Maskuliniti Toksik

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 23

BADAI SEMALAM :

MASKULINITI TOKSIK
MELALUI WATAK KARIM
NURFARAHIN BINTI ABD WAHID
SITI SARAH BINTI K HUSSAIN

PENSYARAH : DR HALIMAH BINTI MOHAMED ALI


SINOPSIS BADAI SEMALAM

 Badai Semalam, sebuah karya terulung Khadijah Hashim yang mewarnai dunia
pengkaryaan pada tahun 1968. Mengisahkan tentang perjalanan hidup seorang remaja
yang penuh dengan pahit getir, dugaan, ujian, celaan, hinaan, ketabahan dan kecekalan
hati dalam menghadapi liku kehidupan. Kisah ini berlatar belakangkan Tanjung Puteri.
Johor sebuah tempat yang bersejarah, yang banyak menyaksikan jatuh bangun Mazni
iaitu watak utama dalam novel ini.
 Mazni merupakan anak pembantu rumah kepada sepasang suami isteri iaitu Encik Haris
dan Puan Rohana yang tinggal di sebuah banglo besar. Ibu Mazni, Bibah telah bekerja
sebagai pembantu rumah keluarga itu sejak Mazni lahir. Keluarga Encik Haris telah
banyak berbudi kepada mereka. Walaupun miskin, Mazni mempunyai pendirian yang
teguh untuk menuntut ilmu dan meneruskan pelajarannya ke peringkat universiti. Zaki,
kawan baiknya yang sedang menuntut dalam jurusan perubatan di sebuah universiti di
Singapura sering membantunya mengulangkaji pelajaran.

Presentation title 20XX 2


Kesihatan ibu Mazni yang merosot serta tidak dapat bekerja namun
masih menumpang di rumah itu mengundang pelbagai spekulasi
buruk jiran tetangga. Akhirnya Mazni nekad untuk berhenti sekolah
meski pada awalnya mendapat tentangan daripada ibunya namun
diyakinkan bahawa dia akan menghadiri kelas malam.
Karim, anak tuan rumahnya yang sering berpoya=poya ditimpa
kemalangan. Mazni diminta menghantar makanan kepadanya yang
berada di hospital ketika itu. Karim yang kesunyian mulai jatuh hati
terhadap Mazni. Dek kerana hutang budi, Mazni menerima cinta
Karim.
Hubungan mereka mendapat tentangan daripada ibu Karim iaitu
Puan Rohana yang meletakkan pangkat dan darjat sebegai
keutamaan. Namun kerana desakan Karim akhirnya dia mengalah.
Walau bagaimanapun hidup Mazni tidak pernah sunyi daripada
dihempas badai. Ekoran fitnah yang ditabur oleh Puan Mahani yang
menjadi jiran mereka, ibunya yang mempunyai masalah jantung
Presentation title meninggal dunia. Perkahwinan yang direncana
20XX diteruskan3 dan Mazni
meniti bahagia. Dalam mengejar cita-cita, cintanya dibadai ombak
apabila Karim kembali ke sikap asalnya yang gemar berpoya-poya.
KUANTITATIF

Peluang diambil oleh Karim ketika Mazni sibuk dengan persediaan


menghadapi peperiksaan STPM. Mazni yang menemui Zaki atas dasar
persahabatan dilabel sebagai curang dan dipukul oleh Karim sehingga
pengsan dan dimasukkan ke hospital.
Kehadiran Karim yang datang dengan penyesalan untuk meminta maaf tidak
diendahkan Mazni. Bahkan Mazni minta dirinya dilepaskan. Zaki pula
membawa perkhabaran kejayaan Mazni dalam STPM.
Karim yang kecewa dengan hati Mazni yang keras, memandu dalam keadaan
laju sehingga terbabit dalam kemalangan jalan raya yang meragut nyawanya.
Terlalu banyak badai yang menghempas pantai hatinya. Mazni nekad untuk
meninggalkan daerah itu meski dipujuk Zaki yang masih mencintai dirinya. Kali
ini dia melangkah meninggalkan segalanya demi cita-cita.
20XX 4
MASKULINITI
Identiti maskulin adalah merupakan satu
sifat, tingkah laku dan peranan yang
mempunyai perkaitan dengan lelaki (Jourian,
2018; Quam et al.,2020).
 Maskuliniti bukan sesuatu yang kita miliki
saat kita lahir melainkan sebuah karakter
atau konsep yang terbentuk secara budaya
dan sosial dalam masyarakat (Pleck, 1993).
 Dalam sudut pandang umum, maskuliniti
adalah ciri-ciri yang merujuk kepada karakter
kepimpinan dan memegang peranan
tertinggi dalam strata sosial.

Presentation title 20XX 5


MASKULINITI TOKSIK

Maskuliniti pada kebiasaannya signifikan dengan


karakter yang tegas, dominan serta mencerminkan
identiti seorang pemimpin. Namun jika karakter
tersebut dipraktikkan dengan cara yang toksik, maka
ia kan merugikan banyak pihak termasuk diri sendiri.

Konsep maskuliniti toksik ini mampu membawa


pengaruh buruk dalam jangka waktu pendek
mahupun panjang.

Presentation title 20XX 6


Pada zaman sekarang, maskuliniti merupakan
karakter yang diinginkan oleh kebanyakan lelaki tetapi
pada umumnya ramai yang tidak mengetahui bahawa
terdapatnya sifat maskuliniti toksik. Hal ini berlaku
kerana wujudnya salah faham dalam pengaplikasian
sifat maskulin yang sebenar.
Umumnya ciri-ciri tradisi yang dilihat sebagai bersifat
kejantanan seorang lelaki dalam konteks masyarakat
Barat adalah seperti kekuatan, keberanian, kebebasan,
kepimpinan, keganasan dan ketegasan (Diefendorf &
Bridges, 2020; Gopinath & Sundar, 2020).
Secara khusus, lelaki yang mematuhi ideal maskuliniti
yang ditetapkan secara sosial sering terlibat dengan
tingkah laku yang tidak sihat (contohnya, tingkahlaku
seksual berisiko, pengambilan alkohol, memandu dalam
keadaan berbahaya) semata-mata untuk menunjukkan
kejantanan mereka (Cole, 2015; Courtenay, 2000).

 Istilah maskuliniti toksik ini muncul untuk


menggambarkan bagaimana sikap maskuliniti ini
dianggap memenjarakan emosi kaum lelaki untuk
bersikap sesuai dengan standard maskuliniti yang
difahami umum.

Presentation title 20XX 7


PSIKOANALISIS
Maskulinitimerupakan aspek kajian yang dipilih
manakala Teori Psikoanalis menjadi teori yang akan
menterjemahkan permasalahan dan kelestarian
kehidupan yang terdapat dalam karya ini.
Teori Psikoanalisis merupakan kerangka kerja
dalam psikologi yang dikembangkan oleh Sigmund
Freud. Teori ini memfokuskan pada peranan aspek
tidak sedar pemikiran termasuk naluri, konflik batin
dan pengaruh pengalaman masa lalu dalam
membentuk perilaku manusia.
Psikoanalisis menekankan pentingnya memahami
bagaimana pengalaman masa kecil, terutamanya
hubungan dengan orang tua dapat membentuk
keperibadian dan perilaku seseorang.

Presentation title 20XX 8


Teori Psikoanalisis merupakan teori yang
berusaha untuk menjelaskan hakikat dan
perkembangan keperibadian manusia.
Teori ini merupakan sebuah pendekatan
psikologi yang menekankan peranan tidak
sedar dalam membentuk perilaku dan
prngalaman manusia.
Teori Psikoanalisis oleh Sigmund Freud ini
diaplikasikan dalam meneliti aspek
maskuliniti yang diketengahkan. Dalam Teori
Freud (1999) mengemukakan pada dasarnya
manusia memiliki tiga kesedaran iaitu ego
(realiti), super ego (moral) dan id (naluri).
Presentation title 20XX 9
PSIKOANALISIS

Psikoanalisis yang dikembangkan oleh


Sigmund Freud mencakupi pemahaman tentang
perkembangan keperibadian dan peranan konsep
seperti libido dan struktur mental.
Dalam konsep maskuliniti, psikoanalisis dapat
membantu menjelaskan bagaimana identiti
gender seorang lelaki yang terbentuk melalui
interaksi kompleks antara instinct biologi dan
pengaruh lingkungan.
Ia turut menyoroti peri pentingya konsep seperti
aoaedipus, identifikasi dan peranan lelaki dalam
perkembangan individu itu.
Presentation title 20XX 10
CIRI-CIRI MASKULINITI
(JANET SALTZMAN CHAFETZ, 1978)
Physical Chafetz (1978) wrote that the traits in the physical part are virile, athletic, strong, sloppy, worry
less about appearance and aging, and brave.

Functional Sebagai ”breadwinner” atau “provider”

Sexuality According to Chafetz (1978), the other masculine trait for men is sexually aggressive. Men are
expected to be experienced when it comes to sexual interest. However, they are still acceptable
whether when they have a partner or when they are single.

Emotion In order to be considered to be masculine, according to Chafetz (1978), men are expected to be
unemotional. They are also expected to be someone who is stoical or someone who can endure pain
or their feelings without expressing it freely, such as crying.

Intelligence According to Chafetz (1978), the other characteristic of masculinity is intelligence. When they are
thinking of a problem, men are expected to be intelligent, rational, and logical. They should have
public awareness, and also contribute to society.

Interpersonal According to Chafetz, there are seven aspects that belong to interpersonal characteristics of being
masculine: leader, dominating, disciplinarian, independent, free, individualistic, and demanding
(1978).
 Antara ciri seorang ketua adalah sebagai
pembuat keputusan.
 Karim membuat keputusan untuk menikahi
PEMIMPIN Mazni malah berkeras mahu Mazni kekal
bersekolah.
 “Saya berhak membenarkannya sekolah. Dia
isteri saya” (M/s 164)
 Women subordination is a view where women
are seen tobe unimportant in decision making
(Muniarti, 2004)
 Karim sememangnya sangat dominan dalam
hubungan Karim-Mazni.
 Mazni bagaimanapun, mempunyai sikap yang
MENDOMINASI sangat pasif. Maka, sifat dominan Karim sangat
menyerlah.
 Contoh : Karim yang membuat keputusan
berpindah walau Mazni berbelah bagi, Karim
yang memulakan langkah dalam hubungan dan
Karim juga yang memaksa Mazni menerimanya
sebagai suami.
 Karim juga mengatur hidup Mazni sesuai dengan
pandangannya sendiri.
 ”Ahh.., sudah. Abang tak mahu dengar segala
DICIPLINARIAN alasan. Terlalu mengalah, tak bertenaga untuk
bertindak. Hidup mesti tegas, Mazni. Tegas
dalam segala hal. Abang tak suka berpura-pura
gembira sedangkan hati sedih menahan derita,”
(M/s 167)
 Karim bersikap berdikari atau boleh dikatakan
”percaya” bahawa ia boleh berdikari.
BERDIKARI  “Saya tahu jaga diri saya ni. Kan saya ni sudah
dewasa, malah lebih dari dewasa..” (M/s 43)
 Karim juga seorang yang bebas. Malah, tak
mahu diatur serta dikongkong.
 Beberapa babak menunjukkan Karim sering
bertikam lidah dengan Puan Rohana yang
BEBAS berleter tentang gaya hidupnya.
 Contoh : dalam bab 6, Karim ingin keluar dan
dileter oleh Puan Rohana, dalam bab 18, Karim
mula berasa tertekan akan Puan Rohana yang
mengatur-atur hidupnya dengan Mazni.
 Ciri-ciri individualistik Karim dapat dilihat
dalam banyak peristiwa sepanjang novel Badai
INDIVIDUALISTIK 
Semalam.
Boleh diperhatikan dalam peristiwa kemalangan
yang pertama. (M/s 57-59)
 Karim suka mendesak Mazni untuk menunaikan
keinginannya.
 “Dah tu kenapa kau hampakan harapan aku
Maz. Kau tak percaya dengan akuan lidah ini..?
SUKA MENDESAK Atau bagaimana? Bagaimana lagi yang mahu aku
katakan? Ah...! Kau sengaja tak mahu mengerti
hatiku ini,” (M/s 103)
 “Di mana janjimu?” (M/s 115)
 Apabila seorang lelaki tidak dapat memenuhi ciri maskuliniti, maka ia akan
mendorong ke arah maskuliniti toksik (Chafetz, 1978)
 Menurut Freud, disebabkan tekanan kecemasan ataupun ketakutan yang
berlebihan, maka ego kadang-kadang terpaksa mengambil cara yang
ekstrem untuk menghilangkan atau mengurangkan tegangan. Cara-cara
yang itu disebut sebagai mekanisme pertahanan. Antara mekanisme
pertahanan ialah penolakan, penindasan, melawan diri sendiri serta
pengasingan.

MASKULINITI  Maskuliniti toksik merujuk kepada perilaku, norma dan kepercayaan


tentang maskuliniti yang memangsakan lelaki, wanita, kanak-kanak serta
masyarakat secara amnya (Sculos, 2017)
TOKSIK  Ciri maskuliniti toksik kelihatan sejak awal namun mencapai kemuncak
apabila Karim mendengar khabar angin akan kecurangan Mazni.
 Dalam konteks Badai Semalam, mekanisme pertahanan yang diambil oleh
Karim justeru mengarah kepada maskuliniti toksik.
 Ciri-ciri maskuliniti toksik ialah :
 Mengarah kepada kekerasan
 Patriarki
 Dominasi
 Dalam pertengkaran, oleh sebab Mazni melawan
cakap Karim, Karim naik berang lalu memukul
Mazni.
 “Oh.. Kejam? Apa kejam? Bila aku melakukan

KEKERASAN kekejaman? Bila?? Ha..., ini..., ini baru


dinamakan kejam...,” geram Karim terubat
apabila tangan gagahnya melayang ke muka Mazni
yang halus licin itu. Mazni meraung kesakitan dan
jatuh terselepot ke lantai. (M/s 184)
 Pertengkaran berterusan sehingga Mazni pengsan.
Maskuliniti toksik menyebabkan individu mendukung penuh
ciri patriarki dengan menganggap diri di tempat yang lebih
tinggi sehingga menjadikan individu seorang yang misoginis

“Apakah yang mak malukan? Dia orang yang mesti malu. Malu
kerana tak tahu mendidik anak gadis mereka. Ah, mak tak
usah susah hatilah” (M/s 45)

PATRIARKI “Kenapalah mak bimbang sangat ni? Kan saya lelaki!” (M/s
56)

“Tutup mulut itu, betina! Sedar diri tu siapa?”, cemuh Karim.


(M/s 183)

“Kau isteri, aku suami!” jerit Karim pula sambil menghentak


buku penumbuknya ke meja. Garang.
DOMINASI

 Dominasi ialah satu ciri di mana seorang lelaki mesti sepenuhnya berkuasa dan
lebih dominan berbanding perempuan. Dominasi juga seiring dengan manipulasi
serta “gaslighting”.
 Bersikap dominan bukan sahaja ke atas perempuan malah juga sebagai cara untuk
“tunjuk gagah” di hadapan lelaki lain.
 “Kau yang tidak menjalankan tanggungjawab kau sebagai isteri! Jangan cuba nak
mencari kesalahan orang,” bentak Karim. (M/s 182)
 ...Di Jalan Sena, dia bertemu kereta Dora. Dora tersandar kemas di sebelah
suaminya. Karim iri hati tiba-tiba. Cemburunya meluap-luap, mendesak-desak di
tasik hati. Karim menekan minyak kereta Volvonya mahu melepasi kereta yang di
hadapannya. Biar dilihat oleh Dora bahawa dia lebih berani, lebih hebat, lebih
gagah dari suaminya yang sudah separuh umur itu. Volvo meluncur laju memotong
Opel Dora...” (M/s 192)
KESIMPULAN
 Perbuatan Puan Rohana, Mazni malah Dora dan Zaki menyebabkan Karim
berasakan bahawa maskulinitinya telah tercabar oleh sebab citra kepemimpinan
serta sifat-sifat maskulinnya tidak dapat tertonjol dengan baik.
 Ego dalam Karim menyebabkan Karim mengambil cara yang ekstrim dalam
menangani isu perkahwinan serta kehidupannya.
 Dalam masa yang sama, pengaruh luar misalnya cara Karim dibesarkan (dalam
keluarga yang mewah) juga mempengaruhi sikap Karim yang lebih individualistik.
 Begitu juga dengan pengaruh lain misalnya pandangan umum serta respons
masyarakat terhadap hubungannya dengan Mazni.
 Ketegangan ini juga menyebabkan Karim menonjolkan ciri-ciri maskuliniti toksik
yang akhirnya memangsakan bukan sahaja Mazni malah dirinya sendiri.

Presentation title 20XX 23

You might also like