Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 24

LAKUAN

TUTURAN

TIX3003: PENGENALAN KEPADA SEMANTIK DAN PRAGMATIK najah@um.edu.my


Speech Lakuan
Pertuturan
Acts
● Konteks mempengaruhi makna ungkapan.
● Ungkapan yang sama mungkin membawa makna yang berlainan dalam konteks yang berlainan.
○ Cth: Senapang ini berisi.
○ Saya lapar.
● Bagaimana anda mengintepretasi ujaran2 tersebut dalam konteks yang berlainan?
● Maksud yang sama boleh disampaikan oleh ungkapan yang berlainan.
○ Cth: Anda perlu satu tiket keretapi ke Singapura.
○ Anda perlu sehelai kertas.
● Bagaimana anda membuat permintaan tersebut?
● Penutur boleh memaksudkan lebih daripada apa yang mereka katakan.
Aspek-aspek situasi ujaran (speech situations)

● Penutur /Speaker
● Pendengar/Addressee
● Ujaran/Utterance
● Konteks ujaran/Context of an utterance
● Tujuan ujaran/Goals of an utterance
● Ujaran sebagai satu lakuan/aktiviti: Lakuan Tuturan/ The utterance as a form of act /activity:
Speech Act
● Pertimbangkan ujaran ini: 'Saya sejuk'.
● Maksud ayat di sini ialah: Penutur sejuk.
● Walau bagaimanapun, maksud penutur dalam menggunakan pernyataan ini dalam konteks
tertentu boleh menjadi salah satu dari beberapa perkara, termasuk:
○ Bawa saya selimut/jaket
○ Matikan penghawa dingin
○ Bawa saya minuman panas
○ Mari kita pulang ke rumah
● Ada lagi yang lain ???
● “Sangat panas disini"
● Boleh merujuk bukan sahaja kepada suhu tetapi juga bertindak sebagai permintaan kepada
seseorang untuk melakukan sesuatu, seperti membuka tingkap/memasang penghawa dingin..
Tokoh-tokoh terkenal

1. John Austin (1962):


● Orang utama dalam bidang pragmatik
● ‘How to do things with words’ (Bagaimana untuk melakukan sesuatu dengan kata-kata) (1962) -
meletakkan asas untuk Teori Speech Acts (Lakuan Tuturan) : iaitu kajian bagaimana kita
menggunakan bahasa untuk melakukan perkara-perkara seperti meminta, memberi arahan,
memberi amaran, dll.
● Kerja Austin terus diperkembangkan oleh Searle.
2. John Searle (1969):
● Ahli falsafah Amerika yang merupakan pelajar Austin
● Memperkembangkan kerja-kerja Austin dalam bukunya ‘Speech Acts’ (1969)
● Austin & Searle menunjukkan bahawa banyak ayat bermaksud sesuatu yang lain daripada makna
literal mereka
Lakuan Tuturan (Speeh Acts)

 Lakuan Tuturan: sesuatu yang dilakukan melalui ujaran.


 Suatu tindakan yang dilakukan oleh seseorang yang menggunakan bahasa.
 Tindakan boleh dilabel oleh kata nama yang menamakan perbuatan itu, misalnya sapaan,
permintaan dan amaran. Penutur bercadang untuk berkomunikasi perbuatan tersebut dan niat
tersebut diiktiraf oleh penerima.

 Contoh: ‘Sangat sejuk disini’ – bukan hanya merujuk kpd suhu, tetapi permintaan utk pendengar
membuat sesuatu, seperti menutup penghawa dingin.
Lakuan Tuturan (Speeh Acts)

● Bila seseorang menggunakan bahasa, pada masa yang sama dia menjalankan sesuatu lakuan
● Sesuatu dilakukan bersama-sama kenyataan tersebut atau “performative” dinamakan lakuan
tuturan.
● Lakuan tuturan dicapai melalui sesuatu ujaran
● Ujaran-ujaran ini tidak melaporkan sesuatu itu benar atau tidak
● Pengujaran ayat adalah sesuatu aktiviti atau sebahagian daripada sesuatu aktiviti
Lakuan Tuturan (Speeh Acts)

● Bergantung kepada seseorang itu menggunakan ujaran untuk menandakan kehendaknya utk
melaksanakan sesuatu lakuan, dan pendengar memahami lakuan itu menerusi ujaran tersebut
● Adalah perbuatan (actions) yg membawa perubahan dlm kedudukan keadaan.
● Contoh:
○ Awak dipecat. - tamat pekerjaan
○ Saya menyerah! - enggan meneruskan
○ Tahniah! - memuji
○ Saya nikahkan kamu dengan XXX/ I now pronounce you husband and wife – legally
married
○ Saya namakan bangunan ini Menara Tun Razak Exchange – bangunan mempunyai nama

● Ujaran tidak menyatakan sesuatu tetapi membuat sesuatu.


● Ia tidak memberi maklumat tetapi melakukan sesuatu perbuatan (actions).
Ujaran Performatif & Ujaran Konstatif
● Ada beberapa ujaran yang bukan hanya melakukan sesuatu lakuan bahasa, tetapi pada masa yang
sama mengambarkan lakuan
● Ini dinamakan UJARAN PERFORMATIF
○ Cth: (a) Saya berjanji akan kesana. (I promise to be there)

● Berbeza dengan ujaran-ujaran lain yang melaksanakan aksi yang sama tetapi tidak mengandungi
KATAKERJA PERFORMATIF (PERFORMATIVE VERB) yang menerangkan niat lakuan
tuturan dengan jelas
○ Cth: (b) Saya akan kesana. (I’ll be there)

● Pendengar terpaksa infer niat penutur


● Austin menamakan ujaran ini UJARAN CONSTATIF
Performatif Constatif
Saya berjanji akan kesana Saya akan kesana
Saya mengaku saya bodoh Saya bodoh.
Saya beri amaran, senapang ini berisi Senapang ini berisi
Saya meminta maaf. Maaf.
Saya mengucapkan terima kasih. Saya bersyukur
Saya arah awak duduk Awak mesti duduk.
Austin mencadangkan 3 peringkat lakuan tuturan:

 Lokusi
 Illokusi
 Perlokusi
Lokusi, Illokusi & Perlokusi
1. Lakuan lokusi:
Lakuan tatabahasa dalaman seperti mengujarkan sesuatu bunyi, menggunakan sesuatu morfim, atau
merujuk kepada sesuatu objek tertentu
Cth: Saya hendak sehelai kertas.

2. Lakuan Illokusi (daya illokusi):


Lakuan berkomunikasi seperti menegaskan, menanya soalan, meminta sesuatu, membuat janji atau
memberi amaran (jenis lakuan bahasa)
Cth: Saya hendak sehelai kertas – lakuan tuturan meminta

• Daya illokusi ialah niat/tujuan komunikasi sesorang penutur.


• Konteks sesuatu ujaran penting dalam menginterpretasi daya illokusi sesuatu lakuan tuturan.
Lokusi, Illokusi & Perlokusi
3. Lakuan Perlokusi: adalah hasil/akibat sebenar cara berkata/lokusi tersebut.
• Ia mungkin atau tidak mungkin apa yang penutur mahu berlaku, tetapi namun demikian
disebabkan oleh cara berkata/lokusi.
• Oleh itu, ia terletak pada reaksi pendengar
• Cth: Saya hendak sehelai kertas.
• Pendengar memberi kertas kepada penutur atau pendengar tidak memberi kertas kepada
penutur.
Lakuan tuturan
● Lokusi yang berlainan boleh mengandungi daya illokusi yang sama
• Cth: Tutup pintu/Boleh awak tutup pintu?/Awak lupa pintu?

● Lokusi yang sama boleh mengandungi daya illokusi yang berlainan bergantung kepada konteks.
○ Cth: Sangat panas di sini/It’s hot in here
● Mungkin boleh menjadi satu permintaan untuk memasang penghawa dingin atau sesuatu
offer/penawaran untuk membuka tingkap

● Apakah daya illokusi untuk ujaran berikut:


○ E.g. Makanan malam sudah siap/Dinner is ready.
○ Pukul berapa sekarang?/What time is it?
Lakuan tuturan
● Lokusi yang berlainan boleh mengandungi daya illokusi yang sama
• Cth: Tutup pintu/Boleh awak tutup pintu?/Awak lupa pintu?

● Lokusi yang sama boleh mengandungi daya illokusi yang berlainan bergantung kepada konteks.
○ Cth: Sangat panas di sini/It’s hot in here
● Mungkin boleh menjadi satu permintaan untuk memasang penghawa dingin atau sesuatu
offer/penawaran untuk membuka tingkap

● Apakah daya illokusi untuk ujaran berikut:


○ E.g. Makanan malam sudah siap/Dinner is ready.
○ Pukul berapa sekarang?/What time is it?
Klasifikasi Lakuan Tuturan/Jenis2 Lakuan Tuturan

Lima jenis fungsi umum Lakuan Tuturan:


(berfokus pada ilokusi)
1. Deklarasi (Declarations)
2. Representasi/Asertif (Representatives/Assertive)
3. Ekspresif (Expressives)
4. Direktif (Directives)
5. Komisif (Commisives)
1. Deklarasi (Declarations)

 Lakuan Tuturan (ilokusi) yang mengakibatkan terdapatnya kesesuaian antara kandungan proposisi
dengan realiti/mengubah atau mencipta hal/situasi/keadaan yang baru (change the world via the
utterance)
• Misalnya: mengisytiharkan, mengesahkan, memberi nama, menjatuhkan hukuman, dll
Mesyuarat telah tamat.
Kamu dihukum 10 tahun penjara!

(Penutur perlu mempunyai peranan institusi, dalam konteks yang tertentu, untuk melaksanakan
pengistiharaan yang sesuai)
2. Representasi/Asertif(Representatives /Assertives)

● Lakuan Tuturan yang terikat pada kebenaran proposisi yang dituturkan/diujarkan.

Misalnya: menyatakan, mengusulkan, melaporkan, mengemukakan pendapat, dll


○ Contoh:
○ Perhimpunan itu dihadiri 10,000 orang.
Misi pencarian dari Australia telah berusaha keras
untuk mencari kapalterbang yang terhempas dilautan.
3. Ekspresif (Expressives)

● Lakuan Tuturan yang menggambarkan sikap psikologi penutur.


● Misalnya: memuji, menghargai, mengucapkan terima kasih, memaafkan, mengecam, dll
● Contoh: Persembahan anda sangat bagus.
I’m really sorry.
Saya mengucapkan tahniah
4. Direktif (Directives)

● Lakuan Tuturan bertujuan menghasilkan kesan (effect) yang memerlukan seseorang melakukan
tindakan.

Misalnya: mengarah, meminta, memohon, mencadang, menuntut, menasihat, dll

● Contoh: Tolong beredar dari sini sekarang.


Berikan wang itu kepadanya.
Jangan sentuh barang itu!
5. Komisif (Commissives)

● Lakuan Tuturan yang mengikat penutur kepada melakukan/melaksanakan tindakan pada masa
depan

Misalnya: menjanjikan, menawarkan, memberi jaminan, memberi amaran, mengugut, dll


Contoh: Saya berjanji akan datang besok.
Saya memberi amaran jangan bergerak!
Rumusan
● Austin mencadangkan ujaran boleh di bahagikan kepada 2 jenis: performatif atau
constantif
● Performatif adalah sesuatu yang bersama-sama menyatakan dan menjalankan
illokusi (memberi amaran, meminta dsb)
● Konstatif juga boleh digunakan untuk melakukan sesuatu illokusi. Tetapi tidak
menamakan niat aksi illocutionary dengan ketara.
● Terdapat tiga peringkat lakuan tuturan: Lakuan Lokusi, Ilokusi & Perlokusi
● Searle mengutamakan lima jenis fungsi umum yang dinyatakan oleh lakuan
tuturan.
Soalan?

You might also like