Ciri2 Masyarakat Feudal Di Jepun

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 17

CIRI-CIRI

MASYARAKAT
FEUDAL DI JEPUN
AMELIA, HAWANEE DAN SYAFIQAH
ISI-ISI PENTING
01 KEDUDUKAN
MAHARAJA

02 KEDUDUKAN SHOGUN

03 PEMILIKAN TANAH

04 KEWAJIPAN PERIBADI

05 MOBILITI SOSIAL
PENDAHULUAN
 Masyarakat feudal merujuk kepada masyarakat
berhierarki yang mempunyai susun lapis
tersendiri.
 Dalam masyarakat feudal, kedudukan, kuasa dan
status setiap lapisan ditentukan melalui
penguasaan terhadap tanah.
 Kemunculan masyarakat feudal di Jepun dapat
dikesan pada zaman pemerintahan Kamakura.
 Menjelang zaman Tokugawa, langkah-langkah
telah diambil oleh Shogun untuk mengukuhkan
system feudal.
 Masyarakat feudal pada zaman Tokugawa terdiri
daripada golongan pemerintah dan golongan
diperintah.
KEDUDUKAN
MAHARAJA
 Pada zaman keshogunan Tokugawa, maharaja
tidak mempunyai kuasa dalam pemerintahan dan
pentadbiran.
 Maharaja merupakan ketua negara tetapi kuasa
sebenar dalam pemerintahan terletak di tangan
Shogun.
 Beliau memperkenalkan undang-undang bagi
mengurangkan pengaruh maharaja dan Putera
raja.
 Tuntasnya, pada zaman feudal di Jepun, maharaja
tidak memiliki kuasa dalam pentadbiran.
KEDUDUKAN
SHOGUN
 Menjelang zaman keshogunan Tokugawa, kuasa
pemerintahan terletak pada Shogun.
 Shogun mengukuhkan kedudukan dengan
menubuhkan pasukan tentera yang kuat.
 Shogun bertindak menyerahkan pentadbiran
wilayah kepada Vassal yang setia kepadanya.
 Beliau mengambil langkah bagi meningkatkan
kekayaan dengan melibatkan diri dalam kegiatan
ekonomi komersial dan perlombongan.
 Beliau turut mengambil tindakan mengawal
golongan Daimyo yang menguasai daerah.
 Jelas ternyata, Shogun merupakan individu yang
amat berpengaruh dalam politik dan ekonomi pada
zaman feudal di Jepun.
PEMILIKAN
TANAH
 Pada zaman Tokugawa, Shogun menyerahkan tanah
kepada tuan tanah (Daimyo) yang setia kepadanya.
 Tuan tanah yang setia kepada Shogun bertindak
mengawasi gerak-geri golongan Daimyo yang
diragui kesetiaanya.
 Tokugawa Ieyasu mengambil langkah untuk
merampas tanah daripada Daimyo yang menentang
pemerintahannya.
 Shogun melantik beberapa orang pegawai untuk
mentadbir dan menguruskan tanah miliknya.
 Pegawai yang menguruskan tanah milik Shogun
dikenali sebagai Gundai dan Daikan.
KEWAJIPAN
PERIBADI
 Dalam masyarakat feudal di Jepun, wujud hubungan
peribadi antara Shogun dan Daimyo.
 Shogun akan menyerahkan tanah kepada golongan
Daimyo yang setia kepadanya.
 Sebagai balasan, Daimyo akan membantu Shogun
dalam mengendalikan hal pentadbiran dan
ketenteraan.
 Dalam hal ini, kedua-dua pihak iaitu Shogun dan
Daimyo saling bergantung terhadap kepentingan
bersama.
MOBILITI
SOSIAL
 Masyarakat feudal di Jepun pada abad ke-16 dan 17
terdiri daripada beberapa lapisan.
 Setiap lapisan dalam Masyarakat feudal mempunyai
kedudukan ekonomi, sosial dan politik yang
berlainan.
 Kedudukan dan status masyarakat ditentukan
berdasarkan keturunan dan sistem kelas.
 Dalam masyarakat feudal di Jepun, perubahan
dalam status dan mobility sosial jarang berlaku.
KESIMPULAN
 Kesimpulannya, pada zaman Tokugawa, sistem
feudal yang diamalkan di negara Jepun kukuh dan
mantap.
 Masyarakat feudal yang terdapat di Jepun masih
berpegang kuat kepada ciri-ciri unik yang terdapat
dalam system ini.
 Berbanding dengan masyarakat feudal di England,
Masyarakat feudal di Jepun tidak mengalami
sebarang perubahan.
TERIMA
KASIH

You might also like