Download as pptx
Download as pptx
You are on page 1of 24

Sbg.

Proses P&P

Melatih berdikari dan konsep kendiri positif


Latihan Jasmani Meredakan ketegangan emosi Orientasi sosial Pengisian masa lapang

Dapat melatih menyelesaikan tugasan dengan bertanggungjawab. Dapat meluaskan pengetahuan dan memberi pendedahan tentang kehidupan berkhemah. Berpeluang mempraktikkan segala kemahiran yang dipelajari. Dapat melatih untuk lebih berdikari. Dapat mengeratkan tali persaudaraan sesama ahli Dapat memupuk kesedaran dikalangan ahli PPIM agar sentiasa bersyukur atas segala kurniaan Tuhan

Pemilihan tempat atau tapak hendaklah berdasarkan objektif perkhemahan, bilangan peserta, tempoh perkhemahan dan juga kemudahan asas yang ada dan diperlukan.

Tapak hendaklah mendapat kebenaran dan maklumat terlebih dahulu.

Kemudahan asas seperti pengangkutan dan bekalan air adalah mencukupi.

Terdapatnya banyak bahan bakar serta mempunyai kawasan yang lapang bergantung kepada bilangan peserta.

Ketiadaan gangguan bahaya.

Tapak tersebut juga hendaklah tidak terlalu jauh dari penduduk atau perkampungan.

Tapak hutan yang menjadi tapak perkhemahan tidak terlalu terlindung daripada cahaya matahari serta tempat yang tidak terlalu lembap, tidak becak dan berlumpur.

Antara ciri-ciri lain yang perlu diambil perhatian juga ialah cuaca serta arah angin, dahan atau pokok yang reput, tebing runtuh atau batu besar yang berbahaya dan juga kawasan yang mudah dinaiki air atau banjir.

Pembentukan Ahli Jawatankuasa adalah mengikut keperluan program. Contoh bagi AJK ialah AJK MAKANAN, AJK PERALATAN, AJK KEROHANIAN dan juga AJK AKTIVITI.

Merancang program. Pemilihan kawasan yang sesuai Keselamatan terjamin. Bersesuaian dengan objektif.

Berkaitan setiap aktiviti.


Mengembirakan peserta .

Aktiviti yang dirancang hendaklah dibuat mengikut aspek-aspek seperti penilaian, pengujian, pertandingan / kuiz, dan juga berhalangan.

Bagi perancangan makanan, aspek-aspek yang perlu diambil kira sewaktu persediaan makanan ialah tempoh perkhemahan, mempunyai sumber air yang bersih, cara memasak berpusat atau latihan memasak, memerlukan makanan basah jika berdekatan kedai atau pasar dan juga memerlukan makanan dalam tin jika jauh dari kedai atau pasar.

Surat-menyurat perlu disiapkan terlebih dahulu sebelum aktiviti perkhemahan dijalankan. Antara surat yang perlu disiapkan dan disediakan ialah surat kebenaran, surat keselamatan dan juga surat pemberitahuan serta lain-lain.

Sebelum berangkat perlu ada perbincangan iaitu tempat yang hendak dituju, hari dan masa bertolak, tempat berkumpul. Kelengkapan yang perlu disediakan oleh setiap individu dan kumpulan, pengangkutan yang digunakan serta pembahagian tugas.

Keperluan Peribadi pakaian seragam, baju-T, pakaian sukan / pakaian beribadat, selipar / kasut dan lain-lain lagi. Keperluan Kumpulan khemah, cangkul, tali, parang atau pisau, gergaji dan lain-lain lagi.

Keperluan memasak
pisau kecil, kuali, cerek, baldi, papan cincang, penapis, tali dan lain-laian yang difikirkan perlu.

Semasa hendak berangkat, peserta perlu memeriksa dan meneliti maklumat atau keterangan daripada ibubapa / penjaga yang telah diperolehi dan lengkap diisi. Semua peserta juga berada dalam keadaan sihat. Kelengkapan peralatan individu dan kumpulan juga dalam keadaan baik dan juga memakai pakaian seragam.

Semasa tiba di tapak perkhemahan, peserta bersama guru pembimbing perlulah menghubungi orang berkenaan serta mendapatkan sedikit maklumat berkenaan kawasan tersebut. Mereka yang bertanggungjawab juga perlu memeriksa kawasan sebelum mendirikan khemah.

Sepanjang perkhemahan, semua peserta perlu terlibat secara langsung di dalam kesemua aktiviti dan program yang dijalankan. Peserta juga perlu mengetahui segala peraturan. Antara aktiviti yang digalakkan ialah aktiviti yang melibatkan penduduk kampung seperti program gotong-royong.

Langkah pertama ialah, membersihkan kawasan tapak khemah.

Kemudiannya, tentukan arah tiup angin dan seterusnya dirikan khemah.

Ukuran saiz panjang khemah diatas lantai dibuat, dan ditanam kedua-dua batang tiang Naikkan khemah, pasang bumbung dan tiang dengan betul dan akhirnya, ketuk pancang dan ikat tali dari kedua-dua batang tiang ke pancang.

Perkara pertama ialah memastikan segala barang dikeluarkan daripada khemah.

Tanggalkan ikatan tali khemah pada pancang kemudian turunkan khemah.

Seterusnya, kumpulkan pancang khemah dan tiang khemah yang di tanam.

Sebelum melipat khemah, pastikan tiada sampah sarap yang melekat pada khemah.

Bagi khemah yang masih lembap, keringkan di bawah cahaya matahari. Bentangkan khemah di atas tanah.

Semua helai pintu, penahan angin dan tali khemah hendaklah dilipatkan ke bahagian dalam.

Selepas itu, khemah perlu dilipat sehingga lebarnya lebih kurang 0.5 meter.

Khemah mesti diikat dengan kemas dan betul supaya tidak terburai di pertengahan jalan dan akhirnya, bersihkan kawasan perkhemahan.

You might also like