Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

SEJARAH

PENDIDIKAN AWAL
KANAK-KANAK
AHLI KUMPULAN:-
• NURMASYITAH BINTI BAHARUDDIN
• NORFARA NAZURAH ATHIRAH BINTI KAMSUL
• NURNAZIHAH ADAWIYYAH BINTI YUSOF
TAHUN ZAMAN SEBELUM MERDEKA
Tahun 1900-an Pendidikan awal kanak-kanak mula ditubuhkan di Filipina, Singapura dan Thailand

Tahun 1940-an  Perkembangan pendidikan awal kanak-kanak mula di Malaysia


 Pendidikan awal kanak-kanak mula dibuka missionari Kristian dengan menggunakan
sistem pendidikan British dan mengenakan yuran yang sangat mahal
 Guru-guru terdiri daripada bekas guru sekolah rendah yang tidak ada latihan dan
pengalaman mengajar di tadika

Tahun 1950-1960  Tadika di Malaysia dibuka oleh sosialis Kristian sebagai sebahagian aktiviti gereja
 Hampir semua tadika dimiliki oleh individu/agensi persendirian yang terletak di
kawasan bandar dan menyediakan Pendidikan Awal Kanak-Kanak hanya untuk ibu
bapa yang mampu membayar yuran
 Kesan: hanya sebahagian kanak-kanak berumur 4-6 tahun berpeluang mengikuti kelas
 Kanak-kanak berasal daripada keluarga yang kurang berkemampuan dan luar bandar
tidak dapat menerima pendidikan awal
TAHUN ZAMAN SELEPAS MERDEKA
Tahun 1960-an Wujudnya kesedaran betapa pentingnya pendidikan pada golongan kurang berkemampuan.
Tahun 1969 Yayasan Asia telah menyumbangkan wang kepada Pertubuhan Pekerja-Pekerja Malaysia (Worker
Society of Malaysia) untuk mendirikan tadika yang mirip kepada projek “Head Start” di AS.
Tahun 1970 KEMAS membuka 10 buah prasekolah contoh di kawasan luar bandar (Tabika) untuk membantu
rakyat yang miskin di luar bandar.
Tahun 1972 i. Pusat Perkembangan Kurikulum terbitkan Buku Panduan Pendidikan Prasekolah dan membuka 12 buah
prasekolah percubaan di seluruh Malaysia.
ii. Maktab Perguruan Ilmu Khas, Ceras melatih seramai 137 orang guru sekolah rendah dan KEMAS dalam
pendidikan prasekolah untuk mengajar di prasekolah
iii. KEMAS buka Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) selaras dengan Falsafah Baru Pembangunan Luar
Bandar bagi golongan berpendapatan rendah dan miskin.
iv. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) membina akta yang khusus bagi Pendidikan Awal Kanak-Kanak
yang dinamakan Akta Pelajaran 1961 P.U (A), Kaedah-kaedah Pelajaran (Kindergarten/ SekolahAsuhan)
(Pendaftaran)
v. Pendidikan awal kanak-kanak berkembang pesat dengan kewujudan Yayasan Bernard Van Leer kerana
banyak membiayai aktiviti pendidikan Prasekolah terutamanya menggubal program pukal Prasekolah,
menganjurkan seminar-seminar dan menerbitkan buku panduan pendidikan yang khas untuk pendidikan
awal kanak-kanak (Bernard van Leer Foundation, 2009).
TAHUN ZAMAN SELEPAS MERDEKA
Tahun 1984  terdapat beberapa pihak mula mencadangkan dan menuntut bahawa pendidikan awal
kanak-kanak harus bermula lebih awal, iaitu di bawah empat tahun
 Perkara ini menyebabkan tertubuhnya Children Centre Act atau Taman Asuhan Kanak-
Kanak (TASKA) bagi memenuhi tuntutan tersebut.
Tahun 1986  Buku Panduan Guru Prasekolah mula diterbitkan
 Tujuan buku ini diterbitkan untuk meningkatkan kemahiran, kreativiti guru prasekolah
dan membantu guru mengelola dan mengurus pengajaran dan pembelajaran prasekolah
dengan lebih sistematik serta boleh dijadikan rujukan oleh para pelajar di pusat-pusat
pengajian pendidikan
Tahun 1993 Garis Panduan Kurikulum Pendidikan Prasekolah Malaysia mula diperkenalkan dan
digunapakai untuk sekolah rintis di KPM
Kini Garis Panduan Pendidikan Prasekolah Malaysia diganti dengan Kurikulum PERMATA (0-
4 tahun) dan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (4-6 tahun) dan dijadikan rujukan utama
bagi Pendidikan Awal Kanak-Kanak.
SUMBER RUJUKAN

https://
katacikguece.blogspot.com/2015/05/hala-tuju-pendidikan-awal-kanak
-kanak.html?m=1

You might also like