Pengekosan Piawai

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 15

BAB 7 : PENGEKOSAN PIAWAI

7.1 PENGENALAN
⮚ Jenis-jenis Pengekosan Produk
Pengekosan piawai adalah satu kaedah menghitung kos produk dengan mendarabkan
harga piawai/kadar piawai dengan kuantiti piawai yang dibenarkan untuk output sebenar.

Perbezaan antara sistem Pengekosan Sebenar, Pengekosan Normal dan Pengekosan Piawai

Kos Perkilangan
Pengekosan Produk Bahan Buruh Overhed Kilang
Langsung Langsung
Pengekosan Kos Sebenar Kos Sebenar Kos Sebenar
Sebenar
Pengekosan Normal Kos Sebenar Kos Sebenar Overhed Diserap
Pengekosan Piawai Kos Piawai Kos Piawai Kos Piawai
⮚ Definasi Kos Piawai
✔ Merupakan kos yang dibelanjawankan untuk mengeluarkan satu unit produk atau
perkhidmatan.
✔ Kos piawai merupakan kos pratentu atau kos yang dijangka untuk setiap output yang
dikeluarkan.
✔ Kos piawai merupakan satu konsep unit.

⮚ Kepentingan Pengekosan Piawai


⮚ Pembentukan Kos Piawai
Terdapat tiga kaedah dalam pembentukan kos piawai :
i. Kaedah rekod sejarah/pengalaman masa lepas
- Kaedah ini membuat anggaran mengenai bilangan pekerja dan kuantiti bahan yang
diperlukan untuk setiap unit kos. Piawai akan dibentuk berdasarkan operasi yang
lepas.
ii. Kaedah kajian kejuruteraan
- Kaedah ini menitikberatkan usaha untuk mendapatkan rangkaian yang paling baik
dari segi pemerolehan sumber pengeluaran, kualiti pengeluaran dan kaedah
pengeluaran.
iii. Kaedah ramalan pihak pengurusan untuk masa akan datang
- Kaedah ini memberikan pihak pengurusan meramal berdasarkan pengalaman dan
kepakaran yang dimiliki untuk menentukan piawai. Pengurus sumber manusia,
pengurus pengeluaran dan pengurus belian akan terlibat secara langsung dalam
proses penentuan piawai.
⮚ Jenis Kos Piawai
Piawai Unggul
▪ Piawai yang tahap pencapaian hanya boleh dicapai dalam keadaan
yang paling baik.
▪ Piawai ini memerlukan kecekapan yang sempurna tanpa sebarang
pembaziran, kecuaian, ketidakcekapan, kerosakan, masa terbiar,
kemalangan dan kecacatan.
▪ Kesannya kakitangan tidak bersemangat kerana matlamat agak
sukar dicapai.

Jenis Kos Piawai

Piawai Boleh Capai/Praktikal


▪ Piawai ini berasaskan tahap pencapaian yang dijangka akan
dicapai dalam tempoh akan datang di mana ia lebih realistik dan
boleh dicapai.
▪ Piawai ini membuat peruntukan bagi pembaziran, kelewatan,
masa terbiar dan ketidakcekapan.
▪ Penggunaan kos piawai praktikal akan memberi dorongan kepada
pekerja, memudahkan pekerja menjalankan tugas mereka dan
tidak mudah putus asa.
7.2 ANALISIS VARIANS

⮚ Takrifan Varians dan Analisis Varians


▪ Varians atau sisihan ialah perbezaan antara kos piawai dengan kos sebenar.
▪ Varians mungkin memuaskan atau tidak memuaskan.
• Varians memuaskan (M) wujud apabila kos sebenar lebih rendah daripada kos
piawai atau hasil sebenar lebih tinggi daripada hasil piawai.
• Varians tidak memuaskan (TM) wujud apabila kos sebenar lebih tinggi daripada kos
piawai atau hasil sebenar lebih rendah daripada hasil piawai.

⮚ Kepentingan Analisis Varians


▪ Alat perancangan
▪ Alat kawalan
▪ Alat penilaian prestasi
▪ Alat pembuatan keputusan
7.3 JENIS VARIANS
⮚ Rumus Varians
7.4 IMPLIKASI ANALISIS VARIANS
⮚ Sebab-sebab Varians Memuaskan dan Tidak Memuaskan
Jenis Varians Tidak Memuaskan (TM) Memuaskan (M)
Varians Harga 1. Tidak dapat mengawal harga barang 1. Pembelian bahan daripada pembekal
Bahan kerana kenaikan harga umum pada yang boleh dipercayai dengan harga
harga bahan. yang lebih murah.
2. Pembelian bahan yang tidak cekap 2. Pembelian bahan yang rendah kualiti
iaitu beli bahan mentah dengan tetapi lebih murah.
segera atas permintaan bahagian 3. Harga piawai yang ditetapkan
pengeluaran. terlampau rendah.
3. Pembelian bahan jenis yang lebih
mahal dengan kualiti yang lebih
tinggi.

Varians 1. Kualiti bahan yang rendah 1. Pengendalian bahan yang cekap.


Penggunaan mengakibat-kan pembaziran bahan 2. Kualiti bahan yang digunakan adalah
Bahan yang tinggi. tinggi (kurang pembaziran).
2. Pekerja yang tidak mahir atau 3. Membuat penjadualan yang cekap,
penyeliaan yang tidak ketat dan menetapkan volum pengeluaran
kurang berkesan. yang sesuai dengan kemampuan
3. Kerosakan mesin dalam proses operator atau mesin.
pengeluaran. 4. Tiada kesilapan dalam
memperuntukkan bahan kepada
Jenis Varians Tidak Memuaskan (TM) Memuaskan (M)
Varians Kadar Buruh 1. Penetapan kadar piawai buruh 1. Mengambil pekerja yang mahir dan
yang ketinggalan zaman dan cekap.
dibuat terlalu rendah.
2. Mengambil pekerja yang tidak
mahir atau tidak mempunyai
kebolehan yang setimpal dengan
kadar upah yang diberikan.
Varians Kecekapan 1. Penyeliaan yang longgar atau 1. Penyeliaan yang baik terhadap
Buruh lemah terhadap pekerja-pekerja. pekerja-pekerja.
2. Mengupah pekerja yang kurang 2. Pengagihan buruh yang cekap dari
mahir dan tidak berpengalaman. segi tugas, masa dan tempat.
3. Masa panjang dalam pengeluaran
kerana penggunaan bahan yang
ber-kualiti rendah.
4. Kesilapan dalam pengagihan masa
dan pekerja mengikut kemahiran,
pengalaman dan kelulusan.
Jenis Varians Tidak Memuaskan (TM) Memuaskan (M)
Varians 1. Overhed berubah dianggar atau 1. Overhed berubah dianggar atau
Perbelanjaan jam dianggar terlalu tinggi. jam dianggar terlalu rendah.
Overhed Berubah 2. Terlebih penggunaan 2. Penjimatan dalam penggunaan
perkhidmatan misalnya air dan perkhidmatan misalnya air dan
elektrik. elektrik.
3. Harga bahan tak langsung telah 3. Harga bahan tak langsung telah
meningkat. menurun.

Varians Kecekapan 1. Tiada pengawasan baik 1. Pengawasan baik terhadap


Overhed Tetap terhadap pekerja-pekerja. pekerja.
2. Mengupah pekerja yang kurang 2. Pekerja cekap dan
mahir dan tidak berpengalaman. berpengalaman.
3. Masa hilang dalam pengeluaran 3. Lebih insentif diberi kepada
kerana penggunaan bahan yang pekerja-pekerja.
berkualiti rendah.
Jenis Varians Tidak Memuaskan (TM) Memuaskan (M)
Varians 1. Overhed tetap yang dianggar 1. Penjimatan kos sebenar.
Perbelanjaan terlalu tinggi. 2. Semua perkhidmatan digunakan
Overhed Tetap 2. Pertambahan kos perkhidmatan. secara ekonomi.
3. Perkhidmatan digunakan dengan
banyak dan tidak ekonomi.
Varians Volum 1. Kemudahan pengeluaran tidak 1. Kemudahan pengeluaran
Overhed Tetap digunakan dengan cekap digunakan dengan cekap dan
menyebab-kan jumlah berkesan.
pengeluaran lebih rendah 2. Lebih insentif diberi kepada
daripada yang dijangkakan. pekerja-pekerja.
2. Kerosakan loji dan mesin.
3. Ketidakcekapan pengurusan
memilih volum yang betul untuk
mengagihkan overhed tetap.

You might also like