Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 20

Konsep Sistem Kewangan

Islam
Disediakan Oleh;
PMDRSAG
PENGENALAN
• Untuk mengenal pasti komponen-komponen dan prinsip-
prinsip utama yang membentuk sistem kewangan Islam.
• Untuk mempelajari secara lebih mendalam mengenai
hubung kait antara sistem ekonomi Islam dan sistem
kewangan Islam.
• Untuk melihat perbezaan struktur utama yang membentuk
sistem kewangan Islam dan sistem kewangan konvensional.
SISTEM EKONOMI DAN SISTEM
KEWANGAN
• Sistem ekonomi dan sistem kewangan adalah saling berkait
• Sistem kewangan adalah sebahagian daripada aktiviti yang terdapat
dalam sistem ekonomi
• Sistem kewangan merupakan sebahagian daripada sistem ekonomi
yang berperanan dalam mengurus aktiviti-aktiviti ekonomi yang
berkaitan dengan kewangan khususnya untuk menemukan unit
lebihan dan unit kurangan.
Sistem Kewangan Konvensional
• Sistem kewangan konvensional merujuk kepada sistem kewangan
yang sedia ada, yang dilaksanakan berasaskan kadar bunga atau
faedah.
• Sistem kewangan pada asasnya dilihat sebagai satu sistem di mana
dana-dana diniagakan antara si penghutang dan si pemiutang.
• Ia terdiri daripada satu set pasaran, individu dan organisasi yang
melakukan perniagaan dalam sistem pasaran tersebut dan pengguna
akhir dalam sistem pasaran adalah orang ramai dan firma-firma yang
ingin membuat pinjaman dan memberi hutang.
Fungsi Sistem Kewangan
• Fungsi sistem kewangan adalah berkait rapat dengan urusan pinjaman
dan pelaburan
• Ianya menemukan unit lebihan dan unit kurangan dalam suatu
pasaran yang tertentu.
• Contoh, sistem kewangan merupakan penyedia saluran dana di antara
penabung dan peminjam, penyedia alat pertukaran, penyedia bagi
mekanisme yang bersifat perkongsian risiko dan penyedia saluran
dana bagi bank pusat untuk melaksanakan dasar dan polisi kerajaan
• Ab. Mumin (1999), sistem kewangan itu memainkan
tiga fungsi asas seperti berikut:
• (a) Sistem kewangan itu mestilah menyediakan
pemindahan dana dengan licin dan cekap dari unit
lebihan kepada unit kurangan. Pemindahan dana ini
berlaku secara langsung melalui pengantara atau
institusi kewangan.
• (b) Ia mestilah mengekalkan kebolehpercayaan yang
munasabah ketika menghadapi kejadian-kejadian
buruk atau situasi ekonomi yang berbeza.
• (c) Ia hendaklah mampu disesuaikan dengan segala
perubahan keperluan ekonomi akibat daripada
pertumbuhan ekonomi sesebuah negara.
STRUKTUR SISTEM KEWANGAN
ISLAM
• Kaedah fiqh yang mengatakan bahawa asal kepada sesuatu
itu adalah harus sehingga ada dalil yang mengatakan ianya
haram
• Ia memberi maksud struktur sistem kewangan konvensional
itu adalah harus selagi ia tidak bercanggah dengan prinsip
fiqh dan selagi ia tidak mengandungi unsur-unsur haram
dalamnya seperti elemen riba, gharar dan sebagainya.
Tiga Komponen utama Dalam Struktur
Sistem Kewangan Islam
Instrumen Kewangan Islam
• Instrumen kewangan adalah sesuatu yang dicipta dan
dikeluarkan oleh pihak yang memerlukan modal
kepada pihak yang memberi modal atau pinjaman
sebagai bukti terhadap modal atau pinjaman tersebut.
• Instrumen ini boleh dibahagikan kepada instrumen
pembiayaan yang berbentuk ekuiti dan juga
instrumen pembiayaan berbentuk hutang.
• Instrumen pembiayaan berbentuk ekuiti merujuk kepada
sekuriti saham patuh Syariah yang diniagakan di Bursa
Malaysia
• Antara contoh instrumen kewangan dan perbankan Islam
yang telahpun terbukti daya saingnya ialah akaun simpanan
dan akaun semasa secara Islam, akaun pelaburan
mudharabah, pembiayaan perumahan dan kenderaan secara
bay` bithaman ajil, bil, kad kredit Islam serta lain-lain lagi.
Institusi Kewangan Islam
• Berperanan sebagai sebuah institusi yang
menerbitkan dan menyalurkan urus niaga instrumen-
instrumen kewangan di samping berfungsi untuk
memudahkan aliran sumber-sumber antara peserta-
peserta pasaran
• Fungsinya yang terpenting sekali ialah bertindak
sebagai pengantara kewangan
• Institusi kewangan ialah firma kewangan yang aset
utamanya adalah aset-aset kewangan atau tuntutan-
tuntutan, seperti saham, bon dan pinjaman, bukannya
aset nyata seperti bangunan, peralatan dan bahan
mentah.
• Ia memberi pinjaman kepada pengguna atau membeli
sekuriti pelaburan dalam pasaran kewangan
Pasaran Kewangan Islam
• Pasaran kewangan Islam merujuk kepada suatu
tempat yang menyediakan mekanisme untuk tujuan
pertemuan dan penyaluran dana antara dua unit iaitu
unit kurangan dan unit lebihan
• Pasaran kewangan Islam merangkumi tiga jenis yang
utama iaitu pasaran wang, pasaran modal dan
pasaran derivatif
a) Pasaran Wang
• Pasaran wang Islam merujuk kepada pasaran bagi pembelian dan
penjualan sekuriti hutang jangka pendek berasaskan prinsip-prinsip
Syariah seperti sijil pelaburan mudharabah dan lain-lain.

b) Pasaran Modal
• Pasaran modal merupakan pasaran bagi penjualan dan pembelian
sekuriti jangka panjang sama ada berbentuk hutang mahupun
berbentuk ekuiti.
SISTEM KEWANGAN ISLAM
• Sistem kewangan dalam sebuah sistem ekonomi yang dilaksanakan
berdasarkan prinsip dan nilai Islam
• Sistem kewangan Islam juga boleh dirujuk kepada semua aktiviti yang
berkaitan dengan pengurusan harta (tasarruf maliyyah) dalam sektor
ekonomi
• Harta dalam konteks ini secara umumnya merujuk kepada benda atau
barangan yang bernilai atau berharga dan kehilangan barang tersebut
akan menyebabkan kerugian kepada pemiliknya.
• Mohd Daud Bakar (2003), sistem kewangan Islam merujuk
kepada sistem kewangan yang berjalan selaras dengan
undang-undang Islam yang bersumberkan al-Qur’an dan al-
Sunnah serta ijtihad para ulama
• Bebas dari unsur riba, judi, gharar dan aktiviti yang
diharamkan oleh Islam seperti penjualan barangan yang
dilarang seperti arak, dadah, khinzir serta bebas daripada
sebarang bentuk penindasan.
Objektif sistem kewangan seperti berikut:
• (a) Untuk mengumpul modal yang mencukupi bagi
tujuan pengeluaran, penggunaan dan penukaran
berdasarkan kepada prinsip-prinsip Syariah.
• (b) Untuk mengagihkan modal kepada sektor-sektor
yang benar-benar memerlukan dan boleh membawa
faedah kepada masyarakat dan umat Islam
seluruhnya.
• (c) Untuk menentukan kestabilan harga produk dalam
pasaran dengan membuang elemen-elemen yang negatif dan
haram seperti riba (kadar bunga) dan gharar.
• (d) Untuk menentukan keadaan ekonomi yang makmur dan
bersih daripada segala jenis kesempitan dharuri di peringkat
individu.
• (e) Untuk mewujudkan prinsip keadilan dan ihsan sesama
manusia.
Pasaran Kewangan Islam

You might also like