Wan Raisa

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 13

• KAJIAN KES SEJARAH

TINGKATAN 5, 2021

NAMA: WAN RAISSA DANIA BINTI


WAN MUHAMAD RAZIF

TINGKATAN: 5 CERDAS

SEKOLAH: SM SULTAN ABDUL


HALIM

NAMA GURU: HEHMALATHA A/P


ARUMUGAM
• MALAYSIA DAN MASA HADAPAN
PENGUKUHAN KEDAULATAN
NEGARA RAJA PERLEMBAGAAN
DAN DEMOKRASI PARLIMEN

● Pernyataan Masalah:
Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen. Salah
satu ciri demokrasi ialah pengasingan kuasa dalam
pemerintahan. Bincangkan.

Persoalan Kajian.

1) Bagaimanakah badan perundangan dan badan kehakiman


berfungsi dalam sistem Demokrasi Parlimen?

2) Apakah kebaikan pelaksanaan prinsip pengasingan kuasa


dalam sistem pentadbiran kerajaan Malaysia?
• Objektif Kajian
01
Mengenalpasti cara badan
perundangan berfungsi dalam
sistem Demokrasi Berparlimen.

02
Mengetahui fungsi badan
kehakiman dalam sistem
Demokrasi Berparlimen.

03
Meneroka kebaikan prinsip
pengasingan kuasa dalam
sistem pentadbiran kerajaan
Malaysia.
• Kaedah Kajian

I. MELAYARI INTERNET
(LAMAN WEB)

II. KAEDAH LISAN- TEMUBUAL


(NAMA, UMUR, ALAMAT)

III. KAEDAH BERTULIS- (BUKU,


MAJALAH, AKHBAR)

IV. KAJIAN PERPUSTAKAAN


Badan
Perundangan

sejenis majlis perundingan perwakilan yang memiliki kuasa


untuk menggubal, meminda dan meratifikasi
undang-undang. Ia dikenali dengan banyak nama, dengan
yang paling umum merupakan parlimen dan kongres,
walaupun istilah-istilah itu juga membawa pengertian yang
lebih khusus. Dalam sistem berparlimen, badan
perundangan ialah badan yang tertinggi dan yang melantik
cabang eksekutif. Dalam sistem berpresiden, badan
perundangan dianggap sebagai cabang tersendiri yang
kuasanya sama sahaja dengan cabang eksekutif. Selain
daripada menggubal undang-undang, badan perundangan
biasanya mempunyai kuasa tersendiri untuk menaikkan
cukai dan menerapkan belanjawan serta
rang undang-undang wang yang lain. Kebenaran dewan
perundangan juga biasanya diperlukan sebelum mengikat
perjanjian perdamaian atau mengisytiharkan perang.
• Parlimen

-Badan perundangan tertinggi di


Malaysia. Parlimen terdiri daripada tiga
komponen, iaitu Yang di-Pertuan
Agong, Dewan Rakyat dan Dewan
Negara. Lain daripada itu, Parlimen
merupakan lambang demokrasi dan
mencerminkan aspirasi rakyat melalui
perwakilan yang dipilih. Parlimen juga
berkuasa menggubal undang-undang
disamping membuat pindaan undang-
undang Persekutuan sedia ada,
menyemak dasar kerajaan, meluluskan
perbelanjaan kerajaan dan sistem cukai
yang baharu.
• Dewan Undangan
Negeri

-Di Malaysia, terdapat DUN di setiap negeri


kecuali bagi Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur, Labuan dan Putrajaya. Ketiga-tiga
wilayah tersebut hanya mempunyai ahli
Parlimen.

-Dewan Undangan ini terdiri daripada Sultan


atau Yang di-Pertua Negeri selaku ketua negeri,
Speaker Dewan dan Ahli Dewan Undangan
Negeri (ADUN) yang dipilih melalui pilihan
raya peringkat negeri.

-Berfungsi untuk menggubal undang-undang


bagi negeri masing-masing.
Badan Kehakiman
• Badan yang bertanggungjawab
mentafsirkan dan melaksanakan undang-
undang serta mempertahankan
Perlembagaan Persekutuan.

• Diketuai oleh Ketua Hakim Negara. Kuasa


badan kehakiman dilaksanakan oleh
mahkamah.

• Hakim dilantik untuk memastikan sistem


kehakiman dan keadilan ditegakkan di
negara kita.

• Badan kehakiman mengadili pertikaian


antara pemerintah dengan rakyat
mahupun sesama rakyat. Mereka juga
menyelesaikan konflik Kerajaan Negeri dan
Kerajaan Persekutuan.

• Fungsi badan kehakiman bergantung pada


status mahkamah yang terdiri daripada
Mahkamah Atasan dan Mahkamah
Bawahan serta Mahkamah Khas.

• -Terdapat mahkamah pada peringkat


negeri, iaitu Mahkamah Syariah serta
Mahkamah Anak Negeri di Sarawak dan
Sabah.
KEBAIKAN
PELAKSANAAN
PRINSIP PEGASINGAN
KUASA DALAM SISTEM
PENTADBIRAN
MALAYSIA

• Mengelakkan wujudnya komplot


badan pemerintah dengan badan
pemerintah yang lain.
• Menjamin kebebasan rakyat &
dapat menghindari bentuk
kezaliman pihak pemerintah.
• Tidak akan berlaku pemusatan
kuasa antara ketiga- tiga badan.
• Sebagai pemeriksa dan
pengimbang (check and balance)
dalam pemerintahan negara.
Kesimpulan;
Sistem demokrasi berparlimen dapat melahirkan taat
setia rakyat yang tidak berbelah bagi kepada pemimpin
yang dipilih. Selain itu, rakyat juga terlibat dalam
menentukan hala tuju politik negara. Demokrasi
berparlimen memberi ruang dan peluang kepada
rakyat memilih pemimpin. Ia menentukan pemimpin
yangberkebolehan dan berkualiti. Seterusnya, Sistem
demokrasi berparlimen dapat mengekalkan kedaulatan
kerajaan. Kerajaan juga dipilih oleh rakyat. Sistem ini
mengamalkan pengkongsian kuasa. Ini memastikan
pemimpin tidak berkuasa mutlak. Keadaan ini
menjamin masa depan Negara yang lebih baik.
Disebabkan ini, pembangunan dan kemajuan negara
menjadi semakin rancak dan meningkatkan nilai mata
wang. Apabila negara menjadi maju, nama serta imej
negara meningkat di mata dunia. Dunia juga akan
mengiktiraf kejayaan Malaysia dalam pelbagai
bidang.Oleh itu, Malaysia akan menjadi model sistem
pemerintahan untuk negara lain.
Lampiran;
Rujukan;

-ALAMAT LAMAN WEB

http://
mysistemdemokrasiberparlimen.blogspot.com/
2016/02/demokrasi-berparlimen-pengajian-
malaysia.html?m=1

https://www.slideshare.net/ceritakami/242-
pengasingan-kuasa

-BUKU

(rujuk laman format dalam m/s.


53, 54, 55)

You might also like