibahagikan kepada dua tahap. Dua tahap tersebut ialah:

(a)Tahap bayi, iaitu dari lahir hingga umur satu setengah tahun; dan
(b)Tahap kanak-kanak bertatih (toddler) adalah dari umur satu setengah
tahun kepada umur empat tahun.
Perubahan Fizikal Bagi Kanak-kanak Bertatih

Perubahan :

•Berat badan

•Pertumbuhan gigi

•Perkembangan sistem otot, saraf dan tulang


6.1.2 Peringkat Umur 5 hingga 12 Tahun
Peringkat ini merupakan peringkat praakil baligh dan terbahagi kepada
dua peringkat, iaitu:

(a)Peringkat kanak-kanak prasekolah (4 hingga 6 tahun); dan


(b)Peringkat sekolah rendah (7 hingga 12 tahun).

Terdapat dua pertumbuhan dan perkembangan fizikal yang berlaku pada


peringkat umur ini iaitu :
(i) Ketinggian
(ii) Gigi
6.1.3 Awal Remaja

• Peringkat ini bermula dari usia 10 hingga 12 tahun. Pada


peringkat awal remaja inilah proses mencecah akil
baligh berlaku.

• Remaja perempuan lebih cepat mencapai akil baligh


berbanding dengan remaja lelaki yang purata umur akil
baligh bagi remaja perempuan ialah 12 tahun, manakala
remaja lelaki ialah 14 tahun.
Remaja Lelaki Remaja Perempuan
• Suara menjadi garau. • Payudara mula membesar dan
• Misai dan janggut mula tumbuh. menampakkan bentuk.
• Bulu mula tumbuh pada bahagian • Bulu tumbuh di celah ketiak dan bahagian
kemaluan.Bahu dan dada menjadi lebih ari-ari.
lebar. • Punggung melebar dan mula
• Mengalami mimpi basah (wet dream) menunjukkan ciri-ciri kewanitaan.
ataupun ihtilam. • Jerawat mula tumbuh di pipi ataupun
• Zakar dan testis mula membesar. muka.Mula didatangi haid.
• Suara mungkin berubah dari suara
keanak-anakan kepada suara yang lebih
matang.

Jadual : Pertumbahan dan Perkembangan Fizikal Remaja Lelaki dan Perempuan


6.2 PERUBAHAN DAN PERKEMBANGAN EMOSI
• Emosi ialah pelbagai perasaan yang berkaitan dengan angin (mood), perangai,
personaliti, pembawaan, motivasi, hormon dan neurotransmiter seperti dopamina,
noreadrenalin, serotonin, oxitosin dan kortisol.

6.2.1 Peringkat Kanak-kanak

• Pada peringkat bayi dan kanak-kanak yang sedang bertatih, perkembangan emosi
yang berlaku banyak melibatkan keperluan asas untuk mendapatkan perhatian dan
kasih sayang.

• Pada peringkat umur enam bulan hingga satu tahun, seseorang bayi sudah mampu
menunjukkan reaksi kepada ibu ataupun bapanya dengan memberikan gerak balas
seperti menangis untuk mendapatkan perhatian dan kasih sayang.
6.2.2 Peringkat Umur 5 hingga 12 Tahun
• Peringkat umur 2 hingga 7 tahun boleh digolongkan ke dalam tahap
yang disebut tahap praoperasional. Tahap praoperasional kerana pada
peringkat ini, kanak-kanak belum mampu melihat dunia nyata lagi
(operasional).

• Kanak-kanak mempunyai imaginasi tetapi tiada pentaakulan logik


(logical reasoning).Pada tahap ini juga, kanak-kanak memiliki pemikiran
egosentrik, iaitu mereka tidak dapat melihat sesuatu daripada
pandangan orang lain.

• Mereka juga memiliki pemikiran animistik, iaitu menjangka semua objek


adalah bernyawa. Misalnya, takut tidur di katil kerana menyangka di
bawah katil terdapat raksasa.
6.2.3 Awal Remaja
• Perkembangan emosi pada peringkat awal remaja boleh
diterangkan berdasarkan peringkat perkembangan moral
Kohlberg. Menurut Kohlberg, peringkat awal remaja berumur
antara 8 hingga 20 tahun berada pada tahap kesusilaan
konvensional (conventional morality).

• Pada tahap ini, seseorang itu akan mula mengambil kira


kehendak dan pendapat orang lain. Namun, mereka menilai
sesuatu itu semata-mata berdasarkan niat (intention) sesuatu
perkara itu dilakukan dan bukannya melihat kepada akibat
tingkah laku tersebut.
Rajah : Peringkat perkembangan moral Kohlberg
6.3 PERUBAHAN DAN PERKEMBANGAN SOSIAL
• Terdapat tiga peringkat perubahan sosial dalam kehidupan
awal manusia. Tiga peringkat tersebut ialah peringkat kanak-
kanak, umur 5 hingga 12 tahun, dan awal remaja.

6.3.1 Kanak-kanak

Pada umur satu tahun, bayi sudah mula berinteraksi dengan


orang di sekelilingnya melalui rengekan dan tangisan untuk
mendapatkan perhatian.Perkataan asas seperti “ma ma ”
ataupun “pa pa” seolah-olah menjadi bahasa asas mereka untuk
berkomunikasi dengan orang lain.
6.3.2 Peringkat Umur 5 hingga 12 Tahun
• Peringkat kedua perubahan sosial adalah ketika peringkat umur 5
hingga 12 tahun. Menurut Erikson, tahap perkembangan psikososial
kanak-kanak antara umur 5 hingga 12 tahun berada pada tahap
membangun sifat industri (develop a sense of industry).

• Pada peringkat ini, menurut Erikson kanak-kanak perlu memiliki


kemahiran asas kehidupan untuk membentuk kompeten diri (self-
competence) ataupun industri. Memiliki perasaan kompeten akan
menjadi asas kepada keperluan untuk membentuk identiti kendiri pada
peringkat remaja.
Rajah 6.2: Tahap perkembangan psikososial Erikson
6.3.3 Awal Remaja
• Terdapat dua perubahan sosial yang agak ketara berlaku pada
peringkat awal remaja, iaitu identiti kendiri dan penerokaan.
(a)Identiti Kendiri
• Remaja lelaki ataupun perempuan ingin mencari dan membentuk identiti
kendiri. Identiti kendiri adalah berkaitan dengan matlamat dan arah tuju
kehidupan untuk menentukan dan menyesuaikan (fine tune) ciri-ciri
identiti diri berbanding dengan orang lain di sekeliling kehidupan mereka
seperti adik-beradik, ibu bapa, guru dan rakan sebaya.

• Remaja juga ingin mencari dan membentuk identiti gender (gender


identity), iaitu cara menjadi seorang remaja lelaki ataupun perempuan
dalam persekitaran sekolah ataupun masyarakat. Usaha untuk
membentuk identiti kendiri secara tidak langsung akan menentukan
corak personaliti mereka dalam keluarga, sekolah dan masyarakat.
(b)Penerokaan
• Peringkat awal remaja adalah umpama menerokai perkara, pengetahuan
dan amalan yang baharu yang tidak pernah dilakukan sebelum ini, iaitu
semasa zaman kanak-kanaknya. Dalam usaha untuk membentuk identiti
kendiri, remaja akan melakukan pelbagai perkara yang mungkin boleh
mendatangkan kebaikan dan kemudaratan kepada dirinya.

• Perkara ini pula ditambah pula dengan pengaruh rakan sebaya yang
seumpama “api bertemu dengan minyak.”Jika seseorang remaja itu tidak
mempunyai jati diri yang kuat dan mudah terikut-ikut ataupun termakan
pujuk rayu rakan sebayanya, maka dia akan mudah terlibat dengan
tingkah laku yang tidak sihat dan berisiko.
TERIMA KASIH

You might also like