Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 23

Literasi Membaca &Menulis

Kaedah Praktis –Teori/Teori -Praktis


• Teori dan Konsep Kaedah Gabungan Bunyi Kata (KGBK)
• Kaedah Gabungan Bunyi Kata (KGBK) ialah kaedah yang
menggabungkan proses mengajar mengenal bunyi huruf dengan membina
dan membaca perkataan serta dapat membaca frasa atau ayat.
• Kaedah ini merupakan satu alternatif kepada kaedah abjad atau fonik dan
kaedah seluruh perkataan.Kaedah ini merupakan kaedah yang mudah dan
berkesan untuk memulih murid yang tidak boleh atau lemah membaca.
Literasi Membaca &Menulis
Kaedah Praktis –Teori/Teori Praktis
• Kaedah ini dihasilkan sebagai satu kaedah mengajar 2M iaitu membaca dan menulis. Ia adalah
aktiviti mengenal bunyi bebapa huruf vokal dan konsonan. Ia juga bertujuan untuk membolehkan
kanak-kanak mengenal suku kata dan seterusnya membina dan membaca perkataan, frasa atau
ayat.
• Kaedah Gabungan Bunyi-Kata (KGBK) merupakan satu kaedah yang sistematik, mengambil kira
sistem ejaan Bahasa Melayu yang fonemik dan suku kata yang jelas.
• Proses pengajaran membaca Bahasa Melayu peringkat awal untuk kanak-kanak boleh dibuat
dengan menggabungkan pengajaran bunyi beberapa huruf vokal asas ( a, i , u ) satu huruf
konsonan ‘b’ untuk membentuk suku kata : b+a=ba, b+i=bi, b+u=bu, untuk membentuk perkataan
seperti babu, babi. baba dan terus dibunyikan [baba], [babi], [babu] dan bentuk frasa yang
bermakna /i bu/ + /baba/ = /ibu baba/.
Literasi Membaca &Menulis
Kaedah Praktis –Teori/Teori Praktis
• Melalui pendekatan ini, murid tidak perlu menghafal semua huruf a b c hingga x y z, sebaliknya unsur
membunyikan huruf dengan membina dan membaca perkataan boleh digabungkan dalam satu masa pengajaran
membaca.
• Guru boleh memperluas gabungan huruf vokal dan konsonan dengan memilih beberapa perkataan suku kata
terbuka yang bermakna secara ansur maju.
• Penekanan kaedah ini membolehkan pembinaan dan susunan bahan pengajaran dan pembelajaran serta peningkatan
kemahiran membaca secara developmental.
• Kaedah Gabungan Bunyi-Kata (KGBK) ini telah dipelopori oleh Profesor Dato’ Dr. Isahak Harun yang dinyatakan
melalui pembentangan kertas kerja di KONPEN IV anjuran Persatuan Suluh Budiman di Kuantan, pada 8 hingga 10
Disember 1979. Beliau telah memperkenalkan kaedah ini sebagai cadangan untuk mengatasi masalah membaca
kebanyakan murid di sekolah rendah, terutamanya murid di sekolah kebangsaan yang tidak boleh membaca.
Melalui pembentang kertas kerja ini maka kertas kerja ini telah diterbitkan dalam Jurnal Dewan Bahasa, jilid 24 bil.
7, Julai 1980.
Literasi Membaca &Menulis
Kaedah Praktis –Teori/Teori Praktis
• Kaedah Gabungan Bunyi Kata (KGBK) bagi pengajaran awal Bahasa Melayu berbeza dengan ‘pendekatan
fonik/abjad’ atau ‘seluruh perkataan’ dalam bahasa Inggeris. KGBK diasaskan berdasarkan ciri-ciri istimewa yang
terdapat dalam Bahasa Melayu.
a) Ia mengambil kira sistem ejaan Bahasa Melayu yang sistematik dan fonemik: maksudnya, setiap huruf mewakili
satu bunyi, kecuali huruf e, di mana terdapat dua bunyi.Misalnya, huruf a bunyinya ‘aa’, huruf b bunyinya ‘bh’, c
bunyinya ‘ch’, d bunyinya ‘dh’, m bunyi ‘mm’ dan sebagainya. Hanya e mempunyai dua bunyi, iaitu e taling seperti
dalam perkataan ‘emak’, ‘enam’ dan e pepet seperti dalam ‘ekor’ dan ‘elok’.
b) Suku kata Bahasa Melayu jelas, misalnya ‘ba tu’,‘ka ki’, ‘ma kan’, ‘ka kak’, ‘i tu’, ‘i tik’, ‘se ko lah’, ‘jam ba tan’,
‘bu nga’, ‘ta nya’ ‘pe nyu’ ‘su ngai’ ‘pan tai’, kam pung’, ‘per ja la nan’ dan sebagainya.
c) Tatabahasa Bahasa Melayu lebih mudah berbanding dengan tatabahasa Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab. Misalnya
dalam Bahasa Melayu tidak ada perbezaan bentuk bagi gender (laki- laki atau perempuan) untuk menyatakan
‘banyak’ (plural),untuk menyatakan perbezaan waktu (past tense, present tense) seperti dalam bahasa Inggeris.
Literasi Membaca &Menulis
Kaedah Praktis –Teori/Teori Praktis
• Ciri-ciri Utama Kaedah Gabungan Bunyi Kata
a) Murid-murid tidak perlu diajar semua abjad dalam sistem ejaan Bahasa Melayu sebelum mereka boleh diajar
membaca.
b) Menggabungkan kemahiran bunyi beberapa abjad, suku kata dan membacaperkataan/ frasa/ ayat bermakna
dalam satu atau dua pelajaran.
c) Gabungan dibuat secara sistematik, dan tiap-tiap pelajaran berikutnya beransur-ansur memperkembangkan
kemahiran sebelumnya.
d) Kad imbasan amat diperlukan untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran seperti yang disarankan.
e) Untuk peneguhan kemahiran murid-murid membaca mereka perlu diberi bahan-bahan bacaan yang berperingkat-
peringkat supaya mereka dapat melatih membacasendiri. Bahan-bahan bacaan yang sesuai perlu disediakan untuk
murid-murid sentiasa dekat dengan membaca.
Literasi Membaca &Menulis
Kaedah Praktis –Teori/Teori Praktis
• Langkah-langkah menggunakan Kaedah Gabungan Bunyi Kata adalah seperti yang berikut:
1. Murid diperkenalkan dengan bunyi vokal. Dua atau tiga huruf vokal diperkenalkan dalam pelajaran pertama. Pengenalan hendaklah dilakukan
berdasarkan susunan a, i, u dan dengan pelbagai teknik latih tubi yang menarik agar murid dapat mengingat bunyi vokal itu. Vokal e dan o hanya
diperkenal setelah murid dapat membaca perkataan asas dengan menggunakan vokal a, i, u dan beberapa konsonan.
2. Kemudian perkenalkan bunyi satu huruf konsonan. Dahulukan konsonan yang mudah dan dapat membentuk perkataan yang bermakna seperti
konsonan k yang dapat membentuk perkataan “kaki” dan “kuku” atau konsonan b yang dapat membentuk perkataan “baba” dan “bubu”. Lakukan latih
tubi yang pelbagai agar murid dapat mengingat bunyi konsonan itu.
3. Gabungkan bunyi konsonan itu dengan huruf vokal supaya menjadi suku kata ka, ki, ku. Lakukan latih tubi sebutan suku kata ini dengan pelbagai
teknik, termasuk teknik nyanyian.
4. Cantumkan suku kata-suku kata itu supaya menjadi beberapa perkataan yang bermakna seperti ka + ki menjadi “kaki” dan ku + ku menjadi “kuku”.
5. Adakan permainan mencantum huruf menjadi suku kata dan mencantum suku kata menjadi perkataan. Pelbagaikan jenis permainan agar murid berasa
seronok belajar.
6. Sebagai peneguhan, adakan latih tubi menulis huruf, suku kata dan perkataan dengan pelbagai cara. Pengajaran penulisan hendaklah berdasarkan
peringkat-peringkat dan teknik yang betul, termasuk penggunaan kertas bergaris dan alat tulis yang sesuai.
Kaedah Praktis-Teori/Teori-Praktis
• Kaedah Pandang Sebut
• Kaedah ini dinamakan kaedah seluruh perkataan kerana pelajaran dimulakan dengan
memperkenalkan perkataan dan bukannya huruf atau suku kata. Kaedah ini dinamakan
juga kaedah pandang dan sebut kerana aktiviti utamanya ialahmemandang dan menyebut.
• Menurut Juriah Long et.al. (1994) perkataan diperkenalkan kepada murid-murid dengan
menggunakan kad-kad perkataan.Semasa kad diimbaskan, murid-murid menyebut
perkataan-perkataan itu beberapakali.
• Perkara yang dipandang ialah gambar objek yang terdapat pada bahan bantu belajar, dan
yang disebut ialah perkataan pada bahan yang ditunjukkan.
Kaedah Praktis-Teori/Teori-Praktis
• Konsep Kaedah Pandang dan Sebut
1.Kad gambar, kad huruf, kad suku kata dan kad perkataan boleh digunakan diperingkat awal pengajaran untuk
memperkembangkan kemahiran membaca.
2. Murid sendiri akan memegang kad-kad tersebut dan menyusunnya supaya menjadi perkataan yang bermakna.
3.Sentuhan secara fizikal mendorong murid mengingati pelajaran denganmudah dan berkesan.
4.Kaedah ini mementingkan dua perkara iaitu:
(a) Membunyikan perkataan rangkai kata berdasarkan gambar
(b) Membunyikan ayat melalui gambar yang ada cerita.
5.Manakala kad perkataan pula boleh digunakan bagi melatih murid untuk menyebut perkataan yang dipaparkan oleh
guru (secara flashcard) secara cepat dan pantas tanpa perlu mengeja terlebih dahulu. Ini bagi mempertingkatkan
keupayaan murid untuk membaca.
Kaedah Mengajar B1,B2 dan Bahasa
Asing
• Kaedah bercerita,soal jawab,teknik main peranan dan teknik menyanyi.
• Contohnya, kaedah-kaedah ini digunakan bagi menarik minat murid berbangsa asing supaya
mereka dapat memberi tumpuan semasa berada di dalam kelas bahasa Melayu.
• Latihan lisan sentiasa diberi keutamaan kerana melalui latihan ini murid berbangsa asing
terpaksa bercakap mengenai tajuk yang diberikan dalam bahasa Melayu.
• Contohnya, guru mengemukakan beberapa tajuk untuk murid bercerita mengenai diri sendiri,
keluarga, kawan baik, pengalaman suka duka semasa cuti sekolah dan sebagainya.
• Latihan menulis diberikan kepada murid dengan menulis apa yang mereka tuturkan
berdasarkan tajuk seperti menulis mengenai diri mereka sendiri atau menulis mengenai
keluarga mereka.
Kaedah Mengajar B1,B2 dan Bahasa
Asing
• Kaedah Terus
• Menurut Salleh Mohd Akib (1975), kaedah terus ini ialah kaedah pengajaran secara perbualan untuk
memperkenalkan bahasa kedua kepada kanak-kanak.
• Menurut Kamarudin Hj. Husin (1988), kaedah ini mengutamakan prinsip mengajar berdasarkan psikologi kanak-
kanak.
• Kaedah ini disampaikan berdasarkan empat perkara asas iaitu:
i. Perhubungan secara langsung antara perkataan dengan benda atau ayat dengan fikiran atau sebaliknya.
ii. Pengajaran harus dikaitkan dengan pengalaman-pengalaman sedia ada murid.
iii. Kaedah ini dapat menimbulkan perasaan ingin tahu kanak-kanak melalui soalan-soalan yang telah dirancangkan.
iv. Mengutamakan bahasa lisan, mengutamakan sebutan yang betul, ulangan dan pengukuhan harus dibanyakkan, dan
mempelajari sesuatu yang mudah sebelum sesuatu yang kompleks.
Kaedah Mengajar B1, B2 dan Bahasa
Asing
• Kelebihan- kelebihan Kaedah Terus
i. Membolehkan murid menguasai keempat-empat kemahiran bahasa,contohnya mendengar, bertutur, membaca dan
menulis.
ii. Murid dapat menggunakan bahasa yang dipelajari di dalam masyarakat yang berkenaan dengan cepat
iii. Murid-murid lebih memahami maksud sesuatu perkara yang disampaikan dengan adanya benda maujud (sebenar)
iv. Murid-murid dapat menguasai kemahiran berbahasa lisan dengan sebutan dan intonasi yang betul
v. Murid-murid lebih berani mengeluarkan idea dan pendapat dengan cara yang segera
vi. Murid-murid dapat dihubung terus dengan bahasa yang hendak diajar kerana kaedah ini tidak menggunakan
terjemahan
vii. Segala makna perkataan yang tidak difahami akan dapat dijelaskan dengan cara huraian, lukisan, aksi, perkataan
seerti, perkataan berlawan dan sebagainya.
Kaedah Mengajar B1,B2 dan Bahasa
Asing
• Kelemahan-kelemahan Kaedah Terus
i. Murid-murid tidak dapat menulis dengan betul kerana kaedah ini lebih mengutamakan lisan
ii. Hasil tulisan murid lebih kepada struktur-struktur natif (ibunda)yang disalut dengan perbendaharaan
kata asing kerana murid-murid telah mempunyai kebiasaan pertuturan bahasa ibuanda sebelum belajar bahasa
kedua atau bahasa asing.
iii. Masa yang diperlukan untuk pengajaran kaedah ini terlalu lama kerana sukar bagi murid menguasainya
tanpa adanya latih tubi yang berkesan
iv. Bahan-bahan yang digunakan dalam kaedah ini merupakan bahan-bahan yang boleh dihafalkan, ataupun
bahan perbualan yang telah ditetapkan ,maka ini mungkin tidak sesuai untuk perkembangan kebiasaan
pertuturan yang sistematik.
v. Kaedah ini menjadi masalah kepada murid-murid yang lemah dan lambat memahami topik yang diajar.
Kaedah Mengajar B1,B2, dan Bahasa
Asing
• Kaedah Oral –Aural ( Dengar –tutur )
• Kaedah oral-aural atau kaedah dengar –tutur ini menggunakan dialog
untuk dihafaz dan diikuti secara ajukan.
• Kaedah ini bermula dengan sebutan lisan.
• Latih tubi dan dialog dijalankan dengan memberi perhatian kepada
intonasinya yang betul.Perkara yang menjadi objektif bagi kaedah ini
ialah sebutan penutur jati bahasa itu.
Kaedah Mengajar B1,B2, dan Bahasa
Asing
• Kelebihan kaedah Oral-Aural
1. Murid akan mendengar dengan teliti apa yang disampaikan
2. Murid boleh bertutur dengan sebutan dan intonasi yang betul
3. Murid memberi perhatian sepenuhnya kerana khusuk mendengar cerita dan soalan
yang dikemukakan
4. Murid akan lebih berani dan berkayakinan mengutarakan jawapan dan soalan yang
diajukan
5. Murid dapat berfikir secara kreatif, kritis dan inovatif terhadap topik yang dipelajari
Kaedah Mengajar B1,B2, dan Bahasa
Asing
• Kelemahan kaedah Oral-Aural
• 1. Ejaan bagi setiap perkataan sukar dan tidak dapat dicam oleh murid yang lemah
• 2. Makna sukar difahami bagi murid yang tridak memberikan perhatian
• 3. Kelas pembelajaran tidak dapat dikawal jika sesuatu cerita atau topik yang
disampaikan tidak menarik
• 4. Murid yang tidak memahami topik pelajaran akan menjadi bosan
• 5. Murid yang sederhana dan lemah tidak dapat mengeluarkan idea dan pendapat
kerana sukar mamahami maksud cerita dan perkara yang disampaikan
Kaedah Mengajar B1,B2, dan Bahasa
Asing
• Kaedah Tatabahasa Terjemahan
• Kaedah Tatabahasa Terjemahan (Kaedah Nahu Terjemahan) dipelopori oleh Panini yang berasal dari India.
• Menurut teori ini, bahasa ialah ucapan, buah fikiran dan perasaan manusia dengan teratur serta menggunakan
alat untuk membunyikan suara.
• Ia juga sangat mementingkan bahasa tulisan. Penutur juga adalah diwajibkan mematuhi peraturan dan sebarang
kesilapan yang dilakukan dianggap sebagai kesalahan. Pengajaran pula banyak tertumpu kepada nahu
terjemahan.

Kaedah Mengajar B1,B2, dan Bahasa
Asing
• Tujuan Kaedah Tatabahasa Terjemahan
1. Membolehkan pelajar-pelajar memahami nahu sesuatu bahasa dan dapat melatih murid
menulis menggunakan bahasa yang betul.
2. Membolehkan murid-murid menterjemahkan bahasa asing ke bahasa natif dan sebaliknya.
3. Melengkapkan murid dengan perbendaharaan kata yang luas yang dapat digunakan dalam
penulisan.
4. Membolehkan murid-murid membaca dan menterjemahkan makna buku-buku yang dibaca
ke bahasa ibunda dan membolehkan mereka lebih menikmati nilai kesusasteraan yang dibaca.
Kaedah Mengajar B1,B2, dan Bahasa
Asing
• Kelebihan Kaedah Tatabahasa Terjemahan
1. Perlaksanaan kaedah ini tidak memerlukan masa yang panjang untuk menterjemahkan
sesuatu bahasa
2. Kaedah ini juga tidak memerlukan guru yang fasih dalam sesuatu bahasa
3. Tidak memerlukan perbelanjaan yang besar dalam menjalankan pengajaran dan pembelajaran
4. Kaedah ini juga tidak memerlukan latihan yang intensif terutamanya kepada murid-murid
yang fasih membaca
5. Murid-murid akan lebih mahir dalam penulisan dan penterjemahan sesuatu bahasa
6. Memperkembangkan kebolehan murid membaca sesuatu bahasa asing tanpa terjemahan
Kaedah Mengajar B1,B2, dan Bahasa
Asing
• Kelemahan Kaedah Tatabahasa Terjemahan
1. Menambahkan kebolehan murid-murid dalam membaca tetapi mendatangkan kesukaran kepada murid-murid yang mempunyai
kesulitan membaca
2. Kaedah ini mungkin dalam bentuk kuantiti tetapi tidak dalam bentuk kualiti. Murid-murid mungkin dapat membaca sesbuah
buku tetapi tidak memahami maksud buku yang dibaca
3. Kaedah ini menghasilkan murid-murid yang dapat membaca buku teks tetapi tidak dapat membaca serta memahami bahan
bacaan yang lain, atau pun menghasilkan murid-murid yang boleh membaca tersebut tidak dapat memahami dan bertutur dalam
bahasa yang dipelajari.
4. Mengikut kaedah ini yang mementingkan bentuk tulisan daripada lisan menyebabkan murid lebih mahir dalam penulisan tetapi
lemah dalam pertuturan.
5. Struktur ayat bagi dua bahasa selalunya tidak sama dan menyukarkan untuk difahami oleh murid-murid
6. Erti dan maksud perkataan tidak sama dalam sosiobudaya yang berbeza.
7. Pembelajaran murid lebih kepada teknik menghafaz
Literasi Membaca & Menulis
KAEDAH LINUS / PLaN

LINUS PLaN
• Akronim bagi “Literacy and Numeracy • Program Literasi dan Numerasi
Screening”. LINUS merupakan program
intervensi yang dirangka untuk membolehkan Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris
murid memperoleh asas literasi (bahasa dan Matematik
Malaysia) danasas numerasi semasa di sekolah
rendah. LINUS disasarkan kepada murid yang • Mula dilaksanakan Mac 2020
belum menguasai kemahiran membaca,
menulis dan mengira (3M).
• Dimansuhkan sejak 2019
Literasi Membaca & Menulis
KAEDAH LINUS /PLaN

OBJEKTIF LINUS OBJEKTIF PLaN


• Memastikan murid tahap 1 (Tahun 1,2,3) menguasai asas
literasi berdasarkan 12 konstruk.
• Memastikan murid Tahun 2 & 3 menguasai sekurang-
kurangnya Tahap penguasaan minimum iaitu TP3
• Pada akhir Program Literasi murid berupaya: berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan
Pentaksiran.(DSKP).
i. Mengeja dan membunyikan suku kata terbuka dan tertutup;
• Pada akhir program PLaN :
ii. membaca dan menulis perkataan daripada suku kata terbuka
dan tertutup; dan i. Murid mempunyai kebolehan komunikasi

iii. membaca dan menulis serta memahami ayat tunggal dan ii. Berketrampilan dalam berbahasa
ayat majmuk yang mudah dengan menggunakan kata hubung iii. Berupaya melahirkan idea melalui bahasa.
‘dan’
Literasi Membaca &Menulis
Kaedah Mengajar Dalam Talian
1.Berpusatkan bahan
• Rakaman video
• Rakaman video dibuat adalah untuk merakam pengajaran guru menerangkan pengajaran bagi kemahiran membaca
agar tiada murid yang keciciran dalam pelajaran. Bagi murid yang sukar untuk mengikuti sesiPdP secara ‘real time’,
maka rakaman video ini sangat membantu murid mengukuhkan kefahaman dan dapat mengulang penerangan yang
diberikan. Murid juga digalakkan membuat rakaman video sebagai bukti pembelajaran seperti yang dipraktikkan oleh
guru dalam aktiviti kemahiran membaca.

2. Berpusatkan aktiviti

• Berpusatkan murid
3. Berpusatkan guru

You might also like