Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 13

NOTA SAINS TAHUN 4

UNIT 6: BUNYI

-CIKGU PIRIYA- SAINS (SKTDH1)


GETARAN DAN BUNYI
Bunyi dihasilkan oleh getaran.
Bunyi dapat dihasilkan melalui
beberapa cara:

 Tiupan: Apabila seruling ditiup, udara di


dalam seruling bergetar.
 Ketukan: Apabila xilofon diketuk, xilofon
bergetar.
 Petikan atau Gesekan: Tali yang dipetik
atau digesek bergetar.
 Tepukan: Kepingan simbal bergetar
apabila ditepuk.
BUNYI BERGERAK
 Amni, Aqiff dan Miasara boleh mendengar
bunyi loceng penjual aiskrim walaupun
mereka berada pada kedudukan yang berbeza.
 Mereka boleh mendengar bunyi loceng
daripada penjual aiskrim kerana bunyi
bergerak ke semua arah.
BUNYI BOLEH DIPANTUL
 Apabila bunyi terkena pada suatu
permukaan yang keras, bunyi akan
dipantulkan semula.
 Contoh pantulan bunyi di sekeliling
kita:
• Bercakap di dalam bilik yang
kosong
• Menjerit di dalam gua
• Menjerit di dalam dewan yang
kosong
FENOMENA
PANTULAN BUNYI
Pantulan bunyi berlaku di sekeliling kita.

Pantulan bunyi digunakan oleh manusia dan


haiwan dengan pelbagai cara.

 Contoh fenomena pantulan bunyi:


1. Gema:
 Gema ialah bunyi yang terhasil apabila
bunyi dipantulkan pada permukaan yang
keras.
2. Ultrasonik:
 Ultrasonik ialah bunyi yang tidak dapat
didengar oleh manusia tetapi dapat didengar
oleh haiwan seperti kelawar, ikan lumba-lumba
dan paus untuk memandu arah dan mengesan
lokasi mangsa masing-masing.
 Dalam bidang perubatan, pantulan bunyi
ultrasonik digunakan untuk mengesan organ di
dalam badan pesakit atau bayi di dalam
kandungan.

3. Sonar:
 Sonar ialah teknologi pantulan bunyi
ultrasonik yang digunakan untuk mengesan
objek di dalam air.

You might also like