Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 53

PENGAJIAN AM

Bab 2
PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
 Malaysia mempunyai perlembagaan bertulis
 Dikuatkuasakan pada 31 Ogos 1957
 Digubal oleh Suruhanjaya Reid yang diketuai oleh Lord Reid, Sir Ivor Jenning
(British), Sir William Mckell (Australia), B. Malik (India) dan Hakim A. Hamid
(Pakistan)
 Digubal berdasarkan 131 memorandum yang diserahkan oleh parti politik dan
pertubuhan Tanah Melayu. Merupakan sumber segala perundangan yang wujud
dalam negara. Dikanunkan tetapi boleh dipinda Memperakukan semua undang-
undang yang wujud di Sabah dan Sarawak sebelum Hari Malaysia.
Takrif dan Konsep Perlembagaan

 Kumpulan peraturan dan undang- undang yang menjadi asas pembentukan


sesebuah negara.
 Merupakan dokumen rasmi yang mengandungi segala peraturan dan prinsip
sebagai panduan kpd kerajaan utk mentadbir negara
 Sekiranya tidak dipatuhi, bermakna negara akan berada dalam keadaan huru-hara
dan kerajaan gagal melaksanakan pemerintahannya
KONSEP KETERTINGGIAN
PERLEMBAGAAN
 Perlembagaan Persekutuan merupakan undang-undang tertinggi negara
 Menjadi punca kepada semua undang-undang sama ada yang sedia ada atau yang
bakal digubal.
 Semua undang-undang yang ada tidak boleh berlawanan dengan Perlembagaan
PINDAAN PERLEMBAGAAN

 Perlembagaan boleh dipinda. Pindaan dibuat untuk kepentingan rakyat dan


negara. Namun, pindaan perlembagaan tidak boleh dibuat sewenang-wenangnya.
 Perlembagaan boleh dipinda melalui empat cara menurut Perkara 159 dan 161E:
KELUHURAN PERLEMBAGAAN

 Terletak kepada kedudukannya sebagai undang-undang tertinggi yang menjadi


sumber dan punca semua undang-undang
 Semua undang-undang lain hendaklah tidak bertentangan dengan perlembagaan
Perkara 4(1).
 Semua undang-undang mestilah selaras dengan Perlembagaan, jika tidak maka
undang-undang itu adalah terbatal
KANDUNGAN PERLEMBAGAAN
PERSEKUTUAN
Bahagian Butir-butir Perkara

1 Negeri-negeri, Agama dan Undang-undang Persekutuan Perkara 1-4

2 Kebebasan Asasi Perkara 5-13


3 Kewarganegaraan Perkara 14-31
4 Persekutuan Perkara 32-69
5 Negeri-negeri Perkara 70-72
6 Perhubungan antara Persekutuan dengan Negeri-negeri Perkara 73-95E

7 Peruntukan-peruntukan Kewangan Perkara 96-112D


8 Pilihan raya Perkara 113-120
9 Kehakiman Perkara 121-131A
10 Perkhidmatan Awam Perkara 132-148
11 Kuasa-kuasa Khas Menentang Perbuatan Subversif dan Kuasa-kuasa Darurat Perkara 149-151

12 Am dan Pelbagai Perkara 152-160


12A Perlindungan Tambahan bagi negeri-negeri Sabah dan Sarawak Perkara 161-161H

13 Peruntukan Sementara dan Peralihan Perkara 162-180


14 Perkecualian bagi kedaulatan Raja-raja dan sebagainya Perkara 181

15 Prosiding terhadap Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Perkara 182-183


Kewarganegaraan melalui kuatkuasa
undang-undang
 Majoriti rakyat mendapat kewarganegaraan kuatkuasa undang- undang. Cthnya:
orang2 yang lahir pada atau selepas Hari Malaysia (16 Sept 1963).
 Seseorang yang dilahirkan di dalam Malaysia dengan salah seorang ibu atau
bapanya pada ketika dia dilahirkan adalah seorang warganegara atau pemastautin
tetap Malaysia.
 Seseorang yang dilahirkan di luar Malaysia dan bapanya pada ketika kelahirannya
adalah seorang warganegara yang lahir di Malaysia.
Kewarganegaraan melalui Pendaftaran

 Seorang wanita yang berkahwin dengan warganegara Malaysia dan yang mana
perkahwinannya telah didaftarkan di Malaysia boleh didaftarkan sebagai
warganegara sekiranya :
a) dia masih bersuami dan suaminya adalah warganegara
b) Kerajaan Persekutuan berpuas hati bahawa dia telah bermastautin di dalam
Persekutuan selama 2 tahun sebelum tarikh permohonan dan berniat untuk
bermastautin tetap dan berkelakuan baik
c) Seseorang yang di bawah umur 21 tahun boleh didaftarkan sebagai warganegara
sekiranya sekurang- kurangnya ibu atau bapanya adalah seorang warganegara.
Kerajaan Persekutuan juga boleh mendaftarkan seseorang di bawah umur 21
tahun dalam keadaan khas yang difikirkan sesuai.
Kewarganegaraan melalui naturalisasi/
kemasukan
 Kerajaan Persekutuan boleh, dalam apa-apa keadaan khas yang difikirkan sesuai
ataupun atas permohonan seseorang yang berumur 21 tahun atau lebih dan bukan
warganegara, memberikan perakuan naturalisasi sekiranya :
a) Orang itu telah bermastautin di dalam Persekutuan bagi tempoh yang dikehendaki
dan berniat berbuat demikian secara tetap
b) Berkelakuan baik dan mempunyai pengetahuan memadai dalam bahasa Melayu
Kewarganegaraan melalui Penggabungan
Wilayah
 Sekiranya terdapat wilayah baru yang diterima masuk ke dalam Malaysia selepas
Hari Malaysia, Parlimen boleh menetapkan individu di dalam wilayah tersebut
adalah warganegara
Kehilangan Taraf Kewarganegaraan

 Setiap warganegara Malaysia boleh kehilangan taraf kewarganegaraan disebabkan


oleh dua keadaan seperti yang diperuntukkan oleh Perlembagaan iaitu melalui
cara penolakan (Perkara 23 Perlembagaan Persekutuan) dan pelucutan (Perkara
24 Perlembagaan Persekutuan)
Penolakan (Pelepashakan)

 Seseorang warganegara yang berumur 21 tahun atau lebih dan sempurna akal dan
juga adalah warganegara bagi suatu negeri lain atau yang hendak menjadi seorang
warganegara bagi suatu negeri lain boleh menolak warganegara Malaysia
Pelucutan

 Seseorang yang telah menjadi warganegara asing


 Seseorang telah menderhaka terhadap kerajaan semasa peperangan
 Warganegara yang telah membuktikan dia tidak setia kepada negara sama ada
melalui percakapan atau tindakannya yang boleh mencemar keselamatan dan
kedaulatan negara
KEBEBASAN ASASI

 Kebebasan Diri
 Tiada warganegara pun boleh diambil nyawanya atau dilucutkan kebebasan
dirinya kecuali menurut undang- undang
 Seseorang warganegara tidak boleh ditahan oleh pihak polis lebih 24 jam kecuali
setelah dibawa ke hadapan seorang majistret untuk mendapat perintah tahanan.
 Seseorang warganegara yang ditangkap oleh pihak polis hendaklah diberitahu
tentang sebab2 dia ditangkap dengan seberapa segera yang boleh bagi
membolehkannya berunding dengan peguam yang dipilihnya dan dibela oleh
peguam tersebut.
 Jika seseorang warganegara ditangkap dan tidak mengikut undang- undang, dia
boleh memohon habeas corpus daripada mahkamah untuk membebaskan dirinya
Pengabdian dan Kerja Paksa

 Tiada warganegara pun boleh ditahan sebagai abdi.


 Segala jenis kerja paksa dilarang tetapi Parlimen boleh dengan kuasa undang-
undang membuat peruntukan bagi tujuan perkhidmatan kerahan tenaga bagi
maksud negara.
Perlindungan daripada undang-undang Jenayah yang
Berkuatkuasa Kebelakangan & Perbicaraan Berulang

 Tiada warganegara yg boleh dihukum kerana sesuatu perbuatan yg mana sebelum


itu tidak menjadi kesalahan di sisi undang-undang pada masa perbuatan
dilakukan.
 Seseorang warganegara yg telah dibebaskan drpd satu2 kesalahan atau disabitkan
dgn sesuatu kesalahan tdk boleh dibicarakan semula kerana kesalahan yg sama.
Kecuali perintah pembebasan tersebut dibatalkan oleh mahkamah yg lebih tinggi.
Sama Rata

 Semua warganegara adalah sama rata di sisi undang-undang dan mereka berhak
untuk mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang.
 Seseorang warganegara tidak boleh didiskriminasikan daripada aspek agama,
kaum, keturunan, atau tempat lahir.
Larangan Buang Negeri dan Kebebasan
Bergerak
 Tiada warganegara yang boleh dibuang negeri atau ditahan daripada memasuki
Persekutuan
 Setiap warganegara berhak untuk bergerak dengan bebasnya di seluruh
Persekutuan dan bermastautin di mana-mana bahagiannya.
Kebebasan Bercakap, Berhimpun dan
Menubuhkan Persatuan
 Setiap warganegara bebas bercakap dan mengeluarkan fikirannya.
 Setiap warganegara berhak untuk berhimpun dengan aman
 Setiap warganegara berhak menubuhkan persatuan
Kebebasan Beragama

 Setiap warganegara berhak untuk menganut dan mengamalkan agamanya.


Hak-hak Berkenaan dengan Pendidikan

 Tidak boleh ada diskriminasi terhadap mana-mana warganegara berdasarkan


agama, kaum, keturunan atau tempat lahir
 Tiap-tiap kumpulan agama berhak untuk menubuhkan dan menyelenggarakan
institusi untuk pendidikan kanak-kanak dalam kumpulan itu sendiri.
Hak Terhadap Harta

 Tiada warganegara pun boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut undang-


undang
 Tiada undang-undang pun boleh membuat peruntukan bagi mengambil atau
menggunakan harta dengan paksa tanpa pampasan yang mencukupi.
Nota:

 Setiap warganegara mempunyai kebebasan bercakap dan mengeluarkan fikiran.


Tetapi Parlimen boleh menggubal undang2 untuk menyekat hak ini jika perlu atau
suaimanfaat bagi kepentingan
a) Keselamatan Malaysia
b) Hubungan baik dengan negara lain
c) Ketenteraman awam atau moraliti; atau
d) Melindungi keistimewaan Parlimen atau mana2 Dewan Undangan atau utk
membuat peruntukan menentang penghinaan mahkamah, dan fitnah.
Agama bagi Persekutuan

 Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan
dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan
 Negeri selain negeri-negeri yang tidak menpunyai Raja, Ketua agama Islam ialah
Raja/Sultan negeri berkenaan
 Yang di-Pertuan Agong adalah Ketua agama Islam di negeri Melaka, Pulau
Pinang, Sabah dan Sarawak dan Wilayah-wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,
Labuan dan Purtajaya
 Agama lain disekat disebarkan kepada penganut Islam seperti yang diperuntukkan
di dalam Perkara 11(4)
Bahasa Kebangsaan

 Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah dalam tulisan yang
diperuntukkan melalui undang- undang oleh Parlimen
 Dengan syarat bahawa :
a) tiada seorang pun boleh dilarang atau dihalang daripada menggunakan (selain
bagi maksud rasmi), atau daripada mengajarkan atau belajar, apa-apa bahasa lain
b) Tiada apa-apa jua dalam Fasal ini boleh menjejaskan hak Kerajaan Persekutuan
atau hak mana-mana Kerajaan Negeri untuk memelihara dan meneruskan
penggunaan dan penggajian bahasa mana-mana kaum lain di dalam Persekutuan
Sistem Pemerintahan

 Kerajaan Persekutuan (Bahagian 4)


 Kerajaan Negeri (Bahagian 5)
 Perhubungan Antara Persekutuan dengan Negeri-negeri (Bahagian 6)
 Peruntukan Kewangan (Bahagian 7)
 Pilihanraya (Bahagian 8)
 Perhakiman (Bahagian 9)
Pembahagian Bidang Kuasa

 Perlembagaan telah menjelaskan pengasingan kuasa perundangan antara kerajaan


Persekutuan dan kerajaan negeri
 Pengasingan kuasa perundangan tercatat di Jadual Kesembilan - Senarai
Perundangan
Kepentingan Perlembagaan

 Perlembagaan merupakan undang- undang yang mengandungi peraturan serta


prinsip sebagai asas kepada pembentukan kerajaan
 Perlembagaan merupakan panduan kepada kerajaan untuk melaksanakan kuasa
dan mentadbir negara
 Perlembagaan menjadi asas penting untuk menjamin kesinambungan pentadbiran
dan kestabilan politik
 Perlembagaan menjamin pentadbiran yang cekap, jujur, ikhlas, telus dan adil
 Perlembagaan menjamin hak rakyat untuk hidup sebagai seorang warganegara
secara aman dan harmoni
PENGAJIAN AM
BAB 3
SISTEM DAN STRUKTUR PEMERINTAHAAN
KERAJAAN MALAYSIA

DEMOKRASI BERPARLIMEN DAN RAJA BERPELEMBAGAAN

Malaysia mengamalkan Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja


Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agung sebagai
Ketua Negara.

Yang di-Pertuan Agong adalah Ketua Negara yang telah diperuntukkan oleh
Perlembagaan.Gelaran rasmi yang penuh bagi baginda adalah Seri Paduka Baginda
Yang di-Pertuan Agong.
KONSEP RAJA BERPELEMBAGAAN

 Raja berpelembagaan bermaksud sejenis kerajaan yang ditubuhkan di bawah


sistem berperlembagaan yang mengiktiraf Raja sebagai ketua negara.
 YDPA bertindak menurut nasihat Jemaah Menteri
 Raja bertindak mengikut nasihat MMKN (EXCO).
 YDPA-KETUA NEGARA PM-Ketua Kerajaan
 Raja/Sultan/YDPN-Ketua Negeri
 Menteri Besar/Ketua Menteri-Ketua Kerajaan Dalam Negeri
KONSEP RAJA BERPELEMBAGAAN

PERSEKETUAN NEGERI
 YDPA  SULTAN/RAJA/YDPN
 PERDANA MENTERI  MENTERI BESAR/KETUA MENTERI
 KABINET(JEMAAH MENTERI)  MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN
NEGERI(JEMAAH EXCO)
KONSEP DEMOKRASI
BERPARLIMEN
 Pemerintahan demokrasi yang dijalankan secara perwakilan.Perwakilan
dijalankan melalui Pilihanraya.
 Parlimen Perseketuan mempunyai 3 komponen iaitu YDPA,DEWAN NEGERA
dan DEWAN RAKYAT
YANG DIPERTUAN AGONG

 Sebagai Ketua Negara,baginda mempunyai bidang kuasa yang luas seperti yang
dikanunkan dalam perlembagaan.Baginda juga mempunyai peranan dan fungsio
dalam tiga cabang Kerajaan iaitu Eksekutif,Perundangan dan Kehakiman

 Perkara 32(1) Perlembagaan Persekutuan menyatakan:......


 Maka hendaklah ada seorang Kepala Utama negara bagi Perseketuan digelarkan
Yang di-Pertuan Agong,yang mengambil keutamaan mengatasi segala orang
dalam Perseketuan dan yang tidak boleh didakwa dalam apa-apa jua perbicaraan
dalam mana-mana mahkamah kecuali dalam Mahkamah Khas yang ditubuhkan di
bawah Bahagian 15.
Pemilihan Yang Di-Pertuan Agong

Syarat pemilihan YDPA adalah:-


Mestilah beragama islam
Cukup umur dan matang
Dilantik dari keturunan diraja
Dipilih mengikut undian Majlis Raja-Raja antara Sembilan Raja Melayu mengikut
aturan yang terdapat dalam jadual 3,Perlembagaan Perseketuan.
Kuasa Yang Di-Pertuan Agong

 KUASA EKSEKUTIF
 KUASA PERUNDANGAN
 KUASA KEHAKIMAN
 KUASA BUDIBICARA
 KUASA-KUASA LAIN
Kuasa Eksekutif/Fungsi Eksekutif YDPA

 Kuasa eksekutif negara adalah dalam tangan Yang di-Pertuan Agong tetapi
kuasa eksekutif dilaksanakan oleh Perdana Menteri dan Kabinet
 YDPA akan memilih Ketua Parti Politik yang memperoleh kerusi terbanyak(undi
majoriti 2/3) melalui proses pilihan raya di Dewan Rakyat sebagai Dewan Menteri
 Baginda melantik ahli-ahli kabinet danTimbakan-Timbalan Menteri atas nasihat
Perdana Menteri
 Walaupun baginda tidak mentadbir negara,tetapi baginda berhak meminta dan
mendapat apa- apa maklumat tentang pentadbiran negara daripada kabinet.
Kuasa Budibicara YDPA

 Melantik PM
 Tidak mempersetujui permintaan membubarkan Parlimen
 Meminta mesyuarat Majlis Raja-raja diadakan semata-mata mengenai
keistimewaan,kedudukan.kemuliaan dan kebesaran raja mengambil Tindakan
dalam mesyuarat itu.
Kuasa Perundangan YDPA

 Memanggil Parlimen bermesyuarat dari semasa ke semasa


 Memberhentikan dalam membubarkan Parlimen
 Memberi ucapan dalam mana-mana Majlis Parlimen
 Mempperkenankan rang Undang-Undang
 Melantik senator (2WPKL,1WPL,1WPP DAN 40 ORANG SENATOR
LAIN)
Kuasa pelantikan YDPA dalam badan
kehakiman
 Melantik Ketua Hakim Negara(KHN),Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim Besar
Mahkamah Tinggi Malaya,Hakim besar Mahkamah Tinggi Sabah dan
Sarawak,Hakim Mahkamah Perseketuaan,Hakim Mahkamah Rayuan dan Hakim
Mahkanah Tinggi atas nasihat PM selepas berunding dengan Majlis Raja-
Raja.Melantik mana-mana yang layak dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi
untuk menjadi Pesuruhan Kehakiman atas nasihat PM selepas berunding dengan
KHN.
 YDPA boleh menggunakan budi bicara baginda untuk menerima atau menolak
cadangan-cadangan tribunal dalam menyingkirkan atau mengekalkan hakim tetapi
tidak mempunyai kuasa menyingkirkan seseorang hakim atas kemahuannya.
Kuasa-Kuasa lain

 Mengeluarkan Perisytiharan Darurat(Perkara 150 Perlembagaan Perseketuan)


 YDPA sebagai Ketua Agama Islam Negeri-negeri tidak beraja(Perkara 2
Perlembagaan perseketuan Menetapkan Perlembagaan Negeri Melaka,Pulau
Pinang,Sabah dan Sarawak.
 Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata
 Mengamponkan/Menangguhkan hukuman bagi kesalahan yang dibicarakan oleh
mahkamah tentera,semua kesalahan yang dilakukan di Wilayah Perseketuan
Kuala Lumpur dan Labuan
 Menjaga hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak
PERKARA-PERKARA YANG TIDAK
BOLEH DIBUAT OLEH
YDPA(PERKARA 34)
 Tidak boleh menjalankan tugas sebagai Raja negerinya kecuali:
 Tugas sebagi Ketua Agama Islam
 Bagi meminda Perlembagaan Negerinya
 Bagi melantik seorang pemangku Raja atau ahli Jemaah Pemangku Raja.
 Tidak boleh memegaan apa-apa jawatan yang baginya ap[a-apa saran.
 Tidak boleh mengambil bahagian dengan giat dalam apa-apa perniagaan.
Majlis Raja-Raja

 Terdapat 9 orang raja dan 4 orang Yang Di-Pertuan Negeri dalam pembentukan
Majlis Raja-Raja
 Mengikut Perkara 38 Perlembagaan perseketuan,Majlis Raja-Raja telah
ditubuhkan sebagai tempatr bagi Raja-Raja dan YDPA bertemu dan berbincang.
 Dalam beberapa perkara yang tertentu,seperti perlantikan hakim,Perlembagaan
Perseketuan memperuntukan Kerajaan supaya mendapatkan nasihat daripada
Majlis Raja-Raja.
Tugas-Tugas Majlis Raja-Raja

 Memilih YDPA dan Timbalan YDPA bagi Persekutuan mengikut-mengikut


peruntukkan jadual ketiga;setiap lima tahun mengikut giliran.
 Mempersetujui atau tidak mensetujui supaya apa-apa perbuatan,amalan atau upacara
agama meliputi seluruh perseketuan.
 Membuat atau memberi nasihat mengenai mengenai apa-apa perlantikan yang
memerlukan persetujuan majlis raja-raja.Contohnya,perlantikan.
 1.Ketua Negara Malaysia
 2.Hakim-Hakim Mahkamah Perseketuan,Rayuan dan Tinggi
 3.Ketua Audit Negara
 4.Ahli-ahli Suruhanjaya Perkhidmatan dan Suruhanjaya Pilihan Raya
Penyimpan Mohon Besar Raja
 Merupakan Setiausaha Majlis Raja-Raja
 Mohon Besar Raja-Raja disimpan dan dibawah jagaan Penyimpan Mohon besar
Raja-Raja.

 JEMAAH PENGAMPUN
Jemaah pengampun ditubuhkan disetiap negeri
Keanggotaan terdiri daripada:
1. Peguan Negara
2. Ketua Negeri Berkenaan
3.Dan tidak lebih daripada tiga ahli lain yang melantik raja atau Yang Di-
Pertuan Negeri.
4.Pengerusi mesyuarat ialah Raja Atau Yang Di-Pertuan Negeri berkenaan
Ketua Audit Negara

 Dilantik oleh YDPA atas nasihat PM dan selepas berunding dengan MRR
 Ketua Audit Negara boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya tetapi tidak
boleh dipecat daripada jawatan kecuali atas alas an-alas an dan dengan cara yang
sama seperti seorang Hakim mahkamah Perseketuan.
 Parlimen hendaklah dengan undang-undang membuat peruntukan baji saran
Ketua Audit Negara dan saran yang diperuntukkan itu hendaklah
dipertanggungjawabkan kepada Kumpulan Wang Disatukan.`
Tugas Audit Negara

 Tugas utamanya ialah mengaudit dan mengesahkan penyata kewangan dan


melaporkan hasil pemeriksaannya kepda Yang DI-pertuan Agong,sultan-sultan
atau Yang Di-pertuan Negeri
 Mengaudit dan melapor terus kepada badan perundangan.
Jawatan Kuasa Kira-Kira Negara(PAC)

 Jawatan Kuasa Kira-Kira Wang Negara(PAC) dilantik oleh Dewan Rakyat di


awal setiap sesi Parlimen.
 Keanggotaannya terdiri daripada wakil-wakil rakyat di kalangan parti-parti politik
utama yang berada di Parlimen.
 Tugas PAC sebahagian besarnya bergantung kepada bentuk dan skop laporan
Ketua Audit Negara berkaitan dengan isu-isu kawalan dan pengurusan wang
awam.
 Objektif utama PAC ialah untuk memastikan akauntabiliti pengurusan awam
oleh pengawai-pengawai awam.
Struktur Pemerintahan

 Pembahagian kuasa-syarat system Kerajaan Demokrasi Berparlimen


 Pembahagian Kuasa terbahagi kepada tiga badan utama;
 Badan perundangan
 Badan Pemerintah/Pentadbiran
 Badan Kehakiman
 Terbahagi Kepada peringkat Kerajaan Perseketuan dan Kerajaan Negeri.
 Ketiga-tiga badan utama ini mempunyai kuasa,bidang tugas dan peranan
masing-masing.
Sistem Pemerintahan
 Badan-badan ini juga mempunyai peranan yang berbeza tetapi bergantung antara
satu sama lain.
 Badan Legislatif berfungsi sebagai penggubal undang-undang yang
kemudiannya dipastikan oleh badan Eksekutif perlaksanaannya manakala Badan
Kehakiman Berfungsi pula untuk metafsirkan undang-undang berkenaan sama
ada selari dengan kehendak perlembagaan.
 Tujuan utama doktrin pengasingan kuasa ini diguna pakai adalah untuk
memastikan ketidakwujudan pemusatan kuasa yang melampau kepada sesuatu
entity badan kuasa yang melibat.
 Doktrin dapat mewujud dan mengekalkan kepimpinan kebebasan sebenar dan
menghindari kemaharajalelaaan dengan cara membahagi-bahagikan kuasa untuk
mewujudkan periksa dan imbang antara kuasa tersebut.
SEKIAN, TERIMA KASIH 

You might also like