Seni Dalam Pendidikan

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 14

SENI DALAM PENDIDIKAN

DISEDIAKAN OLEH :
SYAZWANI
SUFIAH
NAZIRAH
SYAHIRAH
NAZIRAH
ASAS SENI REKA
1. Garisan
– Garisan ialah satu deretan titik yang bersambung-sambung yang mempunyai jarak tertentu
– Garisan boleh diolah untuk mencipta rupa, jalinan, ton, corak, dan untuk menimbulkan bentuk,
ruang, dan pergerakan.
2. Rupa
– Rupa adalah hasil pertemuan titik hujung dengan titik mula
– Rupa adalah kawasan rata yang dilingkari garisan luar
– Terdapat 2 jenis rupa iaitu:
a- Rupa geometri – bersudut seperti segi tiga, segi empat, pyramid, bulat
dsb.
b- Rupa organik – rupa bebas yang tidak bersudut seperti rupa daun, buah,
batu dsb.
-Rupa boleh diolah dalam bentuk:
a- Rupa positif – rupa objek yang terletak di sesuatu kawasan
b- Rupa negatif – ruang di sekeliling rupa sesuatu objek.
3. Bentuk
– Bentuk mempunyai keluasan, ketinggian, jisim dan lebih daripada
satu permukaan
– Terdapat 2 jenis bentuk iaitu:
a- Bentuk konkrit – bentuk objek sebenar yang bersifat 3 dimensi
iaitu boleh disentuh, dilihat, dan dirasai. (bukan berbentuk gambar)
b- Bentuk ilusi – bentuk visual yang bersifat 2 dimensi yang
digambarkan melalui lukisan atau catan.
4. Jalinan
– Jalinan ialah kesan yang terdapat pada permukaan sesuatu benda
– Terdapat 2 jenis jalinan iaitu:
a- Jalinan sentuh – jalinan yang dapat dirasai dengan
sentuhan/tangan seperti kolaj, arca, dan catan teknik impasto
b- Jalinan tampak – jalinan yang hanya dapat dilihat tetapi tidak
dapat dirasai dengan tangan seperti corak batik, jalur buah tembikai
dan gambar foto.
5. Ruang
– Ruang ialah kawasan kosong di sekeliling objek, jarak antara dua
objek, atau rongga dalam sesuatu objek.
-Terdapat 2 jenis ruang iaitu:
a- Ruang nyata – ruang sebenar yang terdapat pada bentuk-bentuk
konkrit
b- Ruang tampak – ruang yang hanya dapat dilihat dalam seni
tampak seperti lukisan, catan dan cetakan (bukan sebenar)
6. Warna

– Terdapat 3 jenis warna iaitu:


a- Warna asas – iaitu merah, biru, dan kuning (tidak boleh dihasilkan dengan campuran warna
lain)

b- Warna sekunder – iaitu campuran dua warna asas (Hijau ‘Biru + Kuning’, Jingga ‘Kuning +
Merah’ dan Ungu ‘Merah + Biru’)
c- Warna tertier – iaitu campuran warna asas dengan warna sekunder
– Terdapat 3 gubahan warna iaitu:

a- Warna harmoni- warna bersebelahan dalam roda warna (warna sekeluarga, selesa dan
seimbang)
b- Warna penggenap – warna yang bertentangan dalam roda warna (menimbulkan kesan
segar, kaya, kontra, getaran dan pergerakan)
c- Warna sewarna – hanya satu warna yang mempunyai pelbagai ton (daripada terang kepada
gelap)
– Terdapat 2 suhu warna iaitu:
a- Warna panas – warna antara warna merah ungu hingga kuning hijau pada roda warna
(menimbulkan kesan bertenaga, garang, harapan, perang, meriah dsb)
b- Warna sejuk – warna antara hijau hingga ungu pada roda warna (menimbulkan kesan
sejuk, sedih, damai dan tenang)
PRINSIP SENI LUKIS

1. Harmoni
– Dalam istilah bahasa harmoni membawa maksud aman dan damai
– Dalam istilah seni harmoni merupakan hasil ulangan dan rentak unsur seni yang sesuai dan
seimbang
– Harmoni wujud dalam penggunaan garisan dan warna
– Harmoni tidak akan wujud jika ada unsur-unsur yang bercanggah

2. Kontra
– Kontra wujud jika ada unsur-unsur seni yang bertentangan atau bercanggah dalam sesuatu
gubahan
– Fungsi kontra ialah untuk menarik perhatian, memberi fokus, mengelakkan kebosanan dan
kesan pergerakan
– Kontra dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni, teknik dan bahan yang berlainan

3. Penegasan
– Penegasan wujud apabila terdapat sesuatu unsur yang menonjol, kontra atau ganjil dalam
sesuatu gubahan
– Fungsi penegasan ialah untuk menarik perhatian, memberi fokus, dan mengelakkan kebosanan
– Penegasan dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni yang kontra atau asingkan objek
yang hendak ditegaskan
4. Imbangan
– Imbangan bermaksud kesamaan dan kesepadanan dari segi berat, tarikan dan tumpuan
– Terdapat 2 jenis imbangan iaitu:
a- Imbangan simetri – unsur seni yang sama antara kiri dan kanan atau atas dan bawah (garisan ‘axis’
dilukis di tengah-tengah pembahagian tersebut)
b- Imbangan tidak simetri – unsur seni tidak sama di kedua-dua bahagian tetapi mempunyai cirri-ciri
yang menimbulkan kesan keseimbangan

5. Irama dan Pergerakan


– Pergerakan ialah keadaan yang bergetar, bergoyang, berayun, berpancar, bersinar-sinar dsb
– Fungsi irama dan pergerakan ialah untuk memberi kesan lebih hidup dan realistic terhadap sesuatu
gubahan
– Pergerakan dapat dilihat melalui kesan angin, air, ombak, taufan dsb.

6. Kepelbagaian
– Kepelbagaian wujud hasil penggunaan pelbagai gaya, nilai, dan idea yang berbeza dalam sesuatu
gubahan
– Kepelbagaian dapat memberi gaya, variasi, tenaga, dan daya tarikan dalam sesuatu gubahan
– Kepelbagaian dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni seperti garisan, rupa dan warna yang
pelbagai dalam sesuatu gubahan

7. Kesatuan
– Kesatuan bermaksud satu tema atau satu idea bagi semua unsur dalam sesuatu gubahan
– Kesatuan dapat menimbulkan suasana yang tenteram, teratur dan selesa
ASAS-ASAS PERGERAKAN

I. Kesedaran ruang
Kesedaran ruang melibatkan lokasi, arah , aras , laluan dan ekstensi.
- Lokasi – ruang diri dan ruang am.
- Arah – ( atas- bawah ), ( kiri-kanan ), ( depan belakang )
- Laluan – lurus , melengkung , zig – zag.
- Ekstensi – ( besar – kecil ) , ( jauh – dekat )
Kesedaran ruang menentukan arah pergerakan tubuh badan. Ia juga dapat mengesan
tempat pergerakan, arah pergerakan dan dari mana datangnya gerakan.
Cth: Gimnastik

II. Kesedaran Tubuh Badan.


Elemen asas yang terdapat dalam kesedaran tubuh badan ialah :
- Gerak laku asas tubuh.
- Aktiviti gerak laku anggota – anggota tubuh.
- Aktiviti serta bentuk – bentuk tubuh badan.
Manakala kesedaran tubuh badan dalam lakuan bahagian tubuh badan memfokuskan
fungsi bahagian tubuh badan yang menyokong tubuh badan serta membimbing dan
memikul berta badan.
III. Beban
Beban pula melibatkan kelajuan sesuatu pergerakan. Ia juga menitikberatkan akan
kekuatan. Antaranya.
- Masa : cepat – lambat.
- Daya : kuat – ringan.
- Aliran : bebas – terikat.
- CTH: mengangkat dumbell

IV. Perhubungan.
Perhubungan adalah berkaitan dengan objek dan manusia. Sebagai contoh;
1. Objek : atas – bawah, dekat – jauh, keliling – sisi, bertemu – berpisah.
2. Manusia. Memimpin – solo, berpasangan dan berkumpulan.
CTH: bermain tali skipping
INTEGRASI SDP DALAM PDP BM

AKTIVITI 1 (KAMI LUKIS, AWAK TEKA)

Langkah 1 :
• Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil.
• 4 orang murid dalam satu kumpulan didengarkan dengan sebuah lagu kanak-kanak.

Langkah 2 :
• Murid pertama perlu melukis objek atau perbuatan yang menggambarkan lagu tersebut
dalam masa 5 saat.
• Seterusnya, murid kedua, ketiga dan keempat perlu menyambung lukisan murid
pertama tersebut dalam masa 5 saat.
• Murid yang terakhir perlu meneka sama ada meneka tajuk lagu atau lirik lagu
berdasarkan lukisan rakan-rakan mereka.

Pengajaran: mengasah kemahiran melukis dan dapat menggalakkan murid-murid berfikir


secara kreatif dan kritis
GUNTING AJAIB

Aktiviti 2

LANGKAH 1

1. Guru memberikan kertas lirik lagu yang mengandungi perkataan yang


berimbuhan apitan kepada murid.
2. Murid dikehendaki mengeluarkan perkataan yang mempunyai imbuhan apitan.
3. Guru memberikan keratan perkataan berimbuhan apitan dan murid perlu
menggunting keratan tadi dengan mengasingkan kata imbuhan apitan dengan
kata dasar.

Pengajaran: murid-murid dapat mengenal pasti kata imbuhan apitan

You might also like