Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 26

MODUL PEMBELAJARAN

DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA

SAINS BAHAN
USM 2112

MODUL 1
PENGENALAN KEPADA BAHAN

SEMESTER 2 DVM TAHUN 1


2022/2023.
SAINS BAHAN USM2112 14

1.1 Pengelasan Bahan

·1,1,1 Logam dan aloi


·1.1.2 Seramik
·1.1.3 Polimer
·1.1.4 Komposit
1.0
1.2 Sifat Umum Bahan
PENGENALAN
KEPADA
1.3 Advanced Material·
BAHAN
1.3.1 Semikonduktor
1.3.2 ·Bahan Bio
1.3.3 Bahan Pintar
SAINS BAHAN USM2112

1.1 PENGELASAN BAHAN


Sains bahan dikaitkan dengan pengetahuan asas tentang struktur dalaman,
sifat, dan pemprosesan bahan.

Terdapat pelbagai jenis bahan yang secara am boleh dibahagikan kepada lima
kategori,iaitu logam, seramik , polimer dan komposit,

Tiga kategori yang pertama dikaitkan dengan jenis ikatan atom yang berbeza,
manakala komposİt pula melibatkan gabungan dua atau lebih bahan darİpada
tiga kategori pertama (logam, polimer atau seramik). .
SAINS BAHAN USM2112 12

1.1.1 Logam dan Aloi

Bahan logam ialah juzuk bukan organik yang terdiri daripada satu atau lebih unsur logarn, dan
boleh juga mengandungi unsur bukan logam. Contoh unsur logam ialah besi, kuprum,
aluminium, nikel, dan titanium Unsur bukan logam, iaitu karbon, nitrogen, dan oksigen juga
boleh terkandung dalam bahan logam ini.

Logam dan aloinya boleh dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu logam dan aloi ferus yang
mengandungi besi sebagai unsur utama seperti keluli dan besi tuang, dan logam bukan ferus yang
tidak mengandungi besi atau hanya sedikit besi. Contoh logam bukan ferus İalah aluminium,
kuprum, zink, dan titanium.
SAINS BAHAN USM2112

JADUAL BERKALA UNSUR YANG MENUNJUKKAN UNSUR LOGAM


DAN BUKAN LOGAM
SAINS BAHAN USM2112 10

contoh produk logam


SAINS BAHAN USM2112 09

1.1.2 Bahan Seramik

• Bahan seramik ialah bahan bukan organik yang


terdirİ daripada unsur logam dan bukan logam
yang terikat bersama sccara kimia.

• Kedudukan unsur yang boleh membentuk


seramik dalam jadual berkala unsur ditunjukkan
dalam Rajah 1.4.
SAINS BAHAN USM2112 16

Rajah 1.4 Jadual Berkala Unsur menunjukkan unsur bukan logam yang boleh
bergabung dengan unsur logam bagi membentuk seramik.
SAINS BAHAN USM2112 04

Seramik terbahagi kcpada dua jenis, iaitu seramik tradisional dan seramik kejuruteraan.
Seramik tradisional terbentuk secara semulajadi,Contoh seramik tradisional ialah pasir, tanah liat. dan batu. Seramik kejuruteraan pula ialah
seramik buatan yang menggabungkan unsur logam dan unsur bukan logam.Contoh seramik kejuruteraan ialah alumina,titanium karbida,boron
nitride dan zikornia.Seramik boleh dalam bentuk habluran,bukan habluran atau campuran kedua-duanya. Kebanyakan seramik mempunyai tahap
kekerasan dan tahan suhu tinggi tetapi pada masa yang sama bahan ini bcrsifat rapuh.

Kelebihan seramik sebagai bahan dalam pembuatan enjin ialah ringan, mempunyai kekuatan dan kekerasan tinggi, rintangan yang baik terhadap
haba dan haus sifat pcncbatan yang baik. Seramik banyak digunakan sebagai pelapik relau untuk melebur logarn. Jubin lantai untuk space shuttle
juga diperbuat daripada seramik. Bahan ini juga banyak digunakan sebagai bahan salutan yang bertindak sebagai pcnghalang terma kcpada bilah
turbin yang diperbuat daripada logam tahan suhu tinggi. Sebahagian besar seramik kcjuruteraan digunakan scbagai alat pemotong. Rajah 1.5
menunjukkan bebcrapa contoh produk scramik.
SAINS BAHAN USM2112

Rajah 1.5 Contoh produk seramik

BOTOL KACA
RADAS
MAKMAL

TIUB SERAMIK LABU SAYONG


SAINS BAHAN USM2112 05

1.1.3 Bahan Polimer


Kebanyakan bahan polimer terdiri daripada rantai molekul atau rangkaian organik (mengandungi karbon).
Struktur kebanyakan polimer adalah bukan habluran tetapi terdiri daripada campuran habluran dan bukan
habluran. Bahan polimer dihasilkan dengan menggunakan
proses yang dikcnali sebagai pempolimeran. Bahan polimer tcrmasuklah getah, plastik, dan banyak jenis perekat.
Kedudukan unsur polimer dalam jadııal berkala unsur ditunjukkankan dalam Rajah 1.6. Julat kekuatan dan
kemuluran bahan polimer sangat besar. Oleh sebab keadaan struktur dalamannya, kebanyakan bahan polimer
ialah bahan pengalir elektrik yang lemah.

Kebanyakan bahan polimer ialah bahan penebat . yang baİk dan digunakan sebagaİ penebat haba dan penebat
elektrik. Secara umum bahan polimer mempunyaİ ketumpatan, suhu melembut dan suhu penguraian terma yang
I
rendah. Polimer tidak sesuaİ digunakan pada suhu tinggi, manakala sesetengahnya pula mempunyaİ rintangan
baik terhadap bahan kimia yang mengkakis
SAINS BAHAN USM2112

Polimer digunakan dengan meluas; daripada baju


kalis peluru, cakera padat, tali hinggalah kepada
pakaİan dan cawan kopi. Plastik haba mempunyai
rantai molekul panjang yang tidak terikat dengan
kuat, mempunyai sifat kemuluran dan
kebolehbentukan yang baik.

Manakala plastik termoset pula ialah polimer yang


lebih kuat tetapi lebih rapuh kerana rantai
molekulnya terpaut dengan padat.
SAINS BAHAN USM2112
Rajah 1.6 Contoh Produk Polimer

Bekas simpanan makanan

Paip PVC

Tayar kenderaan
Pita selofan
SAINS BAHAN USM2112

Rajah 1.7 Jadual Berkala Unsur menunjukkan unsur yang membentuk polimer.
Bahan komposit terdiri daripada dua komponen atau lebih bahan. Bahan yang lebih tinggi
kandungannya dalam bahan komposit dikenali sebagai bahan matriks dan yang rendah
peratusannya pula dikenali sebagai bahan tetulang. Bahan matriks bersifat mulur dan kurang kuat
dan kurang keras berbanding bahan tetulang. Contoh bahan matriks ialah polimer dan logam
mulur. Manakala bahan tetulang pula bersifat keras dan rapuh. Contoh bahan tetulang ialah
gentian kaca, silikon karbida, dan alumina.
Bahan tetulang ini pula biasanya bentıık gentian atau partikel yang boleh diınasukkan
ke dalam bahan matriks melalui pelbagai kaedah pemprosesan.Tiga kategori konıposit
berdasarkan kepada bentuk bahan tetulang ialah komposit lapisan, komposit bertetulaııg
gentian dan komposit bertetulang partikel seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.8.
Contoh produk komposit ditunjukkan dalam Rajah 1.9.
Rajah 1.8 Komposit yang biasa

Komposit bertetulang gentian


Komposit bertetulang partikel

Komposit lapisan
Rajah 1.9 Contoh produk komposit
1.2 SIFAT UMUM BAHAN
Bahan Sifat Umum Contoh kegunaan
Logam dan aloi
Kuprum Keberaliran terma yang baik, Dawai pengalir elektrilc
kebolehbentukan yang baik.
Resi tuang kelabu Mudah clituang, mudah diłnesin Blok enjin kereta
menyerap getaran.
Aloi keluli Boleh dikuatkan melalui rawatan baba Casis kereta, perengkuh

Seramik dan kaca


Lutsinar optik, penebat ternła Raca tingkap.
Penebat terma, tahan suhu tinggi Bahan tahan panas (pelapik relau) bekas melebur
lengai pada logam logam
Barium tiranac silika Keupayaan tinggi menyimpan cas
Kapisitor untuk mikroelektro-
nik,gentian optic untuk teknologi maklumat.
Polimer
Polietilena Mudah dibentuk menjadi filem nipis Pembungkus makanan
Epoksi mudah lentur dan kedap udara. Salutan litar bersepadu
Fenoliks Penebat elektrik, rintangan lembapan Perekat untuk penyambungan
Kuat, rintangan lembapan
Komposit
WC-Kobalt Nisbah kekuatan-berat yang tinggi Komponen pesawat
1.3 ADVANCED MATERIAL
Material Advanced adalah jenis bahan yang digunakan dalam teknologi tinggi (high-tech) yang
bekerja dengan proses yang rumit dan canggih. Beberapa aplikasi penggunaan Advanced
material yang paling umum digunakan contohnya iaitu, penyimpanan informasi magnetik,
Integrated circuit (IC), sistem serat optik, laser, Layar LCD, komponen pesawat terbang,
komponen pesawat ruang angkasa, dan lain sebagainya.

Beberapa jenis Advanced Material merupakan jenis material yang sudah ada yang sifatnya telah
ditingkatkan dan dilakukan pengembangan lebih lanjut, Selain itu advanced material juga
merupakan jenis material yang baru ditemukan dan dikembangkan dengan berbagai macam
ciptaan. Secara umum terdapat tiga jenis Advanced material iaitu Bahanbio, Semikonduktor dan
Bahan Pintar
2022 01

1.3.1 Semikonduktor

Semikonduktor adalah material yang memiliki sifat lektrik perantara antara


konduktor dan isolator. Selain itu, sifat elektrik dari bahan semikonduktor ini
sangat sensitif terhadap keberadaan konsentrasi yang sangat kecil, yang
konsentrasinya dapat dikawal pada kawasan yang sangat kecil. Bahan
Semikonduktor telah menyebabkan munculnya teknologi Integrated Circuit
(IC) sebagai salah satu teknologi yang banyak digunakan dalam elektronik
dan perkomputeran yang sangat maju dan berkembang pesat.

Berikut ini merupakan beberapa contoh material semikonduktor :

- Silikon
- Gallium arsenida
- Germanium
1.3.2 Bahanbio

Biomaterial adalah material yang digunakan pada komponen yang


ditanamkan (implanted) ke dalam tubuh manusia untuk mengganti,
memperbaiki, meregenerasi, atau menambah bagian tubuh, jaringan, atau
organ yang rosak. Bahan ini mestilah tidak membebaskan bahan toksik dan
mestilah sesuai dengan tisu badan,iaitu tidak menyebabkan berlakunya
tindakbalas biologi yang berlawanan.

Meskipun digunakan khusus dalam bidang perubatan,semua bahan yang dibincangkan


sebelum ini iaitu logam ,seramik,polimer dan komposit boleh digunakan sebagai bahanbio.
1.3.3 Bahan Pintar (Smart Material)
Bahan pintar ialah sekumpulan bahan baru yang kini sedang dibangunkan yang akan
mempengaruhi banyak teknologi. Perkataan pintar menunjukkan yang bahan ini boleh
mengesan perubahan dalam persekitarannya beroperasi dan kemudiannya memberi tindak
balas kepada perubahan ini dalam kaedah tertentu yang tersendiri yang juga ditemui dalam
organisma hidup.

Komponen bahan pintar ini termasuklah beberapa jenis sensor yang mengesan isyarat masukan
dan suatu actuator. Actuator mengubah bentuk, kedudukan, frekuensi asli, atau ciri-ciri
mekanikal sebagai respons kepada perubahan suhu, medan elektrik atau medan magnet

.Empat jenis bahan yang biasanya digunakan sebagai actuator ialah aloi membentuk ingatan,
seramik piezoelektrik, bahan magnetostriktif, dan cecair elektrorheologi atau cecair
magnetrheologi.
Aloi membentuk ingatan ialah bahan yang apabila mengalami ubah
bentuk akan kembali kepada bentuknya yang asal apabila suhu
diubah.

Seramik piezoelektrik pula mengembang dan mengecut scbagai


respons kepada suatu medan elektrik dan bahan ini juga meniana
3
medan elektrik apabila dimennsi bahan ini berubah. Kelakuan
bahan magnetostriktif setanding dengan bahan piezoelektrik,
5
kccuali bahan ini memberi respons kcpada medan magnet.
Begitu juga cecair elektrorheologi dan cecair magnetrheologi yang
mengalami perubahan nilai kelikatan yang ketara apabila dikenakan
medan elektrik dan medan magnet. Scbagai contoh seienis sistem
pintar yang digunakan dalam helikopter untuk mengurangkan
kebisingan aerodinamik yang disebabkan oleh bilah rotor yang
berputar.

Sensor piezoelektrik dimasukkan ke dalam bilah rotor untuk mengawal


tegasan dan ubah bentuk yang terbentuk dalam bilah tersebut. Isyarat
maklum balas daripada sensor ini dimasukkan ke dalarn peranti
terkawal komputer yang menghasilkan antikebisingan pembatalan-
kebisingan.
Terima Kasih
Atas Perhatian
Anda
Semoga Allah
Memberkati Hidup
Anda

You might also like