Bab 5 CTU092

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

Bab 5

MAHKAMAH SYARIAH DALAM


SISTEM KEHAKIMAN ISLAM
Dr. AZHAR ABDUL AZIZ
COURSE LEARNING OUTCOME (CLO)…..

Pelajar dapat menjelaskan sejarah penubuhan


Mahkamah Syariah.

Pelajar dapat menghuraikan hierarki mahkamah


Syariah dan bidangkuasanya di Malaysia.

Pelajar dapat menjustifikasi pendekatan Islam


dalam menyelesaikan konflik bidangkuasa
antara Mahkamah Sivil dan Mahkamah syariah.
PENGENALAN: PENUBUHAN MAHKAMAH SYARIAH

Sejak sebelum merdeka hingga 1993 mahkamah syariah


asalnya adalah Mahkamah Kadi Besar dan Mahkamah Kadi
diletakkan di bawah Majlis agama Islam.

Kelemahan Mahkamah syariah sebelum diluluskan Enakmen Pentadbiran


Undang-undang Islam ialah: tiada bangunan khusus,kadi tidak diberi taraf
hakim profesional,undang-undang acara dan kerterangan yang tidak
jelas,Enakmen yang memperuntukan kegunaana undang-undang sivil dalam
acara mal,jenayah dan keterangan sukar difahami oleh kadi kerana bahasa
Inggeris dan tidak mempunyai j/kuasa rayuan yang sistematik dari segi
penubuhan,kuasa dan acara serta alasan penghakiman jarang dibuat oleh
hakim.

Pada 1993 diluluskan akta Pentadbiran Undang-undang


Islam (WP) dan telah dibuat pemisahan kuasa antara Majlis
Agama Islam,mufti dan mahkamah Syariah .
Peranan Majlis, Mufti dan Mahkamah Syariah
Majlis
Menasihati Yang Dipertuan Agung dalam semua perkara berhubung agama Islam
di Wilayah Persekutuan kecuali dalam perkara hukum syarak berkaitan
pentadbiran keadilan
Mufti
Membantu dan menasihati yang Dipertuan Agung berkenaan semua perkara
hukum syarak.
Mahkamah Syariah
Yang Dipertuan Agung diberi kuasa untuk menubuhkan Mahkamah Rendah
Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rayuan Syariah yang
mempunyai bidangkuasa masing-masing.
BIDANGKUASA MAHKAMAH
Mahkamah Rendah Syariah
1. Mahkamah Rendah Syariah mempunyai bidangkuasa iaitu:
(a) Dalam perkara jenayah untuk membicarakan apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh orang Islam di bawah
Enakmen atau mana-mana undang-undang bertulis lain yang menetapkan kesalahan terhadap rukun Islam yang
mempunyai hukuman maksimum diperuntukan oleh Enakmen tidak lebih RM2000, atau penjara selama
tempoh 1 tahun atau kedua-duanya atau mana-mana hukuman keduanya.
(b) Dalam bidangkuasa mal iaitu mendengar dan memutuskan semua prosiding mahkamah tinggi syariah yang
diberi kuasa untuk mendengar dan memutuskan jumlah atau nilai hal perkara yang dipertikaikan itu tidak
melebihi RM 50,000 atau yang tidak dapat dianggarkan dengan wang.
2. Semua rayuan bagi keputusan Mahkamah Rendah Syariah boleh didengar oleh Mahkamah Tinggi Syariah
berkaitan:
(c) Bidangkuasa jenayah oleh pihak pendakwa atau orang yang telah disabitkan kesalahan sama ada terhadap
pembebasan,sabitan atau hukuman atau mana-mana daripadanya.
(d) Bidangkuasa malnya iaitu:
(i) Oleh mana-mana orang yang terkilan dengan keputusan Mahkamah Rendah jika yang dituntut tidak kurang
daripada RM 1000
(ii) Dalam semua kes yang melibatkan apa-apa keputusan mengenai taraf diri oleh mana-mana pihak yang terkilan
dengan keputusan mahkamah rendah.
(iii) Dalam semua kes berhubung nafkah orang-orang tanggungan oleh mana-mana orang yang terkilan dengan
keputusan mahkamah rendah.
3. Bagaimanapun rayuan tidak boleh dibuat terhadap keputusan yang telah dibuat dengan persetujuan bersama dan
dalam apa-apa kes.
Mahkamah Tinggi syariah

1. Mahkamah Tinggi Syariah mempunyai bidangkuasa pengawasan dan penyemakan ke atas


semua mahkamah Rendah Syariah..
2. Memanggil dan memeriksa mana-mana rekod dan boleh memberi apa-apa arahan yang
dikehendaki di sisi keadilan dan boleh jika nampaknya demi kepentingan keadilan sama ada
atas kehendaknya atau mana-mana orang yang berkepentingan pada mana-mana peringkat
atau prosiding sama ada mal atau jenayah dalam mana-mana Mahkamah rendah Syariah.
3. Apa-apa keputusan dan apa-apa rayuan oleh Mahkamah Tinggi Syariah dalam menjalankan
bidangkuasa asalnya boleh dirayu di Mahkamah Rayuan Syariah yang mempunyai
bidangkuasa untuk mendengar dan memutuskan apa-apa keputusan mahkjamah Tinggi.
4. Apabila sesuatu rayuan dari keputusan Mahkamah Rendah Syariah telah diputuskan oleh
Mahkamah Tinggi syariah, maka Mahkamah Rayuan Syariah boleh memberi kebenaran bagi
memutuskan olehnya apa-apa soal undang-undang berkepentingan awam yang telah timbul
dalam perjalanan rayuan itu dan keputusannya yang mahkamah Tinggi Syariah telah
menyentuh keputusan rayuan itu atas permohonan mana-mana pihak.
5. Mahkamah Tinggi Syariah diketuai oleh Hakim Syar’i yang dilantik oleh Yang Dipertuan
Agung atas nasihat menteri selepas berunding dengan Majlis Agama Islam.
Mahkamah Rayuan Syariah

1. Mahkamah Rayuan Syariah hendaklah mempunyai bidangkuasa pengawasan penyemakan


ke atas Mahkamah Tinggi Syariah dan boleh jika nampaknya jika dikehendaki demi
kepentingan keadilan, sama ada atas kehendaknya sendiri atau atas kehendak mana-
mana pihak atau orang yang berkepentingan , pada mana-mana peringkat dalam apa-apa
perkara atau prosiding , sama ada mal atau jenayah, dalam Mahkamah Tinggi Syariah,
memanggil dan memeriksa mana-mana rekod mengenainya dan boleh memberi apa-apa
arahan yang dikehendaki di sisi keadilan.
2. Mahkamah Rayuan Syariah diketuai oleh ketua hakim syar’i dan hakim Mahkamah Rayuan
Syariah . Sementara menunggu adanya hakim yang layak, maka dicadangkan peruntukan
yang sedia ada supaya rayuan didengar oleh ahli-ahli yang dipilih dari panel yang dilantik
oleh Yang Dipertuan Agung.
KONFLIK BIDANGKUASA MAHKAMAH SIVIL DAN
MAHKAMAH SYARIAH
1. Konflik bidangkuasa antara mahkamah sivil dan mahkamah syariah ialah untuk mendengar perkara yang
berkaitan Islam.
2. Ada dua pendekatan yang diambil oleh Mahkamah Sivil apabila timbul persoalan yang berkaitan dengan
undang-undang Islam, iaitu:
Pertama- dengan melihat subject matter approach - iaitu dengan merujuk kepada enakmen negeri untuk
menentukan sama ada Mahkamah Syariah dianugerahkan bidangkuasa tersebut secara jelas(tersurat).
(Mohamed Azam Mohamed Adil, 2018, h.131)
Kedua- dengan melihat remedy-prayed approach- iaitu berdasarkan perintah atau tindakan yang dipohon.
Dengan kata lain Mahkamah Syariah mempunyai bidangkuasa memutuskan perkara yang diperuntukan dalam
Jadual Kesembilan Senarai II- Senarai Negeri walaupun peruntukan mengenai subject matter tersebut tidak
dinyatakan secara jelas dan nyata (tersurat) tetapi memadai dengan secara tidak nyata (tersirat).
3. Tahun 1998, JKSM ditubuhkan antara lain bertujuan untuk menyeragamkan masalah ketidakseragaman
keputusan Mahkamah Syariah disebabkan oleh terdapat perbezaan peruntukan dalam enakmen pentadbiran
agama Islam dan prosedur perlantikan hakim-hakim Mahkamah Syariah serta kekurangan hakim di mahkamah
seluruh Malaysia.
4. Timbul konflik juga berdasarkan peruntukan yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan berdasarkan
senarai II jadual kesembilan iaitu bidangkuasa Mahkamah Syariah setakat yang diberi oleh Perlembagaan yang
memberi kuasa kepada mahkamah Syariah terhad hanya ke atas mereka yang menganut agama Islam
Contoh –contoh kes
Pendekatan bidang kuasa Tersirat
Pendekatan bidang kuasa tersurat • 1. Melalui pendekatan ini, Mahkamah Syariah mempunyai
1. kes Ng wan Chan lwn Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan satu bidangkuasa ke atas persoalan undang-undang Islam kerana ia
lagi. Timbul pertikaian antara balu si mati dan Majlis Agama Islam sama ada si adalah bidangkuasa ekslusif walaupun ia tidak dianugerahkan
mati semasa meninggal dunia adalah seorang Buddha atau Islam. Balu si mati dalam Enakmen. Dengan kata lain, Mahkamah Syariah
mempunyai bidangkuasa tersirat, justeru mahkamah Sivil
mohon supaya Mahkamah Tinggi mengeluarkan injunksi interlocutory supaya
hendaklah tidak masuk campur tangan kerana ia tidak
tidak menyerah mayat simati kepada Majlis. Majlis kemudiannya telah mempunyai bidangkuasa dalam persoalan tersebut.
mempertikaian b/kuasa Mahkamah Tinggi kerana kes ini terletak di bawah
bidangkuasa mahkamah Syariah Kuala Lumpur . Mahkamah Tinggi • 2. kes Dalip Kaur lwn Pegawai Polis Bukit Mertajam & Anor
berpendpat seksyen 45(2) dan (3) Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak 1952 Ibu simati mendakwa anaknya ketika mati adalah beragama Sikh,
Negeri Selangor yang terpakai ke atas WP tidak memperuntukkan tapi Mahkamah sivil memutuskan Mahkamah Syariah kompeten
bidangkuasa kepada Mahkamah Syariah dalam memutuskan seseorang itu untuk memutuskan kes tersebut.
seorang Islam atau tidak semasa kematiannya. Hakim Eusoff Chin berkata,
• 3. kes Soon Singh lwn PERKIM
“sekiranya undang-undang negeri tidak menganugerahkan kepada Mahkamah
Syariah sebarang bidangkuasa untuk menangani sesuatu perkara seperti yang Mahkamah Syariah mempunyai bidangkuasa dalam menentukan
tersenarai di bawah senarai negeri, Mahkamah Syariah adalah terkeluar kes murtad.
daripada mengendalikan perkara tersebut. Bidangkuasa tidak boleh didapati • 4. kes Tongiah Jumali & Anor lwn Kerajaan Negeri Johor & Anor
secara tersirat.
Mahkamah Syariah mempunyai bidangkuasa dalam memutuskan
2. kes Lim Chan seng lwn Pengarah jabatan Agama Islam Pulau Pinang. [1998] kes murtad.
1 MLJ 681]. Hakim Dato’ Abdul Hamid Mohamad memutuskan Mahkamah
• 5. kes Lina Joy lwn Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan &
Tinggi adalah mahkamah yang kompeten untuk mendengar kes permohonan
Anor
murtad memandangkan bahawa tidak terdapat peruntukan yang nyata dalam
Enakmen Negeri Pulau Pinang yang memberi kuasa kepada Mahkamah Hakim Faezah Tamby Chik memutuskan bahawa Perkara3(1)
Syariah untuk berbuat demikian, walaupun penentuan akidah seorang Islam menunjukkan Islam agama persekutuan adalah agama tertinggi dan
adalah terletak di bawah Bahagian I senarai Negeri Jadual Kesembilan. berbeza dengan agama-agama yang lain.
Perkara 121(1A) Mahkamah Sivil tidak mempunyai bidangkuasa
untuk campurtangan bidangkuasa Mahkamah Syariah.
PENDEKATAN ISLAM BERKAITAN PRINSIP KEHAKIMAN
1. Prinsip asas dalam kehakiman Islam ialah menegakkan keadilan
berdasarkan kepada ayat al-Quran Surah an-Nisa’ ayat 58 bermaksud:
(Sesunggunya Allah memerintahkan kamu supaya memberi amanah kepada
yang berhak (menerimanya) dan apabila kamu menjalankan hukum di antara
manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil… )
2. Terdapat beberapa prinsip Qawa’id Fiqh yang digunapakai dalam prinsip
kehakiman Islam untuk menyelesaikan konflik bidangkuasa.
3. a) kaedah ‫ الضرر يزال‬bermaksud- kemudaratan hendaklah dihilangkan
b) kaedah ‫لوكان احدهما أعظم ضررا من االخر فان االشد يزال باالخف‬. bermaksud-jika
terdapat salah satu di antara dua kemudaratan itu kemudaratan yang lebih
besar daripada kemudaratan yang satu lagi, maka hendaklah dihilangkan
kemudaratan yang lebih besar ‘asyadda’ dengan kemudaratan yang lebih ringan
‘akhaf’.
‫‪Sekian, Terima Kasih‬‬

‫وباهلل توفيق والهدايه‬


‫والسالم عليكم ورحمة هللا وبركاته‬

You might also like