Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 52

KULIAH 4

KUASA PORTUGIS DI MELAKA


1511-1641
PENGENALAN
Kejatuhan negeri melaka ke tangan Portugis pada tahun
1511 menandakan permulaan keunggulan orang Eropah
di kepulauan Melayu. Portugis telah memerintah di
Melaka selama 130 tahun walaupun orang Melayu tidak
berhenti-henti cuba mengambil semula kota itu.
Akhirnya kota tersebut telah jatuh ke tangan kuasa
bersatu orang Melayu dengan Belanda pada tahun 1642.
Kesan-kesan utama jatuhan Melaka:

1. keluarga diraja menjadi pelarian dan mencari


perlindungan. Bentan-Muar-Johor. Cuba
menyatukan anggotanya yang berpecah akibat
masalah dalaman.

2. Tiga daerah di Sumatera iaitu Pasai, Kampar dan


Aru membebaskan diri dari kuasa melaka.

3. kerajaan Acheh mempunyai potensi sebagai pusat


perdagangan di rantau Melayu
Sehubungan dengan itu kuliah ini akan membincangkan
kuasa Portugis di melaka (1511-1641) dalam aspek
penaklukan /penguasaan (ketenteraan), monopoli ekonomi,
perdagangan, keagamaan khususnya penyebaran agama
Kristian di Tanah Melayu, dan cabaran yang dihadapi oleh
Portugis. Kelangsungan kuasa portugis ini sentiasa tergugat
sama ada daripada kerajaan tempatan mahu pun dari kuasa
luar terutamanya Belanda, siam dan Acheh.
PENAKLUKAN / PENGUASAAN
POLITIK DAN KETENTERAAN
OLEH PORTUGIS
PENTADBIRAN PORTUGIS DI MELAKA

•Portugis menawan kota Melaka pada tahun 1511. Portugis berjaya


menawan kota dan pelabuhan Melaka sahaja. Sultan Mahmud dan puteranya
Raja Ahmad mengundur diri dan menyambung kesultanan Melayu ke negeri-
negeri lain seperti Johor dan Perak. Secara keseluruhannya, Portugis
menduduki Melaka selama 130 tahun iaitu dari tahun 1511 hingga 1641
•Wiruzai bertanggungjawab menyusun sistem pentadbiran Portugis di Melaka
iaitu Alfonso de Albuquerque. Bertanggungjawab membina sebuah kota iaitu
A Famosa kerana melidungi melaka daripada serangan daripada Sultan
Mahmud.
•Portugis mengamalkan sistem pentadbiran berbentuk militer ataau
ketenteraan. Ketuanya ialah Kapten Kota Melaka (dikenali Gabenor Selatan)
yang dilantik oleh Raja Portugal yang bertugas selama tiga hingga empat
tahun. Dipilih dalam kalangan Fidalgo, iaitu golongan bangsawan portugal.
• Seorang Kapten Angkatan Laut dilantik sebagai timbalan kepada
Kapten Kota.
• Golongan tentera pula diketuai oleh Kapten Jeneral yang berkhidmat
setiap tiga tahun. beliau dibantu oleh golongan Feitor.
• Sistem keadilan diletakkan dibawah Ketua Hakim.
• Dalam proses pentadbiran, Kapten Kota dan Timbalannya dibantu
oleh Majlis Penasihat. Terdiri daripada tiga badan utama, iaitu Hal
Ehwal Militer, Majlis Pentadbiran Sivil dan Kewangan serta
Pentadbiran Orang Tempatan.
• Portugis melaksanakan beberapa sistem pentadbiran perdagangan.
Seperti :
1. Kapal-kapal pedagang diwajibkan membayar cukai enam hingga
sepuluh peratus daripada hasil dagangan mereka.
2. Setiap pedagang perlu mendapatkan pas kebenaran unuk berdagang
terlebih dahulu.
3. Portugis memonopoli barang-barang dagangan utama, tetapi membeli
barangan tersebut dengan harga yang rendah dan menjualnya pada
harga yang tinggi.
4. Diskriminasi terhadap perdagang Islam.
Kota Melaka telah diperkukuhkan oleh Portugis dan sistem
pertahanannya telah memperkenalkan satu ciri yang tidak wujud di
Melaka sebelum itu yakni memasang pagar kayu mengelilingi bahagian
pusat bandar yang mencirikannya sebagai bandar kubu atau A-Famosa.

Sebenarnya kota ini merupakan sebuah kubu pertahanan portugis. Di


bawah kuasa mereka, bandar dan perlabuhan melaka bertukar menjadi
bandar berkurung dan merosot.
Kedudukan portugis di kepulauan Melayu tidaklah selamat, raja Melaka
iaitu Sultan Mahmud yang telah digulingkan masih lagi mempunyai
kedaulatan dan kewibawaan ke atas sebahagian besar empayarnya di
semenanjung Tanah melayu dan di Sumatera Timur.

Portugis memang menyedari keadaan itu, kerana kawasan kecil di


sekeliling bandar melaka dikuasai oleh musuh-musuhnya. Orang Jawa
yang selalu bersikap memberontak.
Perhubungan portugis dengan negeri-negeri melayu tidak pernah secara
terbuka. Perhubungan ini terbatas ke kawasan persisiran, mereka tidak
sampai ke daerah pedalaman perlabuhan yang banyak memberikan
keuntungan sama ada di Tanah melayu mahu pun di Sumatera.
Bagi portugis, kawasan pedalaman adalah satu kawasan yang dapat
membahayakan mereka kerana tidak ada perlindungan yang kukuh
berbanding dengan persisiran pantai. Ini memperlihatkan bahawa
penguasaan portugis sebenarnya adalah terhad dalam konteks sempadan
politik geografinya dan mengambarkan kebergantungan yang kuat
dengan kekuatan angkatan laut sahaja.
Dari segi politik, portugis melaksanakan kemajuan yang amat sedikit di
kepulauan Melayu. Hanya di Pasai sahaja mereka mempunyai suara dalam
politik. Ini berlaku pada tahun 1521 setelah mengulingkan sultan Pasai dan
melantik seorang Sultan baru. Mereka juga melantik sendiri gabenor dan
syahbandar. Mereka membina kota dan memaksa sultan baru
membekalkan lada hitam mengikut syarat yang ditetapkan.
Dasar portugis yang tidak memusuhi semua negeri Melayu telah memberikan
kelebihan dalam soal hegemoni kuasa politik di Melaka. Ini kerana:

1. masalah bekalan makanan dan kebuluran di melaka dapat di atasi dengan


bantuan Siak.

2. peralihan taat setia pahang daripada Sultan mahmud kepada Portugis


sebelum tahun 1520-an.

3.Perhubungan portugis dengan Kampar

4.Peralihan kesetiaan Lingga kepada portugis untuk jaminan keselamatan ancaman


Inderagiri
Dengan dasar ini, portugis semakin kukuh sebagai satu kuasa Eropah
di alam Melayu dan kemangkatan Sultan Mahmud menandakan
bermulalah satu peringkat baru dalam perhubungan orang portugis
dengan orang melayu.
MONOPOLI EKONOMI DAN
PERDAGANGAN DI MELAKA
SEMASA ERA PORTUGIS
• Melaka adalah sebagai pusat perdagangan utama di
Nusantara iaitu tempat pedagang dari Barat dan
Timur bertemu untuk berjual beli pelbagai barangan
dari rantau mediterranean, India, kepulauan
Nusantara dan China.
Barangan itu mendapat permintaan yang tinggi di
Eropah. Melaka juga dianggap sebagai sumber utama
kekayaan bandar-bandar Itali, yang mengedarkan
rempah ratus dari timur di Eropah.
Orang portugis memang mengetahui pentingnya Melaka
sebagai pusat perdagangan. Kedudukan melaka sangat
sesuai bagi pedagang-pedagang yang datang dari Barat
dan Timur. Melaka juga menjadi tumpuan pedagang dari
merata tempat di gugusan kepulauan melayu. Orang
portugis memerlukan melaka terutamanya untuk
mengawal perniagaan rempah di Maluku.
Tujuan / matlamat utama portugis di Timur ialah untuk
memajukan perdagangan mereka. Oleh sebab itu, mereka
tidak melibatkan diri dalam pentadbiran negara-negara
pribumi (setempat) selain menakluki beberapa kawasan
strategik.
Di Melaka, Albuquerque menjalinkan hubungan
persahabatan dengan orang Pegu, Jawa, Hindu, Cina,
Siam dan juga penduduk dari Sumatera. Tujuannya
untuk memulihkan perdagangan yang terganggu kerana
perang portugis-melaka. Pada dasarnya orang portugis
mengamalkan dasar monopoli di Melaka.
Kapal-kapal yang menggunakan selat melaka dikehendaki
singgah di Melaka. Mereka juga mengawal perdagangan
eksport kain kapas dan belacu dari perlabuhan Gujerat
dan Koromandel. Mereka mengenakan cukai sebanyak 10
% kepada barang-barang dari China dan 8% kepada
barang-barang dari Benggala. Namun begitu, pedagang
Arab dan Gujerat sering kali berjaya mengelakkan diri
kawalan Portugis
Dari melaka, portugis juga cuba membolot perniagaan
rempah. Pada hujung tahun 1511, Antonio d’Abreu dan
Francisco Serrao telah dihantar untuk menjalinkan
hubungan persahabatan dengan Maluku dan Pulau
Banda. Mereka berjaya kerana satu persetiaan
perdagangan telah ditandatangani dengan sultan Ternate.
Portugis juga telah berusaha mewujudkan hubungan
perdagangan dengan pelabuhan-pelabuhan penting di
Sumatera, terutama sekali Pasai dan Pedir. Tetapi mulai
tahun 1521, mereka menghadapi tentangan yang kuat
daripada Acheh. Ini kerana kejatuhan Melaka memberi
kesempatan kepada Acheh muncul sebagai pelabuhan
yang menjadi tumpuan pedagang Islam.
PENYEBARAN AGAMA KRISTIAN
DI MELAKA
Sebelum menakluki melaka, Albuquerque menonjolkan
kebencian yang mendalam terhadap orang Islam akibat
daripada perang salib. Kebencian ini terbukti semasa
menawan Goa.
Albuquerque mengarahkan sebilangan orang Islam
supaya dibakar hidup-hidup, bersama-sama orang
kristian yang murtad ditangkap. Beliau juga berazam
untuk tidak membenarkan satu orang pun orang Islam
hidup di Goa atau memasuki kota tersebut, melainkan
orang Hindu.
Ini merupakan salah satu tujuan portugis menawan
beberapa tempat di sebelah Asia Timur termasuklah di
Alam Melayu. Mereka cuba mengembangkan agama
Kristian (katholik) dan menghapuskan pemerintahan
Islam.
Di Melaka, selain membina kota A Famosa, Albuquerque
juga mengarahkan supaya dibina sebuah gereja. Tetapi
gereja itu hanya siap dibina pada tahun 1515.
selanjutnya sebuah lagi gereja yang didirikan ialah
gereja Our Lady of the Visitation. Pada tahun 1521,
Duarte Coelho membina sebuah lagi gereja iaitu gereja
St.Paul yang diperbuat daripada kayu. Pada tahun 1590,
barulah gereja itu diganti dengan sebuah bangunan batu.
Foto: St.Paul yang dibina pada tahun 1521
Foto: Mata wang portugis yang digunakan di Melaka
Walaupun portugis mengambil berat tentang agama
mereka iaitu agama Katolik, namun kegiatan mubaligh
hanya dimulakan dengan bersungguh-sungguh setelah
Francis Xavier tiba di Melaka pada tahun 1545 dalam
perjalanan ke Maluku. Beliau berada di Melaka dari
tahun 1550 hingga tahun 1553 dalam perjalanan ke
timur jauh.
Di Melaka, beliau menubuhkan pusat mubaligh Jesuit
serta sekolah St. Paul. Beliau juga menyelenggarakan
terjemahaan rukun sepuluh dan beberapa doa ke dalam
bahasa melayu. Pada keseluruhannya, Francis Xavier
berasa kecewa dengan sikap penduduk melaka terhadap
agama kristian. Usaha beliau ini tidak mencapai
kejayaan.
APAKAH MASALAH-MASALAH ,
PERSAINGAN KUASA DAN
CABARAN YANG BERLAKU
TERHADAP PORTUGIS DI MELAKA
SEKITAR TAHUN 1521-1641?
1. Kebangkitan dan persaingan kuasa
Acheh di Sumatera

Kerajaan Acheh berkembang di bawah pemerintahan


Sultan Ali Mughayat Syah. Apabila portugis menawan
melaka, pedagang Islam yang dahulunya berkunjung ke
Melaka mula menumpukan kegiatan mereka di acheh.
Kemajuan perdagangan menjadikan acheh sebuah kuasa
politik yang kemudian berjaya mengawal bahagian timur
pulau sumatera. Keadaan ini membawa satu cabar dan
tidak disenangi oleh portugis.
Acheh seterusnya berkembang dan mencapai puncak
kekuatannya semasa pemerintahan Sultan Iskandar
Muda yang mula memerintah pada tahun 1607. baginda
berjaya meluaskan kawasan takluk Acheh dan berkali-
kali melancarkan serangan terhadap portugis di
Melaka.
2. Ancaman daripada Sultan Mahmud
(Bentan)

Melancarkan serangan yang bertali arus terhadap


portugis di Melaka. Misalnya pada tahun 1510 dan awal
tahun 1520. ancaman ini menyebabkan portugis
mengambil tindakan untuk melemahkan kuasa Sultan
Mahmud dengan beberapa serangan iaitu pada tahun
1518, 1520, dan 1526. selain bentuk serangan, sultan
Mahmud juga mengenakan sekatan bekalan makan di
Melaka dengan cara menghalang pedagang-pedagang
masuk ke Melaka
Menurut surat daripada Alfonso de Albuquerque dalam
Malacca Historical Eveents: “ ancaman sultan Mahmud
juga melalui pakatan secara sulit / rahsia dengan seorang
hamba yang setia dan dipercayai iaitu Mengeliz (?).
Mengeliz secara rahsia berpura menderhakai kepada sultan
Mahmud dan mencuri harta baginda; berlindung di kota
Melaka di bawah Portugis dengan matlamat membunuh
kapten portugis dan menawan kota tersebut. Walapun
beliau sempat membunuh bebarapa orang di dalamnya
tetapi gagal dalam percubaan tersebut.”
Portugis menghadapi masalah kewangan yang teruk.

Ini dibuktikan menerusi penyataan Macgregor (Paper on


Johore Lama and the Portuguese in Malacca) iaitu:

“kesukaran pentadbiran portugis di Melaka hendak


membayar gaji dengan tetap kepada pekerja mereka, jadi
menjelang 1527 gaji dibayar mengikut bayaran tunggakan.
Tenteranya pun biasanya terpaksa membeli alat perang
serta pakaian mereka sendiri.”
3. Kemunculan dan kebangkitan
kesultanan Johor

Pengasasan kerajaan Johor pada tahun 1528 adalah


disebabkan oleh kejatuhan Melaka di tangan Portugis
pada tahun 1511. Raja Ali (Sultan Alauddin Riayat
Syah II) mengasaskan kerajaan Johor dan menghadapi
saingan daripada kuasa Portugis dan Acheh di
Sumatera. Dengan kemunculan ini, sudah tentu
membawa satu lagi cabaran terhadap portugis yang
berbentuk kuasa politik.
4. Ancaman daripada negeri-negeri di
Tanah Melayu terutamanya Pahang dan
Perak

Pahang yang diperintah oleh Raja Muhammad iaitu


anak Sultan Mansur Syah mewujudkan pentadbiran
yang sama dengan melaka. Setelah Melaka ditawan
portugis, Pahang menganggap orang portugis sebagai
musuh. Hubungan Pahang dengan Kesultanan Johor
adalah baik dan kedua-dua kerajaan itu berpakat
menentang portugis.
Kerajaan Perak yang pertama ialah Sultan Muzaffar
Syah iaitu putera sultan Mahmud di Melaka. Perak juga
dikaitkan dengan Acheh seperti negeri-negeri lain iaitu
kedah,pahang dan Johor lama. Hubungan yang erat ini
membantu mengukuhkan kedudukan Acheh di Alam
Melayu terutamanya dalam menentang kuasa Portugis di
Melaka.
5. Kemunculan kuasa Belanda (VOC) di
Alam Melayu
Belanda mula memberi perhatian kepada gugusan
kepulauan Melayu pada hujung kurun ke-17. mereka
ingin mendapatkan rempah secara langsung dari Timur
dan bukan melalui orang portugis. Bagi menjayakan
rancangannya, belanda telah menubuhkan syarikat
Hindia Timur Belanda (VOC). Mereka berhasrat
menguasai Melaka untuk monopoli perniagaan dan
perdagangan di gugusan kepulauan melayu. Oleh itu
mereka membuat percubaan mendapatkan melaka
pada tahun 1606,1608,1623, 1627 tetapi gagal.
Belanda lebih disukai oleh para pemerintah Melayu
kerana VOC tidak begitu memusuhi pedagang Muslim
dan tidak berhasrat menguasai seluruh rantau Melayu.
–konsep kerjasama berasaskan perjanjian. Hubungan
Belanda-Johor amat membimbingkan portugis di
Melaka kerana bukan sahaja persaingan tetapi kuasa
politik dan ancaman ketenteraan.
Dengan masalah dan cabaran kuasa politik ini, secara
langsung telah melemahkan kekuatan portugis di Melaka.
Walaupun pelbagai usaha dilaksanakan namun tidak
mencukupi menghalang cabaran dari luar terutamanya
Belanda-Johor. Oleh itu, pada bulan januari 1641,
portugis menyerah kalah dan Belanda menguasai Melaka.
Rumusan
Rujukan

Andaya, Barbara Watson dan Leonard Y. 1982. A


History of Malaysia, London and Basingstoke: Macmillan
Asian History Series.

Mills, L.A. 2003. British Malaysa, 1824-1867. Journal of


the Malayan Branch of the Royal Asiatic Society, MBRAS
Reprint No.22. Selangor: Academe Art & Printing
Services Sdn. Bhd.

Rahimah Adbul Aziz. 1997. Pembaratan Pemerintahan


Johor (1800-1945): Satu analisis Sosiologi-sejarah. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Nesaamalar Nadarajah. 2000. Johore and the origins of
British control 1895-1914. Kuala Lumpur: Arenabuku
Sdn.Bhd.

Zainal Abidin Abdul Wahid (et al.). 1996.


Malaysia :warisan dan Perkembangan. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
SOALAN TOTURIAL 3:
“Kelemahan besar portugis ialah sifat tidak mahu
bertolak ansur antara tujuan perdagangan dengan
sentimen agama mereka. Ini kerana dasar Albuquerque
perkelakuan kasar terhadap pedagang Isalm, akibatnya
orang portugis telah menjadi musuh ketat kepada
kerajaan-kerajaan Islam di Kepulauan Melayu.”
(Khasnor Bt. Johan dalam artikel Orang Portugis di
Tanah Melayu)

Berdasarkan kenyataan ini bincangkan kekuatan dan


kelemahan portugis di Melaka dalam kemelut kuasa
politik di Alam melayu?
SEKIAN, TERIMA KASIH

You might also like