Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 12

BAB 5

METAFIZIK
DEFINISI METAFIZIK
• Meta bermaksud melampaui ataupun melebihi ataupun di atas ataupun tingkatan
atas.
• Fizik pula merujuk kepada perkara ataupun alam yang bersifat material ataupun
fizikal.
• Jadi, metafizik merujuk kepada sesuatu yang melampaui sempadan ataupun
batasan fizikal.
• Kajian metafizik itu merupakan kajian peringkat kedua ataupun second order
study or second order thinking, di mana first order itu merujuk kepada alam
fizikal.
• Dua pengertian utama berkaitan dengan istilah
metafizik:
1. Berunsur falsafah
2. Berkaitan dengan keagamaan dan kepercayaan yang
bersifat keagamaan.
METAFIZIK DARI SUDUT FALSAFAH
• Menurut Aristotle, metafizik adalah suatu kajian di peringkat paling abstrak atau
paling umum mengenai sesuatu perkara atau sesuatu fenomena yang berkaitan
degan alam.
• Misalnya kita fikirkan tentang sesuatu objek seperti kerusi.
• Kerusi itu mempunyai warna dan tempat di dalam sesuatu ruang dan juga
mempunyai bauannya yang tersendiri yang kita boleh bau ataupun boleh kita
rasa samada kerusi itu keras atau lembut, dan sebagainya. semua itu adalah sifat-
sifat khusus yang dikaitkan dengan kerusi itu, tetapi kalau kita nyahkan semua
sifat tersebut, apakah yang tinggal pada kerusi itu?
• Yang tinggal menurut Aristotle adalah substance, yang tidak
mempunyai kualiti-kualiti khusus.
• Apakah yang dimaksudkan dengan substance?
• Substance dianggap oleh Aristotle sebagai gabungan dari
jirim dan rupa bentuk sesuatu objek itu.
METAFIZIK DARI SUDUT AGAMA DAN
KEPERCAYAAN
• Ia merujuk kepada fenomena di luar alam nyata.
• Misalnya, kewujudan tuhan, hidup selepas mati, hidup di alam
barzakh, konsep syurga dan neraka.
• Semua ini adalah perkara-perkara yang tidak boleh kita sahkan
melalui deria kita.
• Tetapi ia boleh disahkan melalui cara lain iaitu wahyu dan
sebagainya.
TEORI TENTANG KEWUJUDAN

• Terdapatdua teori yang membincangkan tentang


kewujudan hakiki:
1. Teori materialisme
2. Teori idealisme
3. Teori gabungan materialisme dan idealisme
TEORI MATERIALISME
• Hanya jasad atau jirim yang wujud secara hakiki.
• Benda yang wujud secara hakiki terbahagi kepada dua bahagian:
1. Benda-benda yang bersifat jasad ataupun material seperti kerusi,
meja, gunung-ganang, sungai, air, dan sebagainya .
2. Benda-benda yang bukan material seperti idea-idea yang ada di
dalam minda kita.
• Bagi pihak materialis, idea tidak mempunyai realiti yang tersendiri
tetapi bergantung kepada sesuatu yang bersifat jasad iaitu otak.
• Minda itu adalah hasil daripada pergerakan fizikal di dalam otak.
• Mereka menolak kewujudan sesuatu yang bukan material.
• Mengenai perkara-perkara yang bukan bersifat idea pula, seperti
kepercayaan terhadap alam ghaib, roh dan sebagainya, mereka
mengambil jalan yang mudah dengan mengatakan bahawa perkara-
perkara tersebut sebenarnya tidak wujud tetapi hanya wujud dalam
imaginasi kita.
TEORI IDEALISME
• Kewujudan hakiki bukan bersifat material, tetapi bersifat mental
ataupun bersifat idea ataupun bersifat kerohanian.
• Josh Barkeley (pelopor fahaman idealisme) mengatakan bahawa kita
tidak mengenali jasad yang berada di luar capaian pancaindera kita
secara langsung, tetapi kita hanya mempunyai sensasi ataupun image
akan jasad tersebut di dalam minda kita.
• Sensasi atau image itu adalah bersifat mental dan bukannya fizikal.
• Fahaman ini mengatakan bahawa hanya alam minda itu yang wujud
dan alam fizikal itu tidak dapat kita kenali secara langsung.
• Fahaman sebegini sebenarnya boleh membuka ruang kepada
kepercayaan terhadap kerohanian, kerana ia menganggap bahawa
realiti itu bukan bersifat fizikal, sebaliknya bersifat bukan fizikal.
• Dengan itu, konsep-konsep seperti ruh, umpamanya yang terdapat
dalam fahaman agama boleh diterima kerana ruh juga bukan bersifat
jasad tetapi adalah sesuatu yang kita fahami melalui minda kita dan
kita kaitkan dengan sesuatu yang kita katakan bersifat kerohanian
ataupun spiritual yang tidak mempunyai sifat material.
TEORI GABUNGAN MATERIALISME DAN IDEALISME

• Kewujudan hakiki merupakan gabungan antara unsur material dan unsur idea.
• Alam wujud secara fizikal dan juga wujud dengan imej di luar fizikal.
• Kewujudan alam juga terkandung dalam imej yang dibentuk melalui minda.
• Agama Islam menekankan teori ini – Kewujudan semua benda yang nampak
tidak boleh menafikan kewujudan benda yang bersifat ghaib.
• Contoh: Manusia terdiri daripada gabungan tubuh yang bersifat fizikal dan juga
jiwa serta roh yang kekal abadi, tetapi tidak bersifat material.

You might also like