Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

PENGHASILAN BAHAN PERSEMBAHAN BERKESAN

TOOL KIT
AKTIVITI 1 - Kahoot
https://kahoot.it/
AKTIVITI 2 - Jamboard
• https://jamboard.google.com/d/1vcuWgKKOe-XWfro4iRIOsTAJEx2CV
4iBS3-R7MEJIMU/edit?usp=sharing
AKTIVITI 3
Bina 1 – 3 Slide berbentuk
Infografik / powerpoint
berdasarkan situasi berikut dengan
mengaplikasikan prinsip rekaan
persembahan berkesan yang telah
dipelajari.

Rujukan :- Rajah 31 : Penjaminan Kualiti di peringkat sekolah


Situasi 1 :
Penjaminan Kualiti PBD peringkat sekolah terbahagi kepada 4
bahagian iaitu penyelarasan, pementoran, pengesanan dan pemantauan.
Penyelarasan adalah bertujuan untuk memastikan penetapan Tahap
Penguasaan adalah adil kepada murid. Pementoran bertujuan bagi
membantu, memudah cara, membimbing, meningkatkan pengetahuan dan
kefahaman guru untuk melaksanakan pentaksiran bilik darjah. Pengesanan
bertujuan untuk menilai kesesuaian, kekuatan dan kelemahan kaedah dan
instrument pentaksiran yang digunakan dalam pelaksanaan pentaksiran
bilik darjah. Mana kala pemantauan bertujuan untuk memastikan
pelaksanaan pentaksiran bilik darjah mengikut panduan yang ditetapkan.
Situasi 2
Kemahiran Komunikasi Bertulis

Penulisan merupakan aktiviti merakamkan idea, pandangan dan pendapat dalam bentuk
lambing-lambing bertulis atau grafik. Tujuannya untuk mnyalurkan mesej, berhubung atau
berkongsi maklumat. Kebaikan kemahiran komunikasi bertulis ialah kekal dan boleh
disimpan untuk kegunaan masa depan.
Komunikasi ini berlaku secara spontan atau dirancang dan melibatkan beberapa faktor :
• Fakta
• Gaya
• Laras
• Pengolahan
• Bahasa
Situasi 3
Kemahiran Standard 4 dalam SKPMg2
Standard 4 iaitu piawaian yang lebih menjurus kepada peranan guru dalam memberikan proses
pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti tinggi. Aspek-aspek yang diperincikan dalam Standard 4
ini ternyata boleh membawa kita ke arah menghasilkan guru-guru yang berkualiti tinggi, kreatif dan
berinovasi.
Guru berperanan sebagai pemudah cara dalam proses pembelajaran dan pengajaran yang berterusan
untuk memperkembangkan potensi murid secara menyeluruh dan meningkatkan pencapaian murid
pada tahap optimum secara berterusan berpandukan aspek berikut :
• 4.1. Guru sebagai perancang
• 4.2. Guru sebagai pengawal
• 4.3. Guru sebagai pembimbing
• 4.4. Guru sebagai pendorong
• 4.5. Guru sebagai penilai
• 4.6. Murid sebagai pembelajar aktif
Situasi 4
Maksud Pertimbangan Profesional dalam Pentaksiran Bilik Darjah

Pertimbangan professional ialah pertimbangan yang dibuat menggunakan


pengetahuan professional terhadap kurikulum yang dihasratkan mencakupi pengetahuan,
kemahiran, nilai, bukti pencapaian, strategi pengajaran, kaedah pentaksiran serta kriteria
dan standard yang ditetapkan. Pertimbangan professional memerlukan guru membuat
keputusan secara beretika dan bertanggungjawab mengenai tahap penguasaan murid,
berdasarkan analisis dan rumusan maklumat terhadap pembelajaran.
Guru menggunakan pengetahuan, pengalaman, input murid dan mengamalkan
tanggungjawab professional dalam membuat pertimbangan professional. Guru juga perlu
sentiasa mengikut perkembangan tentang bidang atau disiplin ilmu, pedagogi serta
pentaksiran melalui pembacaan dan perbincangan secara professional dengan rakan
pendidik lain untuk meningkatkan kompetensi dalam membuat pertimbangan professional.
Situasi 5
•BIDANG TUGAS KETUA PANITIA :

1. Menjadikan Ketua atau Pengerusi Panitia Mata pelajaran dengan mengadakan mesyuarat 2 bulan sekali, atau 4 kali setahun dan mengadakan
perjumpaan-perjumpaan “ad-hoc” di mana perlu.
2. Membantu GPK 1 menyelaras kerja-kerja akademik guru-guru matapelajaran.
3. Membantu GPK 1 memperoleh sukatan pelajaran yang kemas kini untuk kegunaan guru-guru.
4. Membantu menyediakan rancangan mengajar untuk kedua-dua semester dalam tahun persekolahan yang diselaraskan di antara guru-guru di dalam satu
aliran darjah.
5. Membantu dan mencadangkan kepada pentadbir sekolah, buku teks dan buku kerja tambahan untuk digunakan oleh murid-murid berdasarkan kepada
kesesuaian buku tersebut dari segi kehendak sukatan pelajaran dan tahap kebolehan murid.
6. Membantu memilih dan mecadangkan buku-buku tujukan atau bahan-bahan bacaan tambahan yang sesuai dengan keperluan pembelajaran murid dan
kegunaan guru dibekalkan di Pusat Sumber Sekolah.
7. Membantu menyelaraskan soalan-soalan dan pemarkahan bagi semua jenis penilaian, ujian dan peperiksaan serta membantu menubuhkan bank soalan-
soalan bagi semua aliran darjah.
8. Mengkaji dan menganalisa keputusan-keputusan penilaian, khususnya PKBS dan UPSR serta memberi cara-cara mengatasi kelemahan pengajaran dan
pembelajaran.
9. Bekerjasama dengan panitia-panitia lain dalam usaha kea rah memajukan murid-murid yang lemah.
10. Menyemak buku latihan murid jika diarahkan oleh GPK 1.
11. Menyelenggarakan fail-fail panitia yang berkenaan dengan semua minit mesyuarat atau laporan mesyuarat, surat menyurat dan rekod-rekod yang
berkaitan.
12. Menjalankan tugas-tugas yang diarah oleh Guru Besar dari semasa ke semasa.

You might also like