BCD1023 - Tajuk 3

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 29

Kanak

TAJUK 3:
KEMAHIRAN
MEMBACA
DIAKHIR PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN, PELAJAR DAPAT:
i. Mengenalpasti konsep bacaan
ii. Menyenaraikan kepentingan kemahiran membaca
iii. Mengenalpasti kaedah kemahiran membaca
iv. Menyenaraikan jenis-jenis bacaan
Mengapakah ada kanak-kanak yang boleh
membaca dengan lancar DAN ada kanak-kanak
yang tidak boleh membaca?
DEFINISI MEMBACA
Smith (1998:12)
“Membaca merupakan satu bentuk komunikasi. Membaca merupakan
percantuman beberapa proses yang kompleks iaitu proses mengamati,
mengingat, mendengar, membezakan bunyi-bunyi dengan tepat,
menyebut lambang-lambang huruf, menggabungkan bunyi,
membentuk perkataan dan memindahkan lambang-lambang yang
dibaca kepada sistem kognitif untuk diterjemahkan dan difahami”
Menurut Naimah Yusoff et al (2011), pendedahan terhadap pengalaman
kemahiran membaca pada peringkat awal sangat penting bagi membantu
masalah literasi bacaan awal dalam pendidikan formal.

Murid prasekolah perlu menguasai kemahiran membaca (Kamisah 2011)


dan keupayaan membaca membantu murid meningkatkan kemahiran
bahasa dengan lebih efektif (Yahya & Ghazali 2012).
KONSEP BACAAN
Satu proses komunikasi

Proses Komunikasi
Memerlukan kemahiran mentafsir serta pemikiran yang tinggi untuk
memahami makna daripada teks yang bercetak.

Ada 3 konsep asas membaca iaitu:


1) Membaca bermaksud membunyikan perkataan demi perkataan.
2) Membaca merujuk kepada pengenalpastian perkataan demi
perkataan dan memperoleh maknanya.
3) Membaca bermaksud memberikan makna kepada teks yang dibaca,
disamping memahami teks tersebut.
KONSEP MEMBACA DI
SEKOLAH
Merujuk kepada keupayaan murid membaca dengan sebutan,
intonasi, dan kelancaran dengan betul.

Penekanan diberikan pada aspek pemahaman dan penaakulan


pelbagai bahan ilmu dan sastera secara kritis.

Menghayati teks yang dibaca.


KAEDAH KEMAHIRAN
MEMBACA
1. Kaedah Abjad dan Suku Kata

Kaedah abjad adalah kaedah yang tertua sekali diamalkan oleh kebanyakan
guru-guru bahasa. Kaedah ini juga disebut kaedah huruf dan kaedah mengeja.

Mengikut kaedah ini, murid-murid terlebih dahulu diperkenalkan kepada


semua huruf yang ada dalam sistem ejaan bahasa Melayu, iaitu (aA) hingga
(zZ).

Murid-murid dikehendaki mengenal bentuk-bentuk huruf kecil dan huruf


besar serta bunyinya mengikut susunan. Kemudian diperkenalkan pula
kepada huruf-huruf vokal (a,e,I,o,u) dan suku kata.
2. Kaedah Pandang dan Sebut

Kaedah ini juga disebut Kaedah Perkataan. Dasar kaedah ini ialah
menggunakan perkataan dari mulanya tanpa mengenalkan dan
menghafalkan huruf-huruf abjad terlebih dahulu.

Perkataan-perkataan yang diperkenalkan itu disertakan dengan


gambar.

Kaedah ini mementingkan bunyi perkataan atau rangkai kata


berdasarkan pengalaman melalui gambar dan bunyi ayat atau
cerita berdasarkan gambar.

ISNAMAKU_JPM_IPGMKPP
3. Kaedah Fonik

Mengikut kaedah ini murid-murid diperkenalkan dengan bunyi huruf dan bukannya
nama huruf. Ia merangkumi beberapa langkah seperti berikut:

Langkah 1 - Mengenalkan bunyi-bunyi huruf.


Contoh : bunyi [a] bagi mengenalkan ‘a’.

Langkah 2 - Menggabungkan bunyi huruf menjadi suku kata.


Contoh : bunyi [beh] + [a] berbunyi [ba].

Langkah 3 - Menggabungkan bunyi-bunyi suku kata menjadi perkataan.


Contoh : bunyi [beh]+[a]+[teh]+[u] berbunyi [batu].

Langkah 4 - Membina ayat-ayat dengan perkataan.

ISNAMAKU_JPM_IPGMKPP
KEPENTINGAN
KEMAHIRAN MEMBACA
1. Kemahiran membaca adalah penting untuk mendapatkan
maklumat, pengetahuan, dan fakta mengenai sesuatu perkara.
2. Pembacaan juga boleh membuka dan memperluaskan pemikiran
dan pengetahuan seseorang dalam pelbagai bidang.
3. Membaca penting untuk mendapatkan jawapan kepada sesuatu
persoalan.
4. Supaya murid dapat menjalankan semua proses P&P dengan
berkesan.
5. Supaya dapat meningkatkan perbendaharaan kata dan tatabahasa.
JENIS-JENIS BACAAN
1. BACAAN MEKANIS
Bacaan mekanis adalah bacaan kuat yang mementingkan sebutan huruf dan bunyi
dengan betul, membaca mengikut intonasi, nada dan tekanan yang betul. Bahan
bacaan yang digunakan dalam bacaan mekanis terdiri daripada perkara yang mudah
difahami dan tidak membebankan fikiran

2. BACAAN MENTALIS
Bacaan mentalis atau dikenali sebagai bacaan akaliah merupakan bacaan secara
senyap. Aspek-aspek kefahaman diberikan penekanan, sementara aspek-aspek
sebutan, nada, tekanan dan intonasi tidak ditekankan dalam bacaan
3. BACAAN INTENSIF
Bacaan intensif ialah bacaan yang pada asasnya bertujuan memperkembangkan
kebolehan dalam meneliti, memahami dan mentafsir apa sahaja yang dibaca dengan
tepat. Bacaan intensif memberi tekanan kepada kajian terhadap ciri tatabahasa,
pembentukan dan penggunaan perkataan, serta pemakaian bahasa. Latihan bacaan
intensif biasanya memerlukan bimbingan.

4. BACAAN EKSTENSIF
Bacaan ekstensif ialah bacaan meluas yang menekankan aktiviti membaca dilakukan
di luar kelas. Ia biasanya bertumpu kepada aspek pengukuhan asas bacaan, membina
dan mengukuh minat membaca da memetik isi-isi penting. Melalui bacaan ekstensif,
murid akan mendapat kepuasan dan keseronokan disamping berpeluang menimba
ilmu pengetahuan.
TUJUAN MEMBACA
Membaca boleh membolehkan murid:
a) Mengenal huruf (mengelakkan buta huruf)
b) Mencantumkan suku kata menjadi perkataan
c) Membaca dengan intonasi yang betul
d) Berfikir dan memberi respons terhadap bahan yang dibaca
PROSES MEMBACA
Dalam kemahiran membaca, terdapat 4 proses membaca, iaitu:
1. Membaca sebagai proses sensori (kederiaan)
-Deria penglihatan
-Deria pendengaran
2. Membaca sebagai proses pengamatan
3. Membaca sebagai satu proses Bahasa
4. Membaca adalah satu proses kognitif
FAKTOR-FAKTOR YANG
MEMPENGARUHI
KEBOLEHAN MEMBACA
FAKTOR YANG ADA
PADA DIRI MURID
1. Intelektual
(a) Kecerdasan
- kecerdasan dan kebolehan saling berkaitan
- boleh beri perhatian, ingat, kekalkan, gunakan pemikiran tinggi dalam
pembacaannya
(b) pengetahuan dan pengalaman sedia ada
- asas kepada kemahiran membaca
- membantu pertumbuhan dan penguasaan kebolehan membaca
- penting untuk diberikan pendedahan
(c) kebolehan berbahasa
- luas perbendaharaan kata/baik tatabahasa
- guru perlu galakkan penggunaan bahasa yang maksimum
2. Psikologi
(a) minat dan motivasi
- penting kerana kemahiran membaca perlu dipelajari secara
berterusan dan bergantung pada daya usaha sendiri
- motivasi tinggi, berikan gerak balas positif terhadap bahan
bacaan dan kegiatan membaca
(b) konsep diri
- set kepercayaan dan sikap seseorang individu yang dipercayai
ada pada dirinya
- bila negatif akan kurang keyakinan dan berperasaan rendah diri
- kajian , negatif (pembaca lemah) dan positif (pembaca berjaya)
3. Fizikal
(a) Daya Pendengaran
- pembaca kaitkan cara perkataan disebut secara lisan
dengan perkatan yang ditulis atau dicetak
- Ketidapupayaan mendengar boleh menyebabkan sukar
mendiskriminasikan bunyi kata
(b) Daya Penglihatan
- Perlu dapat lihat dan bezakan huruf.
- Lambat dalam pergerakan mata dan tumpuan kepada
baris-baris yang tercetak.
4. Persekitaran
(a) rumah
– peringkat pendidikan ibubapa, minat mereka dalam
kegiatan sosiobudaya, pendapatan, kestabilan sisial dan
emosi dalam keluarga, corak interaksi dan komunikasi dan
sikap terhadap pembelajaran.

(b) sekolah
– kegiatan atau perlakuan guru dan sikapnya, rakan
sebaya, ekologi bilik darjah, keadaan fizikal
FAKTOR YANG ADA
PADA BAHAN BACAAN
1. Perbendaharaan Kata
(a) kebiasaan pembaca dengan perkataan yang ditemui
(b) keabstrakan perkataan
(c) panjang pendek perkataan
(d) jenis perkataan
2. Panjang Pendek Ayat – lebih panjang dan kompleks lebih sukar

3. Kandungan Bahan – maklumat tersurat lebih mudah daripada yang tersirat

4. Struktur Cerita – teks naratif lebih mudah difahami

5. penggunaan dan organisasi grafik


penggunaan dan fungsi bahan grafik seperti carta, gambar,
graf jadual dan rajah. Dapat jelaskan maksud teks dengan
lebih baik. Adakah disusun tepat pada tempatnya?
TEKNIK-TEKNIK MEMBACA
1. Teknik Membaca Sekilas (Skimming)
Kemahiran membaca untuk mendapatkan maklumat ringkas dan pantas mengenai sesuatu
bahan atau maklumat.

Cara:
- Fokus kepada bahagian tertentu dalam buku seperti pengenalan, tajuk utama dan rumusan
- Memberikan tumpuan sepenuhnya kepada bahan yang dibaca
- Membaca dengan pergerakan mata yang dekat
- Membaca tajuk pendahuluan dan rumusan bahan atau dokumen
2. Teknik Membaca Sepintas (Scanning)
Kemahiran membaca untuk mendapatkan maklumat yang lebih mendalam daripada
skimming.

Tujuan:
Untuk mendapatkan maklumat tertentu sebagai jawapan kepada sesuatu persoalan seperti
membaca pendahuluan dan rumusan teks secara mendalam, membaca kandungan bab
dengan pantas sambil mencatatkan kata kunci dan konsep yang dinyatakan.
3. Teknik Membaca Intensif
Bacaan yang dilakukan secara teliti. Melibatkan telaah isi dan bahasa.

Tujuan:
- Membolehkan pelajar dengan baik, betul dari segi sebutan, intonasi, lancar dan
tahu menggunakan tanda bacaan denagn baik.
- Mengembangkan kebolehan mentafsir apa yang tertulis dalam bacaan itu dengan
mengkaji susunan kata dalam ayat dan pengertian dalam kamus.
- Mengesan dan menikmati unsur estetik dalam bahasa.
- Mengenal pasti pelbagai laras b ahasa.
4. Teknik Membaca Ekstensif
Membaca secara luas. Membaca banyak teks dalam waktu yang singkat. Memahami isi yang penting
secara cepat.

Konsep:
- Dilakukan oleh pelajar secara sendiri di luar kelas tanpa bimbingan guru.
- Pelajar membaca sebanyak mana bahan yang termampu dengan perasaan puas, seronok dan terhibur.

Tujuan
- Membolehkan pelajar membaca secara sendiri.
- Membolehkan pelajar membaca dengan fasih.
- Mendapat pengetahuan di samping dapat menghiburkan hati.
- Memperkayakan bahasa iaitu perbendaharaan kata, ayat dan lain-lain.
5. Teknik Membaca Kritis
Bacaan kritis ialah kegiatan membaca yang dilakukan secara bijaksana, penuh ketelitian,
mendalam, evaluatif serta analitis.
Bacaan tersebut tidak hanya tertumpu kepada kesalahan-kesalahan atau kelemahan yang
terdapat dalam bahan-bahan yang dibaca.
Membaca kritis biasanya berdasarkan keupayaan memahami yang tinggi.
Proses bemula dengan penggalian yang mendalam di bawah permukaan untuk menemukan
bukan hanya keseluruhan kebenaran tentang apa yang diperkatakan, tetapi juga
menemukan alasan-alasan mengapa penulis mengetengahkan perkara yang dibincangkan
itu.

You might also like